Burung itu sakitkah…?

Seekor burung terbang keriangan. Burung itu meluncur laju di ruang udara. Burung itu bebas ke sini dan sana mengikut kemahuannya. Burung itu bebas melakukan aktiviti rutinnya…. kerana burung itu sihat segala anggotanya.
Malang sekali apabila penyakit-penyakit mula menular. Selsema kiri dan kanan memburunya. Anggota-anggota badannya sakit-sakit. Organ-organnya tidak keruan. Tubuhnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Terseliuh pula kepak kanannya. Ia tidak lagi mampu terbang bebas. Ia tidak mampu melakukan aktiviti rutinnya sekalipun ligat dalam kepalanya merancang untuk itu dan ini.
Burung itu lemah dek kerana organ-organ dalamannya tidak keruan. Masing-masing tidak sehaluan. Masing-masing mahu buat kerja sendiri tanpa mahu synchronize dengan rakan-rakan organ lain. Ukhuwwah organ-organ lemah sekali. Sekali pandang, susunan organ nampak cantik. Bila diteropong, baru nampak kecelaruan. Padanlah tubuh si burung itu lemah tidak bermaya. Tidak ke mana ia.
Sudahlah lemah tubuh badannya, sayap kanannya pula terseliuh. Sudahlah terseliuh, tulang-tulang pada sayap kanannya juga tidak sehaluan. Masing-masing tidak mahu bekerjasama. Ada tulang yang mahu sayap kanan itu berfungsi dengan baik, pada masa yang sama ada pula tulang yang enggan dan mudah menunjuk rasa. Alahai tulang-tulang…
Manakala sayap kiri pula nampak gaya macam sihat. Tidak terseliuh. Huh… apalah tulang-tulang sayap kanan buat. Tengoklah sayap kiri. Bila-bila masa saja mahu membawa burung itu kembali terbang girang. Sayap kiri nampak didepakan. Tapi sayap kanan masih terkial-kial. Masih ada masalah dalaman. Masakan si burung dapat terbang dengan hanya sebelah kepaknya? Hebat macamana pun sebelah kepak, burung tak dapat terbang, kerana sunnah burung terbang, menggunakan dua kepak. Tidak dapat juga burung itu terbang jika sebelah kepaknya laju mengibas, sedangkan sebelah lagi perlahan. Dan tidak pula dapat terbang burung itu jika kedua-dua kepaknya mengibas tidak serentak rimanya. Burung itu termenung sendirian.
Si burung merenung dirinya. Merenung anggota tubuhnya. Bermuhasabah organ-organnya. Memandang sayap kiri dan kanannya. Apalah nasib dirinya. Kenapa semua ini terjadi. Ketangkasannya menangkap ikan, menyambar serangga, membelah awan… kini tinggal angan-angan yang tidak kesampaian.
Ah, mungkin si burung itu terfikir, ia berada dalam zon selesa. Makannya jenuh, dunianya ceria. Ia lupa untuk melatih dirinya menjadi lasak. Ia lupa pada latihan untuk dirinya, sehingga organ-organnya berkonflik, tiada wehdatul fikr. Ia enggan dilatih secara keras dan tegas kerana mudah merajuk. Sayap terseliuh itu lambat dirawat sehingga tulang-tulang masing-masing memprotes. Oh burung, sekalipun burung berdiam diri, orang masih dapat melihat yang burung itu sedang sakit…
Akhirnya hingga kini, burung itu masih bertenggek di dahan pokok manggis. Termenung mengenangkan dirinya yang tidak cerdas. Ia terus memikirkan masalah-masalah dalaman organ-organnya, sedangkan burung-burung lain terus riang membentuk kumpulan yang lebih besar membelah awan.
WaLLAHU a’lam…

Mana lebih penting, ‘Merdeka’ atau Ramadhan?

Mendengar khutbah jumaat tadi di sebuah masjid, tiba-tiba saja aku rasa agak ‘meluat’ dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Mungkin ini persepsi aku sendiri, usah terpengaruh.
Apa tidaknya, khutbah tadi sibuk bercerita tentang ‘kemerdekaan negara kita’. Entah berapa puluh tahun dah isi khutbah demikian. Dalam bulan mulia ini, paling kurang, sampaikanlah khutbah tentang Ramadhan. Apakah memperingati kemerdekaan itu lebih awla daripada menagungkan ALLAH yang telah mengurniakan Ramadhan kepada kita umat akhir zaman ini.
Tidak salah mengingati kemerdekaan negara. Tidak membacanya dalam khutbah Jumaat, tidak bererti kita tidak bersyukur akan nikmat kemerdekaan ini. Ramadhan lebih mulia untuk kita raikan berbanding sambutan kemerdekaan yang seolah-olah mahu mengajak masyarakat ‘mengenang budi’ sesetengah pihak.
Bagi aku, “merdeka” itu tak perlu pun disambut. Di mana maruah kita jika kita sambut ulang tahun “merdeka”? Maksud merdeka dalam kontek sambuatn dalam negara kita adalah seolah-olah berterima-kasih kepada gerombolan penjajah yang kononnya memberi kita kemerdekaan. Caishhh…! Patutkah kita berterima kasih kepada orang yang membuli kita dengan begitu teruk, hanya kerana dia sudah letih membuli? Apakah kita benar-benar merdeka daripada British, sedangkan dasar-dasar negara berkiblatkan negara penjajah itu?
‘Kemerdekaan’ adalah agenda tersembunyi golongan penjajah kuffar. Mereka tidak akan mudah-mudah membebaskan sesebuah negara daripada penjajahan mereka tanpa melantik boneka-boneka mereka untuk meneruskan kesinambungan dasar-dasar mereka. Lebih malang bagi umat negara yang terjajah itu, boneka-boneka penjajah ini adalah dalam kalangan bangsa mereka sendiri. Inilah petualang yang kononnya dihighlight sebagai pejuang kemerdekaan. Mana ada pejuang kemerdekaan yang berjuang tanpa pertumpahan darah! Apakah British itu sangat bodoh apabila berdepan dengan ‘pejuang kemerdekaan’ di meja rundingan?
Betapa berjayanya negara kita dijajah hingga kini. Kita digula-gulakan dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan setiap 31 Ogos, supaya kita tidak terfikir yang kita masih dijajah. Malah anak didik penjajah yang mengemudi negara kita sanggup terus menipu rakyat sendiri hakikat kemerdekaan. Habis segala khutbah diarah menyampaikan gula-gula manis ini. Rakyat yang tiada akses maklumat, mudah saja mengangguk dan ‘mengenang budi’.
Suatu masa dahulu, hamba sahaya adalah orang yang dibeli oleh tuannya dalam jual beli manusia, atau tawanan perang yang diagih-agih kepada tuannya. Dia akan merdeka apabila tuannya memerdekakannya, samada dengan kerelaan hati ataupun dengan memenuhi syarat tertentu. Maka merdekanya negara kita adalah bergantung kepada dua sebab ini mungkin. pertama, kerana kerelaan penjajah itu sendiri atau, keduanya ada syarat-syarat tertentu yang dipenuhi. Mustahil penjajah akan memerdekakan negara kita percuma. Pasti ada syarat-syarat tertentu dipenuhi. Penjajah lebih selesa pula menghighlight bonekanya sebagai pejuang kemerdekaan untuk dikenang seterusnya mewarisi pemerintahan negara.
Rujuklah sejarah yang telus untuk mengkaji, siapakah pejuang kemananan negara kita yang sebenar. Tiada istilah merdeka untuk negara kita, kerana kita tidak perlu mengakui kita dijajah. Jika tidak kerana ‘rundingan’ boneka-boneka itu pun, rakyat negara kita bole terus bangkit dan mencapai keamanan dan kemenangan menentang penjajah. Merdeka adalah agenda penjajah dan tali-barutnya. Perjuangan menentang penjajah adalah perjuangan menentang kebathilan. Kita adalah hamba ALLAH yang merdeka. Siapa penjajah yang mahu kita tunduk kepada mereka? Siapa mereka untuk memberi kemerdekaan kepada kita? Mereka bukan tuan kita.
Menyedihkan sekali, para pemimpin negara masih tidak menyedari hakikat ini. Sanggup sujud kepada penjajah kuffar ini. Siapa Ratu Elizabeth untuk kita agung-agungkan? Tidak malukah kita hingga hari ini merendah-hinakan diri kita apabila berdepan dengan kuasa yang pernah menceroboh negara kita suatu masa dulu? Kenapa perlu bermalu-alah dengan mereka. Sepatutnya kia membuang semua kenangan-kenangan penjajah dari negara kita. Usah disimpan dan diagungkan, kerana kita adalah umat yang merdeka.
WaLLAHU a’lam…
p/s: apa yang aku merapu petang-petang Jumaat ni… bila baca balik, aku sendiri pun pening…huhu. Sape yang faham, alhamduliLLAH…

