01-01-10 – Besar sangatkah azam kita berbanding azam musuh?


01.01.10
Sekarang Sudah masuk tahun baru Masehi. Awal tahun Masehi tidak diajar untuk kita membaca doa awal tahun. Sesiapa yang hendak membacanya, bacalah.
Setiap kali muncul tahun baru, samada Hijri atau Masehi, kerap kita dengar, orang akan berazam baru. Azam hendak berubah. Mau hijrah, berubah dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik… tapi tempohnya mungkin setahun sekali. Sedangkan umat Nabi Muhammad S.A.W diseru untuk berubah, berhijrah, setiap hari. Memiliki azam dan amal baru yang lebih baik setiap hari.
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam… Rugilah orang yang hari ini sama sahaja dari semalam… dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam…”
Dari kata-kata yang kita pernah dengar atau pernah terbaca di atas, muhasabah dan reformasi diri perlu dilakukan setiap hari. Saiyidina Umar menyuruh kita semua bermuhasabah atau melakukan inspection ke atas diri sendiri, membaiki kesilapan diri, memohon ampun jika tersilap langkah, sebelum tiba Hari Hisab kemudian hari.
Bagi sesebuah organisasi pula, azam, perancangan, strategi, segala bentuk pendekatan siyasah, gerak kerja dan sebagainya, perlu baru dan diperbaharui. Tahun 2009 sudah berakhir. Warna-warna gelap, kabus-kabus yang menghalang, riak-riak yang berkocak, perlu dihentikan. Matlamat perlu dijelas kembali dengan kata putus yang tuntas ketika masih dipermulaan tahun agar matlamat tidak menjadi flip-flop ditengah jalan.
2010 perlu dijadikan permulaan yang baik, selepas permulaan 1431 yang lalu. Tidaklah cerdik seorang individu atau sebuah organisasi, jika tersungkur, terjerat ke dalam lubang yang sama beberapa kali. Sedangkan kecerdikan adalah hak milik orang-orang beriman. Orang beriman tidak akan kantoi ditempat yang sama dua tiga kali.
Dunia semakin hari semakin mencabar. Letaklah diri dalam apa jua bidang, semuanya mencabar. Hatta, orang yang duduk bersahaja pun tidak terkecuali dari cabaran dunia hari ini. Keupayaan menilai dan memahami cabaran yang datang itulah yang membezakan kita. Ada yang menilai cabaran itu sebagai sesuatu kesusahan dan kesulitan, maka dia akan menemui kesukaran. Bagi yang melihat cabaran sebagai suatu peluang untuk maju, dia akan terus berusaha mencapai kecemerlangan.
01-01-10
Dari sudut lain pula, perubahan dari tahun ke tahun, kita sebenarnya sedang berada dalam percaturan pihak musuh. Percaturan bagaimana? Kita tidak arif kerana kita tidak cakna dan tidak bersistematik menghadapi musuh. Apatah lagi kita sering bercakaran sesama sendiri.
Musuh yang dimaksudkan, adalah gerakan kuffar Freemason. Daripada sejarah-sejarah yang telah tercatat, jika dikaji dengan betul, umat dunia, terutama dunia Islam, sebenarnya sudah lama menjadi bahan mainan catur mereka. Bermula dengan keruntuhan Empayar Khalifah Uthmaniyyah Turki, umat Islam bagaikan anak-anak ayam kehilangan ibu. Berterabur ke sana-sini. Kepala-kepala umat Islam dijajah, dan dipercaturkan. Malah ada pula yang sanggup menjadi pawn kepada musuh bagi memusnahkan Islam.
Lihat perancangan mereka merampas Palestin dan memberi kepada Israel. Semua dalam jangkauan percaturan mereka. Mereka berjaya pula percaturan mereka menakut-nakutkan umat dunia terhadap Islam dengan gerakan saraf yang tidak terfikit dek akal normal, yakni meruntuhkan WTC pada 11/9. Kemudian kempen-kempen ketenteraan menghanguskan bumi umat Islam dimulakan bagi membasmi potensi kebangkitan Islam.
Kewujudan negara kita Malaysia, adalah hasil percaturan kuasa Freemason. Wujudnya negara-negara dunia ketiga, adalah perancangan rapi dan raksasa daripada Freemason untuk menidakkan kebangkitan semula Empayar Islam yang sangat mereka gerun dan hasad sekali. Memang sistematik sekali. Mereka sudah merangka plan-plan jangka pendek dan jangka panjang. Mereka telah meracuni sebahagian umat Islam, para pemimpin umat Islam, agar bersama mereka menentang kebangkitan Islam.
Kita tidak tahu, apa yang sudah disediakan dalam perancangan mereka untuk kita. Kita masih leka dengan dunia kita sendiri. Kebercakaran kita sesama sendiri memudahkan kerja-kerja mereka. Kejahilan dan jauhnya kita dari Kitab Panduan yang ALLAH berikan kepada kita, melancarkan kerja mereka. Luputnya ukhuwwah Islamiyyah sesama kita melegakan hati mereka.
Lalu apa yang kita perlu lakukan? Apabila masing-masing menganggap diri sendiri betul, orang lain salah, maka tiadalah permuafakatan. Saling hentam menghentam, bidas-membidas, terungkailah ukhuwwah. Bagaimana kita mahu bersatu? Jika tiada kesatuan, bagaimana mahu merancang strategi melawan perancangan musuh yang bersistematik itu? Sukar sekali. Kita bukan tidak punya buah fikiran, bukan tiada orang-orang genius, bukan tiada pakar-pakar strategi. Akan tetapi semuanya dikerah untuk bercakaran sesama sendiri, dan memudahkan kerja-kerja musuh.
Entah pada tahun 2010 ini, musuh sudah memulakan perancangan yang keberapa puluh. Sedang kita masih leka merebut hampas-hampas kuasa, daki-daki dunia, lupa pada hakikat sebenar kita sebagai khalifah di muka bumi. Setiap awal tahun, kita diajar hanya memulakan azam baru. Azam mahu kaya. Azam mahu rajin. Azam mahu itu dan ini. Dalam ruang lingkup sekecil itu sahaja kita dibenarkan berazam dan berfikir, sedangkan musuh-musuh sedang mencaturkan sesuatu yang besar setiap kali tahun kalendar berubah.
Sebagai renungan kepada kita yang selalu mencipta azam yang bombastik, yang power-power supaya nampak manthop, renungilah, besar sangatkan azam kita berbanding azam musuh?
WaLLHU a’lam…
Advertisements

Mahkamah putuskan perkataan ‘Allah’ boleh digunakan Herald Catholic Weekly

Lau Bee Lan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan “Allah” boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.
Hakim Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. – Berita Harian Online

Selamat Menyambut Akhir 2009


Selamat Menyambut Hari Terakhir bagi tahun 2009
31 Disember 2009




p/s: semua taksub nak sambut awal 2010… mai tukaq angin sikit… huhu

Cadangan logo baru BN…


Logo baru BN…
Apa kata logo BN menjadi begini…
Lawan BN berlogo baru nanti adalah ini…
Kita lupakan logo dacing, logo bulan, logo roket dan sebagainya. BN vs PR pada PRU13.

Cerita rekaan 11 dan 12 …

Macam biasa, bila dah malas nak tulis benda lain …

Cerita 11
“Dahsyat…” Pak Ali Zidan menggeleng kepala selepas membaca tajuk akhbar.
“Drebar dia terlelap, mati 10 orang…” Pak Usu menambah.
“Tu dia… bahaya bawak bas malam-malam” ujar Pak Ali Zidan.
“Bukan sebab bawak malam-malam, orang lain bawak malam-malam tak apa pun” Haji Ismail yang turut berada di gerai Nasi Lemak Wan Soh mencelah.
“Lain kali tak payah benarkan bas dua tingkat beroperasi di lebuhraya” Pak Usu bersuara lagi.
“betui tu… kat negara lain, bas macam tu berjalan di tengah bandar saja” Haji Ismail menyokong Pak Usu.
“mana tak mati ramai, semua yg mati tu sama level dengan tayar bas saja…” tambah Haji Ismail lagi.
Berita kemalangan bas Sani Express tempohari turut menjadi buah mulut orang kampung.
“Kalau macam tu, aku tak mau naik bas dua tingkat lah. Baik naik bas biasa saja, selamat lah sikit…” Pak Ali Zidan membuat kesimpulan mudah.
“Pak Ali, ajal maut di tangan ALLAH. Naik bas mana pun sama. Yang kita bincang ni bukan nak elak dari mati, tapi kena sama-sama beringat” Pak Usu menegur Pak Ali.
“Betul tu Pak Ali. Kemalangan maut dalam KB Mall tempohari, siapa sangka akan berlaku? Tak de kena mengena dengan bas dua tingkat pun…” Haji Ismail menambah.
Pak Ali Zidan mengangguk sambil meneruskan pembacaan.
Cerita 12
“Adik, PTPTN adik dah masuk ka?” tanya seorang abang kepada adiknya.
“Belum lagi… katanya bulan depan” si adik menjawab bersahaja.
“Oh… kalau duit masuk nanti, berbelanja elok-elok. Seboleh-boleh, buka akaun lain untuk simpanan” nasihat si abang.
“simpan dalam akaun yang adik jarang ambik. Bila dah habis belajar nanti, sekurang-kurang RM10 ribu dalam simpanan. Taklah kalut sangat…” tambah si abang lagi.
“Emm… betul tu. Abang, simpanan abang dah banyak mana?” si adik ingin tahu.
“Huhu… sebenarnya, abang terlewat. tinggal lagi dua-tiga semester nak habis baru abang mula simpan…tak banyaklah. Sebab tu abang nasihatkan, mulakan menabung bermula sekarang…” nasihat si abang.
“Abang tak menjawab soalan…” si adik tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya.
“Adik… kalaulah abang mula menabung lebih awal, dah tentu sekarang ni abang banyak duit… hehe…” si abang tidak terus menjawab.
“Abang, jika diikutkan ‘KALAU’, gajah pun boleh terbang…” ujar si adik sambil tersengih.
Si abang terdiam. Sebentar kemudian dia tersenyum setelah mendengar kata-kata adiknya. Walaupun agak lucu, tapi maksudnya sangat mendalam.

p/s: Ada pengajaran ke tak cerita-cerita separuh merapu di atas, anda sendiri menilai… huhuhu…

Ada lagi cubaan memburukkan syuhada Memali…

Apa tujuan berita ini diriwayatkan?


KUALA LUMPUR 21 Dis. — Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota Pas yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong Pas tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

“Ini Pak Tunku, OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai.”

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di Lobi Parlimen di sini. – Bernama
Tak lain tak bukan untuk menggambarkan bahawa penduduk Memali ganas, memberontak dan layak dibunuh…bukan mati syahid…, betul kah begitu?

Hijratur-Rasul mengubah iklim dunia!

Oleh: IbnuQuddus


1 Muharram 1431.
Tarikh ini mungkin ramai yang ingat, sama seperti tarikh 1 Ramadhan dan 1 Syawal setiap tahun. Tarikh-tarikh Hijri yang lain sukar untuk semua orang ingat. Sepatutnya umat Islam tidak mudah melupai tarikh Hijri. Tapi dek kerana sistem negara kita tidak bersungguh-sungguh mengadaptasikan tarikh Hijri, akhirnya hanya beberapa tarikh penting sahaja diingati. Jika negara kita melaksanakan sistem tarikh mengikut perkiraan Hijri, banyak kelebihan yang kita akan peroleh.
Berbalik kepada sambutan awal Muharram. Selalu kita sebut sambutan maal Hijrah. Ada apa dengan maal Hijrah? Setiap tahun cara sambutannya sama. Perarakan sana-sini. Ada tokoh maal Hijrah pulak. Tiada pembaharuan, atau lebih jelas lagi, tiada apa-apa ruh Hijrah yang dapat masyarakat terutama umat Islam dapat ambil berdasarkan cara sambutan yang kita lihat hari ini.
Berarak… gimik sahajakah?
Jika gimik, tentu hanya membazir wang dan masa! [Gambar Hiasan]
Ada pula pihak yang tidak suka sambutan maal Hijrah. Bid’ah katanya. Nabi tak sambut. Isu bid’ah tak bid’ah adalah soal yang tak perlu difokus. Tidak penting, berbanding menjaga kesatuan ummah. Perkara yang kita perlu fokus adalah bagaimana memanipulasi konsep Hijrah ini untuk menyedarkan umat yang masih lena nyenyak sekalipun musuh sudah mengebom sana sini dengan bom-bom fizikal dan minda, secara bom berangkai dan juga bom-jangka. Serangan pemikiran bertubi-tubi mengasak dan menerjah ruang kepala otak seterusnya mengikis dan melapah iman-iman umat Islam.
Sambutan maal Hijrah sudah tidak relevan jika perkara yang sama diteruskan setiap tahun. Sia-sia, menghabiskan wang sahaja. Ceramah sana sini, apa pun tiada, kerana ruh Hijrah tidak ditekan. Setiap ceramah hanya berkisar tentang perlunya berhijrah dari jahat ke baik, baik kepada lebih baik. Walhal, untuk memberi kesedaran perlu kepada pemahaman yang lebih mengenai peristiwa hijrah itu sendiri. Umat Islam, terutama generasi muda tidak diberi penghayatan Hijrah sebenar.
Penghayatan hijrah perlu diubah daripada sambutan maal hijrah kepada penghayatan Hijratur-rasul (Hijrah Rasul). ‘Maal hijrah’ dihurai macam-macam sehingga ada yang lari dari konteks Hijrah Rasul, dn kadang-dang huraiannya tiada kena mengena langsung dengan ruh senebar hijrah RasuluLLAH. Generasi muda perlu difahamkan dengan sirah Hijratur-rasul yang tulen. Kegagalan memahami peristiwa Hijratur-Rasul adalah punca sambutan tahun baru Hijri menjadi hambar dan sia-sia.
Dalam persitiwa Hijratur-Rasul, kita perlu memahami bagaimana RasuluLLAH membina karekter-karekter sahabat baginda sehingga menjadi suatu kominiti yang disegani kawan dan digeruni lawan. Lihat bagaimana watak seorang anak muda diasuh menjadi berani mempertahankan nyawa RasuluLLAH. Lihat jua bagaimana pembinaan watak seorang lelaki yang sanggup menemani RasuluLLAH dalam keadaan bahaya dan cemas. Bagaimana pula RasuluLLAH membina karekter seorang wanita yang gigih dan sanggup menghabiskan harta benda untuk perjuangan agama ALLAH. Dan pelbagai lagi contoh karekter para sahabat yang luar biasa kecekalan imannya, serta kesungguhan mereka mempertahankan agama ALLAH dan Rasul-Nya.
Komuniti Muhajirin yang luar biasa iltizam jihad mereka berjaya dibentuk oleh RasulaLLAH, disambut pula oleh golongan Ansar, yang sangat luar biasa pengorbanan mereka membantu dan bersama-sama saudara mereka dari golongan Muhajirin. Gandingan Muhajirin dan Ansar adalah gandingan yang sangat menakjubkan hasil daripada peristiwa Hijratur-Rasul, yang sepatutnya kita berusaha mengadaptasinya dalam kehidupan kita. Penghayatan Hijratur-Rasul perlu ke arah membentuk watak-watak Muhajirin dan Ansar. Bukan sekadar ceramah dan khutbah mengisi program-program tahunan, atau semata-mata mengejar KPI sahaja. Perlu ada satu bentuk modul peringkat nasional yang bersungguh-sungguh menghasilkan karekter Muhajirin dan Ansar pada zaman ini.
Hijratur-Rasul juga adalah adalah konsep yang sangat mengagumkan ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu. Peristiwa Hijrah telah menunjukkan bagaimana tembok pemisah perkauman dan kenegerian dimusnahkan. Suku Aus dan Khazraj yang sentiasa bertelagah dan rasis berjaya disatukan menjadi satu entiti Ansar, yang membantu pula kaum Muhajirin yang datang dari Mekah dengan rela hati. Dalam masyarakat majmuk di negara kita hari ini, pihak pemerintah perlu membentuk modul ke arah kesatuan rakyat berbilang kaum, menggunakan kaedah sebagaimana RasuluLLAH menyatukan Muhajirin dan Ansar, serta strategi RasuluLLAH meraikan pula golongan Yahudi di Madinah. Kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan RasuluLLAH menjadi semakin stabil dan kuat.
Ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh pemikir seharusnya memulakan usaha brainstorm seterusnya berbincang untuk membawa masyarakat berbilang kaum dalam negara bersatu, bukannya memainkan isu-isu perkauman dan agama yang boleh memudaratkan perpaduan masyarakat dalam negara. Bukannya membiarkan pemerintah melakukan pembaziran menjalankan aktiviti maal hijrah sedia ada tanpa output yang memberansangkan.
Hijratur-Rasul adalah salah satu titik penting perubahan iklim dunia, daripada kegelapan Jahiyyah, kepada iklim nur hidayah. Justeru Hijratur-Rasul seboleh-bolehnya perlu umat Islam fahami, disamping masyarakat bukan Islam juga mengetahui peristiwa sebenar Hijratur-Rasul. Hijratur-Rasul bukan sahaja mengubah dunia umat Islam, bahkan turut memberi kesejahteraan kepada masyarakat bukan Islam. Islam adalah untuk semua manusia, tak kira apa jua bangsa, atau apa agamanya, atau dari mana dia, atau apa statusnya. Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi akhir zaman yang diutus untuk umat manusia, bukan hanya kepada umat Islam, bahkan termasuk jua orang bukan Islam, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh hidupan dan alam cakerawala. Oleh itu, pemahaman tentang Hijratur-Rasul juga perlu diolah supaya masyarakat bukan Islam jua memahami intipati sebenarnya.
Banyak lagi huraian mengenai hijratur-Rasul yang perlu dicungkil semula setelah sekian lama dipendam oleh cara sambutan yang tidak bersifat membina. para ilmuan, alim-ulama, profesional, pemimpin dan semua lapisan masyarakat perlu bergerak dan digerakkan. Sudahlah. usah lagi sambutan Hijrah disambut hanya dengan pukulan kompang, berzanji, bernasyid, berazam tahun baru dan berarak semata-mata bagaikan meraikan kanak-kanak berkhatan. Tiada langsung kaedah pendidikan membina masyarakat, sedangkan Hijratur-Rasul itu adalah peristiwa yang besar.
Apakah penghayatan berkompang ini memberi
kefahaman tentang sirah Hijratur-Rasul? [Gambar Hiasan]

Hijratur-Rasul adalah titik perubahan iklim dunia, daripada kegelapan jahiliyyah, kepada cahaya keimanan dan kemajuan.
WaLLAHU a’lam…
p/s: maaf jika isi-isinya berteraboq…