ALLAH sedang atur sesuatu…biaq la Isa menang dulu…

Umno/BN berjaya mengekalkan penguasaan di Bagan Pinang, selepas kemenangan besar Tan Sri Isa Samad, bekas MB Negeri 9, yang juga pernah dihukum gantung 3 tahun keahlian oleh Lembaga Hantu Disiplin Umno, akibat rasuah. Dalam kata lain, pemimpin rasuah masih diterima sebagai wakil pos Bagan Pinang. Mungkin ada yang akan kata ‘Bagan Piang’…
Calon Parti Islam tidak kalah. Cuma belum menang di Bagan Pinang. Ada hikmah disebalik ketidak-menangan ini. Ada sesuatu yang ALLAH aturkan dengan memenangkan Isa Samad di Bagan Pinang. Isa Samad akan kembali beraksi dalam DUN Negeri 9.
Apakah ALLAH sedang mengaturkan perpecahan dalam DUN negeri itu sebagaimana kucar-kacirnya DUN Terengganu ( team Ahmad Said vs tean Idris Jusoh) dan DUN Perlis ( team Isa Sabu vs team Shahidan Kassim)? Mungkinkah team MB negeri 9 Mat Hassan adik-beradik akan duduk diam dengan kemasukan semula bekas MB Isa Samad ke pentas politik negeri itu? Isa akan duduk diam? Lauk banyak dahulunya boleh dimakan sorang-sorang, kini pemangsa lagenda muncul semula untuk berkongsi lauk yang sama, tidak tergugatkah pemangsa yang ada? Semua itu adalah dalam strategi ALLAH.
Tahniah kepada semua penggerak jentera dan petugas-petugas Parti Islam kerana berjuang habis-habisan. Tahniah… itu sahaja yang mampuku katakan. Ganjaran untuk kegigihan anda, ALLAH sahaja yang layak menentukan. JazakumuLLAHu khayran jaza^! ALLAHU AKBAR!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: