PAS, PKR dan UMNO bergabung bantah Israel?

Maafkan saya. Saya tersilap tafsir bendera dalam gambar di bawah…

Bilakah PAS, PKR, UMNO, DAP, MCA, MIC akan turut bergabung dalam demonstrasi membantah serangan Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza seperti ini? Bendera nampak hampir sama dah… tapi sayang, rakyat Malaysia masih rendah tahap sensitiviti terhadap pencabulan hak asasi manusia ini.
Gambar di atas adalah dari Turki, rakyat Turki sudah pun membanjiri bandaraya bagi memprotes, ketika mana rakyat kita masih di depan televisyen sambil berkata “ish… ish.. ish…”.

SubhanaLLAH , mereka tersenyum bertemu ALLAH …

SubhanaLLAH… Mereka tersenyum kerana sudah nampak ganjaran yang ALLAH kurniakan kepada mereka, sedangkan kita masih terhoyong-hayang mengharungi kemelut dunia. Kemelut Gaza, kemelut Umat, Kemelut politik di Perak, kemelut dalam kampus dan macam-macam lagi.







Kita bila?

Ya ALLAH… tempatkan kami bersama-sama pejuang-pejuang agama-Mu, dan matikanlah kami sebagai Syuhada’.
Gambar :  Satu Umat

USM bantu penduduk Gaza

PULAU PINANG, 2 Feb – Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang mengambil kanak-kanak mangsa peperangan di Gaza, Palestin untuk diberikan bantuan perubatan dan tempat tinggal sementara yang lebih selamat di negara ini.

Misi membawa kanak-kanak malang tersebut ke negara ini khususnya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tercetus disebabkan kesukaran untuk menghantar bantuan penyelamat dari Malaysia ekoran pergolakan di negara tersebut masih belum reda dan diisytihar selamat.

Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, langkah iu dirasakan amat sesuai bagi membantu mangsa peperangan di Gaza yang dihimpit masalah kekurangan bantuan perubatan khususnya dari segi peralatan, ubat-ubatan dan sebagainya. Baca lagi….

AlhamduliLLAH, misi ini sangat bagus. Bangga jadi warga USM. Sesuai dengan taraf Apex, USM melangkah ke hadapan dengan misi global.

`Jika perbincangan berjalan lancar, USM dijangka menempatkan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak Palestin berusia bawah 10 tahun di HUSM pertengahan Mac depan,’’ tambah beliau.

Kanak-kanak adalah antara bangsa terbanyak dalam keganasan Yahudi Zionis. Mati, cedera dan menderita. Sungguh kasihan. Harap lebih ramai lagi kanak-kanak Palestin di bawa ke Malaysia, terutama yang kehilangan tempat bergantung.
Mungkin ada pula yang kurang bersetuju dengan misi ini. Membawa kanak-kanak ini ke Malaysia, akan melunturkan tarbiyyah jihad kepada mereka. Kehidupan yang selesa dan agak jauh dari ruh jihad mungkin akan melemahkan jiwa anak-anak Palestin ini untuk menyambung perjuangan ibu-bapa mereka yang syahid.
Kita berharap bantuan ke atas kanak-kanak Palestin ini bukan hanya sebagai tanggungjawab kemanusiaan, tetapi adalah atas dasar aqidah, ukhuwwah dan perjuangan. Syabas USM!
Link berkaitan: 

Ceramah Palestin di Stadium Sukamenanti

Semalam, solat hajat dan ceramah perdana kekejaman Israel terhadap Palestin diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar.
Program tersebut anjuran Kerajaan Negeri Kedah, dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kedah.
Solat Hajat diimami oleh Tuan Guru Haji Salleh.
Ceramah disampaikan oleh YAB Ustaz Azizan (MB Kedah – Persuruhjaya PAS Kedah), Tuan Hj Mohammad Sabu (Naib Presiden PAS), Wakil HAMAS (diterjemah oleh Prof Dr Badaruddin Ahmad) dan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS – Ahli Parlimen Marang).
Antara isi kandungan ceramah:
1) Keganasan Israel bermula selepas Perang Dunia pertama dan kedua.
2) Menduduki Palestin secara haram dengan bantuan kuasa Barat – Britain, Perancis dan US
3) Tanah-tanah kerajaan di bawah pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dipecah-pecah kepada negara-negara kecil.
4) Para pemimpin Arab didoktrin dengan idea-idea nasionalis – untuk melepaskan negara daripada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyyah.
5) Perang Arab-Israel dimenangi oleh Israel dalam masa enam hari. Israel, kuasa haram yang baru terbentuk di tengah-tengah masyarakat Arab, menyerang Mesir, Jordan dan Syiria serentak. Akibat menggunakan semangat nasionalis, negara-negara Arab ini kalah dalam masa 6 hari kepada Israel.
6) Bayangkan, Hizbullah dan Hamas berjaya melawan serangan Israel dan memaksa Israel berundur setelah berperang masing-masing selama 34 dan 22 hari. Hamas dan Hizbullah berperang atas nama Islam, bukan semangat kebangsaan.
7) Demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat tidak diiktiraf jika demokrasi itu memenangkan Islam, contohnya Hamas yang menang tidak diiktiraf.
8) Malangnya terdapat Kerajaan Umat Islam juga tidak mengiktiraf kemanangan Hamas selaku kerajaan Palestin yang sah. 
9) Presiden Israel, Simon Perez pernah berkata, beliau masa depan Negara Israel bertambah gelap kerana sudah muncul generasi baru Palestin yang berani membaling batu ke arah kereta kebal dan tentera-tentera Israel. 
10) Kerajaan Malaysia juga bersekongkol untuk tidak mengiktiraf Hamas! – Tidak mengktiraf wakil Hamas dalam persidangan negara-negara berkecuali (NAM) yang berlangsung di Kuala Lumpur, sebaliknya melayan wakil Fatah, yang kalah dalam pilihanaya Palestin.
11) Wakil Hamas bertegas, Umat Islam Palestin tidak akan tunduk kepada tekanan san kekejaman Zionis. Beliau membaca doa yang dibaca RasuluLLAH ketika baginda dihujani batu-batu semasa berdakwah di Thaif.
Banyak lagi isi penting. Carilah CD nya.
Kutipan derma untuk Palestin malam tadi berjumlah sekita RM40 ribu seperti yang diumum, berbanding di Kelantan dalam program yang sama, berjaya mengumpul lebih kurang RM1.2 juta. (Orang Kedah duit tak dak kut… padi belum tuai …. huhu…)

Suatu ketika dahulu, Rasul pernah bersabda bahawa kota Constantinople akan ditawan oleh umat Islam. Sebaik-baik Raja adalah rajanya, dan sebaik-baik tentera-adalah tenteranya (yang menawan kota itu).
Sultan Muhammad al-Fateh tidak menunggu “sebaik-baik Raja dan sebaik-baik tentera” itu muncul untuk menawan kota itu, bahkan beliau sendiri mengetuai para mujahidin untuk membebaskan Kota Constantine itu daripada kekufuran. Maka beliaulah yang menjadi sebaik-baik Raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Rasul juga pernah bersabda bahawa Islam akan menang akhirnya, di mana para mujahidin akan membunuh orang-orang Yahudi dan zionis yang kejam, sehingga apabila mereka melarikan diri bersembunyi, batu-batu dan pohon kayu akan memberitahu pejuang Islam bahawa Yahudi sedang bersembunyi di belakangnya. Bunuhlah dia.

Islam akan menang akhirnya. Pejuang-pejuang Islam akan menewaskan tentera-tentera Zionis dan umat Yahudi yang zalim. Namun siapakah yang akan menjadi pejuang-pejuang yang akan menghapuskan Zionis itu? Atau kita hanya menjadi penonton kepada kemenangan yang dijanjikan ALLAH dan Rasul-Nya? Tidakkah sudah tiba masanya kita menzahirkan diri kita sebagai pejuang yang disabdakan oleh RasuliLLAH?
WaLLAHu a’lam.

Wahai orang yang mengaku Muslim…!

Hari ini, melakukan sebarang usaha/ kerja/ gerak untuk Palestin adalah FARDHU AIN ke atas semua individu Muslim. Apa jua usaha yang mampu kita lakukan walau sebesar kuman pun mesti dilakukan sekarang juga.

Yang mampu beri penerangan memberi penerangan.
Yang mampu menderma terus menderma.
Yang mampu ke Palestin terus ke Palestin.
Yang mampu menggugat ekonomi Israel dan sekutunya mesti menggugat.
Yang mampu berhujah terus memberikan hujah.

Satu yang pasti, KITA SEMUA paling kurang pun MAMPU BERDOA. Banyakkan doa sekarang juga.

“Bismillahirrahmanirrahim.

Ya ALLAH, kami merayu pada-Mu agar Engkau patah-balikkanlah segala rancangan jahat mereka dan sekutu mereka kepada diri mereka sendiri dengan segera.

Datangkanlah tentera-tentera-Mu ya ALLAH, yang pernah memusnahkan tentera bergajah Abrahah, yang pernah membakar dan menimbus kaum Lut, yang pernah menenggelamkan Firaun di Laut Merah, yang pernah mematahkan semangat musyrikin Quraisy dalam Perang Khandak, yang pernah melenyapkan kaum Nuh.

Datangkanlah segera ya ALLAH ke atas kaum Zionis dan sekutu-sekutu mereka. Hancur leburkan lah kekuatan tentera mereka. Musnahkanlah strategi mereka.

Amin ya ALLAH.”

ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !! ALLAHU AKBAR !!

Sekitar demonstrasi mahasiswa – Selamatkan Palestin

Sebahagian gambar Demonstrasi Selamatkan Gaza yang dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa seluruh negara yang cintakan Islam. Demonstrasi bemula di Masjid As-Syakirin KLCC menuju ke kedutaan Mesir selepas solat Jumaat 9 Januari 2009. Anggaran lebih 5000 mahasiswa yang hadir.

Bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC

Bergerak selepas solat Jumaat

Bersemangat

“Hancur, Hancur… Hancur Israel!”

Mahasiswa Islam dari IPT seluruh negara berarak ke kedutaan Mesir

Gerakan Mahasiswa menyatakan sokongan kepada Palestin

Berkumpul di hadapan Kedutaan Mesir

Meminta Mesir membuka laluan kemanusiaan di sempadannya!

Menunggu memorandum disampaikan kepada wakil kedutaan Mesir

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo’Lo’ turut hadir

Mendengar ucapan para pemimpin mahasiswa

Ketika rakyat Palestin menderita dibunuh, pemuda-pemudi Islam dalam negara kita masih leka berseronok dengan keseronokan dirinya. Namun masih ada segelintir mereka yang sedar, bersimpati dan cakna terhadap apa yang berlaku di Palestin. Perasaan marah kepada rejim pengganas membuak-buak. Namun apalah daya kita untuk membantu. Mungkin demonstrasi beginilah yang mampu kita lakukan untuk memberi sokongan moral saudara kita di Palestin. Jika semudah demonstrasi pun kita tidak teringin atau takut menyertainya, usahlah berangan-angan mahu menawarkan diri berjihad di bumi Palestin!

Serang Gaza 21 jam sehari… Zionis tak tahu letih ke?

Henti serangan tiga jam sehari – Zionis


BAITULMAQDIS 7 Jan. – Israel hari ini cuba menunjukkan ‘keprihatinannya’ dengan mengumumkan untuk menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari.
Jurucakap tentera berkata, serangan akan dihentikan dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia) setiap hari.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Ehud Olmert memberitahu akan membenarkan koridor kemanusiaan dibuka di Gaza.

“Bagi mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di sana, Olmert memutuskan supaya koridor kemanusiaan dibuka di wilayah berkenaan.

“Ini termasuk pembukaan kawasan untuk jangkamasa yang terhad bagi membolehkan penduduk menerima bantuan dan bekalanan makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan ke atas Gaza. Tindakan itu dilihat sebagai usaha Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ia masih ‘prihatin’ kepada kesengsaraan penduduk Palestin.

Sumber: Utusan Online


Pengganas Israel mengganas selama 21 jam sehari! 21 jam Rakyat Palestin diganyang oleh rejim pengganas. 3 jam sahaja masa untuk rakyat Palestin menarik nafas untuk kembali menderita selepas itu. 21 jam juga Hamas terpaksa bertarung mempertahankan Gaza dan rakyat Palestin. 21 jam Gaza diselubungi muntah-muntah kereta kebal dan senjata api.

Zionis guna 21 jam sehari untuk meratah rakyat Palestin. Kita pula, berapa jam sehari kita tidur? Berapa jam pula kita berdoa untuk rakyat Palestin? Berapa jam sehari kita berfikir dan bermuhasabah mengenai keadaan yang berlaku di Palestin?

Nyatalah, musuh-musuh Islam tidak akan berasa letih untuk memusnahkan Islam dan umatnya. Tapi kita semua masih …… (sambung sendiri ayat ni…).