Ramadhan tiba penghujungnya, kita bagaimana?

Orang-orang beriman menangisi pemergian Ramadhan. 10 malam terakhir Ramadhan dipenuhi dengan ibadah, memohon keaampunan, merintih dan merayu kepada ALLAH. Eidul fitri akan disambut dengan sederhana dan penuh keimanan. Manakala orang-orang fasiq tidak berasa apa-apa dengan pemergian Ramadhan. Biasa-biasa aja. Habis puasa, maka raya. Kadang-kadang terasa lega kerana hampir bebas dari berlapar dan solat terawih. Sama [...]

Sembang raya di hujung Ramadhan

AlhamduliLLAH… ALLAH masih bagi lagi kesempatan untuk hidup lagi dalam hari yang ke-26 Ramadhan ni. Hujung-hujung Ramadhan macam ni, orang-orang kita sibuk dengan persiapan raya. Yang ada di kampus, asyik teringat kampung, teringat rumah, teringat mak ayah, datuk nenek… (Hari-hari lain nampaknya kurang ingat kut… ). Macam-macam status YM dapat di baca. Semuanya menghala ke [...]

Malas solat witir? Mai renung sat…

Menjadi trend, selesai saja lapan rakaat solat tarawih, berduyun-duyun orang bangun meninggalkan jemaah. Mereka tidak mahu meneruskan solat tarawih ke dua puluh rakaat, ataupun memandang remeh solat witir. Mungkin pada fikirannya, witir hanyalah solat penutup. Budaya ini kurang sihat sebenarnya. Solat witir bukan penutup seperti tudung botol yang menutup mulut botol. Dan golongan yang bangun [...]

"Ramadhan, bulan melawat Kelantan…"

Sekadar sebuah catatan… “tahun depan, kalau ada peluang, kita ambik cuti seminggu” ujar ayah ketika berbual bersama aku dan emak sambil melihat video yang dirakam menggunakan hanset. “Ramadhan tahun depan kalau berpeluang, kita bercuti seminggu di Kota Bharu” tambah ayah. Aku menekan butang-butang hanset ayah melihat video-video seterusnya. Emak pula mendengar sambil membelek-belek akhbar Harakah. [...]

Doa dalam bulan Ramadhan

Isu Kartika : Pak-pak menteri kena mengaji dulu bab hukum syariah sebelum komen apa-apa. Chua Soi Lek dipecat: masuk Parti Gerakan laaa… berebut dengan Tsu Koon pulak… Dun Terengganu: Bubar saja DUN…pakat dengan Perak… huhu ==================================== Banyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan ini. Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, lepas tadarus, dan sebagainya. Tak kira [...]

Ramadhan : belajarlah berlapang dada…

Ramadhan bulan barakah, bulan digandakan ganjaran setiap amalan, dibelengu segala iblis dan syaitan, bulan yang awalnya rahmah (kasih sayang), pertengahannya maghfirah (kemampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Barangsiapa yang sudah bersungguh-sungguh merebut tawaran ALLAH pada hari-hari yang sudah berlalu, maka beruntunglah dia. Dan barangsiapa yang lalai dan leka, sesungguhnya [...]

Ramadhan bertandang lagi…

AlhamduliLLAH… Azan maghrib tadi menandakan bermulalah Ramadhan, bulan penuh barakah. Syukur, kita masih diberi peluang bernafas dalam keberkahan Ramadhan. Mudah-mudahan kita dapat merebut segala peluang yang disediakan ALLAH. Selamat bersolat Tarawih, dan selamat berpuasa.

Syaaban dah sekarang ni… ke dah lupa?

Hai sekalian sahabat, Kita dikejutkan dengan isu H1N1… Kita ajak bersama anti-ISA… Kita disibukkan dengan tugasan-tugasan yang bertimbun… Tapi janganlah kiranya aku dan kalian lupa, kita sedang berada di bulan Syaaban. Dah nak masuk Ramadhan. Jangan lupa berdoa seperti yang Nabi S.A.W ajarkan; ALLAHU AKBAR!

Cerita sikit kisah hari raya…

Hari ini ketika post ini ditaip, sudah pun hari raya ke-5. Hari ke 5 Syawal, juga 5 Oktober. Cerita Ramadhan 1429 sudah berlalu. Hari ni kita cerita pulak bab Raya. Hari raya pertama sampai ke empat, aku tidak dapat menulis blog disebabkan beberapa faktor. Faktor malas dan susah nak istiqomah adalah faktor yang selalu dialami. [...]

Duit raya sekupang dan sambut Raya bersama ayam , lembu

Kerajaan umum penurunan harga petrol/diesel RM0.10. Sekupang je duit raya. Cuba bagi duit raya dekat budak-budak kampung. Dalam hati mesti dikatanya “kedekut!!” Orang kaya bagi sekupang saja. Mentekedarah RM0.70 lebih, bagi balik sekupang. Tambah dengan yang hari tu punya, jadilah RM0.25. Aduhai, teragak-agak je nak turunkan harga minyak. Kalau nak naik, cukup cekap bersih amanah. [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.