Petikan ucapan tokoh-tokoh gerakan Islam mengenai Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna

“Tokoh Yang Menggegarkan Bumi Mesir dan Dunia Islam”

“… Tokoh ini telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab dan Islam seluruhnya melalui dakwah, tarbiyah, jihad dan ketokohannya yang unggul. Allah telah mengurniakan tokoh ini dengan bakat dan kebolehan yang dianggap tidak mungkin wujud menurut pandangan pakar psikologi, pakar sejarah dan para penganalisis. Kelebihannya terletak pada kemampuan akal yang begitu hebat dan pintar, kefahaman yang luas, emosi yang begitu mantap dan stabil, hati yang penuh keberkatan, jiwa yang muda membara, lisan yang petah, zuhud, qana’ah dalam hidup tanpa mengenal erti susah, rajin dan berwawasan jauh tanpa mengenal erti putus asa dalam usaha menyebarkan dakwah dan prinsip, jiwa yang penuh inspirasi dan bercita-cita tinggi, bersemangat tinggi, berpandangan realistik dan jauh, tabah dan prihatin dengan dakwah, bersikap merendah diri terutama yang membabitkan dirinya sehingga diakui oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Beliau ibarat sinaran cahaya yang lembut, tidak terlalu cerah, tidak berbalam dan tidak tertutup.

Kepintaran pendakwah ini begitu menonjol dalam dua aspek yang jarang sekali dimiliki pendakwah dan pemimpin yang lain. Pertama, dedikasinya kepada dakwah selain keyakinan, pengorbanan dan penggemblengan seluruh potensi serta kemampuan yang ada untuk dakwah. Ciri ini sudah tentu menjadi syarat utama atau ciri utama bagi seorang pendakwah atau seorang pemimpin yang Allah mahu salurkan segala kebaikan melalui mereka. Kedua, pengaruhnya yang begitu kuat dalam jiwa sahabat serta anak muridnya selain kejayaannya dalam bidang tarbiah dan melahirkan pendakwah. Beliau adalah seorang pembina generasi baru, seorang pendidik bagi sebuah bangsa dan seorang perintis sebuah institusi ilmu, fikrah dan akhlak.

Namun saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengannya di Mesir atau di luar Mesir. Suatu ketika saya berpeluang melawat Mesir namun rahmat Allah lebih mengasihi beliau. Ketika peristiwa kesyahidannya yang menggegarkan jiwa berjuta umat Islam, umurnya ketika itu masih belum mencecah empat puluh dua tahun. Dunia Islam kehilangan seorang yang unggul dalam sejarah manusia. Sehingga kini saya masih rasa terkilan kerana hilang kesempatan ini…”

Abu al-Hasan al-Nadwi

 =============================

“Berkurun lamanya umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan al-Banna”

“Secara terbuka saya katakan dan apa yang saya katakan ini tidak salah untuk anda sampaikan kepada orang lain. Saya tegaskan di sini bahawa telah berkurun lamanya umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan al-Banna. Segala sifat ada padanya dan terpampang dalam peribadinya. Saya tidak nafikan kemampuan para pembimbing, keilmuan para cendikiawan, pengetahuan orang yang arif, kepetahan para pemidato dan ketajaman bahasa para penulis, ketokohan para pemimpin, kemahiran mengurus yang ada pada para pentadbir, kebijaksanaan para pemerintah, semua ini saya tidak nafikan ada pada mereka semenjak dahulu hingga sekarang. Namun keseluruhan sifat yang hebat ini jarang sekali bergabung dalam satu tokoh sepertimana yang dimiliki oleh Imam al-Syahid.

Beliau dikenali oleh masyarakat dan mereka yakin dengan kejujurannya. Saya termasuk di kalangan mereka yang mengenalinya. Secara keseluruhannya boleh saya katakan orang ini telah menyerahkan segalanya untuk Allah; roh dan jasadnya, jiwa dan raganya serta segala tindakan dan gerak-gerinya. Beliau menyerahkan segalanya untuk Allah dan Allah melimpahkan segala-galanya untuknya. Allah memilih dan meletakkan beliau sebaris dengan pemimpin para syahid yang suci…”

Sheikh Muhammad al-Hamid
==================================================
 –

“Manusia yang ulung”

“… Pada hari Hasan al-Banna dibunuh, dunia ketika itu ibarat suatu yang paling tidak berharga. Mengapa peluru ini perlu menembusi tubuh ini. Ia menembusi tubuh yang diasuh dengan ibadah yang khusyuk, dibelai dengan sembahyang dan sujud yang lama. Ia menembusi tubuh yang diselaputi debu sepanjang perjalanannya di jalan Allah. Tubuh yang menempuh perjalanan yang tiada perhentian. Perjalanan yang membawa berjuta manusia mendengar kata-kata. Membawa manusia kepada Allah melalui suaranya yang bersemangat. Menyatukan beribu-ribu manusia untuk berada bersama di medan Islam.

Melalui lidahnya, al-Quran kembali segar. Ciri pewaris nabi terpancar pada perwatakannya. Manusia yang unggul ini bangkit ibarat tembok kukuh menahan gelombang materialisme yang melanda. Bangkit bersama satu generasi baru yang cintakan Islam dan berpegang teguh dengan Islam. Eropah memahami kewujudan manusia yang agung ini akan mengancam kewujudan mereka di Timur. Justeru mereka berbisik kepada kuncu-kuncu mereka. Akhirnya Imam Syahid terpaksa bermandikan darahnya sendiri dan generasi yang dididiknya terpaksa merengkuk di dalam penjara…”

Sheikh Muhammad al-Ghazali

===============================================

“Teladan dalam segala-galanya”

“… Hasan al-Banna adalah seorang imam yang sejati. Beliau menjadi teladan dalam segala-galanya; ilmunya, imannya, keikhlasannya, kecergasannya, kepintarannya, kepekaannya, hatinya yang berjiwa besar dan rohnya yang suci.

Bagi saya Hasan al-Banna adalah hujah yang Allah tunjukkan pada saya bahawa Islam ini mampu membina para pejuang. Islam mampu mewujudkan manusia yang ulung. Mampu membentuk darah daging ini menjadi cahaya yang indah. Beliau seorang yang berfikiran luas. Jiwanya berhubung dengan alam rahsia. Beliau tidak pernah leka untuk mengingati Allah. Ibarat sebuah gunung yang memiliki segala-galanya; ketinggian, keteguhan serta kekuatan. Seorang yang berjiwa kental dan tidak pernah silap menentukan halatujunya. Seorang yang hebat mengisi hati kami dengan cinta Allah. Menyuluh dada kami dengan cinta Islam. Membelai kami dalam suasana yang suci bersih tanpa sebarang noda.

Hari Hasan al-Banna dibunuh adalah hari yang paling gelap dalam sejarah manusia. Kehilangannya bererti kehilangan nilai kemanusiaan. Sukar untuk mencari gantinya. Hasan al-Banna dibunuh setelah dua puluh tahun bersama jihad, tanpa henti siang dan malam…”

Sa‘id Ramadhan al-Buthy
======================================================

“Sebuah gagasan yang sebati dalam jiwa”

Hasan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Beliau menerima dunia dengan penuh bersahaja. Beliau tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Beliau makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Beliau hidup serba ringkas. Beliau menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ini ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya pada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.

Al-Bahi al-Khauli

 =================================================

Akhirnya

“Inilah saya, anda siapa?”

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”

Hasan al-Banna


========================================================
========================================================
Kenali Al Imam As Syahid Hassan Al Banna (Riwayat hidup) 


Jom..sure heboh jiwa raga kita bila membaca riwayat hidup serta siri perjuangan As Syahid Hassan Al Banna ni. Kalau nak diikutkan, kita sebenarnya dah lama dah kenal As Syahid ni..kira cam sejak kenalnya kita pada perjuangan Islam, tanda Allah dah pilih kita ni untuk menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan yang dibawa olehnya. Semakin kita mengulangi membaca dan terus menyelami siri perjuangan pejuang harakah islamiyah oleh beliau, jiwa kita terasa semakin berkobar-kobar nak menjadi salah seorang amilin yang wala’ pada arahan, malah ingin menjadi antara qiyadi-qiadi yang berada di barisan paling hadapan.

Andai kata jika ada 10 orangla yang memiliki semangat perjuangan yang sama seperti As Syahid di zaman sekarang ni, nescaya segala kebatilan dan fitnah yang sedang berleluasa d i muka bumi ini dapat terhapus dengan ketinggian(yu’la) islam yang suci, zaman kegelapan Islam akan kembali menyinar terang seluruh alam dan seterusnya penindasan umat Islam yang selama ini berpanjangan akan berakhir dengan adanya pembelaan. Kita ada banyak lagi perajurit-perajurit Islam yang lain yang mempunyai siri perjuangan yang sama izzahnya(kemuliaan jiwa) dengan As Syahid. Antaranya seperti As Syahid Sayyid Qutb, Abul A’la Al Maududi, As Syahid Syeikh Ahmad Yasin..ramai lagi. Walaupun perjuangan mereka kesemuanya ditentang habis-habisan oleh kafir Yahudi laknatullah, namun risalah Islam tetap juga dapat tersebar luas. Inilah kuasa dan janji Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t terus menemani kita dalam perjuangan yang mutaakhir ini..kiamat makin hampir, tunggulah bantuan dari langit turun dan bantuan dari kalangan manusia muncul.


LATAR BELAKANG


Al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di Mahmudiah, dekat Iskandariah, Mesir. Ayahnya, Ahmad ibn ‘Abd ar-Rahman al-Banna, merupakan lulusan Azhar yang bekerja sebagai tukang jam, juga seorang imam dan guru al-Qur’an di masjid serta telah menghasilkan beberapa buku berkaitan dengan perundangan Islam. Sebagai anak sulung, al-Banna telah dididik dengan suasana keIslaman dan disemai dengan nilai-nilai Islam oleh ayahnya. 

PENDIDIKAN AWAL

Semasa al-Banna kecil, beliau telah diharapkan oleh ayahnya agar menjadi seorang hafiz al-Quran. Al-Banna telah dihantar kepada seorang guru bernama Syaikh Muhammad Zahran yang mempunyai ilmu yang luas dan dalam, bertaqwa serta sangat berwibawa. Cara didikan Syeikh Zahran adalah sangat keras, sehinggakan para pelajarnya, termasuk al-Banna yang masih kecil merasa terbeban dengan hafalan, membaca dan menelaah kitab-kitab, yang faedahnya hanya dapat dirasakan oleh al-Banna setelah beliau dewasa. 

Setelah Syeikh Zahran semakin sibuk dengan da’wahnya, sehingga tiada kesempatan untuk terus menjadi guru di sekolah ad-Diniyah ar-Rasyad, ayah al-Banna memindahkan al-Banna ke Madrasah Idadiyah, sambil tetap menyuruh al-Banna menghafal al-Quran di rumah. Pada ketika itu, al-Banna sudah pun menghafal separuh al-Quran.

PERSATUAN AKHLAK MULIA

Minat dan keaktifan Hasan Al-Banna dalam berorganisasi sudah kelihatan sejak dia belajar di madrasah tersebut. Di madrasah itu, al-Banna membentuk organisasi Persatuan Akhlak Mulia (PAM), atas cadangan salah seorang gurunya, yang bertujuan untuk menegakkan akhlak mulia di lingkungan madrasah. Undang-undang pun dibuat oleh mereka sendiri, seperti siapa yang memaki saudaranya didenda 1 millim (mata wang terkecil Mesir), yang memaki ayahnya didenda 2 millim, memaki ibunya, mencela agama, bertengkar, dan sebagainya. Semua yang bertentangan dengan akhlaq mulia, dikenakan denda. Denda akan dilipatgandakan, sekiranya yang melanggar adalah anggota pimpinan organisasi, yang diketuai oleh al-Banna. Wang hasil denda dimanfaatkan untuk kegiatan sosial.

GERAKAN ANTI MAKSIAT

Tidak puas dengan pertubuhan yang hanya mengendalikan pelajar, al-Banna dan teman-temannya membuat organisasi asosiasi keislaman dengan nama Gerakan Anti Maksiat (GAM) untuk memberi teguran melalui surat kepada sesiapa sahaja yang melakukan maksiat. Masing-masing anggota organisasi mengawasi anggota masyarakat, yang terdiri daripada masyarakat biasa, pedagang, hingga syaikh-syaikh (ulama) sekalipun. Bila ada seseorang yang melakukan kesalahan/dosa (perbuatan yg bertentangan dengan syariat Islam) akan dikirimkan surat peringatan, yang dihantarkan secara diam-diam oleh anggota GAM. Tetapi aktiviti rahsia GAM terbongkar oleh seorang pemilik kafe, yang berjaya menangkap pembawa surat teguran yang berisi peringatan atas kesalahan pemilik kafe yang membawa penari wanita di kafenya. 

Ketika berusia 13 tahun, Hasan Al-Banna melanjutkan pelajarannya ke Madrasah al-Muallimin al-Awwaliyah di Damanhur walaupun sebenarnya dia belum memenuhi syarat umur minimum 14 tahun. Hafalan al-Qurannya pun belum 100%, tetapi karena mudir madrasahnya melihat kecerdasan al-Banna, beliau memberi pengecualian. Sejak usia muda ini, Hasan Al-Banna mulai tertarik dengan gerakan sufi yang saat itu marak di Mesir. Selain mengikuti zikir tasawuf, Hasan Al-Banna pun aktif ikut halaqoh yang diadakan oleh syaikh-syaikh pemimpin sufi, terutamanya syeikh-syeikh dari tarikat Hashofiyah. Beliau sangat mengagumi tokoh utama dari tariqat ini, yaitu Syaikh Abdul Wahhab al Hashafi bin Syaikh Hasanain al-Hashafi. Penglibatan al-Banna dalam aktiviti kesufian inilah yang telah membuatkan beliau menyedari betapa perlunya pemupukan sahsiah dan akhlak individu untuk menjadi prasyarat kepada proses pengIslaman masyarakat.

UZLAH

Walaupun Hasan Al-Banna mengikuti gerakan sufi, tapi beliau tidak 100% menyetujui cara hidup orang-orang sufi yang berlebihan, seperti beruzlah (mengasingkan diri) dari kehidupan masyarakat umum, untuk untuk memperolehi kenikmatan beribadah untuk peribadi semata-mata. Al-Banna berpendapat bahwa uzlah adalah perlu sesekali waktu, harus tidak berlebihan, tak boleh melebihi garis syara’, karena uzlah seperti itu merupakan gudang segala kebajikan. 

Al-Banna bukan sahaja hafiz al-Quran, malah menghafal 18.000 bait puisi Arab dan juga ribuan matan hadis. 
==========================================
==========================================
RINGKASAN RIWAYAT HIDUP HASAN ALBANNA

Hasan AlBanna dilahirkan di Bandar AlMahmudiyah di daerah AlBahirah, Mesir, pada bulan Oktober 1906. Pembunuhannya pula berlaku pada tahun 1949. Ketika itu beliau adalah AlMurshid Al’Am (Pemimpin Tertinggi) jama’ah Ikhwan AlMuslimin, sebuah pertubuhan gerakan Islam yang ter-besar di abad duapuluh. 

Pembunuhan beliau telah dirancang oleh regim yang memerintah Mesir pada ketika itu. Turut terlibat ialah Raja Mesir, alMalik Faruq, Menteri Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri Mesir di bawah arahan penjajah Salibi yang terdiri daripada Inggeris, Prancis dan Amerika. Malah konspirasi ini dirancang dengan restu Zionis Antarabangsa.

Pembunuhan Imam AlBanna itu sendiri sebenarnya memperlihatkan sejauhmana kedudukan AlBanna dan perjuangan beliau dalam arena politik sejak pem- bentukan Jamaah AlIkhwan, iaitu pada bulan Dzul-Qa’dah 1347H (Mac 1928M) hingga ke detik gugurnya beliau sebagai syahid pada tanggal 12 Februari 1949.

Musuh-musuh Islam yang terdiri dari golongan Salibi, Yahudi, Raja Mesir dan kerajaannya bagaikan ditimpa ancaman yang membahayakan dan menggugat kekuatan ketenteraan mereka malah boleh menggegar bumi dari bawah mereka. Ini kerana beliau dan jama’ahnya mendapat tumpuan dan sambutan masyarakat ramai. Beliau dan AlIkhwan AlMuslimun muncul sebagai tokoh dan jama,ah yang dipercayai; bahkan menjadi harapan seluruh bangsa Arab dan harapan
Umat Islam. Ini amat ketara sekali selepas jama’ahnya menyertai dengan positif pertempuran di medan jihad di bumi Plastin dengan memperlihatkan kepahlawanan golongan belia AlIkhwan melawan grombolan Zionis, yang diakui oleh lawan sebelum kawan.  

Sebenarnya Imam AlBanna, sebelum pembunuhannya, telah berjaya membuktikan kemampuannya sebagai Islam yang mendapat sokongan massa. Sebagai pemimpin gerakan Islam yang padu beliau benar-benar mewakili kumpulan peneroka rakyat Mesir muslim yang menyahut seruan jihad dan kepimpinannya.

=

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: