Hijratur-Rasul mengubah iklim dunia!

Oleh: IbnuQuddus


1 Muharram 1431.
Tarikh ini mungkin ramai yang ingat, sama seperti tarikh 1 Ramadhan dan 1 Syawal setiap tahun. Tarikh-tarikh Hijri yang lain sukar untuk semua orang ingat. Sepatutnya umat Islam tidak mudah melupai tarikh Hijri. Tapi dek kerana sistem negara kita tidak bersungguh-sungguh mengadaptasikan tarikh Hijri, akhirnya hanya beberapa tarikh penting sahaja diingati. Jika negara kita melaksanakan sistem tarikh mengikut perkiraan Hijri, banyak kelebihan yang kita akan peroleh.
Berbalik kepada sambutan awal Muharram. Selalu kita sebut sambutan maal Hijrah. Ada apa dengan maal Hijrah? Setiap tahun cara sambutannya sama. Perarakan sana-sini. Ada tokoh maal Hijrah pulak. Tiada pembaharuan, atau lebih jelas lagi, tiada apa-apa ruh Hijrah yang dapat masyarakat terutama umat Islam dapat ambil berdasarkan cara sambutan yang kita lihat hari ini.
Berarak… gimik sahajakah?
Jika gimik, tentu hanya membazir wang dan masa! [Gambar Hiasan]
Ada pula pihak yang tidak suka sambutan maal Hijrah. Bid’ah katanya. Nabi tak sambut. Isu bid’ah tak bid’ah adalah soal yang tak perlu difokus. Tidak penting, berbanding menjaga kesatuan ummah. Perkara yang kita perlu fokus adalah bagaimana memanipulasi konsep Hijrah ini untuk menyedarkan umat yang masih lena nyenyak sekalipun musuh sudah mengebom sana sini dengan bom-bom fizikal dan minda, secara bom berangkai dan juga bom-jangka. Serangan pemikiran bertubi-tubi mengasak dan menerjah ruang kepala otak seterusnya mengikis dan melapah iman-iman umat Islam.
Sambutan maal Hijrah sudah tidak relevan jika perkara yang sama diteruskan setiap tahun. Sia-sia, menghabiskan wang sahaja. Ceramah sana sini, apa pun tiada, kerana ruh Hijrah tidak ditekan. Setiap ceramah hanya berkisar tentang perlunya berhijrah dari jahat ke baik, baik kepada lebih baik. Walhal, untuk memberi kesedaran perlu kepada pemahaman yang lebih mengenai peristiwa hijrah itu sendiri. Umat Islam, terutama generasi muda tidak diberi penghayatan Hijrah sebenar.
Penghayatan hijrah perlu diubah daripada sambutan maal hijrah kepada penghayatan Hijratur-rasul (Hijrah Rasul). ‘Maal hijrah’ dihurai macam-macam sehingga ada yang lari dari konteks Hijrah Rasul, dn kadang-dang huraiannya tiada kena mengena langsung dengan ruh senebar hijrah RasuluLLAH. Generasi muda perlu difahamkan dengan sirah Hijratur-rasul yang tulen. Kegagalan memahami peristiwa Hijratur-Rasul adalah punca sambutan tahun baru Hijri menjadi hambar dan sia-sia.
Dalam persitiwa Hijratur-Rasul, kita perlu memahami bagaimana RasuluLLAH membina karekter-karekter sahabat baginda sehingga menjadi suatu kominiti yang disegani kawan dan digeruni lawan. Lihat bagaimana watak seorang anak muda diasuh menjadi berani mempertahankan nyawa RasuluLLAH. Lihat jua bagaimana pembinaan watak seorang lelaki yang sanggup menemani RasuluLLAH dalam keadaan bahaya dan cemas. Bagaimana pula RasuluLLAH membina karekter seorang wanita yang gigih dan sanggup menghabiskan harta benda untuk perjuangan agama ALLAH. Dan pelbagai lagi contoh karekter para sahabat yang luar biasa kecekalan imannya, serta kesungguhan mereka mempertahankan agama ALLAH dan Rasul-Nya.
Komuniti Muhajirin yang luar biasa iltizam jihad mereka berjaya dibentuk oleh RasulaLLAH, disambut pula oleh golongan Ansar, yang sangat luar biasa pengorbanan mereka membantu dan bersama-sama saudara mereka dari golongan Muhajirin. Gandingan Muhajirin dan Ansar adalah gandingan yang sangat menakjubkan hasil daripada peristiwa Hijratur-Rasul, yang sepatutnya kita berusaha mengadaptasinya dalam kehidupan kita. Penghayatan Hijratur-Rasul perlu ke arah membentuk watak-watak Muhajirin dan Ansar. Bukan sekadar ceramah dan khutbah mengisi program-program tahunan, atau semata-mata mengejar KPI sahaja. Perlu ada satu bentuk modul peringkat nasional yang bersungguh-sungguh menghasilkan karekter Muhajirin dan Ansar pada zaman ini.
Hijratur-Rasul juga adalah adalah konsep yang sangat mengagumkan ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu. Peristiwa Hijrah telah menunjukkan bagaimana tembok pemisah perkauman dan kenegerian dimusnahkan. Suku Aus dan Khazraj yang sentiasa bertelagah dan rasis berjaya disatukan menjadi satu entiti Ansar, yang membantu pula kaum Muhajirin yang datang dari Mekah dengan rela hati. Dalam masyarakat majmuk di negara kita hari ini, pihak pemerintah perlu membentuk modul ke arah kesatuan rakyat berbilang kaum, menggunakan kaedah sebagaimana RasuluLLAH menyatukan Muhajirin dan Ansar, serta strategi RasuluLLAH meraikan pula golongan Yahudi di Madinah. Kerajaan Islam Madinah di bawah pimpinan RasuluLLAH menjadi semakin stabil dan kuat.
Ahli-ahli akademik, tokoh-tokoh pemikir seharusnya memulakan usaha brainstorm seterusnya berbincang untuk membawa masyarakat berbilang kaum dalam negara bersatu, bukannya memainkan isu-isu perkauman dan agama yang boleh memudaratkan perpaduan masyarakat dalam negara. Bukannya membiarkan pemerintah melakukan pembaziran menjalankan aktiviti maal hijrah sedia ada tanpa output yang memberansangkan.
Hijratur-Rasul adalah salah satu titik penting perubahan iklim dunia, daripada kegelapan Jahiyyah, kepada iklim nur hidayah. Justeru Hijratur-Rasul seboleh-bolehnya perlu umat Islam fahami, disamping masyarakat bukan Islam juga mengetahui peristiwa sebenar Hijratur-Rasul. Hijratur-Rasul bukan sahaja mengubah dunia umat Islam, bahkan turut memberi kesejahteraan kepada masyarakat bukan Islam. Islam adalah untuk semua manusia, tak kira apa jua bangsa, atau apa agamanya, atau dari mana dia, atau apa statusnya. Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi akhir zaman yang diutus untuk umat manusia, bukan hanya kepada umat Islam, bahkan termasuk jua orang bukan Islam, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh hidupan dan alam cakerawala. Oleh itu, pemahaman tentang Hijratur-Rasul juga perlu diolah supaya masyarakat bukan Islam jua memahami intipati sebenarnya.
Banyak lagi huraian mengenai hijratur-Rasul yang perlu dicungkil semula setelah sekian lama dipendam oleh cara sambutan yang tidak bersifat membina. para ilmuan, alim-ulama, profesional, pemimpin dan semua lapisan masyarakat perlu bergerak dan digerakkan. Sudahlah. usah lagi sambutan Hijrah disambut hanya dengan pukulan kompang, berzanji, bernasyid, berazam tahun baru dan berarak semata-mata bagaikan meraikan kanak-kanak berkhatan. Tiada langsung kaedah pendidikan membina masyarakat, sedangkan Hijratur-Rasul itu adalah peristiwa yang besar.
Apakah penghayatan berkompang ini memberi
kefahaman tentang sirah Hijratur-Rasul? [Gambar Hiasan]

Hijratur-Rasul adalah titik perubahan iklim dunia, daripada kegelapan jahiliyyah, kepada cahaya keimanan dan kemajuan.
WaLLAHU a’lam…
p/s: maaf jika isi-isinya berteraboq…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: