Tiada demonstrasi minyak?

Kata Pak Lah:
“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.

“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.” – Utusan Online
Pak Lah harap tiada demonstrasi akibat kenaikan harga minyak. Mungkinkah?
Dulu, naik 30 sen, tiada demonstrasi?
Kononnya dulu, pembangkang yang anjur demonstrasi membantah kenaikan harga minyak. Sekarang, harga naik 78 sen. Setangki penuh petrol motosikal yang dulunya RM5-6 sudah boleh menjangkau RM10. Tiada demonstrasi? Mungkinkah…
Sekarang, orang-orang Umno juga pandai berdemonstrasi. Bukti jelas, dalam Isu DEB di Pulau Pinang dan Isu ‘Natang’ di Terengganu. Jadi, pasti pengalaman berguna orang-orang Umno tersebut akan diamalkan dalam memprotes kenaikan harga minyak.
Tunggu apa lagi? Bersatulah memprotes keputusan tidak popular Pak Lah. Sememangnya Pak Lah tidak perlu popular untuk mengaut keuntungan diri, keluarga dan kroninya. Jangan jadi ‘beruk’ yang mendiamkan diri.
Ayuh, mahasiswa! Para pegawai dan kakitangan awam! Rakyat Malaysia! Jangan biarkan kita dipermain lagi. Bakar semangat kalian dengan harga minyak (?)
Advertisements

Harga Petrol – Pak Lah buat hal lagi…

Harga minyak naik lagi…, kali ini naik sebanyak 78 sen. Maka benarlah dakwaan Dato Husam Musa bahawa harga minyak akan naik sebanyak 70 sen selepas pilihanraya. Terkejut, marah, tidak puas hati, menyesal, sedih, rasa tertipu dan macam-macam lagi perasaan yang dialami oleh sesetengah pihak terutamanya yang menyokong BN dalam pilihanraya ke-12 yang memberikan kemenangan kepada regim BN.
Sudah terlambat untuk menyesal. Terpaksa menunggu empat-lima tahun lagi untuk menumbangkan BN jika tiada sebarang keadaan yang luar kebiasaan.
Apa lagi hendak dikata? Sebelum ini Parti-parti lawan BN yang dikepalai oleh DS Anwar, menawarkan penurunan harga minyak petrol, namun tiada sambutan oleh penyokong-penyokong tegar BN – yang ketegaran mereka hanya kerana sedikit habuan yang masuk ke dalam kocek mereka.
Mahu menjadi penyokong tegar lagi?
Pak Lah berkata:
“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah. – Utusan Online
Seolah-olah kerajaan mengurangkan harga petrol sebanyak 30 sen…. adoi!
Dengan pengalaman yang ada, Kerajaan berani menaikkan harga minyak. Mereka yakin, rakyat mungkin akan meracau, memberontak dan memberi reaksi negatif untuk beberapa bulan, kemudian akan pulih seperti biasa setelah menerima ubat pelali daripada media massa arus BN.
Mungkinkah rakyat akan terus dapat dilalikan?
Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Pak Lah berkata:
“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.

“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.”
Ayat yang sama berulang lagi… sedarlah, selepas ini petrol akan naik harga lagi, dan alasan harga masih terendah tetap menjadi wirid mereka.
Mau tunggu apa lagi?