Saya seorang polis yang cerdik…


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berang dengan kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun – Aminulrasyid Amzah, berkata beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.
“Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.
“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, – termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.
Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.
Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.
“Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.
“Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Inikah alasan paling kukuh untuk menghalalkan polis menembak mati budak 15 tahun Amirulrasyhid itu?
1) Awal-awal kata budak itu penjenayah/penyamun
2) Keadaan kereta mencurigakan
3) cuba merempuh polis
4) memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah
5) tidak berhenti walaupu diminta
6) kenderaan boleh dianggap senjata jika tidak berhenti apabila disuruh
So, bolehlah tembak…(?)
Nyawa manusia begitu murahkah encik ketua polis?
Orang bukan bicara pasal perlu atau tidak polis mengawal keselamatan rakyat. Tapi orang sedang persoalkan keadilan terhadap mangsa dan keluarga mangsa. Kalau kena dekat anak sendiri amacam, tan sri?
Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabarlah, jika anda tidak mendapat keadilan di dunia ini, anda pasti akan mendapat keadilan di hadapan ALLAH kelak. Pada masa itu, anda dakwalah mereka seekor demi seekor, yang merobek-robek keadilan semasa di dunia. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
Advertisements

3 Responses

  1. salah mak bapak budak tu jg. sape suruh x reti jaga anak. kesian juga kat ahli kluarga polis yg bkenaan, bkn kluarga mangsa je.

  2. Allayarham kena tembak guna senjata apa ya? MP5 atau Glock?

  3. mak bapak jugak yg salah?oii kalau mak bapak salah pun takkan sampai anak kena bunuh? boleh ke kalau anak kau x de lesen, drive malam2, then aku pg bunuh dia sbb kau mak bapak dia yg bersalah? kecik2 xnak mapos, besar2 nyusahkan org.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: