First Lady Malaysia HINA Islam!

Islamic Fashion Festival… adalah majlis yang MENGHINA kesucian Islam! Mana JAKIM? Mana JAIS? Mana Mufti Harussani? Mana Mufti-mufti? Mana Menteri-menteri Agama? Manaa hangpa semuaaa?!!









Ni videonya sekali:

Dalang majlis penghinaan ini ialah…

Habis punah! ‘First Lady’ punya kerja rupanya. Apa dah jadi… apakah negara kita bakal menerima laknat dan bala ALLAH apabila para pemimpin-isteri pemimpin negara terok mcm ni?

"Kenapa kamu tidak rogol saya?"

Mungkin anda pernah tahu, atau dengar atau terbaca kisah ini…

Kisah ini berlaku di US.
Kisah tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam muslimah ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Tiada apa yang boleh dilakukannya pada waktu itu melainkan berdoa kepada ALLAH memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar ALLAH membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan muslimah itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dilaluinya semalam hanya beberapa minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol tersebut.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Namun muslimah itu sedikit hairan kenapa lelaki itu tak jadikan dia mangsa rogol ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan pada ketika itu, tetapi lelaki tadi merogol perempuan yang lalu selepasnya. Muslimah itu ingin tahu sebabnya. Dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tersebut sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun bertanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak apa-apakan saya malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja ketika itu?)
Perogol itu menjawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be mine”
(Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak berseorangan pada malam itu, sudah pasti awak jadi kepunyaan (mangsa) saya..)
Muslimah tersebut rasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat ALLAH kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s:
1) Tutuplah aurat dengan sempurna, ALLAH akan melindungi kamu.
2) Sentiasalah memohon perlindungan ALLAH walau di mana sahaja kita berada.
Sekian

Akademi Qurankah ini?

Datin Rosmah bertadarus. Ekslusif betoi…

Salah satu adab membaca al-quran ialah menutup aurat. Datin lupa kut.
Syeikh ni ambik berkat Datin Rosmah…. feninnn…. apa nak jadi…

Bukan Islam bertudung… orang Islam kita bagaimana?

Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam , moga mendapat hidayah dan terus peluk Islam.

SPENCER Wall,seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber’eksperimen’ tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. “Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja …” ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling.

Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, ‘ingin belajar dari pengalaman..’ Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,”Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!” Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. “Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh…”

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya ‘menjadi seorang Muslimah’ mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. “Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan,” ungkap Wall. “Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ‘ tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..’ menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO..” sambungnya.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat A SWT memberikan hidayah Islam padanya.

WaLLAHU a’lam..

Dari : Dr Badrul Amin

Rehatkan minda sebentar…

Hari ini sungguh ceria, seceria wajah mahasiswa-mahasiswa USM yang menanti saat peperiksaan tidak lama lagi. Pandanglah cermin dan senyumlah, pasti anda akan tersenyum diri anda yang tersenyum.
Itu muqaddimah posting kali ini. Entah siapa yang ajar bermuqaddimah macam tu, aku pun tak tahu. Kita letak ke tepi sebentar segala hiruk pikuk dunia, keserabutan peperiksaan, keceriaan hidup di dunia, kenikmatan bersahabat, kemegahan berharta dan sebagainya. Mari kita ambil sedikit masa, merenung suatu perkara yang sangat tidak disukai dan ditakuti oleh manusia.

Kematian, mati, ajal, maut – dan semua adik beradiknya – adalah frasa-frasa yang membuatkan kita berasa tidak selesa dengannya. Kita akan cuba mengelak jika ada orang cuba membicara soal kematian, padahal kita tahu peristiwa besar itu PASTI akan kita tempuhi jua. Nah, tahu saja posting kali ini berunsur mengingati mati, sudah ada insan yang terus ‘close’ Firefox/Internet Explorer, enggan membaca seterusnya.

Bagi mereka, berbicara soal kematian adalah sia-sia. Berbiaca soal kematian hanya akan membantutkan kemajuan negara, merencat kemampuan berfikir manusia dan membuat mmanusia sugul ketakutan. Lalu mereka/kita membiarkan diri lupa kepada hakikatnya yang kita pasti akan MATI.

Percaya atau tidak, yakin atau tidak, mahu atau tidak mahu, tiba masanya kita wajib akan mati. genetik yang kita warisi dari Nabi Adam a.s. adalah genetik yang berkeadaan kita pasti mati. Tiada sesuatu benda hidup pun akan terlepas dari merasai MATI.

Firman ALLAH S.W.T;

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

[Ali ‘Imran : 185]

Kita tahu kita akan mati. Tetapi pada masa yang sama kita ragu-ragu dengannya. Buktinya, lihatlah amal kerja harian kita. Lupa diri seolah-olah kita boleh hidup lama. Seolah-olah tiada kematian akan menjemput kita untuk berdepan dengan Pencipta kita. Lalu kita berbuat apa saja yang kita suka. Kita masih selamba meninggalkan solat. Kita masih bermain-main dengan kewajipan menutup aurat. Kita mempersendakan larangan bercouple. bermacam-macam lagi amalan khurafat dan maksiat yang kita buat, samada sedar atau tidak, kita bagai menafikan yang kita akan mati.

Firman ALLAH S.W.T;

” Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu). “

[Al-An’am:2]

Dalam ayat di atas, ALLAH menjelaskan kepada kita:

Kita semua dicipta dari tanah.

Firman ALLAH;

“Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan
mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang
lain “
[Tahaa:55]

Bari tanah itulah Kami jadikan kamu

ALLAH mengingatkan kepada kita bahawa walau bagaimana hebat pun kita, kita hanyalah berasal dari tanah, yang setiap hari dipijak-pijak. Baik kita mahasiswa, jurutera, pensyarah, polis, askar, perdana menteri, menteri pertahanan, special branch, raja, sultan dan sebagainya, ALLAH memperingatkan kepada kita bahawa kita hanyalah berasal dari tanah. Maka usahlah bermegah-megah dengan kebesaran dunia yang kita miliki.

Kepadanya kami akan mengembalikan kamu

Walaubagaimana hebat kita manusia, akhirnya kita akan ditimbus ke dalam tanah jua. Walaupun hidup kita mewah di dunia dengan rumah besar, gaji besar, harta banyak, anak pinak ramai, sahabat handai keliling pinggang, akhirnya kita akan keseorangan dalam liang kubur yang sempit, diinggalkan 6 kaki di bawah tanah. Kita akan keseorangan ‘dibuli’ dan disepak terajang oleh dua malaikat yang bertugas. Teman kita hanyalah amalan kita sahaja yang boleh menjadi pembela kita. Lalu bagaimanakah jika amalan kita itu buruk, lembik, berkurap, uzur dan sebagainya itu mampu menyelamatkan kita?

Alam kubur adalah station pertama kita sebelum tiba alam akhirat. Baik nasib kita dalam kubur, insyaALLAH, baiklah nasib kita seterusnya. Mana mungkin sebuah keretapi yang tergelincir di pertengahan jalan akan tiba dengan selamat di penghujungnya? Maka berusahalah dan perbanyakkan doa supaya kita terlepas dari azab kubur.

daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain

Setelah tiupan sangka kala kedua, kita akan dibangkitkan semula seperti mana asal. Lengkap anggota tubuh sebagaimana asal menurut tahap amalan masing-masing. Perkara inilah yang orang-orang kafir, non-Muslim tidak sekali-kali akan percaya. Dan sebahagian besar kita umat Islam, juga tidak percaya – jika kita renung aktiviti harian kita. Cuba kita persoalkan, apakah benar orang yang sukarela dan selamba meninggalkan solat itu yakin bahawa dia akan mati dan menerima balasan yang dahsyat kelak? Jika ditanya pasti dia akan jawab “yakin”, padahal sebenarnya dia tidak yakin langsung.

Mendedahkan aurat itu haram. Berdosa dan balasannya azab di hari akhirat kelak. Namun ramai yang tidak mahu beriman, hatta umat Islam sendiri. Dirasakan seolah-olah dirinya tidak akan mati dan tidak akan menerima azan, lalu sukarela dan selamba lah dia mempamerkan auratnya untuk tatapan umum. Berasa cantik dan comel dengan auratnya. Megah dengan auratnya sehingga mahu menunjuk-nunjuk kepada umum, sehingga lupa bahawa dia hanyalah tanah pada asalnya, kepada tanah dia akan disumbat semula, dan dari tanah itu jua dia akan dibangkitkan semula untuk menerima pengadilan ALLAH.

Sesudah dicipta, ajal kita sudah ditetapkan! Namun antara kita, masih ramai yang ragu-ragu.

Ketahuilah bahawa semasa dalam kandungan ibu lagi, ALLAH sudah meletakkan tarikh luput kita di dunia. Tarikh kematian kita sudah ditetapkan. Tempoh hayat kita di dunia sudah digazet. Tahu, tetapi masih enggan percaya. Ahhh… aku masih muda. Mana mungkiiin aku akan mati. Ahh… aku sihat, tiada apa-apa sakit, mana mungkiiiin akan mati. Mungkin itulah antara cetusan hati kita apabila diperingat tentang kematian. Dan kita lupa, bahawa ramai manusia mati dalam keadaan bercita-cita besar.

Kita ragu-ragu. Tidak yakin dengan ketetapan ajal sekalipun sudah diperingatkan kepada kita. Beruntunglah orang-orang yang mengambil iktibar kematian yang berlaku di sekelilingnya.

Sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan mahasiswa sekalian

Marilah kita menginsafi hakikat kematian. Mengingati mati bukanlah faktor yang melemahkan jiwa, bukan jua punca kelembapan ekonomi dan kemajuan. Malah mengingati kematian adalah suatu tindakan bijaksana dalam mempamerkan suatu masyarakat yang kuat semangat, cekal, berusaha gigih untuk memajukan diri dan umat. Mengingati mati akan menjadikan manusia itu baik, sopan, berakhlak, gigih berusaha dan seumpamanya. Mengingati mati bukan bererti menunggu ‘mampus’.

Saban hari kita lupa bahawa Malaikat Maut sentiasa memerhati kita. Apabila ajal tiba, tidaklah ia akan melewatkan ajal itu sedetikpun mahupun mempercepatkannya sedetik pun. Ketahuilah, tiada sesiapa pun yang mampu menangguhkan kematiannya. Dengan itu, insafilah. Hidup kita tidak kekal lama. Kejar-mengejarlan membuat kebaikan, berusahalah sedaya-upaya meninggalkan perkara dosa. Mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan di akhirat.

WaLLAHu a’lam

Artis wanita bertudung di Alor Setar

Tiga hari aku berbuka puasa di rumah. Fuh… macam-macam ada. Tapi macam biasa lah, aku makan nasi sikit saja. Lauk aku balun banyak-banyak. Huhu…

Pagi-pagi lagi aku naik bas untuk kembali ke tempat mengaji. Dari Alor Setar, ke Butterworth, kemudian terus ke Parit Buntar. Dari dalam bas aku berpeluang melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar seawal pukul 7.30 pagi. Manusia-manusia sibuk menuju ke tempat kerja, pelajar sekolah pula bergegas ke sekolah.

Sambil aku melihat pemandangan sepanjang jalan, aku terpandang satu papan tanda iklan besar Nescafe. Tiada apa yang istimewa. Hanya sedikit membuatkan aku teringat sesuatu apabila model iklan tersebut, artis Fara Fauzana (artis ke DJ?) memakai tudung.

Satu papan iklan di Alor Setar

Aku dah banyak kali tengok. Tapi hari ni aku nak tulis lah blog sikit. Tiada yang istimewa pun dia memakai tudung, kerana ramai lagi wanita yang bertudung, dan bukankah menutup aurat itu wajib? Melihat papan iklan itu, aku teringat akan kuliyah seorang ustaz.

Kata ustaz itu berseloroh.

“Sekarang ni di Kedah, gambar artis-artis wanita kena pakai tudung untuk jadi model iklan. “

Semua audien ketika itu terus menanti kata-kata ustaz seterusnya.

“Kalau nak tengok Fara Fauzana bertudung, pergilah ke Alor Setar”

Kelihatan beberapa orang audiens berbisik. “Betul ke? emm betul…” (Dialog ni aku tambah saja. Orang bisik mana la aku dengar). Tapi aku seperti terpandang satu gerak bicara seorang audien yang berkata kepada sahabatnya yang aku fikir dia menyebut “Macam kat Kelantan”.

Papan Iklan di Jalan Sungai Petani

Haa, agaknya betul lah dia kata macam tu, kerana aku pun sebut juga dalam hati. Memang iklan-iklan di Kelantan, artis-artis wanitanya bertudung. Bukan Fara Fauzana saja, Maya Karin yang tidak berbaju dalam filem Duyung juga bertudung di Kelantan!

Papan iklan Celcom di Kelantan

Kerajaan baru Kedah mula meniru cara tadbir negeri Kelantan yang menjurus ke arah Islamisasi dalam pentadbiran.

Lepas teringat kata-kata ustaz itu, aku tersenyum. Bangga juga sebab negeri kelahiran aku mencontohi negeri yang kagumi. Sampai saja di kawasan Sungai Petani, Fara Fauzana tadi bertudung, kini tidak bertudung pula. Padahal papantanda iklan Nescafe juga. Aku fikir, ini papan sebelum kerajaan bertukar tangan.

Yang kagumnya, belum 100 hari pemerintahan, sudah ada papan iklan yang menutup aurat wanita walaupun kerajaan negeri belum mewartakan secara rasmi undang-undang papan iklan itu. Nampaknya, pengusaha-pengushaa iklan ini menghormati kerajaan negeri yang baru dipilih rakyat. Nak hebat macam kelantan, tunggulah dulu. Tak sampai setahun pun lagi.

Papan iklan Digi di Kelantan

Kita mengharapkan bukan hanya kerajaan-kerajaan negeri tertentu sahaja berbuat demikian, malah kerajaan pusat juga perlu bertegas mewajibkan papan iklan yang memberi imej menutup aurat. Malah iklan yang ada kebanyakannya seolah-olah memperdagangkan wanita, aurat wanita dan tubuh wanita.

‘Celcom Sempurnakan hidup anda’ di Kelantan

Nescafe lagi… yang ni aku tak kenal, tapi di Kelantan.

Apalah relevannya iklan secawan Nescafe, tapi yang tertonjolnya adalah wanita. Hendak iklankan Nescafe atau artis wanita? Sama juga iklan sabun, syampu dan sebagainya. Sepatutnya produk lebih menonjol dalam iklan, bukan susuk tubuh wanita yang tiada kena mengena langsung dengan produk.Contohilah Kopi Radix, mai secawan… iklan itu tidak memperagakan wanita, kerana ia mahu lariskan kopinya.

Iklan Syampu Sunsilk di Kelantan
Walaupun iklan syampu, tapi tak perlu tunjuk rambut.

Jika mahu peralatkan juga wanita, letaklah imej menutup aurat. Biar masyarakat sekeliling bukan saja dapat tahu mengenai produk, malah berminat juga mahu menutup aurat. Kan bagus tu.



Papan tanda yang berimej dedah sana sini, memperdagang wanita, adalah sangat tidak relevan. Sepatutnya golongan yang memekik melolong mengenai hak-hak wanita bangun mendepani perkara ini. Maruah wanita dengan murah-murah saja didagang besar-besar di papan iklan dan media-media yang lain. Bukan saja hak-hak wanita dicabu, malah lelaki juga mengalami gangguan seksual (seperti kata TG Nik Aziz : Wanita mendedah aurat itu melakukan penderaan seksual kepada lelaki).

Bukan tu saja, dalam bulan Ramadhan ni, iklan-iklan macam tu boleh mengurangkan pahala puasa.

Tahniah kerajaan Kedah. Syabas Kelantan. Terenganu pun sama, harap DS Ahmad Said kekalkan legasi TG haji Hadi dulu… ALLAHU AKBAR!