Liqo Wida’ 2009 – Jangan kita terpisah kelak

Pagi tadi, majlis loqa wida’ 2009 berjalan lancar.

AlhamduliLLAH, pengisian minda dan pengisian perut kedua-duanya memberi input yang baik. Tak disangka-sangka pula hari ini aku pegang 3 kupon cabutan bertuah, ketiga-tiganya bertuah. Tak pernah pula seumur hidupku dapat memenangi cabutan bertuah. Apakah tuah ayahku sudah mula diwarisi? Hehe.

Sahabat-sahabiyah sekalian,

Majlis perpisahan kononnya untuk meraikan sahabat-sahabiyah kita yang akan mengakhiri zaman degree, sebenarnya bukanlah suatu majlis yang menjadi program terakhir kita bersama-sama. Ukhuwwah Islamiyyah perlu diteruskan di mana saja kita berada, ke mana sahaja kita dicampakkan.

Berdoalah dan berharaplah, kita tidak akan dipisahkan dan tidak akan terpisah sehingga hari akhirat kelak sebaliknya kita terus bersama-sama dalam satu jamaah dengan ikatan ukhuwwah yang bertaut erat hingga suatu hari nanti, kita akan tetap bersama-sama di bawah naungan keredhaan-Nya.

Malanglah bagi mereka yang terpisah. Perpisahan yang sebenar adalah perpisahan yang tidak akan ada pertemuan semula. Firman ALLAH:

وامتاز اليوم أيها المجرمون
Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hey orang-orang yang berbuat jahat”
Surah Yaasiin:59

Semoga kita terus kekal dalam ukhuwwah Islamiyyah dan saling tegur-menegur antara satu sama lain. Di sana kelak, janganlah kita terpisah dan terjerumus bersama-sama golongan orang yang melakukan kejahatan dan dosa. Biarlah kita terus bersama-sama di bawah rahmat-Nya.

Untuk kekal bersama di sana, maka tetakanlah pendirian kita bersama-sama dengan jamaah. Janganlah kiranya diriku dan kalian semua futur dari jalan yang sama-sama kita yakini, yakni Islam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang menanti kita di alam luar kampus, alam pekerjaan. Berdoalah dan berusahalah agar kita tidak tercicir dari jalan ini. Mudah-mudahan kita tidak dipisahkan kelak.

Aku sudah dua kali ‘diraikan’. Dapat cenderamata pun dua kali. Sidang lepas sekali, pagi tadi sekali. Bertuah sungguh. Tapi janganlah cuba menjadi bertuah sepertiku…hehe. Stress nanti kalau penebat stress tak kuat.

Akhir sekali, mohon maaf sekiranya ucapan taarufku tadi entah apa-apa. Doakan kejayaanku dunia dan akhirat. Doakan kejayaan kita semua.

WaLLAHu a’lam

[p/s: ni kira tak jaga sirr hazar ke?]

Webmaster Short Course 2009 : Tahniah!

Tahniah PMIUSMKKj kerana berjaya menganjurkan program Webmaster Short Course (WSC 09). Program ini memberi suatu ilmu yang berguna kepada para peserta, iaitu ilmu membuat web menggunakan perisian CMS Joomla!


Kuliyah dan tunjuk ajar disampaikan oleh Ustaz Azwadi bin Sulaiman, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) yang kini menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Pusat pengajian yang sama, Bahan dan Sumber Mineral.

Letih buat ayat formal… Program ini dihadiri oleh hampir 40 peserta dari pelbagai negeri dan pusat pengajian. Ustaz Azwadi menyampaikan kuliyah dan tunjuk ajarnya bermula dari mendapatkan web hosting, web setting, CMS installation (Joomla!) dan sedikit cara mengendalikan perisian CMS Joomla! tersebut.

Kursus setengah hari itu diadakan di perpustakaan USM KKj yang serba canggih. Kursus ini sangat berguna kepada para peserta yang rata-ratanya adalah pelajar kejuruteraan di USM. Jadi memang bagus lah. Malah kepakaran Ustaz Azwadi dalam bidang ini tidak pupus tanpa diwariskan setelah beliau tamat pengajian master di sini.

Gaya seorang sifu

Peserta ini tekun sekali mendalami ilmu web

Program berjalan lancar walaupun beberapa orang yang tidak diundang turut masuk mengkucar-kacirkan beberapa peserta dengan ajaran-ajaran songsang, kurang selari dengan apa yang ustaz Azwadi ajarkan. Minta maaf…

Salah seorang mangsanya adalah Malik…

Untuk koleksi gambar, sila ke © The Mhakk Studio