Doa dalam bulan Ramadhan

Isu Kartika : Pak-pak menteri kena mengaji dulu bab hukum syariah sebelum komen apa-apa.
Chua Soi Lek dipecat: masuk Parti Gerakan laaa… berebut dengan Tsu Koon pulak…
Dun Terengganu: Bubar saja DUN…pakat dengan Perak… huhu
====================================
Banyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan ini.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, lepas tadarus, dan sebagainya. Tak kira panjang mana pun doa kita, jangan dilupa doa ini:

(Sorang-sorang)

اللهم إني أسئلك رضاك والجنة

وأعوذبك من سخطك والنار

اللهم إنك عفو كريم

تحب العفو فاعف عني
وعن والدي وعن جميع المؤمنين والمؤمنات,
والمسلمين والمسلمات برحمتك يآ أرحم الراحمين
ALLAHumma inni as-aluka ridhoka wal-jannah
wa-a’uzubika min sakhathika wannar
ALLAHUmma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
wa ‘an walidayya wa ‘an jami’il mukminina walmukminat
walmuslimina walmuslimat, birohmatika ya~ arhamar-rohimin


(berjemaah)

اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة

ونعوذبك من سخطك والنار

اللهم إنك عفو كريم

تحب العفو فاعف عنا
وعن والدينا وعن جميع المؤمنين والمؤمنات,
والمسلمين والمسلمات برحمتك يآ أرحم الراحمين

ALLAHumma inna nas-aluka ridhoka wal-jannah
wa-na’uzubika min sakhathika wannar
ALLAHUmma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna
wa ‘an walidina wa ‘an jami’il mukminina walmukminat
walmuslimina walmuslimat, birohmatika ya~ arhamar-rohimin
“Ya ALLAH, aku/kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga
dan aku/kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan api neraka,
Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia,
Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah aku/kami,
dan ibubapaku, dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, orang-orang Islam lelaki dan perempuan, dengan kasih-sayang-Mu hai Yang Teramat Penyayang daripada sekalian orang-orang yang penyayang…”
WaLLAHu a’lam…

Ramadhan : belajarlah berlapang dada…

Ramadhan bulan barakah, bulan digandakan ganjaran setiap amalan, dibelengu segala iblis dan syaitan, bulan yang awalnya rahmah (kasih sayang), pertengahannya maghfirah (kemampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Barangsiapa yang sudah bersungguh-sungguh merebut tawaran ALLAH pada hari-hari yang sudah berlalu, maka beruntunglah dia. Dan barangsiapa yang lalai dan leka, sesungguhnya hari-hari yang berlalu itu sudah tidak akan kembali kepadanya. Jika saat ini tersedar kita daripada kelalaian itu, maka Ramadhan masih di fasa awalnya – rahmah. Masih kita punyai peluang untuk merebut segala tawaran-Nya. Muhasabahlah diri di awal Ramadhan sebelum terlambat, sebelum Ramadhan terus berlalu meninggalkan kita.
Dalam sibuk mengerjakan ibadah, wajar kita meletakkan sasaran yang jelas untuk diri kita. Apa sasaran ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menggapai status hamba yang bertaqwa, selari dengan firman ALLAH;
“Hai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu akan berpuasa sebagaimana telah difardhukan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa
[al-Baqarah:183]
Sasaran ibadah kita adalah taqwa. Baik apa jua ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, biarlah sasarannya taqwa. Solat kita, fokuskan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Puasa kita, biarah menepati piawaian puasa orang-orang yang bertaqwa. Sedekah kita, zakat kita, bacaan al-quran kita, dan seumpamanya, biarlah menjurus ke arah taqwa. Bukan sekadar ikut-ikut orang, bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan saja-saja isi masa lapang.
Aktiviti amal Islami, amal jamaei dan amal ijtimaei juga adalah ibadah. Aktiviti dakwah, tarbiyyah, pengkaderan dan sebagainya yang disusun oleh jemaah, adalah ibadah. Maka sekalian usaha menjayakannya menjadi ibadah jua. Hatta bermesyuarat, berdiskusi, menyusun atur program, merancang startegi, untuk melaksanakannya bukanlah kerja sia-sia di sisi ALLAH.
Malang sekali bagi golongan yang berfikiran sempit, khususnya dalam kalangan ahli jemaah yang menganggap bermesyuarat itu membuang masa, merancang sesuatu usaha tarbiyyah adalah sia-sia. Dalam bulan barakah inilah sepatutnya kita mohon ALLAH mudahkan usaha dakwah kita, rahmati gerakerja kita, gandai ganjaran ke atas kita, dan rahmati setiap keputusan mesyuarat kita agar tindakan perlaksanaannya dipandu cahaya-Nya.
Perjuangan menggapai status taqwa dalam bulan Ramadhan bukan sahaja ditumpukan kepada solat tarawih, tadarus al-quran, sedekah dan seumpamanya, bahkah status taqwa itu perlu meliputi juga usaha mengikis sifat mazmumah dalam diri. Tentu kita tahu sifat keji dan buruk dalam diri kita. Jika tidak nampak, jadikan sahabat karib kita sebagai cermin untuk kita menilik kekejian diri kita yang kita tidak nampak. Malang sekali jika kita menganggap kita sudah bebas dari sifat-sifat buruk, sedangkan orang lain dapat melihatnya.
Sikap berlapang dada adalah sifat terpuji yang harus kita bina terutama dalam akhlak berjamaah dan bersaudara sesama kita. Ukurlah darjah kelapangan dada kita. Jika rendah bacaan meternya, baiki lagi. Dalam berjamaah, pasti ada ketika kelakuan sahabat seperjuangan kita menyebabkan kita tidak berpuas hati atau marah kepadanya. Tegurlah dia dengan penuh hikmah dan berlapang dada. Jika hati kita terluka, jangan kita melukai saudara kita pula. Bersabarlah. Kesilapan-kesilapan kecil, maafkanlah. Usah ada sikap mudah merajuk atau memprotes tidak tentu hala. Dia tidak sempurna, kita juga tidak sempurna. Berlapang dadalah kepada kelemahan sahabat kita sebagaimana kita mahu dia juga berlapang dada dengan kelemahan kita. Jika kita merasakan hati kita sangat sensitif, mudah terluka dengan tindak tanduk manusia, maka beringatlah, kita juga memiliki lidah yang sangat tajam yang boleh melukai hati orang lain.
Begitu juga kadang-kadang keputusan mesyuarat tidak selari dengan pandangan dan kehendak kita. Berlapang dadalah dan terimalah keputusan mesyuarat itu serta laksanakan dengan penuh komitmen. Boleh jadi ada hikmah disebalik keputusan jemaah yang kita tidak nampak, atau barangkali pendangan kita masih tidak sesuai dilaksanakan pada saat ini yang kita tidak tahu. Sebaik-baiknya kita beristighfar jika cadangan kita diterima, mudah-mudahan ia terhindar daripada kemudharatan jika dilaksanakan. Bersyukur jika idea kita ditolak kerana mungkin idea yang kita anggap bagus itu tersembunyi di dalamnya mudharat yang besar.
Moga-moga Ramadhan ini dapat mempertingkatkan taqwa kita, orang-rang yang mengintima’ diri dalam perjuangan Islam. Mudah-mudahan darjat ketaqwaan kita memberi impak yang baik dalam berjamaah.
WaLLAHu a’lam…

UMNO kekal di Permatang Pasir

Tahniah Ustaz Salleh Man.
Umno/BN terus berjaya mengekalkan kekalahan 7 kali berturut-turut PRK selepas PRU-12 di semenanjung. UMNO kekal kalah di Permatang Pasir. Tumpuan ke Kedah pula. Ada dua isu yang dapat kita lihat.
Isu Adun Kota Siputeh (BN) yang mungkin dilucut daripada jawatan Adun kerana ponteng sidang DUN sebanyak dua kali tanpa kebenaran speaker – PRK lagi?
Isu Adun Lunas (PKR) yang keluar parti, menjadi adun bebas. Didesak letak jawatan – mungkin PRK juga lagi?
Adun Meninggal, Adun lentak jawatan, Adun lompat, Adun ponteng… berapa banyak PRK lagi dapat kita saksikan sehingga PRU13 kelak, kita tunggu dan lihat…

Ramadhan bertandang lagi…

AlhamduliLLAH…

Azan maghrib tadi menandakan bermulalah Ramadhan, bulan penuh barakah. Syukur, kita masih diberi peluang bernafas dalam keberkahan Ramadhan. Mudah-mudahan kita dapat merebut segala peluang yang disediakan ALLAH.
Selamat bersolat Tarawih, dan selamat berpuasa.

Masuk syurga sebenarnya ikut Parti !

Isu ahli/penyokong Umno tak masuk syurga …

KOTA BAHRU, 18 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata “ahli Umno tidak masuk syurga” Baca Lagi…


Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. Baca Lagi…


KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam. Baca Lagi…


Beliau (Zahid Hamidi) berkata, tidak mungkin sebagai hamba, seseorang itu mengambil alih tugas Allah dengan menentukan siapa masuk syurga berasaskan parti politik yang disertai oleh seseorang itu.

“Sebaliknya ia adalah kerana takwa dan iman seseorang itu serta tentang ibadah yang dilakukannya,” katanya kepada para pemberita di Permatang Ara di sini hari ini. Baca Lagi…
Mai orang bukan ulamak nak komen sikit…
Sebenarnya, masuk syurga adalah mengikut parti. Ini bukan fatwa TG Nik Aziz (TGNA). Bukan juga Fatwa TG Harun Taib. Bukan komen-komen Muhyiddin dan Zahid Hamidi. Ini adalah kenyataan aku, ini blog aku yang punya… (maaf, gaya bahasa nampak mcm org tak reti).
Kalau kenyataan ini dikeluarkan oleh TGNA, atau TGHH… pasti isu ini terus meletup. Tapi, disebabkan aku yang nyatakan, malah dalam blog yang entah apa-apa ini, maka tiada siapa pun yang ampil peduli. Tidak ada harga untuk diletupkan sebagai isu untuk meraih laba politik.
Masuk syurga adalah mengikut Parti!
Fatwa sesat mana pulak ni? TGNA sudah dilabel khawarij kerana melabel penyokong Umno tak masuk syurga, jadi, aku khawarij juga kah? Tak payah hairan dengan label-label manusia.
Dalam dunia ini, ada tiga parti utama seperti yang dilabel dalam al-quran. Parti Muttaqun, Parti Kafirun dan Parti Munafiqun [Lihat tafsir surah al-Baqarah , ayat 1 – 16]. Mudah sebutannya, Parti Islam, Parti Kafir dan Parti Munafiq adalah parti-parti yang mewarnai dunia ini dek kerana manusia itu punyai pelbagai fahaman dan ideologi.
Jelas dalam al-quran, pendokong dan penyokong Parti Islam akan masuk syurga dengan Rahmat ALLAH. Manakala pendokong dan penyokong parti Kafir dan Munafiq, tempatnya Neraka. Jelas nyata dalam al-quran.
Firman ALLAH:
“Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya)” [Qaaf:31-32]
“ALLAH mengancam orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan ALLAH melaknati mereka, dan bagi mereka azab yang kekal. ” [At-Taubah:68]

“Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Neraka jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” [Al-Mulk:6]
Tiga parti utama mewarnai hidup manusia. Hanya satu sahaja diterima ALLAH.
Parti Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad RasuluLLAH S.A.W suatu ketika dahulu, kemudian disambung perjuangan baginda oleh para sahabat dan tabi’in, hinggalah hari ini, perjuangan ini diteruskan oleh para ulamak, auliyak dan orang-orang soleh. Sudah tentu para pendokong, ahli, penyokong parti ini akan mendapat syurga dengan izin dan keredhaan ALLAH.
Parti Kafir, tentunya menentang ajaran ALLAH, menentang Parti Islam secara keseluruhannya. Ahli, penyokong, pendokong parti ini menentang dasar-dasar Islam secara terang dan sembunyi. Di zaman Nabi S.A.W, mereka berada di barisan hadapan menentang RasuluLLAH S.A.W. Siapa tidak kenal Abu Lahab dan Abu Jahal. Dua Abu yang merupakan pemimpin utama parti Kafir ketika awal dakwah RasuluLLAH S.A.W.
Parti Munafiq adalah parti yang pendokong dan ahlinya adalah dalam kalangan orang-orang yang menyembunyikan kekafirannya di samping melahirkan keislamannya, atau dalam erti kata lain ialah orang yang berpura-pura Islam sedangkan pada hakikatnya ia adalah seorang yang kafir atau derhaka dan ingkar kepada ALLAH.
Firman ALLAH:
“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” [Al-baqarah:14]
Situasi manusia, dulu kini dan selamanya adalah terbahagi kepada tiga parti ini. Tak kiralah apa jenama dan label pun, hakikatnya mereka adalah daripada tiga jenis parti ini. Samada pertubuhan mereka memakai nama Parti Islam atau tidak bukan penentu ke syurga atau neraka, tetapi lihatlah dasarnya, iktiqadnya, gerak kerjanya, ke arah mana perjuangannya. Adakah menepati mana-mana dasar 3 parti yang dikelaskan oleh ALLAH dalam al-Quran? Jika nama sahaja “parti Islam” tetapi menentang dasar-dasar Parti Islam yang digariskan oleh ALLAH, maka akibatnya tetap neraka.
Tidak perlu disenaraikan di sini, PAS itu masuk kategori parti mana., UMNO itu kategori mana, DAP, MCA, MIC itu kategori mana. Anda sendiri boleh renung dan fahami sendiri. Jika pendokong dan ahli DAP, MCA, MIC ciri-cirinya menepati Parti Islam secara iktiqad, dasar, gerak kerjanya, maka tidakkah mereka akan masuk syurga dengan izin-Nya? Apakah parti yang pengikut-pengikutnya hanya namanya sahaja Islam, tetapi menentang hukum ALLAH akan masuk syurga?
Ingatlah, hanya Parti Islam sahaja ke syurga. Mana-mana pertubuhan yang selari dengan Parti Islam, maka insyaALLAH ke syurga jua. Manakala mana-mana parti yang hakikatnya tergolong dalam kalangan Parti Kafir dan parti Munafiq, tempatnya adalah neraka. maka benarlah bahawasanya ahli/penyokong Parti Kafir dan Parti Munafiq tidak masuk syurga.
WaLLAHU a’lam.