‘Tipping point’ Kartika menampakkan hasil

The Tipping point: How Little Things Can Make a Big Difference‘ adalah sebuah buku yang ditulis oleh Malcolm Gladwell, yang diterbitkan oleh Little Brown pada tahun 2000. Beliau menghuraikan tipping point dengan maksud cetusan sesuatu momentum kecil untuk perubahan menjadi satu arus yang tidak dapat disekat.

Dengan kata lain, suatu tindakan mudah, menghasilkan satu impak yang besar. Contohnya, seorang wartawan pernah membaling kasut kepada Presiden Bush. Tindakannya mudah, tetapi telah menyebabkan seluruh dunia bagaikan menggelarnya sebagai hero, dan membaling kasut kepada pemimpin yang dibenci menjadi suatu fenomena pula. Membaling kasut bukanlah sesuatu yang besar, tetapi ia menjadi tipping point kepada fenomena membaling kasut seluruh dunia.

Peristiwa Presiden Turki meninggalkan satu forum tanda protes terhadap Presiden Israel Simon Peres juga merupakan satu tipping point. Tidak perlu Presiden Turki itu memaki, menumbuk atau mengapa-apakan Presiden Israel itu, tetapi dengan hanya meninggalkan forum yang disiar secara langsung ketika Presiden Israel itu berucap adalah meninggalkan suatu kesan yang besar.

Dalam negara kita pula, Kartika yang terkenal dengan isu sebat. Dia hanya mahu dirinya disebat disebabkan kesalahan meminum arak. Isunya tidak besar. Seorang pesalah syariah, mahu dirinya dihukum secara syariah kerana berazam tidak mahu mengulanginya. Mudah sahaja. Tetapi ia menjadi tipping point ke arah perubahan yang besar kepada sistem hukuman syariah.

Hari ini, 3 wanita akan disebat mengikut undang-undang syariah. 3 wanita itu adalah antara kumpulan pertama yang akan disebat mengikut hukum syariah. Kumpulan pertama, bermaksud, sebelum ini tiada yang pernah menjalani hukuman seperti itu. Jika ada disebat, bukanlah disebat secara syariah, logiknya. Selama lebih 50 tahun merdeka, tiada hukuman mengikut undang-undang syariah dalam sebuah negara yang dihuni majoriti umat Islam, hari ini mula menjalankan hukuman itu, disebabkan oleh tipping point yang dilakukan oleh Kartika.

Tipping point yang dicetuskan Kartika telah membuatkan orang ramai berfikir tentang cacatnya perjalanan undang-undang syariah dalam negara, membawa kepada perhatian mufti-mufti dan jabatan agama Islam dan sebagainya. Tentang 100% atau tidak hukuman syariah yang akan dilaksanakan tidaklah mahu dibincangkan di sini. Tetapi kita dapat merenung sejenak, betapa perlunya kita memikirkan bagaimana membuat perubahan besar dengan menggunakan tipping point disamping kita merancang strategi-strategi lain dalam perjuangan menegakkan agama ALLAH.

WaLLAHU a’lam

One Response

  1. Ada sikit kemajuan Dulu masyrakat(UMNO) cukup fobia dgn hudud. Alhamdulillah. Ada sikit kemajuan. Perlu usaha agar hukum 3,6 sebatan tu jadi 80 atau 100x. Dan hukuman potong tangan dan rejam dilaksanakan plak.Better late than never. Apapun perjuangan mesti terus. samada kiamat kecil atau besar. Kita adalah salah satu mata rantai perjuangan. Kita bukanlah pertama dan bukanlah yang terakhir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: