Perutusan Eidul Adhha 1431

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
Hari ini 10 Zulhijjah 1431 Hijriah. Kita umat Islam menyambut hari Raya Eidul Adhha untuk kesekian kalinya. Setiap kali Eidul Adhha, kita dihidangkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam. Saya kira anda semua lebih arif dalam memahami hakikat pengorbanan kedua-dua Nabi tersebut untuk dijadikan pedoman dalam melangsungkan gerak-kerja mengembalikan izzah Islam di muka bumi. Jihad dan pengorbanan adalah elemen yang penting dalam sesebuah gerakan Islam. Maka janganlah kita memandang mudah perkara ini. Selesai menyembeli haiwan korban, kita akan bergerak semula untuk menyembelih sistem taghut yang masih mencengkam umat Islam.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!
WaLLAHU a’lam.
Salam Eidul Adhha 1431 H.

Tahniah Pemuda Epal


Tahniah Pemuda Epal

Lahirnya Tengku Muhammad al-Fateh (Pemuda Epal Jr.) itu disambut dengan gembira oleh orang sekelilingnya. Moga-moga pemergiannya suatu hari nanti ditangisi oleh manusia seluruhnya.

‘Umar al Mukhtar – Lion of The Desert

Posting kali ini, kita singkap kembali perjuangan seorang tokoh Mujahid suatu masa dahulu menentang penjajahan Kuffar ke atas umat Islam. Kisah Lion of The Desert yang difilemkan adalah kisah ‘Umar Mukhtar (Lakonan Anthony Quinn) yang digelar Asadus Shuhra’ (Singa Padang Pasir). 
Umar Mukhtar adalah ‘Hero’ umat Islam, yang sememangnya pernah wujud. Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Bukan cerita The Last Samurai. tetapi Umar Mukhtar sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Siapa Umar Mukhtar?
‘Umar al Mukhtar – Lion of The Desert

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau.

Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.

Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.

Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”

Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain.

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’

Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.

Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.

Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah.

Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga.

Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Siapakah pula Umar Mukhtar Abad ini ? Kita menunggu kemunculannya atau cuba menjadi sepertinya?

Isu Palestin: Jangan hanya sekadar emosi

Tentera pengganas Israel terus menghirup darah rakyat Palestin. Rakyat Palestin menderita. Mereka seperti bejuang bersendirian melawan pengganas bacul itu. Hamas, sebuah jemaah gerakan Islam di Palestin, berjuang untuk membela Islam dan umatnya di Palestin. Walaupun dengan persenjataan yang tidak secanggih pengganas Israel, mereka tetap terus berjuang untuk menguburkan pengganas yang menceroboh negara mereka.

Umat Islam lain di seluruh dunia hanya dapat melihat dan menonton berita kematian rakyat Palestin saban hari, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Para pemimpin negara umat Islam pula seakan membisu. Rakan-rakan negara Arab juga bagai lembu kenyang seperti membiarkan Israel meratah Palestin. Umat Islam kini sudah seperti buih-buih di lautan. Tidak terdaya melakukan apa-apa.

Sering pula kita mendengar perkataan BOIKOT barangan Israel, Amerika, Belanda dan sebagainya setiap kali isu-isu melibatkan penghinaan kepada Islam dan kekejaman terhadap umat Islam. Hari ini, isu “boikot” bergema lagi. Namun kesannya tidaklah seberapa kepada musuh-musuh Islam tersebut, kerana ekonomi mereka disokong oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi dan sekutunya. Jika pun kerugian berbilion-bilion, mereka akan dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Jadi mereka tidak hairan mengapa Belanda berulang-kali menyiarkan karikatur menghina Nabi, sekalipun setiap kali siaran, umat Islam melompat membantah, mengutuk dan memboikot mereka.

Kenapa? Salah satunya seperti yang dikatakan tadi, ekonomi mereka di sokong. Keduanya, pemboikotan yang dilakukan hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Apabila isu sejuk, pemboikotan pun sejuk. Umat Islam hanya melompat kerana emosinya sahaja. Sama seperti isu Palestin. Cuba kita renung, selama kita hidup di muka bumi ini, sudah berapa kali kita mendengar berita mengenai pembunuhan umat Islam Palestin oleh tentera pengganas Israel? Dan berapa kali pula umat Islam seluruh dunia berdemonstrasi mengutuk dan memboikot barangan musuh-musuh Islam? Apabila isu tersebut senyap, umat Islam kembali seperti asal – leka dan lalai – padahal walaupun isu ‘senyap’, musuh-musush terus menyusun strategi untuk menghancurkan Islam. Manakala umat Islam yang mudah beremosi, akan melompat lagi!


Lebih malang lagi, majoriti umat Islam tidak mengambil tahu isu Palestin. Hanya menonton TV mengenai pembunuhan di Palestin sekadar memenuhi masa lapang. “Ah.. perang itu di mana-mana saja”. Mungkin itu yang bermain difikirannya. Tidak memandang isu Palestin ini adalah isu umat Islam akhir zaman. ALLAH mahu menguji kita umat Islam, sejauh mana kesungguhan kita membela Islam. Sebahagian besar umat Islam, terutama muda-mudi leka dengan dunia mereka. Kononnya hidup ini kenalah ‘enjoy’ pada waktu muda. Mahasiswa Islam pula leka dengan dunia kampusnya. Cubalah turun padang dan bertemu para remaja, tanyakanlah mereka mengenai isu Palestin, apakah rupa bentuk jawapan mereka? Atau juga tanya diri sendiri. Mengapa Israel menyerang Palestin? Atau kenapa Israel menyerang kumpulan Hamas di Gaza, sedangkan tidak menyerang kumpulan Fatah di Tebing Barat? Kenapa jiran-jiran Arab sekitar Palestin berdiam diri?

Umat Islam yang sedar mengenai isu Palestin majoritinya hangat-hangat tahi ayam sahaja, memboikot barangan musuh Islam manakala umat Islam yang leka, lebih-lebih lagi jauh dari pemboikotan tersebut. Menyedihkan, mereka seperti tiada kesedaran, ataupun tiada maklumat mengenainya (?). Atau juga tiada barangan alternatif dari umat Islam untuk menggantikan produk-produk Israel dan Amerika? Sebenarnya sudah banyak barangan buatan Muslim di pasaran. Tetapi umat Islam tidak mengendahkan. Kononnya tidak ‘standard’ (?). Jika umat Islam tidak menyokong produk Muslim, bagaimana produk Muslim akan berkembang menjadi alternatif – dan selepas itu akan menjayakan setiap pemboikotan terhadap musuh-musuh Islam?

Umat Islam wajib bangkit menentang kezaliman Israel, sekutu dan tali barutnya. Bangkit bukan sekadar emosi. Bangkit dengan tarbiyah, kefahaman dan kesedaran bahawa tidak sekali-kali akan redha Yahudi dan Kristian kepada umat Islam, sehingga kita mengikuti millah mereka (agama dan doktrin mereka). Isu Palestin bukan hanya isu politik dunia. Bukan hanya isu kemanusiaan. Bukan jua hanya isu ketidak stabilan serantau. Tetapi Palestin adalah isu umat. Islam. Iraq adalah isu umat Islam. Chechnya adalah isu umat Islam. Isu yang sebenarnya kita boleh katakan bahawa musuh-musuh Islam sudah melancarkan perang terhadap umat Islam.

Pengisytiharan perang terhadap umat Islam dibuat secara senyap dan terancang agar umat Islam terus lena. Biar muda-mudinya leka dan terus leka. Biar para pemimpinnya terus meloba dan melobi kekayaan. Biar umat Islam tidak bangun melawan. Jika diisytihar perang, secara terang-terangan, musuh-musuh Islam akan berdepan dengan suatu penentangan yang dahsyat. Mereka takut kemunculan semula Panglima Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, Syeikh Umar Mukhtar dan sebagainya. Ayuh, jika kita tidak mampu bersama Hamas berdepan pengganas Israel, kita gerakkan dakwah dan jemaah di tempat kita, menyedarkan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, seterusnya umat Islam. Kita munculkan semula watak-watak yang digeruni kuffar.

Sahabat-sahabat sekalian, di manakah kita?

Kata Ustaz Nik Abduh dalam blognya: Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.
==

Ucapan Khalil Ismail al-Haya Ketua Whip HAMAS [Kuala Lumpur 14 Mei 2006]:

“Umat Islam di Malaysia, KAMI mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini… “

==

Ucapan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Mahdi Akef:

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.” baca ucapan penuh…
==

” Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang, yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka..Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…”

~as-syahid Hasan Al-Banna~
==

Petikan Ucapan Syeikh Ahmad Yassin :

Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian . Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur .Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam .Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini . Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin , sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya . Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara ,lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka .Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka .” baca ucapan penuh…
==

Ucapan Abdel Aziz Rantissi , pendokong Hamas:

“Saya menyeru anda semua agar tenang, seandainya Rantissi, al-Zahhar, Ismail Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan ? tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti).”
===

Usahlah kita terus menjadi buih-buih di lautan… marilah kita menjadi ombak tsunami.

ALLAHU AKBAR!

Wajah-wajah jenazah Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas

Saksikan wajah-wajah jenazah mereka…





Semoga ALLAH mencucuri rahmat-Nya kepada mereka. Gambar dipetik dari
Amatu al-Muntaqim

Posting berkaitan: Tenang sebelum ditembak

MISI SEBENAR ISRAEL KE ATAS GAZA

Operasi pertama Israel ke atas Gaza hanya mengambil masa 3 minit dan 40 saat. 60 pesawat F-16 Israel mengebom 50 bangunan di Gaza, membunuh beratus orang Palestin dan beribu yang lain turut tercedera.

Beberapa jam selepas operasi kejam itu, Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dan menteri luarnya, Tzipi Livni mengadakan sidang akhbar di Tel Aviv. Dia dengan angkuhnya berkata “Operasi ini akan mengambil masa yang panjang, setiap dari kita perlu bersabar supaya kita dapat menyelesaikan misi ini dengan jayanya..”

Apa yang dikatakan Ehud Olmert itu memang benar. Sehingga semalam, selepas 6 hari operasi dijalankan, Israel terus membedil Gaza termasuk masjid, pejabat PBB dan bangunan parlimen. Biarpun tindakan kejam Israel itu telah dikecam negara luar, namun Israel tetap angkuh kerana mereka tahu, dunia tidak mampu berbuat apa-apa pada mereka.

Nah! Persoalan yang bermain dalam kepala kita pada waktu ini, apakah misi sebenar Israel kali ini sepertimana yang diungkapkan oleh Ehud Olmert itu dan kenapa ianya perlu mengambil masa yang panjang? Biarpun Ehud Olmert tidak menjelaskan tujuan misi kali ini secara jelas, namun banyak pihak sudah dapat membacanya.

Jika ada yang menyatakan tujuan misi Israel kali ini adalah untuk menghancurkan Hamas, itu adalah anggapan yang tidak benar. Kenapa? Jawapannya mudah sekali. Biarpun kali ini Israel berjaya membunuh pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan Hamas tidak akan berkubur dari bumi Palestin.

Sejak dulu lagi Israel telah berjaya membunuh ramai pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan itu tidak pernah mengaku kalah dan mereka terus berjaya mentadbir Semenanjung Gaza serta menggugat pengaruh Fatah di Palestin. Maka, misi untuk menghancurkan Hamas adalah misi yang amat tidak realistik sekali.

Misi Israel kali ini lebih berkait-rapat dengan tarikh pilihanraya Israel pada Februari depan yang kian hampir. Serangan ke atas Gaza akan membantu parti Kadima dan Labor mengalahkan parti Likud yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu. Dalam laporan sebelum ini, parti Likud pimpinan Netanyahu dikatakan sedang mendahului pemilihan di Israel.

Bila Ehud Olmert mengadakan sidang akhbar bersama Livni dan Barak selepas operasi ke atas Gaza dimulakan, semakin jelas misi kali ini adalah untuk mengetengahkan calon yang bakal bersaing dengan Netanyahu. Imej Livni dan Barak yang digambarkan begitu ‘lembut’ ke atas Palestin oleh Netanyahu sebelum ini tentunya akan terhakis di mata rakyat Israel. Ehud Olmert ingin membuktikan kepada rakyat Israel yang mereka juga boleh bertindak ganas ke atas Palestin.

Misi Israel ke atas Gaza kali ini juga adalah untuk menampilkan kekuatan askar mereka. Selepas misi mereka di Lubnan pada 2006 yang lalu, imej dan kredibiliti tentera Israel mula tercalar. Kemampuan pertahanannya mula dipertikaikan. Mahu atau tidak mahu, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan reputasi tentera mereka di mata dunia. Kejayaan mereka membedil 50 kawasan Gaza dalam masa 3 minit tentunya mengembalikan reputasi pertahanan dan askar Israel di mata dunia.

Akhir sekali, misi Israel kali ini adalah untuk memastikan boneka mereka, Presiden Mahmoud Abbas akan terus kekal berkuasa di Palestin. Sebelum ini, Hamas dan Fatah masih gagal mencapai kata sepakat mengenai siapakah yang bakal menggantikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang akan tamat tempoh pada 9 Januari 2009. Israel tentunya tidak mahu calon Hamas dipilih sebagai Presiden Palestin. Dengan serangan ini, boneka mereka, Mahmoud Abbas akan kekal berkuasa dan keupayaan Hamas untuk menggerakkan penyokongnya menumbangkan Abbas akan dapat disekat.

Ada yang menyatakan, serangan Israel kali ini adalah berkaitan dengan serangan roket Hamas. Pada saya, alasan ini bukanlah objektif utama serangan Israel ke atas Gaza. Jika mereka mahu, sudah lama mereka boleh membalas serangan dari Hamas kerana keupayaan roket buatan sendiri Hamas langsung tidak setanding dengan keupayaan pertahanan Israel yang memiliki sistem penangkis peluru berpandu yang serba canggih dan lengkap.

Dalam tempoh 6 bulan terakhir ini, kita dapat menyaksikan bagaimana kabinet Israel mengadakan begitu banyak pertemuan dengan pemimpin Arab dan Mahmoud Abbas setelah gencatan senjata berjaya dimerterai. Tentunya, Israel menggunakan kesempatan itu untuk merancang strategi yang paling berkesan bagi memastikan mereka dapat terus berkuasa di bumi Palestine. Perkara ini sudahpun didedahkan dalam beberapa siri laporan Al-Jazeera sebelum ini.

Jika anda berada di pihak Palestin, mustahil anda tidak akan bertindakbalas ke atas kekejaman Israel dan sekutunya yang telah bertindak menutup pintu sempadan, menyekat bantuan antarabangsa dan memotong bekalan tenaga di sepanjang tempoh genjatan senjata dipersetujui.

Jika Israel benar-benar ikhlas mahu mengembalikan kestabilan di rantau itu, mereka tentunya tidak akan menggunakan kekerasan kerana mereka sudah sedia maklum, keganasan hanya akan dibalas dengan keganasan.

http://nuraflah.blogspot.com

Zionis dan Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

4 Muharrram 1430.

Aku mulai 1 Januari 2009 dengan artikel mengenai sejarah Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, sebagai memberi sedikit kefahaman kepada kita terhadap apa yang berlaku di Palestin hari ini.

Susunan : Imran Al-Malizi

Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud): “Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali redha kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka.” (Al-Baqarah : 120)

FirmanNya lagi: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.” ( Al-Maaidah : 82).

PERMUSUHAN YAHUDI-ISLAM: SEJARAH YANG PANJANG

Pertembungan dan pertentangan di antara umat Islam dengan golongan yahudi sudah berakar umbi semenjak zaman berzaman, sejak kebangkitan Nabi Terakhir s.a.w. yang zahir bukan dari kalangan mereka. Kebencian yang meluap-luap ini terbukti dengan percubaan demi percubaan untuk menghancurkan umat yang memikul ajaran Tauhid ini. Allah ‘Azza wa Jalla memuliakan umat ini dengan nikmat Islam dan kemenangan terhadap golongan yahudi serta menyelubungkan kehinaan ke atas mereka dengan Peristiwa Khaibar (tahun ke-7 Hijrah) setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Umat Islam meyakini bahawa Bani Israel telah memerintah sebahagian bumi Palestin selama lebih kurang 400 tahun, bagaimana pun mereka telah mengubah serta menokok tambah agama mereka dan mendustakan serta membunuh para nabi yang diutuskan kepada mereka.

Maka, layaklah ke atas mereka ditimpakan penghinaan dan hukuman daripada Allah Ta’ala, serta hilang hak mereka terhadap bumi Palestin. Golongan yahudi, secara realiti, politik dan ketamadunannya telah terputus terus dari keberkatan bumi Baitul Maqdis selama 1800 tahun (Semenjak 135 Masihi sehinggalah abad ke-20). Dengan tertubuhnya Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organization -W.Z.O.) di bawah pimpinan Theodore Herzl, dan konferensi pertama yang telah diadakan di Switzerland pada 27-29 hb. Ogos 1897, di antara lain merintis jalan dan kempen politik secara sistematik untuk menubuhkan negara yahudi “Israel” di bumi suci Palestin. Herzl berada di barisan hadapan dalam usaha diplomatik aktif bagi memenangi sokongan kuasa-kuasa dunia terhadap tuntutan kaum yahudi tersebut, termasuklah memujuk Britain untuk menaungi “Projek Zionis”.

Harga lumayan yang ditawarkan kepada Sultan Abdul Hamid, Khalifah Uthmaniyyah(1876-1909) supaya baginda menjual bumi Palestin telah ditolak mentah-mentah kerana khalifah dapat menghidu tujuan sebenar mereka. Tanah yang diimpikan supaya mereka dapat mendirikan negara yahudi yang kononnya akan berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah menghadapi tentangan terus menerus dari khalifah, sungguhpun jumlah tawaran tersebut begitu besar untuk ditolak. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..

Menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah

Akhirnya pada tahun 1908, gerakan Committee of Union and Progress (CUP) yang didalangi oleh yahudi zionis telah melakukan pemberontakan “Revolusi Turki Muda” menentang khalifah. Di antara pemimpinnya ialah Emanuel Carasso, seorang yahudi berbangsa Itali. Hasil daripada revolusi ini, sebuah perlembagaan telah diisytiharkan di Salonika, khalifah telah dipaksa supaya meluluskan dan melantik para menteri yang dipilih oleh gerombolan Turki Muda. Pada 17 November tahun yang sama, pembukaan Parlimen Uthmaniyyah telah dilancarkan sementara khalifah hanya mampu akur serta berazam untuk mengembalikan syariat Islam.

Pada 13hb. April 1909 telah berlaku satu revolusi dari kalangan tentera dan rakyat Turki yang tidak bersetuju dengan kepimpinan baru, semangat menentang perlembagaan begitu menyala-nyala. Dua hari setelah itu, khalifah telah melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar bagi tugas-tugas khas demi mengembalikan semula pelaksanaan hukum Islam serta menghapuskan perlembagaan baru. Dengan perkembangan ini, golongan tentera di Salonika telah melakukan satu lagi pemberontakan malah lebih buruk lagi mereka telah melakukan rampasan kuasa.

Pada 26hb. April 1909, telah diadakan Jawatankuasa Kebangsaan yang bertindak memecat Sultan Abdul Hamid daripada jawatan khalifah dan sistem perlembagaan dilaksanakan semula. Dengan ini sistem pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah telah berkubur dan digantikan dengan sistem perlembagaan dan parlimen ala barat. Jawatan khalifah hanyalah satu gelaran kepada seorang ketua negara. Muhammad Rashad iaitu adik kepada Sultan Abdul Hamid telah menaiki takhta khalifah. Perang Dunia Pertama telah meletus pada tahun 1914, dan Khilafah Uthmaniyah telah terbabit dalam Perang Dunia ini. Pihak British telah menyusup masuk ke dalam pengaruh ketenteraan Turki dan menaburkan pandangan-pandangan demi kepentingan British.

Usaha yang dijalankan ialah supaya kerajaan Uthmaniyyah menarik diri dari pembabitannya dalam peperangan ini dan terus menyuburkan usaha penghapusan Khilafah Uthmaniyyah secara mutlak. Pada 9hb.November 1915, Setiausaha Perang pihak British, Lord Kitchener telah menghubungi seorang pegawai tentera Turki iaitu Jamal Pasha di Dardanelles untuk diajak berunding menentang Khilafah Uthmaniyyah. Beliau bersetuju untuk melakukan pemberontakan dengan beberapa syarat untuk dipenuhi oleh pihak Tentera Bersekutu.

Pada 30hb. Oktober 1918, Khilafah Uthmaniyyah telah bersetuju dengan gencatan senjata Mudrog, bagi menamatkan peperangan di Asia Barat Daya. Setelah Perang Dunia Pertama tamat, pihak Tentera Bersekutu memperolehi kemenangan besar, begitu juga Khilafah Uthmaniyyah telah berpecah dan berkecai-kecai kepada negara-negara kecil. Seluruh wilayah Arab, Mesir, Syria, Palestin dan kawasan Timur Jordan telah dikuasai oleh pihak Bersekutu manakala Iraq melepaskan diri dari kesatuan khilafah secara paksaan. Yang tinggal pada kekuasaan Uthmaniyyah hanyalah negara Turki itu sendiri, sedangkan ianya juga telah diresapi pengaruh pihak Bersekutu.

Pemerintahan yang sedang nazak ini telah dibentuk semula di bawah kepimpinan Taufiq Pasha, kali ini beliau berperanan menjalankan perintah bagi pihak musuh yang berkuasa. Ketika itu jawatan khalifah disandang oleh Wahiduddin Khan yang merasakan dirinya terpikul dengan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan tidak mahu menunjukkan sikap menentang yang mana boleh mengakibatkan kehancuran negara. Gerakan Nasionalisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Pasha berjaya mendapat tempat dengan Parti Kebangsaan yang dibentuknya. Beliau bercita-cita untuk menggantikan Khilafah dengan Republik Turki, walaupun sebenarnya khalifah sudah tidak lagi berperanan dalam kekuasaan negara, namun segala ciri-ciri Islam yang masih tersisa itu hendak dicabutnya terus.

Revolusi yang digerakkan oleh beliau dilihat sebagai memenuhi kepentingan British, sungguhpun beliau cuba membalutinya dengan rupa nasionalisme. British adalah dalang yang menyiapkan segalanya bagi menjayakan revolusi ini, bahkan beliau sendiri telah dididik oleh pihak British. Dengan pengaruhnya, Kamal berjaya menduduki tempat di dalam Jawatankuasa Kebangsaan, usul-usul yang dibawanya ke dalam dewan tersebut mencetuskan kontroversi dan kekecohan, dengan sokongan 80 orang ahli dewan yang merupakan penyokong setianya, beliau meneruskan niat jahatnya bagi menghancurkan kesultanan dan khilafah secara total.

Keadaan dewan menjadi kacau dengan tindakan saling mengecam dan tuduh menuduh di antara ahli dewan dan ahli politik yang terdiri dari pengikut Mustafa Kamal, golongan ulama dan intelektual. Natijahnya, Jawatankuasa Perwakilan Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kesultanan dihapuskan. Apabila mengetahui tentang itu, Khalifah Wahiduddin telah melarikan diri. Jawatan khalifah telah diisi oleh saudaranya Abdul Majid, beliau dilantik sebagai khalifah tanpa kuasa pemerintahan.Kelicikan Mustafa Kamal memang diakui apabila dia berjaya mengheret Jawatankuasa ke dalam pelbagai krisis pertumpahan darah sehingga ianya dijadikan alasan yang kuat untuk membubarkan parlimen.

Ketika krisis tersebut sudah memuncak, Kamal telah diminta oleh Jawatankuasa Kebangsaan untuk menerajui parlimen. Kesempatan yang sudah lama ditunggu-tunggu, pada 29hb. Oktober 1923, Mustafa Kamal telah dipilih menjadi Presiden Republik Turki yang pertama setelah beliau mengisytiharkan di dewan untuk mengubah Negara Islam menjadi Negara Republik. Sebarang tentangan daripada rakyat yang pro-Islam telah ditangani dengan propaganda dan kanun yang bersifat subversif. Manakala ahli dewan yang lantang melaungkan suara Islam telah diancam dengan hukuman gantung malahan ada yang dibunuh pada waktu malam melalui pembunuh upahan.

Mustafa Kamal semakin berani dalam langkah yang diambilnya, pada 3hb. Mac 1924, beliau telah mengadakan persidangan Jawatankuasa Kebangsaan bagi mengumumkan penghapusan Khilafah dan memisahkan Islam dari negara. Dengan keangkuhannya gaya seorang diktator, keputusan dibuat tanpa melalui perbincangan. Arahan telah dikeluarkan kepada Hakim Istanbul supaya menetapkan pengusiran Khalifah Abdul Majid. Sehari selepas keputusan ini dikeluarkan, khalifah diarah keluar meninggalkan Turki sebelum terbit fajar. Sejumlah angkatan polis mengiringi Hakim Istanbul ke istana khalifah lalu memaksa baginda menaiki kereta yang kemudian membawanya keluar ke sempadan Turki. Mereka dengan tanpa belas kasihan telah meninggalkan baginda yang hanya dibenarkan membawa satu beg yang berisi beberapa pakaian dan sedikit wang.

Demikianlah penghinaan yang diterima oleh Sultan Abdul Majid akibat kebencian musuh-musuh Islam terhadap institusi Khilafah yang telah sedia ranap. Mustafa Kamal telah digelar “Attartuk”- Bapa Pemodenan Turki. Dia menjadikan sistem Kapitalisme mendominasi negara Republik tersebut. Maka telah tercapailah impian orang-orang kafir untuk menghancurkan Islam dari dalam, secara halus dan keji. Demikianlah berakhirnya satu Empayar yang kira-kira 27 tahun sebelum itu telah menolak untuk menjualkan tanah Palestin kepada golongan yahudi. Satu tempoh yang singkat untuk satu projek yang besar.

Rujukan:

1.Al-Quran Al-Karim.
2.Kayfa Hudimat al-Khilafah – Abdul Qadim Zallum, Darul-Ummah,Beirut, 1990.

3.The Palestinian Issue, Its Background and Development Up To 2000 – Dr. Mohsen M. Saleh, Darul-Fajar.Translated by, Prof. Hassan A.Ibrahim, 2001.

4.Jewish Conspiracy And The Muslim World – Misbahul Islam Faruqi, With Complete Text of The Protocols of The Learned Elders of Zion, Thinker’s Library, 1991. 5.Jurnal Liwa’ Ul-Haq, bil-2, Februari-April 2001.