Sembang kosong: hari ni last paper…

Post kali ni saja-saja nak buat omongan sedikit.

Hari ini 14 November 2008. Kertas peperiksaan terakhir untuk semester ini akan aku hadapi sebentar lagi. Sempat lagi berblog. Sudah beberapa hari aku membiarkan blog aku tidak tercatat omongan aku.

Semalam seorang ahli usrah aku datang. Dan pagi ini dia masih bersama aku. Adikku ini baru selesai peperiksaan STAM. Agaknya dia tiada kerja yang mahu dibuatnya, lalu datanglah dia melawat aku. Mungkin juga niatnya nak tolong mengemas barang-barang untuk di bawa balik, kerana petang ini lepas exam atau lepas solat Jumaat, aku sudah nak balik. Bagus betul ada adik yang baik hati.

Keapada sahabat-sahabat yang masih berjuang untuk peperiksaan tu, teruskanlah mengulang kaji. ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri. Dan ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang mampu dilakukannya. ALLAH Maha Mengetahui kemampuan kita.

Mohon ampun dan maaf sekiranya perbuatan, penulisan dan perkataanku menyakiti atau mencalari perasaan , hati, jantung dan limpa kalian. Kepada Zulfirdaus, minta maaf juga sebab tak bagi demo menang main ping pong malam tadi. Kehkeh… Kira semester berakhir dengan kemenangan kawe lah nampaknya.

Oklah. Nak tidur sebentar, kumpul tenaga untuk exam.Heheh. Wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: