2 MB: MB Perak vs MB BN…

Gawat…
Perak mungkin akan miliki 2 MB.
Satu MB Perak yang sah tetapi ‘dalam buangan’.
Satu lagi MB BN ‘pintu belakang’ yang mendapat kuasa melalui taktik rasuah.
Pilihan rakyat dalam PRU12 dimusnahkan.
MB BN mungkin akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.
MB Perak masih mempertahankan jawatannya, kerana menunggu proses undang-undang – PR memfailkan permohonan mengosongkan 3 kerusi DUN.
Sebelum itu Istana mengarahkan MB Perak dan semua exco meletakkan jawatan. Jika tidak semua kerusi MB dan exco dianggap telah dikosongkan.

Para pemimpin BN ‘berkampung’ di Istana, kononnya untuk proses angkat sumpah MB BN pintu belakang.
Manakala pimpinan PR pula ‘berkubu’ di kediaman MB Perak, dan memutuskan untuk mengadap Sultan.
Jika 2 MB wujud, kerajaan Perak akan tidak stabil. Sultan yang bijaksana tidak akan membiarkan rakyatnya tidak tenteram akibat pergelutan politik yang berlaku – dan menyerahkan keputusan kepada rakyat dengan membubarkan DUN.
Sultan perlu belajar daripada dua peristiwa yang berlaku kepada Sultan Terengganu ( Yang Di-Pertuan Agong), dan Raja Perlis – bahawasanya pemimpin Umno/BN sebenarnya akan memanipulasi sultan, dan akan menderhaka dan memaki sultan jika kehendak mereka tidak dipenuhi.
Dua peristiwa itu menaikkan imej sultan negeri-negeri tersebut di mata rakyat, di mana Sultan berkuasa dan tidak tunduk kepada kerakusan Umno/BN.
Jadi, sebagai sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim negara, adalah lebih comel jika semua kemelut ini diselesaikan mengikut prosedur undang-undang yang telus dan menjamin prinsip keadilan terlaksana.
Huhu… menasihati sultan la plak aku nih…. 

3 Responses

  1. hahahakalau anwar nk wat krjaan pintu blakang, korg setuju. bagusla, bukan lompat tapi kembali kpd asal la..apa ni?bila bn buat mcm tu, tetiba meletup – pngkianat la, pintu blakang la, rosakkan pilihn rakyat la.matang la skit bro!

  2. bg aku la kan, sape2 pun kne aar muhasabah balik.nak bercakap, biarlah berpada dan utamakan konsep InshaAllahBukan ape, aku just tringat mse dgembargemburkn 16 sept. mse tu, hangat btul DSAI n taulan bcakap psl lompat prti ni. Kang da jd terbalik n kene batang idung kediri. Moral, apa2pun, benar kita kne ada kyakinn, tp biarla kite xleka dgn kyakinn kite hngga lupa, Dia lbh bhak dan Dia boleh bolak balikkan hati2 manusia.Lagi 1, muhasabah juga.Aku dgr ramai yang kesiankn saudara Nizar. Aku hrp ksian tu bkn stakat ksian. Ksian tu ntok Islam n sluruh org Islam. Ni pun kne ingt, ujian Allah jg ni. Nak lihat hambaNya yang mne tetap dalam pjuangan biar diuji bgmn sklipun. Sudah jd fitrah, bila kalah, sedih. Bila dikotak katikkan dengan tgn2 kotor, rasa sedih, hmbr. W/bgmn pun, jgn biarkn ia bgtu lama. Bangkit kmbli. krn kzalimn dan taghut itu perlu dtentang. Fasaad perlu dhapuskn.Rata2 berkata, dorg berpesta bila diumumkn MB BN. Tp org2 PAS, ckp kita solat hajat. Krn ALLAH jua yg miliki sgla kuasa. Tp ingt, jgn hny skddr bkata tnpa mlaksana.. Ini penyakit yg aku rs mrebak spt penyakit. Berdegar2 bkata2, lesu dlm btindak. Ubahlah.lihat ke mtlmt pjuangn. pjlnn kita jauh, dan mjadi lbh jauh bila kita jauh dgn Allah. Dekatkn diri dgn ALLAH. “sesungguhnya ptolongan Allah itu hmpir..”

  3. Wei jongos,Baca paper la bnyk2 lain kali.Dulu waktu diorg anwar nk wat 16 september tu, diorg ada bgtau yg kalo PR perintah, terus buat PRU yg baru dalam masa terdekat.BN skrg brani buat tak kt Perak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: