Naskhah buat bakal pimpinan…

Menjadi pemimpin, adalah lumrah dan menjadi kitaran dalam hidup. Ada kala kita menjadi pemimpin, ada ketikanya pula kita menjadi ahli bawahan.

Orang yang dilantik menjadi pemimpin harus ingat bahawa, ALLAH sedang mengujinya dengan amanah. Jika dapat dipikul dan dilaksanakan haknya sebagai seorang pemimpin, maka dia berjaya dalam ujian tersebut. Amanah bukanlah barang yang boleh dibuat seronok-seronok, kerana kelak akan dipersoalkan. Amanah memimpin itu tidak pula boleh suka-suka hati ditolak, ketika tiada orang lain yang boleh melaksanakannya. Kamu akan ditanya pula kenapa kamu menolaknya.

Perlu diingat, sesiapa yang dipilih menjadi pemimpin bukan bermakna dirinya semua tahu. Seseorang dipilih menjadi pemimpin pada zaman ini mungkin hanya kerana kelebihan tertentu saja. Jadi, mereka perlu tawaduk dan merendah diri dalam semua tindakan. Mereka perlu menjadikan kecemerlangan pimpinan terdahulu sebagai panduan, mengambil kepincangan lalu sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalam lubang yang sama.

Janganlah takut dan gundah-gulana apabila dilantik menjadi pemimpin. Sesungguhnya yakinlah bahawa ALLAH akan membantu sesiapa sahaja yang dipilih-Nya serta memohon pertolongan-Nya. ALLAH tidak memberati seseorang itu dengan sesuatu yang dia tidak mampu menanggungnya. Yakinlah dengan pertolongan ALLAH.

Jangan pula berlebihan melobi untuk merebut jawatan. Sesungguhnya jika manusia itu tahu akan beratnya amanah pemimpin itu, nescaya mereka akan lari dari pada merebutnya.

Hebatnya peribadi seseorang pemimpin itu adalah menolak ketika ramai orang merebut sesuatu jawatan, dan menawar diri serta tidak lari ketika ramai mengelak darinya.

Selamat Ber……………………..

WaLLHU a’lam…

Advertisements

Sembang: Penulis blog Aneroid09 Berkabung

Bukan kerana kemangkatan Sultan Johor.
Bukan jua kerana Aduka Taruna serah diri.
Bukan juga kerana Agong jalani fisioterapi.
Tapi kerana laptopku gering dan kini dirawat di ICU. ๐Ÿ˜€
Entry-entry baru mungkin takkan sekerap biasa. Doktor laptop kata mungkin sebulan baru siap. paling cepat dua minggu. Duit bakal terbang lagi. Apakan daya. Mungkin itu kifarah ke atas dosa-dosaku. Mudah-mudahan aku menjadi orang-orang yang sentiasa bermuhasabah.
“eh, bukan ke hang bulih repair sendiri ke laptop?” ada orang tanya. “Setakat software rosak, takde masalah. kalau hardware, kena la bawak jumpa doktor…” bagi je jawapan simple.
Seakarng, aku menjadi badwi sekejap. Lompat dari satu PC ke PC yang boleh aku guna. PC housemate, laptop kawan dan macam-macam, just untuk update informasi, supaya tidak ketinggalan.
Apalaa… cerita laptop rosak p0n nak heboh sini…
dah, dah… mintak maaf laa kepada sesiapa yang tersesat baca entry takde pekdah ni.
Wassalam.
p/s: Takziah kepada keluarga al-marhum sultan Johor.
p/s: Semoga Pemangku Agong Sultan Halim bertugas dengan adil dan saksama.
p/s: Semoga Agong Sultan Mizan lekas sembuh.
p/s: Semoga semua sultan lekas-lekas sedar jika berbuat silap.

Mengejar kemajuan kebendaan semata-mata adalah antara agenda Illuminati

Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, โ€œKetahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu.โ€ Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution

Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. DanIlluminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminatitermasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Tetapi jika kita membeli kereta Mercedes sebagai contoh, dengan tujuan untuk menggerunkan pihak musuh, itu adalah tidak masuk akal sama sekali, kerana Mercedes itu sendiri dibuat oleh Illuminati, mana mungkin kita beli kereta buatan mereka untuk menggerunkan mereka? Mungkin mereka akan jelir kita dengan lubang hidung mereka sahaja rasanya.

Maka tidak perlu lah beli kereta mahal-mahal sekadar alasan untuk melakukan sunnah, kerana ianya tidak relevan sama sekali. Lagi pula dengan membayar duit banyak-banyak kepada mereka hanya akan membuatkan kekuatan dan dana mereka bertambah sahaja.

.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada handphone Motorola yang canggih

Maka syarikat Motorola itu juga adalah milik Illuminati. Juga syarikat-syarikat telefon lain termasuklah Nokia, At&T, Sony-Ericsson, Apple iPhone dan sebagainya.

.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada alat-alat eletrik dan elektronik canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat barang-barang letrik dan elektronik adalah milik Illuminati juga. Antaranya ialah Philips, Sony, LG dan sebagainya,

.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada komputer yang maju dan canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat komputer dan aksesorinya juga adalah milik Illuminati seperti Intel, IBM, Dell, NVidia, Xerox, Apple dan sebagainya.

.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana dapat makan di KFC dan restoran makanan segera yang lain

Ketahuilah bahawa kebanyakan restoran makanan segera itu adalah milik Illuminati seperti KFC, McDonald, Burger King, Starbuck, Hard Rock Cafe dan sebagainya.

.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mempunyai pakaian-pakaian yang berjenama hebat

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat pakaian dan aksesori tubuh manusia ialah milik Illuminati, seperti Nike, Pallas, Adidas, Levis, Reebok dan sebagainya.

.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mahir mengedit gambar dalam Adobe Photoshop

Ketahuilah bahawa syarikat Adobe itu juga milik Illuminati. Dan banyak lagi syarikat-syarikat software lain seperti Macromedia, Microsoft, AOL, Sun Microsystems, Solaris dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pembuat โ€˜computer gamesโ€™ seperti EA (Electronic Arts), Activision, Codemasters, Disney Interactive, Nickelodeon, LucasArt dan sebagainya yang dikawal oleh mereka.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat-syarikat besar yang berpengaruh dan menghasilkan produk-produk canggih adalah milik mereka sama ada dari asal ataupun telah diambil-alih kemudiannya.

Maka dengan apa lagi anda mahu menunjuk-nunjuk? Tak ada apanya yang perlu ditunjuk-tunjuk, kerana dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk menunjuk, tetapi tempat untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh agar selamat di dunia dan di akhirat.

Kerana itulah slogan-slogan mengejar kemajuan kebendaan adalah mengarut belaka, kemajuan apa yang dikejar sebenarnya? Itulah kemajuan membela nafsu serakah manusia sahaja. Jika kemajuan yang dikejar adalah semata-mata kerana mahu tegakkan agama dan untuk membantu manusia-manusia yang susah dan menderita alangkah bagusnya. Tetapi kemajuan-kemajuan yang dikejar sekarang hanyalah berpihak kepada golongan-golongan tertentu sahaja, sedangkan yang miskin bertambah miskin, yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya dan sebagainya. Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri dan keluarga masing-masing sahaja, tiada lagi kasih sayang sesama saudara seIslam.

Dan masih tidak nampak kah anda betapa kecanggihan-kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini dibangunkan oleh Illuminati? Kita hanya menjadi golongan yang pandai pasang dan guna sahaja, tak usah nak berlagak lah. Contoh besar, kereta Proton Malaysia, lihatlah enjin dari mana dan teknologi siapa?

Dan kemudian berlakulah kemalangan-kemalangan jalanraya yang ngeri kerana kereta bertambah laju, manusia bertambah mengejar kemajuan. Ya kejar, kejar dan kejar, akhirnya hancur lebur kereta di jalanan dengan darah bersembur-sembur, itulah agaknya yang dikejar-kejarkan selama ini. Sampai bila mahu insaf dan ditipu hidup-hidup ntah.

Dan jangan terpengaruh sangat dengan SLOGAN 1Malaysia. Singapore pun sudah lama dengan slogan ONE SINGAPORE nya. Slogan-slogan ini hanya akan menjerumus kepada One New Government atau The New World Order. Hati-hati lah dalam membuat keputusan dan merancang โ€ฆโ€ฆ.

.

Lihatlah , kenapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menyuruh sahabat-sahabat membina bangunan-bangunan besar?

Perhatikan, renungkan, mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menggalakkan sahabat-sahabat dan umatnya membina bangunan-bangunan besar, sedangkan sebelum zamannya lagi sudah banyak ciptaan dan binaan-binaan bangunan besar seperti yang didirikan oleh kerajaan Namrud, Firaun, Rome, Greek dan sebagainya.

Jika benar lah Islam menggalakkan membina bangunan-bangunan besar dan hebat, sudah tentu pembinaan telah rancak di zaman Nabi Muhammad S.a.w lagi kerana itu lah zaman contoh tauladan TERBAIK bagi seisi dunia terutamanya untuk umat akhir zaman. Kerana di zaman Nabi dan sahabat menjadi PEMIMPIN lah suasana di sana terlalu aman damai, bebas dari jenayah-jenayah dan masyarakat berkasih-sayang antara satu sama lain.

Tetapi kita bukan mahu mengambil contoh tauladan di zaman keemasan akhlaq dan peribadi Muslim itu, tetapi kita banyak mahu mencontohi zaman-zaman sesudah nya yang sudah banyak tercemar dan bercampur dengan pengaruh-pengaruh terutamanya pengaruh dari barat.

Dan mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak membina kereta-kereta kuda yang megah dan hebat seperti kereta-kereta kuda Firaun yang gah lagi bertatahkan emas dan perhiasan-perhiasan? Dan mengapa tidak dibuat ciptaan-ciptaan lain yang sangat canggih dan hebat lagi?

Ketahuilah, sederhana itu adalah yang TERBAIK. Modesty is the best policy. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, โ€œSebaik-haik perkara adalah yang pertengahannya (sederhana)โ€. Hadith Muttafaqun โ€˜alaih

Sabdanya lagi yang bermaksud, โ€œJangan kamu berlebih-lebihan dalam kesenangan dan kemewahan kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah (yang benar-benar bertakwa) itu bukanlah dari orang-orang yang suka bermewah-mewahanโ€. Hadith Riwayat Ahmad

Maka mengapa kita perlu kejarkan sangat kemewahan, sedangkan ianya hanya sementara dan akan hancur binasa juga nanti. Jika kita mencari harta benda banyak-banyak untuk melebihkan sedekah kita kepada mereka-mereka yang susah dan memerlukan serta membantu Islam , itu sangatlah bagus. Tetapi sayang, biasanya itu cuma diucapkan dibibir, tetapi apabila manusia mempunyai banyak harta, dia merasakan mahu menambah banyak lagi dan simpan untuk anak-beranak dia semata dan lupa bahawa manusia-manusia yang hidup susah di luar sana adalah saudara mara kita juga di dalam Islam.

Artikel ini dikopipes dari: Hikmatun

Tahniah Pemuda Epal


Tahniah Pemuda Epal

Lahirnya Tengku Muhammad al-Fateh (Pemuda Epal Jr.) itu disambut dengan gembira oleh orang sekelilingnya. Moga-moga pemergiannya suatu hari nanti ditangisi oleh manusia seluruhnya.

Haiti berkabung, umat lain masih tidak mengambil pengajaran

InnaliLLAH…
Mungkin 500,000 maut di Haiti akibat gempa bumi dahsyat. Bagaikan dahsyatnya Tsunami yang melanda Asia beberapa tahun lalu.
Manusia sehingga hari ini, dengan ilmu sains yang dimiliki, tidak mampu menghurai, mengapa bumi semakin ‘mengganas’ sejak akhir-akhir ini, sehingga menyebabkan manusia kehilangan nyawa secara besar-besaran. Tiada sebarang penjelasan yang muktamad untuk diambil tindakan bagi ‘menjinakkan’ semula bumi. Hanya kedengaran manusia menyalahkan tindakan mereka sendiri. Akibat tangan-tangan manusia yang rakus, bumi menjadi ‘marah’ dan tidak keruan. Kehebatan ilmu sains manusia setakat itu sahaja. Hanya mampu menganalisis secebis rahsia mengapa keadaan bumi hari ini jadi begitu.
Kemusnahan sesuatu kaum adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Bukan mahu menuduh apa-apa kepada masyarakat Haiti, tetapi ALLAH telah jelaskan bahawa zahirnya kemusnahan darat dan di laut adalah hasil kerja tangan-tangan manusia. Kerja yang songsang dan dan melawan fitrah alam, serta menyimpang dari ajaran ALLAH, maka bumi bergoncang sebagai tanda amaran dari ALLAH. Namun manusia yang masih hidup, tetap melakukan perkara kerosakan yang sama dan tidak mengambil pengajaran dari kemusnahan-kemusnahan umat terdahulu. Sedangkan seekor haiwan akan menjauhi perkara yang menyebabkan ‘saudaranya’ binasa. Tidak pula bagi manusia, kerana manusia itu degil dan angkuh halnya.
WaLLAHU a’lam…

ALLAH untuk semua


Pertamanya, kata-kata sultan bukanlah 100% boleh diterima, dan bukannya muktamad. Bukan entri ini bertujuan melawan sultan atau sistem raja, tetapi untuk menyatakan titah sultan adalah menjadi tidak relevan apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH dan sabda-sabda Rasul-Nya.
Firman ALLAH:
…. ูˆู„ุฆู† ุณุฃู„ุชู‡ู… ู…ู† ุฎู„ู‚ ุงู„ุณู…ุงูˆุงุช ูˆุงู„ุฃุฑุถ ู„ูŠู‚ูˆู„ู† ุงู„ู„ู‡
Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”, nescaya mereka menjawab: “ALLAH.”

Ayat 38 surah az-Zumar menyatakan, bahawa jika orang-orang kafir itu ditanya kepada mereka tentang siapakah yang mencipta langit dan bumi, nercaya orang-orang kafir atau bukan Islam itu akan menjawab “ALLAH”.

Sambungan ayat di atas seperti berikut:

ู‚ู„ ุฃูุฑุฃูŠุชู… ู…ุง ุชุฏุนูˆู† ู…ู† ุฏูˆู† ุงู„ู„ู‡ ….
ุฅู† ุฃุฑุงุฏู†ูŠ ุงู„ู„ู‡ ุจุถุฑ ู‡ู„ ู‡ู† ูƒุงุดูุงุช ุถุฑู‡
ุฃูˆ ุฃุฑุงุฏู†ูŠ ุจุฑุญู…ุฉ ู‡ู„ ู‡ู† ู…ู…ุณูƒุงุช ุฑุญู…ุชู‡
[Az-zumar: 38] ู‚ู„ ุญุณุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูŠุชูˆูƒู„ ุงู„ู…ุชูˆูƒู„ูˆู†
Katakanlah: “Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain ALLAH, jika ALLAH hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika ALLAH hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?. Katakanlah: “Cukuplah ALLAH bagiku.” Kepada- Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri.
Apabila orang bukan Islam menggunakan perkataan “ALLAH” untuk merujuk kepada Pencipta langit dan bumi, kita diseru untuk bertanya dan berdiolog dengan mereka supaya mereka memahami hakikat ALLAH yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam yang wajib disembah dan dipuja oleh sekalian manusia. ALLAH adalah Tuhan seluruh manusia dan sekalian alam, yang memberi Rahmat kasih sayang, dan juga yang menahan bala bencana kepada orang yang dikehendaki-Nya.
Lalu apakah kita boleh berkata, “ALLAH” hanya untuk orang Islam, walhal firman ALLAH di atas tidak pula melarangnya untuk orang bukan Islam, bahkan meminta kita berdialog dengan mereka supaya mereka berfikir. Jika mereka enggan yakni terus dalam kekafiran mereka, maka ayat seterusnya ALLAH berfirman;
[az-Zumar:39] ู‚ู„ ูŠุง ู‚ูˆู… ุงุนู…ู„ูˆุง ุนู„ู‰ ู…ูƒุงู†ุชูƒู… ุฅู†ูŠ ุนุงู…ู„ ูุณูˆู ุชุนู„ู…ูˆู†
Katakanlah: “Hai kaumku, bekerjalah sesuai dengan keadaanmu,
sesungguhnya aku akan bekerja (pula), maka kelak kamu akan mengetahui
[az-zumar :40] ู…ู† ูŠุฃุชูŠู‡ ุนุฐุงุจ ูŠุฎุฒูŠู‡ ูˆูŠุญู„ ุนู„ูŠู‡ ุนุฐุงุจ ู…ู‚ูŠู…
siapa yang akan mendapat siksa yang menghinakannya dan
lagi ditimpa oleh azab yang kekal.
Jadi, relevankah sultan berkata ALLAH hanya untuk orang Islam? Bukankah ALLAH itu Tuhan kepada semua manusia, samada orang Islam ataupun bukan Islam?
Jika dikhuatiri umat Islam Melayu menjadi keliru, maka bolehlah ditangguh penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam. Bukan sekadar tangguh, malah perkara utama yang mesti dilakukan dalam tempoh penangguhan adalah memberikan pendidikan aqidah dan seumpamanya semaksimum mungkin kepada masyarakat Islam supaya mereka tidak lagi mudah dikelirukan dengan isu-isu begini. Masyarakat lemah iman dan longgar aqidah tidak sepatutnya menjadi isu kerana sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan dipimpin oleh orang Islam.
Penangguhan akan bererti, isu ini akan pecah kembali apabila tiba waktunya. Apakah sampai ketika itu mahu tangguh lagi, dan orang akan bertanya berapa banyak kali mahu tangguh? Masih OK kalau orang akan terus tertanya berapa kali mahu tangguh. Yang tidak OK nya kita bimbang ia akan meletup. Kalau hari ini orang bakar gereja, mahukah pada masa depan akan berlaku kes bakar masjid – bakar gereja, seterusnya peristiwa Ambon akan terjadi dalam negara, wal-‘iyadzubiLLAH…
Jika berlaku seperti Ambon sekalipun, apa untungnya orang Islam dikala semangat jihad luntur dan tidak ditekan dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan negara hari ini terus melahirkan generasi rapuh aqidah dan kefahaman Islam. Jika umat Islam berada pada izzah dan kemuliaannya seperti suatu ketika dahulu, apakah akan ada tuntutan pelik-pelik dari orang bukan Islam yang dilihat mahu menggugat Islam itu sendiri? Jadi salahnya, bukanlah salah sepenuhnya pihak bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah ALLAH itu, dan bukan jua salah sepenuhnya diletakkan atas para ‘pejuang’ jahil yang membakar gereja.
WaLLAHu a’lam….

Dasar pendidikan sekular melahirkan pejuang-pejuang jahil…

Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, Nabi SAW menyuruh Saidina Ali menulis BismiLLAHi Ar-Rahmani Ar-Rahim, maka kata Suhail bin Amru yang merupakan wakil Quraisy berkata, “Berhenti! ALLAH aku tahu, tetapi aku tidak kenal “Ar-Rahman Ar-Rahim”. “Tulislah BismiKaLLAHumma”. Maka baginda RasuluLLAH menyuruh Saidina Ali menulis BismiLaLLAHUmma.

Isu nama ALLAH hari ini semakin dipanaskan dengan demonstrasi-demonstrasi dan ada sampai bakar-bakar gereja. Pemimpin pula ada yang bermain tarik tali, tidak secara serius menangani gejala yang berbahaya ini. Apa bahaya nya? Ya, bahaya kerana ini isu agama. Mahukah isu ini menjadi meruncing kepada perbalahan agama, dan terus membakar menjadi seperti peristiwa menyayat hadi di Ambon suatu masa dahulu?
Umat Islam diajar supaya bersikap wasathiyyah. Bersederhana dalam tindakan. Kita juga diajar menggunakan akal fikiran yang waras berpandukan al-Quran dan Sunnah. Bukan menggunakan nafsu dan emosi. Nafsu dan emosi mudah dimanipulasi dan akan mengakibatkan kekeruhan dalam masyarakat 1Malaysia. Kita diajar supaya tidak menjadi ekstrim sehingga membakar rumah-rumah ibadat penganut agama lain. Hatta dalam perang sekalipun, sesiapa yang berada dalam rumah ibadat, tidak boleh diganggu.
Penggunaan nama “ALLAH” oleh Kristian tidak pun menjadi isu di negara-negara lain. Hanya orang Melayu sahaja yang melompat. Kenapa Melayu tergedik-gedik melompat jika orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH? Orang Melayu bimbang aqidah umat Islam Melayu tergugat, menjadi keliru jika tuhan orang Kristian juga dipanggil ALLAH? Bimbang penggunaan nama ALLAH disalahgunakan?
Orang Islam tidak akan keliru jika mereka mempunyai aqidah yang matap, ilmu tauhid yang kukuh dalam jiwa mereka, hatta apa jua isu yang mengelirukan, tidak akan menyebabkan mereka keliru, kerana mereka berilmu. Mereka telah sebati dengan ilmu tauhid, ilmu aqidah yang benar. Jika Orang Melayu bimbang ia mengelirukan umat Melayu Islam, bermakna umat Melayu Islam tidak berilmu, aqidah longgar, mudah keliru, tidak kukuh pendirian. Jika demikian perihal jahilnya umat Melayu, selama 52 tahun mencapai kemerdekaan, apakah yang pemimpin Melayu lakukan untuk mengukuhkan aqidah umat Islam Melayu? Di manakah dalam sistem pendidikan negara yang membantu anak-anak Melayu Islam mengenali ALLAH, agar mereka tidak keliru siapa “ALLAH” pada masa depan?
Kebimbangan bahawa penggunaan nama ‘ALLAH’ oleh bukan Islam akan mengelirukan umat Islam keturunan Melayu, adalah salah pemimpin umat Melayu keturunan Islam itu sendiri. malah, menjadi jelek kepada umat dunia, umat Islam Melayu terlompat-lompat berdemostrasi mempertahankan nama “ALLAH”, sedangkan di negara-negara umat Isam yang lain tiada masalah, bahkan umat Islam Melayu tidak pula sensitif dengan isu murtad, isu penyalahgunaan kuasa pemimpin, isu moral anak-anak muda Islam, dan pelbagai lagi isu umat.
Dari segi penelitian kita, isu nama “ALLAH” adalah satu percubaan saraf politik yang cuba menjadi serampang dua-tiga mata. Kalau isu perkauman bagaikan semakin tumpul untuk dijadikan senjata memporak-peranda, mereka cuba menggunakan isu agama. Para mufti pula tidak memainkan peranan sepatutnya ke arah menjaga keharmonian masyarakat. Isu ini mungkin cuba dibesar-besarkan oleh pihak tertentu, bagi menutup isu-isu lain seperti isu kenaikan harga gula, isu kerajaan Perancis mahu siasat komisen pembelian kapal selam (?), isu kehilangan enjin jet, isu-isu penyelewengan, dan macam-macam lagi.
Lihatlah, orang-orang Kristian bawahan, Kristian kampung, Kristian kecil-kecilan, tidak tahu menahu pun bahawa agama mereka telah pun dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH sebagai tuhan mereka oleh mahkamah Malaysia jika tidak dibesarkan. Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara muzakarah antara ilmuan Islam dan pemuka-pemuka Kristian.
Nama “ALLAH”, telah pun dijelaskan oleh media-media dan kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin Islam, bahawa tidak menjadi kesalahan umat bukan Islam, terutama umat agama Samawi seperti Kristian, kerana memang sejak dahulu kala lagi, mereka sudah menggunakan kalimah ‘ALLAH’ sebagai tuhan mereka. Cuma aqidah mereka terhadap ALLAH itu berbeza. Bagi mereka ALLAH ada dua, tiga atau banyak. Tetapi kita umat Islam meyakini ALLAH itu Maha Esa. Lalu bagaimanakah umat Islam akan keliru jika aqidah tauhid mereka ditanam kukuh?
Sesetengah orang bimbang, jika orang Kristian menggunakan nama ALLAH, akan menyebabkan umat Islam keliru, dan hal ini menjadikan aqidah umat Islam tergugat. Bukankah pada masa yang sama, umat Kristian juga akan terdedah kepada isi kandung al-Quran, sekiranya mereka ingin melihat apakah beza ALLAH mereka dengan ALLAH yang kita imani? Tidakkah hal ini membuka ruang terpancarnya nur Islam di dalam hati mereka?
Akan tetapi, orang akan bertanya, tak kiralah siapa yang bersalah, hakikatnya aqidah umat Islam yang longgar pada hari ini, sesuaikah kita berlapang dada membiarkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ yang pasti memberi kekeliruan? Realiti hari ini, aqidah umat sudah rapuh dan mudah keliru, patutkah kita membiarkan umat Kristian menggunakan kalimah ALLAH?
Kejahilan umat Islam Melayu terhadap agama sendiri, melahirkan umat yang emosi tak bertempat. Timbul pejuang-pejuang jahil membakar gereja, mencerca agama lain, memaki hamun penganut agama lain… tidak menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi dan kebijaksanaan dalam berdepan isu. Sampai bila generasi umat islam jahil ini akan terus menjadi jahil? Dasar pendidikan jahiliyyah dan sekular tidak menjadikan umat Islam cerdik dan bijak.
Jahil, tapi menyangka diri telah menjadi pejuang agama
(gambar Hiasan: Gereja yang dibakar)
ALLAH adalah Rabb dan Ilah. Tuhan yang mentadbir, mendidik dan yang menjadi pusat pengibadatan hamba-hamba-Nya. Orang bukan Islam memiliki tahuhid Rubbubiyyah. Kita diajar mentauhidkan ALLAH dengan Rubbubiyyah, Ulihiyyah, dan Asma was-Sifat. Biarlah mereka menggunakan nama ALLAH sebagai tuhan mereka, kerana sememangnya ALLAH adalah Tuhan sekalian alam. Jika mereka berniat buruk dan mempunyai agenda jahat disebalik penggunaan nama ALLAH, biarlah ALLAH menggagalkan perancangan tersembunyi mereka itu. Kita menghukum dengan isu zahir, yang kita nampak. Sedangkan niat mereka, hanya ALLAH sahaja yang tahu, maka kita serah kepada ALLAH.
Tak perlulah menjadi pejuang-pejuang jahil. Solat berjemaahnya jarang-jarang, rasuah jadi habuan, perempuan keliling pinggang, halal haram tidak diendahkan, tiba-tiba melompat dalam isu ini. Isu ini isu agama, biarlah ulama yang mendepani, bukan samseng jalanan berlagak pejuang yang ke hadapan. Keadaan ini bukannya akan menjernih keadaan, bahkan akan memburukkan lagi suasana, serta orang akan memandang serong terhadap umat Islam melayu itu sendiri.
Ingatlah, ALLAH memiliki nama-nama yang baik. Nama ALLAH ar-Rahman memberi maksud sifat pemurah ALLAH dicurahkan kepada semua makhluk-Nya, hatta juga kepada orang-orang bukan Islam. Apakah kita pula menghalang umat bukan Islam menggunakan nama ALLAH yang tidak menyekat sifat Pemurah-Nya kepada orang bukan Islam? Jika takut umat Islam keliru, maka gerakkanlah satu sistem pendidikan aqidah yang bersepadu, yang melahirkan umat Islam yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Sekadar coretan…
WaLLAhu a’lam.
p/s: Jika ada kesilapan, mohon dibetulkan.