Serang Gaza 21 jam sehari… Zionis tak tahu letih ke?

Henti serangan tiga jam sehari – Zionis


BAITULMAQDIS 7 Jan. – Israel hari ini cuba menunjukkan ‘keprihatinannya’ dengan mengumumkan untuk menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari.
Jurucakap tentera berkata, serangan akan dihentikan dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia) setiap hari.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Ehud Olmert memberitahu akan membenarkan koridor kemanusiaan dibuka di Gaza.

“Bagi mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di sana, Olmert memutuskan supaya koridor kemanusiaan dibuka di wilayah berkenaan.

“Ini termasuk pembukaan kawasan untuk jangkamasa yang terhad bagi membolehkan penduduk menerima bantuan dan bekalanan makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan ke atas Gaza. Tindakan itu dilihat sebagai usaha Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ia masih ‘prihatin’ kepada kesengsaraan penduduk Palestin.

Sumber: Utusan Online


Pengganas Israel mengganas selama 21 jam sehari! 21 jam Rakyat Palestin diganyang oleh rejim pengganas. 3 jam sahaja masa untuk rakyat Palestin menarik nafas untuk kembali menderita selepas itu. 21 jam juga Hamas terpaksa bertarung mempertahankan Gaza dan rakyat Palestin. 21 jam Gaza diselubungi muntah-muntah kereta kebal dan senjata api.

Zionis guna 21 jam sehari untuk meratah rakyat Palestin. Kita pula, berapa jam sehari kita tidur? Berapa jam pula kita berdoa untuk rakyat Palestin? Berapa jam sehari kita berfikir dan bermuhasabah mengenai keadaan yang berlaku di Palestin?

Nyatalah, musuh-musuh Islam tidak akan berasa letih untuk memusnahkan Islam dan umatnya. Tapi kita semua masih …… (sambung sendiri ayat ni…).

6 Responses

  1. unidlah PAS di KT, sama mcm undi Hamas… jom!

  2. sah org pas disesatkn nik aziz. undi pas masuk syurga. skang ni alif tamim samakan pas dgn hamas. woi rakyat dpt bezakan la pas dgn hamas. xyah la nk wat modal utk k. terengganu.

  3. ayuuk… sesat gapo ni?ini tara paham ka…Pas disamakn dgn hamas krn km punyai matlamat yg sama. satu umat, satu matlamat. beza dia pas kat malaysia, hamas kat Palestin.Kedua-duanye nak daulatkan Islam ats muka bumi Allah. tp Umno dgn Hamas mmg jauh beza. Umno pjuangkn bangsa. Hamas pjuangkan agama. sebab tu nok oyaknyo adik kakak.. islam ni bsifat sejagat. Bukan ntok bngsa ttntu jah. bukan kat tmpat ttentu jah. bereh deh. Islam itu tinggi dan tiada yg lbh tinggi darinya.

  4. ni kire ranking le ni..kalu iblih nu dok pong syaitan nu 24 jm dok brenti lg godam kte. zionis ni bawoh siket jah.. 21 jam..saeng kan.. tu musuh islam..rajin benor ate nye..doh oghe2 Islam.. hok bjuangnye brape kerat? hok tido nye brpe kerat? hok berkarat nu brpe kerat.. loghak oh gni. Moh join himpunn mahasiswa di KL esok lepas solat jmaat. Jange lupo doa ko sdaro kto

  5. knp komen2 yg ditinggalkan tiase katian dengan artikel? hurmmmm…..~

  6. thinktanker btol. pas politikkn isu palestin ni utk k.tganu… nak menang beb, mcm2 la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: