Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010

Kepala Batas, Pulau Pinang, 27 Jun 2010:
Pesta Sukan PASTI Malaysia 2010 telah selesai. Acara bola sepak dan bola jaring yang mempertandingkan kanak-kanak pra-sekolah PASTI dari seluruh negara termasuk Sabah meriah dengan gelagat para peserta.
PASTI, atau nama penuhnya Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam kini terus diperkasa. Penerapan nilai-nilai pendidikan Islam bermula dari peringkat pra-sekolah menjadi suatu alternatif kepada para ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka tidak bisa hanyut dalam arus deras kecelaruan fikrah, akhlak serta moral di samping penguasaan akademik.
PASTI yang sekian lama dibangunkan, kini semakin diterima masyarakat, temasuk masyarakat bukan Islam. Sistem pendidikan berteras Islam yang sitematik dan berkualiti menarik perhatian ibubapa yang menginginkan anak-anak merek terdidik dengan sempurna.
Jom kita tonton sedikit sebanyak video sukan PASTI ini….

Perasmian:

Perarakan Masuk:

Bola Sepak Final…

Advertisements

Sembang: Ziarah orang tua-tua

Hampir setiap hujung minggu, jika balik saja ke kampung, aktiviti ku adalah menziarahi orang tua-tua, orang sakit, kenduri kendara, dan sekali-sekala beramah mesra dengan adik beradik.
Kelmarin, aktiviti biasa – menziarahi tok nek (moyang) sebelah ayah.
Ziarah, bukan saja-saja membuang masa sepert yang sesetengah orang anggap. Apatah lagi orang-orang tua yang ada hubungan kekeluargaan. Apatah lagi moyang kita. Tanpa mewujudkan moyangku ini, tiadalah nenekku, tiadalah ayahku, dan tidak akan wujud diri aku. Moyangku yang berusia anggaran lebih 100 tahun ini sudah tidak mampu berdiri dan berjalan seperti setahun dua lalu. Akan tetapi dia masih boleh diajak berbual, bergurau senda. Malah kadang-kadang boleh juga dia menceritakan kisah-kisah masa muda. ‘Kelolong’ pun boleh tahan…
Tok Nek sedang mengatakan sesuatu
Pada hari yang sama, kami sempat juga menziarahi Tok Cik Umar, adik nenek sebelah ibu. Nenekku ini umurnya kurang lebih 90 tahun. Doktor homopati pun kagum dengan kecergasan nenek yang aku panggil Tok Teh (Namanya Puteh). Pada usia begitu dia masih cergas, tiada sindrom-sindrom penyakit. Manakala adiknya -Tok Cik Umar juga sihat tubuh badan, cuma mengalami Azhemier, atau penyakit lupa yang serius.
Lupa semuanya. Hatta kakak dan anaknya sendiri pun tidak mampu diingati.
“Umaq… hang ingat dak kat mak?” tanya Tok Teh kepada adiknya.
“cuba tanya depa…” Tok Cik Umaq ‘bijak’ sekali mengelak daripada menjawab.
“Pak Cik, abang Pak Cik nama apa?” ibuku bertanya.
“Wahab… Dolah… Sulaiman..”
“kakak Pak Cik, ingat?”
“ada ka? nama apa?”
“Puteh”
“Puteh…? Tak dak nama Puteh…”
Nenek tersenyum melihat adiknya. Dia hanya ingat sikit-sikit nama kampung asalnya, nama abang-abangnya. Bila berbual saja, dia akan bertanya siapa kita, dari mana. Akan diulangnya perkara yang sama. Jika tiada apa yang hendak dibualkan, terbitlah beberapa perkataan zikir… “Ya Hayyum… Ya Qayyum… Ya Badi’ussama-wa-ti wal-ArDh, Ya zalJalali wal-ikram…”
“Ya Hannan… Ya Mannan… “
AstaghfiruLLAHah a’zheem… itulah zikir yang bermain dimulutnya sebelum mengalami penyakit ini. ALLAH kekalkan zikir itu padanya ketika semua ingatannya hilang. Ketika itu aku termenung seketika. Apakah zikir kita yang selalu kita ucapkan? Atau lidah kita dibasahi dengan lagu-lagu yang melalaikan? Paling teruk, alangkah malangnya jika lidah kita sering berkata-kata nista dan dosa. Jika kita ditakdir mengalami nasib yang sama- hilang ingatan, betapa malangnya kita lidah kita sering terus berkata nista, Na’udzubiLLAH…
Bab solat pula, memang dia sudah tidak dapat membezakan waktu solat. Dia akan bersolat bila-bila masa sahaja. Jika sudah solat, kemudian dia terlupa, dia akan solat lagi. Jika lupa lagi, dia akan berdiri untuk solat lagi. Zohor pun pernah dua-tiga kali satu hari.

Seorang kakak memerhati adiknya dengan penuh kasih sayang…

Walaupun demikian keadaanya, Tok Cik Umar masih mampu melayan tetamunya dengan ramah mesra, walaupun tetamu-tetamu itu ‘tidak dikenalinya’…

Tok Nek, tok teh, Tok Cik Umar… mereka pernah mengalami zaman muda mereka. Mereka tidak pernah terfikir mereka akan berada dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan ramai sahabat handai mereka semasa muda dahulu, kini telah tiada. Mereka hanya tumpang gembira bersama anak cucu. Mereka sudah berada di zaman yang bukan lagi zaman mereka.
Ziarah orang-orang tua begini, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Kita boleh mengambil pengajaran yang banyak darinya sebagai panduan hidup kita. Kita tidak kekal muda dan gagah perkasa. Jika tidak mati awal, kita akan dikunjungi hari tua kita. Saat itu kita hanya mampu mengimbau kenangan masa muda yang tidak dapat diperoleh kembali, sampai bila-bila.
Baik amalan masa muda kita, itulah amalan kita. Masa tua adalah bonus, sedangkan kualiti amalan adalah semasa muda. Jika sia-sia amalan semasa muda, rugilah, kerana amalan masa tua tidak sama kualitinya.
Ingatlah kita akan nasihat ini:
muda sebelum tua
WaLLAHU a’lam…

Gambar aktiviti: Sekitar rumah kenduri Ustaz Fawwaz

Sabtu – 12/12/2009
Kenduri rumah adik ibuku…
Tanjung Putus, Sungai Dua, Penang.
2 Pasangan pengantin muncul

Pak Lang

Bapa pengantin-pengantin lelaki

Pak Anwar pun singgah makan sebelum ke konvensyen PR kelak..

“Haaa… kenduri untuk 2 orang sekali gus adalah baik untuk ekonomi… ” – Bekas Menteri Keewangan memberikan pendapat.
Yang ni pulak, tak habis-habis dengan kamera buruknya…
Mau Gambar lebih? $ini laa…
p/s: kenapa letak tajuk ‘Ustaz Fawwaz’? hmm… nak kata rumah Mak Andak Kamariah, tak ramai yang tau. Kalau sebut Ustaz Fawwaz, ramai kot yang kenai… sebab dia selalu juga mengajar di masjid-masjid sekitar Pulau Pinang…

Sembang: Lepas RFC, HPA buka Radix Pizza pulak…

Pada suatu masa dahulu, ketika kami sedang meratah ayam di RFC selepas kami pulang dari aktiviti memancing, seorang mak cik yang membawa banyak barang-barang HPA yang dibelinya menyapa kami.
“Hang pa mai mana?” tanya mak cik tu.
“Saja, depa ni baru habih periksa. mai makan-makan angin…” jawab seorang kawan.
“Ooo… hang pa tak mau try pizza ka? HPA pun dah buka restoran Pizza..” mak cik tersebut mempromote Radix Pizza. Entah-entah dia ni ada kena mengena dengan tokey Radix kot. Tiba-tiba saja mai promote. :D.
“Kat mana mak cik” tanya seorang kawan sambil mulutnya sedang mengunyah ayam goreng herba.
“Dekat-dekat ni saja…”
Kami semua tersengih saja. Maklumlah sudah kenyang makan ayam. Sebut la pizza ke apa ke… dah tak mau dah.



Lagenda Heights, Sungai Petani.

p/s: Sungai Petani saja ka lubuk HPA…

Memancing ikan di chalet terapung Bukit Kechil

9-10 Nov 2009

Hari-hari sibuk dengan kerja-kerja yang entah apa-apa, tiba-tiba abg Hamid ajak kami memancing. Lokasinya, ditentukan abg Yunus (al-Yunusi) – yakni di chalet terapung peladang, Bukit Kechil, Sungai Petani, Kedah.

Tempatnya membuatkan semua yang ada bersama-sama, berkata “wah… cantiknya…”, ada yang kata, “uih… lawanya..”. Tidak kurang pula yang menyebut “SubhanaLLAH…”. Maklumlah ramai antara peserta yang sudah habis final exam. Dua orang saja yang masih menunggu exam.

Dengan 4 buah kereta, kami merempit ke sana…

Kereta ini mendahului…

diikuti kereta Vios… dua lagi tersadai dalam hutan Sawit

Singgah solat Asar di Masjid Bukit Kechil…

Tiba di Chalet Terapung…

Wajahnya memantul sinar matahari…mcam bulan…

“Apa tengok-tengok…”

“Cucur kodok adalah komposit antara tepung, pisang, air dan gula” – Dr Azwadi

Hari semakin gelap

Mendengar ‘taklimat’

dah nak Maghrib, lagi syok tidoq…aduii

peminat bola sepak – Kelantan vs N9

Kaki pancing – al-Yunusi menunjukkan bakat…

Dah pagi pulak…

“Mai nak ajaq cara letak umpan… mula-mula baca BismiLLAH…”

Macam gaya berzikir…
Pak Hamid terkenangkan anak dan isteri di rumah…

Gaya tersendiri Dr Azwadi

Dr Azwadi dan para pengikutnya

Dah nak balik…

bergambar sebelum balik

sempat lagi singgah meratah ayam

muka-muka peratah ayam yang baru kenyang…

Habis…
itulah aktiviti hujung minggu kali. sapa yang orang ajak tak mau pi, tengok saja gambaq-gambaq kat atas tu noo… 😀

Rumah Terbuka Eidul Fitri 1430 PAS Kedah 2009

Beraya di Kompleks PAS Kedah bersama keluarga…

Kami tiba pukul 3 ptg.. hujan turun membasahi baju-baju…

Orang ramai datang dengan lebat, hujan turun berduyun-duyun….

Ayah guna payung sorang-sorang…. takpa… emak dan adik pakai tudung water resist…

Makang lemang…

gerai ikut DUN…

Teh panas…

Rileks..hujan air… bukan hujan api..


YAB Ust Azizan sampai

“mai salam ni, dah makan ka?”
“belum lagi Dato Seri”
“pi la makan dulu…”

Ustaz yaakub Hussin pun ada…

Ustaz Zainul Asri (Pak Long) pun ada

Dato Mahfuz pun juga ada


Sate takdan nak masak… ramai sangat…

Ambil beluang sebar risalah DAP… Roket



Beratur untuk ambik duit raya…kanak-kanak saja

“Terima kasih Ustaz..”

Jamuan Raya Pusat Islam USMKKj dan PAS Kedah

Macam biasa, dalam bulan Ramadhan pakat-pakat puasa. Bila mai saja bulan raya…pakat-pakat menjamu sana sini. Rumah terbuka sana-sini. Jamuan raya sini-sana. Pusat Islam USMKKj pun tidak ketinggalan…


PAS Kedah belum buat Rumah terbuka lagi rasanya.

Agaknya Rumah terbuka PAS Kedah 2009 diadakan 3 Oktober 2009, Sabtu ni di Kompleks PAS Kedah Batu 9 Kota Sarang Semut. Masa tak ingat. Banner pun sekali pandang saja, tak sempat baca habis, kereta laju sangat. Search kat tenet tak jumpa pun. Takde satu pun update dari blog-blog dan web-web PAS Kedah yang dibaca. Kalau ada, tolong sahkan. Maaf kalau silap maklumat. Pakat pi ramai-ramai.