Sembang kosong: Bersiar-siar di Pasar Malam

Petang tadi, aku ke pasar malam. Selama 4 tahun setengah aku di USM, agaknya tak sampai 10 kali aku ke pasar malam di kawasan ni. Dan tadi mungkin kali ke-4 aku ke pasar malam semester ni. Pasar malam adalah satu tempat yang aku kurang berminat untuk berkunjung. Entahlah, bukan saja rimas dengan asap-asap bakaran ayam dan sate, malah rimas dengan crowded yang … entah la tak tau nak cakap.
Aku ke pasar malam pun sebab orang ajak. Kawan ajak. Sahabat ajak. Kalau sorang-sorang, memang tak pergi la selagi tak darurat. Sama saja pasar malam tepi kampungku setiap Isnin. Kalau bukan kerana mak ayah suruh beli sesuatu, memang tak pergi la. Bukan dapat pahala pun pergi pasar malam. Pi calit-calit dosa lagi ada laa… haha warak la pulak konon.

Petang tadi, aku ke pasar malam bersama Fariz, Aufa, Hakim dan Shafiq ‘Mashal’. Dah sampai di sana, memang kena sedut la asap-asap yang ada. Melekat la bau asap sate dan ayam percik kat baju. Aku tawaf sajalah sambil mengekori Hakim yang mencari-cari benda yang boleh di makan. Sambil tawaf, nampaklah banyak muka-muka yang aku kenal. Warga USM. Ada yang duk cari-cari makanan untuk dibeli, ada yang dah angkut buah-buahan, ada yang dah beli nasi, ada pula yang baru sampai, ada yang berdua-duaan dilamun cinta pasar malam…adeiii, pak-pak Arab pun ada sambil bawa mak-mak Arab serta anak-anak mereka dan macam-macam ragam manusia. Mungkin ini bertepatan dengan konsep ‘Satu Malaysia’ yang dicanangkan PM baru kita, wakaka.

Cesss…. buat posting yang sia-sia lagi. Ape paedahnya posting kali ni, dgn bahasa pun tunggang-langgang. Haha. Saja, release sikit tegasan yang ada. Esok dah nak exam.

Apapun, nak merapu, biar ada juga sikit sebanyak pointnya, kan?

Baiklah. Dalam banyak-banyak peniaga pasar malam, tidak seorang pun yang aku jumpa peniaga wanitanya menutup aurat dengan sempurna. Lebih-lebih lagi peniaga wanita yang menjual makanan, seperti nasi, ayam golek, dll. So what? Haaa, kita dah nak start exam esok dan seterunya selama 3 minggu. Antara faktor kejayaan yang kita kena jaga adalah makanan kita. Makanan yang kita pilih untuk makan, tentulah makanan yang halal dan baik. Halal dan baik dari segi zahir dan batinnya serta mendapat barakah dari ALLAH. Bila makanan mendapat barakah, hati akan mudah menerima ilmu dan cepat faham, kekal ingatan.Baca sikit, faham banyak. Itu keberkatan. Kalau tak berkat, hmm… rasanya semua dah ada pengalaman.

Masa matrik dulu, ustaz pernah beritahu, kalau nak beli makanan, tengok penjualnya. Kalau penjualnya tidak menutup aurat, jangan beli. Tiada keberkatan. Kata ustaz, bagaimana mungkin makanan itu akan mendapat keberkatan jika dihasilkan oleh tangan orang yang derhaka kepada ALLAH. Tak menutup aurat adalah perbuatan menderhaka kepada ALLAH. Tambahan pula mereka yang tidak bertudung, dengan selamba nya mencincang ayam untuk menjamu kita. Adeii… rimas. Dari segi kebersihan pun dah tak lulus. Takut-takut kelumumur jatuh dalam nasik.

Habis, memang tak ada satu pun makanan yang kita boleh beli laa… baik tutup saja pasar malam tu.

Kalau macam tu boleh jugak. Tapi boleh ke tutup? Pihak berkuasa perlu memmbuat garis panduan kepada peniaga. Etika berpakaian mereka perlu dititik berat. Itu serah kepada pihak berkuasa. Sebab itu pihak berkuasa perlu dilantik daripada golongan yang faham. Kalau lantik golongan yang hanya bekerja untuk dunia, memenang begini lah jadinya.

Itu hal pihak berkuasa. Kita? Kita boikot saja lah peniaga yang derhaka ALLAH. Mampu? Boikot Israel pun hangat-hangat tahi ayam, inikan pula nak boikot orang Islam yang derhaka. Lagi susah. Tak beli, lapar. Beli, tak berkat. Nak buat macamana? Haaa kalau dah tak dapat nak elak juga, sekurang-kurangnya belilah dari peniaga yang kurang mudaratnya. Maksudnya, yang peniaga wanita tak pakai tudung langsung, boikot saja. Kalau berani, pergi lah tegur dulu peniaga tu. Kalau tak berani, boikot sendiri-sendiri sudah lah. jangan pergi buat kempen besar-besara pulak, siap buat banner lagi..haha. Banyak lagi gerai lain yang ada. Peniaga lelaki pun banyak yang jual penda yang sama. Peniaga wanita yang bertudung pun ada walaupun tak sempurna. Cari yang mudaratnya lebih kecil.

Itu bab makanan laa kalau nak berkat. kat kafe kita pun sama. Tapi kalau dah tak ada pilihan, nak buat macamana. Cari yang kurang mudaratnya lah. Aku pun bukannya 100% mampu buat. Tapi kalau ada peluang untuk elak, kita kena elak daripada punca jauhnya barakah. Itulah realiti zaman sekarang. Cuba elak macamana pun, akan kena juga tempiasnya. tapi, kita tetap kena terus istiqomah. Minta ALLAH sentiasa melindungi kita. Kita semua hamba-Nya yang lemah. Tanpa perlindungan-Nya, berteraboq lah kita.

Esok first paper. Malam ni kena study biasa-biasa saja. Tak boleh study maut. Kang mamfus pulak.

[Maaf la bahasa posting ni agak teruk. Ada apa-apa komen mengenai sembang-sembang ini? maaflah kalau ada peniaga yang terasa…hehe mcm la blog ni femes sgt!]

2 Responses

  1. selamat menghadapi peperiksaan akhir.good luck & all d best😉

  2. terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: