Hanya orang-orang beriman sahaja profesional…

Mukhtamar tahun ni dah selesai. Kepimpinan baru dah pun tersenarai. Akan ada lantikan-lantikan yang menyusul selepas ini. Pada masa yang sama, isu ulama vs profesional terus dimainkan. Kononnya golongan profesional disisihkan dengan tewasnya Dato Husam dan Mohamad Sabu.
Dari satu sudut,digambarkan bahawa ahli-ahli Parti Islam tidak bijak memilih pemimpin – yakni memilih pemimpin yang pro-muzakarah dengan parti Melayu- walaupun penjelasan sudah dibuat. Biasalah, manusia pelbagai ragam dan pemikiran. Ada pula yang menganggap Parti Islam akan terus mantap apabila terus dipimpin ulama. Ada pula yang menyatakan kebimbangan, Parti Islam akan mengamalkan autokrasi secara halus – yakni hanya golongan tertentu sahaja layak memimpin parti – yakni golongan ulama.
Bukankah sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin, asalkan dia bertaqwa, amanah dan cerdas akalnya, tak kira ulama atau profesional? Lihat sahaja Ahmadinejad, Al-Fateh, Al-Ayubi… mereka profesional. Cerdas memerintah, menyusun strategi. Mereka maju kerana tidak dipimpin oleh golongan ulama yang lembab dan tidak berwibawa. Kita mengiktiraf ketinggian ilmu mereka, tetapi dalam menghadapi ragam politik yang serba memerlukan kelicikan dan ketangasan bertindak, ulama yang ada kurang efektif mengendali Parti Islam. Cukup sekadar menjadi penasihat. Biar Profesional mengemudi parti. Mereka berhujah begitu lebih kurang.
Satu pihak lagi berhujah, ulama mesti memimpin. Kita mesti pertahankan kepimpinan ulama. Ulama mempunyai ilmu yang tinggi, sifat amanah, taqwa, akhlak dan sebagainya lebih daripada orang lain.
“Apakah kamu menyangka orang-orang yang berilmu itu sama dengan orang-orang yang tidak berilmu”
Tentu tidak sama. Ulama pewaris nabi.
“Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada ALLAH adalah golongan Ulama”
Ulama yang hampir kepada ALLAH, pasti akan dibantu oleh ALLAH dalam urusannya. Mereka juga mampu berijtihad untuk kemaslahatan ummah dengan ilmu yang mereka ada. Ulama adalah golongan yang paling layak memimpin Parti dan negara.
Hujah kedua-dua pihak mempertahankan golongan tertentu sewajarnya tidak berlaku dalam Parti islam yang menggabungkan kekuatan ulama dan profesional. Ingatlah gagasan memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional yang dibina oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor.
Bagi pendapat peribadi, Ulama adalah golongan berilmu yang bertaqwa dan amanah, manakala golongan profesional pula adalah umat Islam yang bertaqwa dan beriman kepada ALLAH serta yakin dengan Islam itu sendiri. Kedua-dua golongan ini adalah bersatu dalam jemaah dan parti untuk memimpin ummah.
Di zaman RasuluLLAH, Nabi Muhammad S.A.W adalah ulama. Satu-satunya ulama, manakala sahabat yang lainnya adalah golongan profesional. Mereka profesional bukan kerana mereka pandai berniaga, bukan kerana mereka golongan korporat Mekah, bukan kerana mereka orang-orang kenamaan Mekah. Akan tetapi mereka menjadi profesional kerana mereka menerima Islam, beriman kepada ALLAh dan Rasul, taat kepada setiap perintah ALLAH, menjauhi setiap larangan ALLAH, menyeru manusia kepada makruf, mencegah kemungkaran dan mereka yakin bahawa Islam adalah rahmat kepada sekalian alam, penyelesai kepada segala kemelut manusia dan membawa kehidupan manusia berjaya dunia dan akhirat.
Jika kriteria korporat dan pembesar Mekah dikira sebagai profesional, maka Abu Lahab, Abu Jahal juga profesional. Hakkatnya tidak. Jahillah kita jika menganggap Abu Jahal itu seorang yang profesional. Abu Jahal dulu, dan Abu Jahal sekarang sama sahaja. Mereka bukan profesional. Golongan yang menolak Islam, mengabaikan hukum Islam, adalah tidak profesional. Apakah kita bersetuju bahawa orang-orang yang memilih jalan ke Neraka itu sebagai profesional? Tentu tidak.
Jadi tidak wajar, kita sama-sama mengaku beriman kepada ALLAH, membeza-bezakan antara kita ulama dan profesional. Semua yang mengaku beriman adalah wajib mempertahankan Islam. Tentang kemampuan pimpinan yang dilantik, kita serah kepada mereka, dan kita membantu mereka. Bukan terus-menerus mengherdik dan menghukum mereka sebagai lembab, slow, retorik dan sebagainya. Teguran itu perlu, tetapi biarlah bersesuaian dengan akhlak berjemaah.
Janganlah pihak kita termakan dengan jarum-jarum musuh. Media-media golongan sekular itu akan terus berusaha memecahkan perpaduan dan kesatuan dalam Parti Islam dan juga Pakatan Rakyat. Teringat kata-kata seorang ustaz ketika bersembang di rumah kenduri,:
puak-puak tu ( sekular/nasionalis) bukan saja Tok Guru depa lawan. Kalau Nabi ada skarang ni pun, puak-puak tu akan lawan Nabi jugak… sama saja”
WaLLAHU a’lam…

3 Responses

  1. Alhamdulillah, syukur atas takdir Allah mengubah kepimpinan pas bagi masa 2 tahun dari sekarang. Walaubagaimana atau macam mana pun respon kita terhadap apa yang berlaku.Hadirkanlah keyakinan adanya tapisan Allah dalam memilih insan2 pemegang amanah. Natijahnya kita dapat lihat betapa cinta sesorang pada Jemaah samaada ada diberi jawatan atau pun tidak, dan wala' kita pada pimpinan sama ada professional ataupun ulama.

    Wallahu'alam sekadar pendapat

    p/s lama tgu posting alhamdulillah hari dapat baca posting "mursyidul"
    hehe…

    takbir

  2. Yang aku nampak
    – pimpinan x senada. Presiden n timbalan setuju. Mursyidul x setuju. Patutnya kenyataan hendaklah senada. Ada negeri keluar usul tolak terus kerjasama ngan umno. Celaru la
    – pimpinan yg lain x keluar kenyataan. Tak tau atau tak nak makin ribut.

    Dialog mmg perlu dibuat di cawangan, kwsn dan negeri. Jentera penerangan jalan ke. xpun depa pun x tau nak terang?

    Munaqasyah perlu dilakukan secepat mungkin.

    Imej PAS telah pun terjejas. Pada ahli dan penyokong(PR). Lakukan rawatan segera.

    PRU13 kalu x ditangani aku rasa kita kan kalah semula. Silap2 manik urai pun terlentang..

  3. harap-harap tidaklah mcm tu joe penang…

    rasanya, sekadar pendapat peribadi, isu pergolakan dalam Parti Islam tu taklah sampai begitu gempak spt yg digembur2 media BN.

    Perbezaan kenyataan mursyidul am, presiden, dan timbalan tu rasanya biasa. Tak timbul isu Parti Islam dah terpecah dua, tiga… puak muqabalah, puak pro-unity gov, puak erdogan, pro anwar…. tu semua mainan media BN saja.

    x nafi, ada pimpinan Parti Islam yg melatah dgn perkara ini. Apa yg saya nampak, perwakilan dlm mukhtamar faham isu ini, sebab tu ust nasha boleh menang.

    perwakilan x terpengaruh dgn isu yg diputar belit media BN. Mursyidul am buat kenyataan yg dikatan bercanggah, rasanya untuk tenangkan ahli-ahli dan para penyokong yg bukan perwakilan, yg tidak faham, dan yg termakan dgn tipudaya media BN.

    Jadi TG Nik Aziz rasanya faham dgn kerajaan perpaduan yg dicadangkan. Bukan untuk Parti islam bergabung dgn Umno. Umno licik, memainkan isu UG ni mcm Parti islam ni mmg kemaruk nak masuk Umno.

    Tujuan TG Nik Aziz bidas UG ni rasanya utk tenangkan ahli dan penyokong serta rakan2 PR yg lain, yang Parti Islam ni bukan parti yg kemaruk nak join Umno. Malah presiden dan timbalan pun dah jelaskan, UG bukan join Umno. Jauh sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: