Fenomena ‘Final Exam’, Semoga berjaya!

Hari ini kita dapat baca macam-macam berita. Razak Baginda bebas, Harga Petrol turun 15 sen, Zaid Ibrahim letak jawatan Senator, Eurocopter dan sebagainya.

Namun sebahagian besar Mahasiswa USM hari ini, terutama di Kampus Kejuruteraan ini seolah-olah tidak kisah tentang berita-berita tersebut. Isu-isu dalam negara bagaikan tidak menarik minat langsung golongan intelektual di USM ini. Ah, Razak Baginda bebas, peduli apa… harga petrol turun, ok la. Eurocopter… apa tu? Apatah lagi isu-isu global yang boleh memberi kesan kepada negara.

Bagi mereka/aku, waktu sekarang ni adalah waktu berhempas pulas untuk menduduki peperiksaan akhir bermula Isnin ini (3 Nov 2008). Seluruh keringat diperah dan dimanipulasi untuk usaha-usaha terakhir menghadapi hari debaran. Wah… final exam sangat digeruni rupanya. Makan buku, tidur buku, baca buku, photostat buku… semua kaedah dicari. Mana lah sempat nak pikir atau renung sebentar mengenai Razak Baginda, Pencalonan Umno, Eurocopter, dan apa-apa lagi isu (kononnya).

Final Exam adalah segalanya. Itu yang mereka imani. Dan itulah jua hakikat sistem pembelajaran di sini. Kejar CGPA tinggi menjadi keutamaan.

Aku pula masih kurang study. Sudah dua hari aku dilanda ujian dari ALLAH yang mahu aku fikir dan muhasabah diri. Suhu badanku sudah melebihi suhu peralihan kaca (Tg). Entah berapa hari lagi aku akan begini, hanya ALLAH sahaja yang mampu menyembuhkan daku. Usaha memakan ubat sudah dibuat, biarlah ALLAH sahaja yang menentukan bila akan aku sembuh. Paper exam ku masih jauh – 10 Nov. Mungkin ruang-ruang begini ALLAH sediakan untuk mengkifarah dosa-dosa ku yang aku lakukan samada secara sedar atau tidak sedar.

Sebut pasal peperiksaan, sudah pasti kita semua berhempas pulas study. Kata orang study smart, ada pula yang kata study maut. Dan sebagai mahasiswa Muslim, pergantungan kita kepada ALLAH adalah sangat penting setelah kita berusaha. Tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha. Perbanyakkan doa supaya ALLAH membantu kita dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

Janganlah berputus asa dari rahmat ALLAH. Iblis sangat menyukai orang yang berputus asa. Walaupun peperiksaan-peperiksaan sebelum ini kita kurang berjaya walaupun sudah datang program perdana solat hajat anjuran PMI, bukan alasan untuk kita berputus asa untuk mengharapkan pertolongan ALLAH. Cuba kita insafi diri kita, apakah kita hanya ingat dan berharap kepada ALLAH hanya pada masa kita terdesak sahaja? Jika begitu cara kita, tidak hairanlah ALLAH membiarkan kita tanpa pertolongan. Masa senang kita lupa kepada-Nya.

Dalam mengejar study maut ini, jangan kita letakkan final exam sebagai benda yang lebih besar daripada solat fardhu. Peperiksaan akhir itu tidak akan bernilai sedikit pun jika kita tiba-tiba dijemput malaikat maut ketika kita sedang bertungkus-lumus study. Sia-sia hidup. Sia-sia juga mati. Ketika itu menyesal sudah tiada guna. Mengis hingga terkeluar butir mata sekalipun, takkan sekali-kali kita diberi peluang untuk kembali ke dunia. Oleh itu, study, study juga. Solat berjamaah jangan tinggal.

Ini perkara pokok dalam hubungan kita dengan ALLAH. Solat dari segi bahasanya bermaksud ‘doa’. Barangsiapa yang khusyuk solatnya, maka dia akan berjaya. Bagaimanakah kita boleh mengharapkan pertolongan ALLAH sekiranya kita sering meninggalkan solat? Atau kita hanya bersolat hajat sahaja semata-mata untuk peperiksaan, sedangkan solat-solat fardhu kita abaikan? Renungilah. Malulah kepada ALLAH.

Sempena minggu-minggu peperiksaan begini, eloklah kita semua mahasiswa Muslim berduyun-duyun solat berjamaah di Pusat Islam. Kesilapan kita adalah hanya ramai berjamaah ketika ada majilis bacaan yasin dan solat hajat anjuran PMI sahaja. Kemudian dapat bawa balik sorang sebotol air bacaan yasin, dikira sudah cukup untuk berjaya dalam exam? Jawab sendiri syeikh. Ayuh, kita tunjukkan istiqomah kita kepada ALLAH. Sampai bila kita akan mengulangi kisah-kisah lalai kita kepada ALLAH?

Dalam berdoa, kita mestilah beristiqomah. Mintalah keampunan dari-Nya, pertolongan-Nya, Rahmat-Nya. Dialah ALLAH yang Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki. Berdoalah bersungguh-sungguh. Bukan hanya sebagai syarat untuk exam saja. Panjangkanlah doa-doa kita. ALLAH sangat suka mendengar doa kita, rayuan kita, tangisan kita mengharapkan pertolongan-Nya. Kalau bersembang di kafe boleh berjam-jam, kenapa tidak kita panjangkan doa, sekurang-kurangnya 10 minit? Pernahkah kita berdoa melebihi 10 minit? Tentu jarang, bukan?

Dan juga berdoalah untuk kejayaan sahabat-sahabat kita. Para malaikat akan berdoa kepada kita jika kita mendoakan kejayaan untuk sahabat-sahabat kita.

Cukuplah sekadar itu aku memperingati diriku, dan sahabat-sahabat yang mahu ambil peringatan. Akhir sekali, aku doakan semoga ALLAH memberi kejayaan kepadaku dan sahabat-sahabat sekalian dalam peperiksaan nanti, serta kejayaan di dunia dan akhirat. がんばって!

اللهم اجعلنا من الناجحين

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: