Sehari semalam Ramdhan di Kota Bharu

27 Ogos 2010 (17 Ramahdan 1431):
Sehari semalam ber-Ramadhan di Kota Bharu. Suasananya memang sukar diperoleh di mana-mana bandar lain dalam negara kita. Solat subuhnya sahaja sudah meriah, hampir-hampir sahaja seperti solat Jumaat. Pentazkirah subuh begitu bersemangat menyampaikan tazkirah subuhnya.
Jam 8 pagi -10 pagi, kuliyah Jumaat oleh Ustaz Ismail Noh dan TG Nik Aziz. Sambutan seperti biasa, sangat memberansangkan. Jauh sekali untuk negeri kelahiran aku sendiri untuk bersuasana begini. 20 tahun lebih TG Nik Aziz membina suasana begitu, maka agak sukar untuk Ustaz Azizan mengubah suasana Alor Setar menyaingi suasana biah solehah Kota Bharu dalam sekelip mata.

(gambar: Google)
Malamnya pula solat Tarawih, di Qaryah Ramadhan. Khemah khas, ekslusif dan berhawa dingin tersedia di tengah-tengah bandar Kota Bharu sebagai tanda kerajaan negeri sangat meraikan Ramadhan dan mengajak rakyatnya turut sama-sama mengimarahkan Ramadhan, sesuai dengan jolokan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam.

Ramadhan 1430 (gambar: Google)

Ramadhan 1430 (gambar: Google)

Ramadhan 1431: Forum Nuzul Quran selepas solat Tarawih
Dalam bulan Ramadhan begini, eloklah kepada sesiapa yang mahu bercuti, bercutilah di Kota Bharu. Rasailah suasana yang berbeza, yang tiada di bandaraya-bandaraya lain dalam Malaysia. Mudah-mudahan suasana ini akan berkembang ke seluruh negara.
WaLLAHu a’lam…
Opss… yang ni bukan di Kota Bharu. Abaikan… 😀
Selamat menempuh 10 akhir Ramadhan

Kelantan kurang berminat jayakan ECER: Bekas Bakal MB Kelantan


Apa guna sembang pasal ECER, jika hak rakyat Kelantan dinafikan. Mana royalti minyak untuk rakyat Kelantan??

"Ramadhan, bulan melawat Kelantan…"

Sekadar sebuah catatan…
“tahun depan, kalau ada peluang, kita ambik cuti seminggu” ujar ayah ketika berbual bersama aku dan emak sambil melihat video yang dirakam menggunakan hanset.
“Ramadhan tahun depan kalau berpeluang, kita bercuti seminggu di Kota Bharu” tambah ayah.
Aku menekan butang-butang hanset ayah melihat video-video seterusnya. Emak pula mendengar sambil membelek-belek akhbar Harakah.
Ayah, ibu dan dua adikku baru sahaja pulang dari bermusafir ke Kota Bharu dua-tiga hari lalu. Sejak ayahku bertukar tempat kerja dari Pengkalan Hulu ke Alor Setar, kerap juga ayah ke negeri pantai timur itu. Kata ayah, staff pejabat lain tidak berminat ke Kota Bharu untuk tugas-tugas tertentu, jadi ayah mengoffer diri untuk ke sana. Kerja sikit saja. Suasana di sana yang ayahku gemar sekali. Ketika aku dan adikku bersekolah di MML dan MMP dulu, ayah kerap juga ke sana. Kali ini suasananya sangat berbeza dari dahulu.
Pengalaman Ihya’ Ramadhan tahun ini dirakam oleh ayah sebagai kenangan. Kalau dahulu, ihya’ Ramadhannya di Dataran MPKB, kini di Stadium pula. Khemahnya lebih ekslusif untuk para tetamu Ramadhan.
“Susah nak jumpa suasana macam ni kat negeri lain, kan ayah?” aku bersuara selepas tidak ada butang lain lagi untuk ditekan pada hanset ayah itu.
“Bukan susah, tapi memang tak ada” ayah jawab spontan.
Aku tersengih. Memang pun. Sudah gaharu cendana pula, sudah garu-garu gatal pula, dah tau buat-buat tanya pula. Huhu…
Dari video yang aku lihat, aku berkesimpulan, apabila pemimpinnya beriman, maka rakyatnya akan turut mengikut jejak langkah pemimpin mereka. Apabila pemimpinnya bertaqwa, seluruh rakyatnya akan diusahakan untuk sama-sama bertaqwa kepada ALLAH. Jika anak, bapalah yang mendidiknya, murid pula, guru yang mengajarnya, dan jika rakyat, pemimpinnyalah yang mentarbiyahnya. Rosaknya akhlak pemimpin, maka rakyatnya akan mengalami keruntuhan akhlak jua.
Para jemaah yang hadir bukan sahaja dapat menunaikan solat tarawih bersama imam jemputan, malah dapat juga mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pentazkirah berbeza setiap malam di antara solat-solat tarawih. Para jemaah diberikan sebuah buku catatan khas untuk mencatat isi-isi penting tazkirah bagi yang mahu mencatatnya.
Cubalah, bagi sesiapa yang belum pernah mengalami perbezaan ihya’ Ramadhan di tempat masing-masing, cubalah satu dua malan di Kota Bharu. Uniknya Ramadhan di serambi Mekah itu patut dicontohi oleh negeri-negeri lain, terutamanya negeri aku. Ku tahu sukar, kerana MB Kelantan bersusah payah selama 20 tahun untuk mencapai suasana Islamik begitu.
Suasana Ihya’ Ramadhan di Kota Bharu itu menggamit hati orang-orang soleh, manakala orang-orang munafiq pula cemburu dan gelisah dengan perkembangan sebegitu rupa. Suasananya sesuai dengan gelarannya Serambi Mekah.
Antara screenshot dari video yang dirakam:

para jemaah mendengar ayat-ayat quran yang
dialunkan oleh syeikh imam selepas selesai solat tarawih

WaLLAHU a’lam…
p/s: patut menteri Jamil Khir, Jakim, ikim, lkim, polis, atm, sprm, spr …. pikir laa buat aktiviti macam ni di peringkat kebangsaan. Kalau program perayaan kaum2 bulih buat sbg acara sambutan peringkat nasional, masakan Ihya Ramadhan ni tak boleh? Kan Malaysia ni “negara Islam”… Kan 1Malaysia ni macam ‘Piagam Madinah’

Artis wanita bertudung di Alor Setar

Tiga hari aku berbuka puasa di rumah. Fuh… macam-macam ada. Tapi macam biasa lah, aku makan nasi sikit saja. Lauk aku balun banyak-banyak. Huhu…

Pagi-pagi lagi aku naik bas untuk kembali ke tempat mengaji. Dari Alor Setar, ke Butterworth, kemudian terus ke Parit Buntar. Dari dalam bas aku berpeluang melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar seawal pukul 7.30 pagi. Manusia-manusia sibuk menuju ke tempat kerja, pelajar sekolah pula bergegas ke sekolah.

Sambil aku melihat pemandangan sepanjang jalan, aku terpandang satu papan tanda iklan besar Nescafe. Tiada apa yang istimewa. Hanya sedikit membuatkan aku teringat sesuatu apabila model iklan tersebut, artis Fara Fauzana (artis ke DJ?) memakai tudung.

Satu papan iklan di Alor Setar

Aku dah banyak kali tengok. Tapi hari ni aku nak tulis lah blog sikit. Tiada yang istimewa pun dia memakai tudung, kerana ramai lagi wanita yang bertudung, dan bukankah menutup aurat itu wajib? Melihat papan iklan itu, aku teringat akan kuliyah seorang ustaz.

Kata ustaz itu berseloroh.

“Sekarang ni di Kedah, gambar artis-artis wanita kena pakai tudung untuk jadi model iklan. “

Semua audien ketika itu terus menanti kata-kata ustaz seterusnya.

“Kalau nak tengok Fara Fauzana bertudung, pergilah ke Alor Setar”

Kelihatan beberapa orang audiens berbisik. “Betul ke? emm betul…” (Dialog ni aku tambah saja. Orang bisik mana la aku dengar). Tapi aku seperti terpandang satu gerak bicara seorang audien yang berkata kepada sahabatnya yang aku fikir dia menyebut “Macam kat Kelantan”.

Papan Iklan di Jalan Sungai Petani

Haa, agaknya betul lah dia kata macam tu, kerana aku pun sebut juga dalam hati. Memang iklan-iklan di Kelantan, artis-artis wanitanya bertudung. Bukan Fara Fauzana saja, Maya Karin yang tidak berbaju dalam filem Duyung juga bertudung di Kelantan!

Papan iklan Celcom di Kelantan

Kerajaan baru Kedah mula meniru cara tadbir negeri Kelantan yang menjurus ke arah Islamisasi dalam pentadbiran.

Lepas teringat kata-kata ustaz itu, aku tersenyum. Bangga juga sebab negeri kelahiran aku mencontohi negeri yang kagumi. Sampai saja di kawasan Sungai Petani, Fara Fauzana tadi bertudung, kini tidak bertudung pula. Padahal papantanda iklan Nescafe juga. Aku fikir, ini papan sebelum kerajaan bertukar tangan.

Yang kagumnya, belum 100 hari pemerintahan, sudah ada papan iklan yang menutup aurat wanita walaupun kerajaan negeri belum mewartakan secara rasmi undang-undang papan iklan itu. Nampaknya, pengusaha-pengushaa iklan ini menghormati kerajaan negeri yang baru dipilih rakyat. Nak hebat macam kelantan, tunggulah dulu. Tak sampai setahun pun lagi.

Papan iklan Digi di Kelantan

Kita mengharapkan bukan hanya kerajaan-kerajaan negeri tertentu sahaja berbuat demikian, malah kerajaan pusat juga perlu bertegas mewajibkan papan iklan yang memberi imej menutup aurat. Malah iklan yang ada kebanyakannya seolah-olah memperdagangkan wanita, aurat wanita dan tubuh wanita.

‘Celcom Sempurnakan hidup anda’ di Kelantan

Nescafe lagi… yang ni aku tak kenal, tapi di Kelantan.

Apalah relevannya iklan secawan Nescafe, tapi yang tertonjolnya adalah wanita. Hendak iklankan Nescafe atau artis wanita? Sama juga iklan sabun, syampu dan sebagainya. Sepatutnya produk lebih menonjol dalam iklan, bukan susuk tubuh wanita yang tiada kena mengena langsung dengan produk.Contohilah Kopi Radix, mai secawan… iklan itu tidak memperagakan wanita, kerana ia mahu lariskan kopinya.

Iklan Syampu Sunsilk di Kelantan
Walaupun iklan syampu, tapi tak perlu tunjuk rambut.

Jika mahu peralatkan juga wanita, letaklah imej menutup aurat. Biar masyarakat sekeliling bukan saja dapat tahu mengenai produk, malah berminat juga mahu menutup aurat. Kan bagus tu.



Papan tanda yang berimej dedah sana sini, memperdagang wanita, adalah sangat tidak relevan. Sepatutnya golongan yang memekik melolong mengenai hak-hak wanita bangun mendepani perkara ini. Maruah wanita dengan murah-murah saja didagang besar-besar di papan iklan dan media-media yang lain. Bukan saja hak-hak wanita dicabu, malah lelaki juga mengalami gangguan seksual (seperti kata TG Nik Aziz : Wanita mendedah aurat itu melakukan penderaan seksual kepada lelaki).

Bukan tu saja, dalam bulan Ramadhan ni, iklan-iklan macam tu boleh mengurangkan pahala puasa.

Tahniah kerajaan Kedah. Syabas Kelantan. Terenganu pun sama, harap DS Ahmad Said kekalkan legasi TG haji Hadi dulu… ALLAHU AKBAR!