Liqo Wida’ 2009 – Jangan kita terpisah kelak

Pagi tadi, majlis loqa wida’ 2009 berjalan lancar.

AlhamduliLLAH, pengisian minda dan pengisian perut kedua-duanya memberi input yang baik. Tak disangka-sangka pula hari ini aku pegang 3 kupon cabutan bertuah, ketiga-tiganya bertuah. Tak pernah pula seumur hidupku dapat memenangi cabutan bertuah. Apakah tuah ayahku sudah mula diwarisi? Hehe.

Sahabat-sahabiyah sekalian,

Majlis perpisahan kononnya untuk meraikan sahabat-sahabiyah kita yang akan mengakhiri zaman degree, sebenarnya bukanlah suatu majlis yang menjadi program terakhir kita bersama-sama. Ukhuwwah Islamiyyah perlu diteruskan di mana saja kita berada, ke mana sahaja kita dicampakkan.

Berdoalah dan berharaplah, kita tidak akan dipisahkan dan tidak akan terpisah sehingga hari akhirat kelak sebaliknya kita terus bersama-sama dalam satu jamaah dengan ikatan ukhuwwah yang bertaut erat hingga suatu hari nanti, kita akan tetap bersama-sama di bawah naungan keredhaan-Nya.

Malanglah bagi mereka yang terpisah. Perpisahan yang sebenar adalah perpisahan yang tidak akan ada pertemuan semula. Firman ALLAH:

وامتاز اليوم أيها المجرمون
Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hey orang-orang yang berbuat jahat”
Surah Yaasiin:59

Semoga kita terus kekal dalam ukhuwwah Islamiyyah dan saling tegur-menegur antara satu sama lain. Di sana kelak, janganlah kita terpisah dan terjerumus bersama-sama golongan orang yang melakukan kejahatan dan dosa. Biarlah kita terus bersama-sama di bawah rahmat-Nya.

Untuk kekal bersama di sana, maka tetakanlah pendirian kita bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kiranya diriku dan kalian semua futur dari jalan yang sama-sama kita yakini, yakni Islam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang menanti kita di alam luar kampus, alam pekerjaan. Berdoalah dan berusahalah agar kita tidak tercicir dari jalan ini. Mudah-mudahan kita tidak dipisahkan kelak.

Aku sudah dua kali ‘diraikan’. Dapat cenderamata pun dua kali. Sidang lepas sekali, pagi tadi sekali. Bertuah sungguh. Tapi janganlah cuba menjadi bertuah sepertiku…hehe. Stress nanti kalau penebat stress tak kuat.

Akhir sekali, mohon maaf sekiranya ucapan taarufku tadi entah apa-apa. Doakan kejayaanku dunia dan akhirat. Doakan kejayaan kita semua.

WaLLAHu a’lam

[p/s: ni kira tak jaga sirr hazar ke?]

4 Responses

  1. [p/s: ni kira tak jaga sirr hazar ke?]“Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya..”skdr p’pndapt, sekiranya disiarkan scr ‘kebersamaan’,maka ad hak orang lain yg perlu anda prtimbangkan dan pelihara. bukan satu rahsia bg anda mungkin membawa kebimbangan pd org lain.wallahu’alam

  2. pendapat diterima.saja letak<>[p/s: ni kira tak jaga sirr hazar ke?]<>nak tgk respon. trima kasih kpd faila dan yg respon ikut ym. kalau x letak, agak2 ade org respon x?

  3. mesti ade jwpn“bende2 dunia ni mesti ade jwpn punye, cume kite nk cr ke x saja”

  4. ooo kene tego kt cnie. patutle mula2 buka ada gamba pas refresh ilang huhuhu. tp kan gamba tu bkn ade pape pn. cuma x clear je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: