Naskhah buat bakal pimpinan…

Menjadi pemimpin, adalah lumrah dan menjadi kitaran dalam hidup. Ada kala kita menjadi pemimpin, ada ketikanya pula kita menjadi ahli bawahan.

Orang yang dilantik menjadi pemimpin harus ingat bahawa, ALLAH sedang mengujinya dengan amanah. Jika dapat dipikul dan dilaksanakan haknya sebagai seorang pemimpin, maka dia berjaya dalam ujian tersebut. Amanah bukanlah barang yang boleh dibuat seronok-seronok, kerana kelak akan dipersoalkan. Amanah memimpin itu tidak pula boleh suka-suka hati ditolak, ketika tiada orang lain yang boleh melaksanakannya. Kamu akan ditanya pula kenapa kamu menolaknya.

Perlu diingat, sesiapa yang dipilih menjadi pemimpin bukan bermakna dirinya semua tahu. Seseorang dipilih menjadi pemimpin pada zaman ini mungkin hanya kerana kelebihan tertentu saja. Jadi, mereka perlu tawaduk dan merendah diri dalam semua tindakan. Mereka perlu menjadikan kecemerlangan pimpinan terdahulu sebagai panduan, mengambil kepincangan lalu sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalam lubang yang sama.

Janganlah takut dan gundah-gulana apabila dilantik menjadi pemimpin. Sesungguhnya yakinlah bahawa ALLAH akan membantu sesiapa sahaja yang dipilih-Nya serta memohon pertolongan-Nya. ALLAH tidak memberati seseorang itu dengan sesuatu yang dia tidak mampu menanggungnya. Yakinlah dengan pertolongan ALLAH.

Jangan pula berlebihan melobi untuk merebut jawatan. Sesungguhnya jika manusia itu tahu akan beratnya amanah pemimpin itu, nescaya mereka akan lari dari pada merebutnya.

Hebatnya peribadi seseorang pemimpin itu adalah menolak ketika ramai orang merebut sesuatu jawatan, dan menawar diri serta tidak lari ketika ramai mengelak darinya.

Selamat Ber……………………..

WaLLHU a’lam…

Advertisements

4 Responses

  1. selamat berTAYAMUM ke? hahaha

  2. kepimpinan islam adalah suatu t/jawab yang sangat besar, ia membawa @pun penerus kepada perjuangan para rasul anbiya' iwalmursalin….kalau benar2 seseorg yg dilantik itu ikhlas menerima jwatn tanpa sebarang perkara2 hina, pasti ALlah tidak akan mensia2 pemimpin tersebut. Kepimpinn Islam adalah suatu pakaian yang penuh dengan Izzah & kehebatan, apabila seseorg yg ikhlas itu memakai pakaian ini…ALlah akan sekalikan pakaian itu dengan Izzah & kehebatan.sebab ALlah (kalau Xclap-yg lebih kurang maksudnye) telah berjanji melalui mulut kekasihNya N.Muhammad s.a.w yang mulia, bahawa ALLah akan mmbantu mereka yang mendapat jawatan tanpa meminta2.dan wahai pemimpin…inilah peluang bg mu yang selama ini kita lalai dgn urusan duniawi yg penuh dgn lagha…utk lebih2 lg dekat dgn ALlah.tahniah & takziah

  3. selamat ber….. apa? tuju kpd saper?pro aspirasi usm ke? ko support pro-a usm lak ke? mcm pelik je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: