Kerajaan Kedah beri tiket percuma tonton Kedah lawan Perak


ALOR SETAR, 21 Mac (Hrkh) – Sebagai hadiah kepada rakyat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan pemberian tiket percuma untuk orang ramai menonton perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman.

Tiket percuma tersebut akan diberikan untuk perlawanan Liga Malaysia antara pasukan Kedah melawan Perak pada 23 Mac ini.

“Para peminat bola boleh menonton perlawanan ini secara percuma tapi kena pergi ambil tiket di kaunter pada waktu pagi. Bukan boleh serbu masuk macam tu saja, ni kalau semua yang datang malam pi sana boleh pecah stadium.

“Tapi kalau tak muat kita boleh tengok di luar, kita boleh pasang “giant screen” macam malam ni,” katanya kepada hadirin yang hadir mendengar Ceramah Maulidul Rasul 1429 di Stadium Sultan Abdul Halim dekat sini malam tadi.

Lebih 100 ribu orang membanjiri kawasan stadium tersebut untuk mendegar ceramah yang turut disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – mns

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: