Sembang: ALLAH memberi tazkirah kepadaku

Baru tiga hari menziarahi datuk saudara yang meninggal dunia di rumahnya, tengah hari semalam aku dikhabarkan pula dengan kematian adik sepupuku, akibat lemas dalam lopak air, di kampung yang sama, Kampung Pantai Prai, Sg Petani. Adik sepupuku yang dipanggil mesra sebagai ‘Cik’ baru berusia 8 tahun. Dia adalah anak kembar kepada Maksu, ibu saudaraku. Baru [...]

Sembang: Sibuk dan menyibuk

“Kita sentiasa sibuk. Jadi beruntunglah orang yang bijak mengurus kesibukannya,” si abang menasihati adiknya. “Tak semua orang sibuk. Ada juga orang yang punyai masa lapang,” si adik seperti biasa, suka memanjangkan perbincangan dengan idea yang berlawanan. “Ya betul. Tapi kita kena sibukkan diri…” si abang menambah. “bukankah kita disuruh beringat ketika waktu lapang sebelum tiba [...]

Hub Hiburan: Memang brilliant!

Negara kita akan menjadi hub pusat hiburan malam. Itulah plan transformasi ekonomi yang dicetuskan oleh seorang PM yang sangat cerdik lagi berpandangan jauh. Dalam banyak-banyak cara untuk memperkasakan ekonomi negara, hub pusat hiburan juga dipilihnya. Apakah cetusan ideanya ini benar-benar boleh mengubah ekonomi negara menjadi lebih baik, atau menuju ke arah negara berpendapatan tinggi? Ya, [...]

Sembang: Cerita 1001 malam

Lama beraya. Blog pon dah berapa nak dicakna. Nak ulas apa pon blur dah. Otot-otot jari sedikit keras untuk menaip banyak-banyak. Sereblum dan serebrum masih terbuai-buai dengan suasana raya. Akhirnya medula oblongata mengeluarkan idea untuk ditaip. Cerita suatu ketika dalam bulan Ramadhan… Suatu malam di waktu malam-malam akhir Ramadhan, Ahmad dan keluarganya menziarahi datuknya di [...]

Kerajaan timbang beri lesen kepada pengedar dadah

KUALA SELUT 6 Mei – Kerajaan Bonggol mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan operasi pengedaran dadah secara berkala bagi mengelak berleluasanya aktiviti pengdaran dadah secara haram di negara ini. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Dr. Awe Atok berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pengedaran dadah secara haram tetap berlaku tanpa kawalan [...]

Selamat Jalan Tok Nek… Semoga Ruhmu dicucuri rahmat-Nya…

“Hujung minggu ni kamu balik tak?” tanya Dr Hazizan dalam kereta ketika kami menuju Pusat islam untuk menunaikan solat Asar. “Agaknya balik kut…” “Kamu buat apa setiap kali balik?” Dr Hazizan tersenyum. “Kalau balik, memang ada ja kerja-kerjanya… termasuk ziarah datuk, nenek dan moyang” “Oooo… atuk dan nenek sakit ke?” “Biasalah, orang tua-tua. Moyang saya [...]

Negaraku mahukan ‘insuran’ mereka…??

Amerika Syarikat adalah sebuah negara penjajah, yang telah menghancurkan Afghanistan dan Iraq. Negara itu juga sedang berusaha menceroboh Iran dengan alasan yang hampir sama. Umum mengetahui, Israel adalah sekutu rapat Amerika. Samada Amerika itu anak emas Israel, atau Israel itu anak emas Amerika, kedua-duanya adalah bagaikan isi dengan kuku. Sesiapa yang bersama mereka akan ‘selamat’. [...]

Sembang: Cerita Biru dan Hijau

Lama tak merapu kat blog ni… al-maklumlah, macam-macam komitmen kebelakangan ini… Kerja-kerja di makmal fizikal dan review paper ni pun dah buat sel-sel kepala otak bangun dari tidor… donia…donia… Hari ni takda isu penting yang nak digoreng. Bukan takda isu, tapi takda idea nak ulas… agaknya akibat asyik duk baca pasal carbon nanotube kot… Cuma [...]

Sembang: Cerita 14 – "Pendidikan…."

“Kalau boleh ayah nak Humaira masuk UM” ujar ayah setelah mendapat tahu keputusan SPM Humaira. Muhammad memandang wajah ayahnya sambil tersenyum. Dialah yang akan mengisi borang kemasukan UPU online. Al-maklumlah internet di rumahnya tiada. Bukan kerana kamp[ungnya mundur, tetapi gejala curi kabel menyebabkan kampungnya terputus hubungan dengan dunia luar jika tiada teknologi wireless seperti hanset. [...]

Sembang : Membeli peralatan baru…

AlhamduliLLAH… setelah lama tidak posting kerana laptop masuk icu, hari ini dapat juga Acer Timeline… Tapi Compaq Presario tidak dilupai. Rileks compaq, apabila dikau sehat nanti, khidmatmu masih diperlukan. ALLAH tetapkan aku memiliki Timeline, mungkin ada hikmah-Nya. Supaya pisang tidak berbuah dua kali. Ramai orang tidak mahu pisang berbuah dua kali, tetapi pekebun pisang pasti [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.