Bosannya akhbar-akhbar hari ini!

Berita-berita di dada akhbar arus perdana akhir-akhir ini banyak memuatkan berita-berita mengenai pencalonan-pencalonan untuk pemilihan agung Umno Mac nanti. Macam-macam cerita, rebut sana rebut sini, lobi sana, lobi sini. Pelan peralihan kuasalah, politik wanglah, dilemalah, macam-macam berita yang membosankan lagi. Macamlah akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian itu Umno yang punya.

Media TV pun lebih kurang sama. Dimonopoli berita-berita Umno. Apa, ingat semua rakyat Malaysia ni sukakan berita Umno? Kalau nak cerita sangat pasal Umno, jangan guna akhbar arus perdana. Terbitkan Akhbar rasmi Umno. Buat macam PAS, ada Harakah, PKR ada Suara KeAdilan. Dalam akhbar rasmi, nak sumbat apa saja berita mengenai Umno, lantaklah. Lobilah puas-puas.

Akhbar arus perdana sepatutnya menyampaikan berita yang lebih adil kepada semua pihak yang bergelar warganegara Malaysia. Utusan Malaysia dengan tema Penyebar Fikiran Rakyat, bukan lagi menyebar fikiran rakyat, tetapi menghamburkan racun-racun keUmnoan untuk dihadam oleh fikiran rakyat. Rakyat perlu diberi ruang berfikir dengan memuatkan berita yang sama rata bagi pelbagai pihak. Bukan hanya menggunakan perspektif Umno sahaja untuk menjuarai isu.

Dalam hal ini, Umno/BN telah mencabul hak rakyat untuk mendapat berita yang adil dan seimbang. Malah Umno/BN telah menyalahgunakan kuasanya untuk mendominasi medium penyampaian maklumat kepada rakyat. Penyampaian berita adalah amanah yang wajib ditunaikan dengan jujur dan benar. Dalam hal ini, sidang editorlah yang bertanggungjawab di atas penyelewengan tersebut. Manakala wartawan hanya menjalankan tugas mengumpul berita untuk disusun oleh editor.

Advertisements

4 Responses

  1. salam…ASTAGHFIRULLAH…Wah…ape SAUDARA NIH???!!!bkan tugas kite nak menilai pasal mereka…UMNO dan PAS serta MANE2 PARTI LAIN xbersalah…mahupun akhbar mencari makan…tugas mereka..kite boleh kritik ape je…tp kite xpnah tau kepnatan mereka bekerja…lgpon kt sbg stdnt yg ‘free politik’ boleh membaca tp jgn mgkritik…kt balaja jek.k!!!kalo xsuke…jgn bace,,,snang…saudara xsakit ati…saudara pon xmengumpat,,xdelah bertambah dosa tuh…k???Pk lah baek2…kalo nak diutarakan isu dalam nih…biar bersesuaian…-Pencetus Pendirian Bermutu Adalah Keimanan yang Jitu-kuder_padok-salam

  2. setiap orang ada pandangan masing2. saya hormati pandangan saudara kuder_kadok.apa maksud ‘free politik’?kalau politik percuma, saya tak faham. tapi kalau bebas dr politik, saya x bsetuju, sbb semua org tidak terlepas dari politik. cuma ada yg ambil tahu, ada yg x ambil tahu saja.

  3. salam..em,free politik??menarik..blh saudara kekuder paduk huraikan??mcm free thinker or freemansion??ish,bhya tuh kl freemansion

  4. salam…hmm…sume org xterlepas dari politik…iye…saya setuju…tapi biarlah kena pada tempatnye..tp bukan d universiti di mana tempat kite mancari ilmu…bkn masalahnye ambil tahu atau tidak…xkena pada masa dan tempat…ape kate g parlimen jek…hebah kat sana…snang…sume org nampak…xyah cite kat blog jek…k???-Ketebalan iman bergantung pada godaan yang dialami-kuder_padok-salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: