"Kenapa kamu tidak rogol saya?"

Mungkin anda pernah tahu, atau dengar atau terbaca kisah ini…

Kisah ini berlaku di US.
Kisah tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam muslimah ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Tiada apa yang boleh dilakukannya pada waktu itu melainkan berdoa kepada ALLAH memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar ALLAH membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan muslimah itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dilaluinya semalam hanya beberapa minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol tersebut.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Namun muslimah itu sedikit hairan kenapa lelaki itu tak jadikan dia mangsa rogol ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada ketika itu, tetapi lelaki tadi merogol perempuan yang lalu selepasnya. Muslimah itu ingin tahu sebabnya. Dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tersebut sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun bertanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak apa-apakan saya malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja ketika itu?)
Perogol itu menjawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be mine”
(Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak berseorangan pada malam itu, sudah pasti awak jadi kepunyaan (mangsa) saya..)
Muslimah tersebut rasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat ALLAH kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s:
1) Tutuplah aurat dengan sempurna, ALLAH akan melindungi kamu.
2) Sentiasalah memohon perlindungan ALLAH walau di mana sahaja kita berada.
Sekian

Yahudi kaum pendusta

Abdullah bin Salam adalah seorang sahabat nabi yang berbangsa Yahudi. Beliau memeluk Islam sewaktu nabi berhijrah ke Madinah. Abdullah bin Salam mengungkapkan bahawa bangsa Yahudi adalah pendusta dan tidak boleh dipercayai.

Berkata Abdullah bin Salam, “Wahai RasulaLLAH, Yahudi adalah kaum yang pendusta. Sekiranya mereka tahu tentang keislamanku niscaya mereka mendustakan aku mengenai dirimu. Oleh itu cubalah Engkau kirim utusan kepada mereka untuk bertanya tentang aku, bagaimanakah keadaan peribadi Abdullah bin Salam itu? “

Kemudian RasuluLLAH pun mengirim utusan kepada mereka. Utusan itu bertanya tentang Abdullah bin Salam.

Mereka menjawab; “Abdullah adalah orang yang paling baik, anak yang paling baik dan guru kami dan anak guru kami. Beliau juga orang yang paling alim tentang agama kami dan anak dari orang yang paling alim tentang agama kami.”

Utusan itu bertanya lagi, “Bagaimana pendapat kalian jika beliau masuk Islam, apakah kalian masuk juga?”

Mereka menjawab; “Semoga Allah jauhkan kami darinya.”

Tak lama kemudian Abdullah bin Salam keluar menuju ke hadapan mereka sambil mengucap dua kalimah syahadah.

Setelah mendengar ucapan kalimah syahadah Abdullah bin Salam itu, mereka menjawab; “Beliau adalah orang yang buruk dan anak yang paling buruk dari kami. Begitu juga orang yang bodoh dan anak orang bodoh dari kami.”

Setelah itu Abdullah berkata; “Perkara inilah yang saya takutkan dari mereka. Wahai RasulaLLAH, bukankah saya sudah beritahu bahawa mereka itu pendusta?” kata Abdullah bin Salam.

Rujukan:
1) Hitler itu mungkin ada benarnya – Dr Maza – UtusanOnline
2) Abdullah bin Salam «¦»awie«¦»
3) Kaum Pendusta – Resmi Padi

Kenali tokoh-tokoh Yahudi abad ini

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?


Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

-Satu Umat-

Ada sesuatu pada bulan purnama malam ini!

Malam ini 15 Ramadhan 1429 Hijriah…
Sebelum tarawih, cuba keluar dan tengok bulan di langit..
Cahayanya terang… purnama mengambang.

Perhatikan betul-betul, anda akan nampak sesuatu!

Pasti kita nampak sesuatu. Pandanglah dengan hati yang tunduk kepada-Nya, anda akan nampak kebesaran-Nya. Susulilah dengan ucapan SubhanaLLAH….

16 September 2008 adalah 16 Ramadhan 1429

Sudah tidak berapa lama lagi menjelang 16 September. Istimewanya tarikh ini kerana dikatakan kerajaan baru akan dibentuk. DSAI terus membuat serangan psikologi ini. Benar atau tidak peristiwa 16 September ini, kita tidak tahu. Sekurang-kurangnya, pihak BN yang memerintah negara akan berada dalam keadaan tertekan dari sehari ke sehari menjelang tarikh tersebut.

Biarpun mereka menafikannya, biarpun pelbagai serangan balas mereka melalui media, namun kita yakin mereka terus dihantui kebimbangan akibat bayangan DSAI yang dilihat semakin menghantui kerajaan BN sedia ada.

Jika benar kerajaan BN akan jatuh dan pada 16 September akan terbentuk kerajaan baru, pada hari itu adalah juga hari ke 16 kita umat Islam berpuasa. 16 Ramadhan 1429. Hari ke 15 dan16 adalah hari permulaan umat Islam membaca Qunut dalam solat sunat witir. Ketika itu juga bulan menunjukkan fasa penuh, mengambang…(maksudnya?)

Ayuh berdoalah supaya keadilan dan kebebasan dapat dikecapi dalam negara. Menangkan keadilan dan kemerdekaan. Menangkan Islam!

Apakah akan berulangnya Kisah Yusuf a.s?

Maka tersebutlah suatu kisah yang tercatat dalam al-Quran, yang di grade kan oleh ALLAH sebagai kisah terbaik (Ahsanal-Qasas). Kisah bagaimana Nabi Yusuf sewaktu kecilnya menceritakan sebuah mimpi yang unik kepada bapanya. Lalu bapanya Nabi Ya’qub menasihatinya supaya tidak diceritakan kepada saudara-saudaranya yang lain kerana bimbang provokasi mereka akibat sifat iri hati dan hasutan syaitan.

Namun, taqdir ALLAH jua, saudara-saudara Yusuf a.s tetap irihati kepadanya dek lebihnya kasih sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf. Ditambah lagi dengan jarum-jarum hasad yang ditusuk syaitan, akhirnya mereka semua berkonspirasi untuk memisahkah Yusuf a.s dari bapa mereka.

Konspirasi mereka berjaya. Dengan meninggalkan Yusuf dalam sebuah telaga, mereka memberitakan kepada bapa mereka yang Yusuf telah dimakan dek serigala. Tipu daya dan konspirasi mereka telah berjaya memisahkan Yusuf dari bapa mereka. Berdukacita dan menangislah Nabi Ya’qub sehingga buta matanya. 

Namun setelah kurang lebih 40 tahun berlalu, para konspirator serta penyokong dan pengampu mereka  akhirnya berdepan dengan kebenaran. Konspirasi yang mereka aturkan itu akhirnya didedahkan, dan mereka mengakui kesilapan mereka akhirnya. Mereka mengakui kesilapan dan rancangan kosnpirasi mereka di depan Nabi Ya’qub, dan Nabi Yusuf a.s yang ketika itu sebagai pembesar Mesir!

Hari ini, dalam negara kita, semua orang sedia maklum mengenai konspirasi politik terhadap DS Anwar Ibrahim. Al-Kisahnya 10 tahun lalu, cerita mengenai salah-laku dan skandal DSAI seolah-olah benar-benar berlaku. Liciknya para konspirator dan pengampu-pengampunya memanipulasi media untuk mengaburi pemikiran rakyat – sebagaimana saudara-saudara Yusuf cuba mengaburi bapa mereka dengan membawa baju Yusuf bersalut darah palsu. 

10 tahun sudah berlalu. Kini DSAI yang pernah merengkok dalam penjara kembali ke pentas politik dan kini sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. Nabi Yusuf juga pernah dipenjara dan akhirnya keluar sebagai menteri pada masa itu. Selangkah lagi DSAI akan mengambil-alih kepimpinan negara – sebagai Perdana Menteri. Jika hal ini terjadi, DSAI akan menjadi pembesar Malaysia sebagaimana Yusuf menjadi pembesar Mesir. Ketika itu mungkin akan melututlah semua konspirator mengakui kesilapan mereka 10 tahun dahulu!

Sudah talak tiga, mahu rujuk semula….

Mahu muzakarah… orang kata muqabalah…

Tak apalah muqabalah pun muqabalah lah…jangan berbalah sudah….

Lepas tu timbul pula tawaran jawatan MB di Perak – kepada PAS. Adoii… bukan ke sekarang pun PAS dah jadi MB ke kat Perak tu?

Sesunguhnya, sangat pelik dan menggelikan hati kepada orang gila talak. Mahu bekerjasama? Mahu bersatu demi Melayu dan Islam? Ahhh… apa semua ini. Kenapa baru sekarang setelah tiada kuasa? Kenapa semasa kamu berkuasa dulu, tidak sebut pasal mahu bersatu? Orang-orang PAS, pemimpin-peminpin PAS dan pakatan rakyat, sering menjadi objek kezaliman.

Semburan gas, semburan air gatal, lokap, dan sebagainya menjadi permainan kamu semasa berkuasa menindas. Maka akibat zalim dan durjana, maka rakyat menceraikannya. Suami baru rakyat, tak mungkin akan bersatu dengan bekas suaminya yang pernah menzalimi si isteri. Tak mungkin. Tak mainlah cina buta.

Al kisahnya, dengan tidak tahu menebal muka, dia menawarkan jawatan MB kepada PAS jika membentuk kerajaan bersama Umno/BN.

Untuk pengetahuan, sekarang ini, Umno/BN juga adalah anggota kerajaan di Perak dan semua negeri Pakatan Rakyat. Cuma posisinya adalah pembangkang. Maksudnya? Kita kerajaan demokrasi bukan? Apabila sebut saja demokrasi, maka perlu ada pihak pemerintah, dan pihak pembangkang. Jika tiada pembangkang, maka tidak dinamakan kerajaan demokrasi. Itu diktator. Jadi, tak perlulah pihak yang diceraikan itu terhegeh-hegeh mahu kembali berkuasa jika nak menyatukan orang Melayu dan umat Islam. Cukuplah sebagai posisi pembangkang sahaja. Kamu sudah letih kerana dah lama memerintah sebelum ini. Berehat sebentar dan bermuhasabah membaiki diri. Mungkin kekalahan kamu inilah Tazkirah yang baik kepada kamu, sekiranya kamu benar-benar mahu insaf.