Rafidah seorang pendendam: Tunggulah masa engkau PAK LAH…

“Berakhirnya episod dan empayar Rafidah ‘the great giant woman’ di negara ini, apabila beliau tidak dicalonkan semula ke jawatannya sebagai Menteri Kabinet. Lebih 20 tahun di dalam kabinet, sudah cukup untuk beliau mengumpul segala kekayaan yang tidak akan habis untuk 7 keturunannya (itupun kalau Allah tak tarik balik).

Rafidah dimalukan oleh Pak Lah…betul ke? Yang nyata, beliau terkejut besor apabila nama tidak disenaraikan semula. Terkedu dengan pengumuman Pak Lah, Rafidah meluahkan kekecewaannya, lantas mahu mengundur diri juga sebagai Ketua Wanita. Tapi ditarik balik selepas membuat sidang akhbar dengan memberi mesej jelas kepada Pak Lah: Tunggulah pembalasan daripada aku!

Lupakah kita bagaimana Rafidah menamatkan karear politik Siti Zaharah yang melawannya sebagai ketua Wanita?

Ya! Benar, Rafidah adalah seorang singa betina yang tidak akan mengaku kalah selagi dia hidup. Walaupun terpaksa mengensot keluar drpd pejabatnya di Putrajaya, beliau pasti ada dendam kesumat yang bakal dilontarkan kembali kepada Pak Lah.

Bagaimana mungkin beliau mahu menyelamatkan kroninya yang bergelumang dengan rasuah dan penipuan dalam alam perniagaan? Bagaimana pula beliau mahu mempertahankan bisnes kelas pertama anak-beranaknya? Dan bagaimana beliau boleh mempengaruhi orang-orang Khairy untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.

Jawapannya, tunggulah ngauman singa betina UMNO yang lapar ini. Kalau dulu berpegangan tangan bersama Pak Lah, kini tiada lagi. Kita rakyat biasa boleh menduga bagaimana kalau seekor singa dicabut taringnya. Takkan singa itu tersenyum sumbing sahaja..

Paling kurang, singa itu akan meninggalkan tahi busuknya di kandang tuannya sendiri..ok! Tunggu dan lihat..

Bagi kita, ini semua perancangan Allah SWT terhadap makhluknya yang ingkar dan mengenepikan ajaran Islam secara total…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: