Hub Hiburan: Memang brilliant!

Negara kita akan menjadi hub pusat hiburan malam. Itulah plan transformasi ekonomi yang dicetuskan oleh seorang PM yang sangat cerdik lagi berpandangan jauh. Dalam banyak-banyak cara untuk memperkasakan ekonomi negara, hub pusat hiburan juga dipilihnya. Apakah cetusan ideanya ini benar-benar boleh mengubah ekonomi negara menjadi lebih baik, atau menuju ke arah negara berpendapatan tinggi?
Ya, tindakannya sangat sesuai untuk meningkatkan ekonomi negara. Orang-orang lemah akal seperti pak-pak ustaz tidak nampak potensi besar hub-hub hiburan, kerana meraka tidak pernah ke sana. Lihatlah bagaimana sejak akhir-akhir ini kita dapati banyak program-program hiburan dianjurkan. Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Raja Lawak, Mentor dan suku-sakatnya, semuanya sudah dirancang dengan rapi untuk meresapi jiwa anak-anak muda dengan hiburan. Setelah anak-anak muda dan masyarakat sudah sebati dengan hiburan, maka inilah masa sesuai untuk jadikan Malaysia sebagai hub hiburan.
Akan memacu ekonomi? Ya, kerana pelanggan-pelanggannya sudah diasuh dari kalangan anak-anak muda. Ekonomi negara pasti akan meningkat, kerana masyarakat kita lah yang akan mengunjungi hub-hub hiburan. Dengan itu hub-hub hiburan akan menjadi pusat tumpuan ekonomi disamping hiburan yang disediakan. Malah, hiburan adalah senjata yang paling mudah untuk menarik orang ramai. Tidak seperti masjid, tidak semua orang suka ke masjid. Tidakkah PM kita sudah berfikiran jauh? Sudah tentu PM sudah berfikiran melampaui batasan zamannya, dibantu pula oleh isterinya tercinta.
Keyakinan pelabur? Pelabur-pelabur akan yakin dengan kemampuan Malaysia sebagai hub hiburan, kerana di Malaysia sudah ramai generasi AF, Mentor, Malaysian Idol dan sebagainya. Mereka-mereka yang gagal dalam persaingan program-program realiti hiburan tersebut masih berpeluang menjana ekonomi di hub-hub yang akan dimajukan. Dengan itu, para pelabur tidak perlu susah hati akan kekurangan tenaga penghibur. Para pelabur akan berduyun-duyun membanjiri Malaysia.
Semua rakyat setuju? Tidak semua rakyat setuju. Biasalah, setiap usaha baik atau buruk pasti ada penyokong dan penentang. Dalam konteks idea cetusan kerajaan, pastilah pihak parti pembangkang yang akan ke hadapan menentang. Itu biasa. PM tak perlu khuatir, asalkan PM disokong kuat isteri tercinta, itu sudah memadai.
Keberkatan ekonomi cara ini bagaimana? Keberkatan? Usah bimbang akan keberkatan. Kita hidup dalam negara sekular, memang tiada dalam kamus ekonomi kita mengenai keberkatan. Lihat negara-negara maju ekonominya, tidak dibincang pun isu keberkatan.
Aduh…. apa yang aku tulis ni? Kenapa aku mengampu PM? Kenapa aku sokong idea seburuk hub hiburan ini? Tidak! Aku sekali-kali tidak menyokong. Cuma idea gila ini menjadikan sistem sarafku bercelaru untuk seketika. Macamana boleh seorang PM bagi idea plan transformasi ekonomi seburuk ini? Kenapa kemaruk dengan hiburan?
Hiburan yang melampau bukanlah cara untuk membangunkan ekonomi, malah boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara. Plan asalnya adalah, apabila rakyat kemaruk dengan hiburan, maka rakyat tidak akan berminat dengan ilmu dan pengajian, lebih khusus lagi, rakyat tidak akan minat dengan pendekatan beragama. Rakyat akan mudah menjadi jahil, dan terus jahil. Apabila rakyat jahil, lalai dan malas membaca, maka rakyat mudah ditipu secara terhormat. Rakyat mudah diperbodoh. Apabila rakyat jauh dari ilmu agama, mereka akan mudah menyokong apa jua tindakan kerajaan yang membelakangi agama. Malah ini adalah cara mujarab untuk mengekalkan kekuasaan parti pemerintah. Alasan ekonomi adalah kosmetik memperbodoh rakyat.
Kemajuan ekonomi negara, jika tiada keberkatan, akan meruntuhkan sesebuah negara. Apa guna negara kaya, tetapi akhlak dan moral masyarakat hancur lebur? Gejala sosial semakin membarah, bertambah parah. Hub-hub hiburan seterusnya akan menjadi pusat merekrut pelapis-pelapis baru untuk mendaftar di sekolah Ali Rustam. Akhirnya sekolah Ali Rustam akan bertambah cawangannya, akan majulah negara?
Orang-orang berkepala otak sekular memang begitu. Setiap tindakannya membelakangkan agama ALLAH. Mereka tidak nampak bahawa tindakan durjana itu kelak akan mengundang kemurkaan ALLAH. Apabila ALLAH menghendaki sesuatu yang buruk menimpa sesuatu kaum, sesebuah negara, maka tiada siapa pun dapat menghalang. Ketika itu, apa lagi erti kemajuan?
Ahh… kamu ini usah nasihat-nasihat mereka lagi… bukannya mereka dengar pun. Blog kamu ini bukannya mereka baca pun. PM tak layan blog murahan mcm blog kamu. lagipun mungkin hati mereka sudah ditutup untuk memahami kebenaran… Ada bisikan kepadaku supaya berhenti menulis untuk kali ini. Maka aku pun berhenti menulis. Sekian kali ini, lain kali aku tulis lagi, kerana aku tidak diberi ilmu untuk mengetahui samada hati seseorang itu sudah ditutup rapat oleh ALLAH atau pun tidak…
WaLLAHU a’lam.
Advertisements

Sehari semalam Ramdhan di Kota Bharu

27 Ogos 2010 (17 Ramahdan 1431):
Sehari semalam ber-Ramadhan di Kota Bharu. Suasananya memang sukar diperoleh di mana-mana bandar lain dalam negara kita. Solat subuhnya sahaja sudah meriah, hampir-hampir sahaja seperti solat Jumaat. Pentazkirah subuh begitu bersemangat menyampaikan tazkirah subuhnya.
Jam 8 pagi -10 pagi, kuliyah Jumaat oleh Ustaz Ismail Noh dan TG Nik Aziz. Sambutan seperti biasa, sangat memberansangkan. Jauh sekali untuk negeri kelahiran aku sendiri untuk bersuasana begini. 20 tahun lebih TG Nik Aziz membina suasana begitu, maka agak sukar untuk Ustaz Azizan mengubah suasana Alor Setar menyaingi suasana biah solehah Kota Bharu dalam sekelip mata.

(gambar: Google)
Malamnya pula solat Tarawih, di Qaryah Ramadhan. Khemah khas, ekslusif dan berhawa dingin tersedia di tengah-tengah bandar Kota Bharu sebagai tanda kerajaan negeri sangat meraikan Ramadhan dan mengajak rakyatnya turut sama-sama mengimarahkan Ramadhan, sesuai dengan jolokan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam.

Ramadhan 1430 (gambar: Google)

Ramadhan 1430 (gambar: Google)

Ramadhan 1431: Forum Nuzul Quran selepas solat Tarawih
Dalam bulan Ramadhan begini, eloklah kepada sesiapa yang mahu bercuti, bercutilah di Kota Bharu. Rasailah suasana yang berbeza, yang tiada di bandaraya-bandaraya lain dalam Malaysia. Mudah-mudahan suasana ini akan berkembang ke seluruh negara.
WaLLAHu a’lam…
Opss… yang ni bukan di Kota Bharu. Abaikan… 😀
Selamat menempuh 10 akhir Ramadhan

Selamat Jalan Tok Nek… Semoga Ruhmu dicucuri rahmat-Nya…

“Hujung minggu ni kamu balik tak?” tanya Dr Hazizan dalam kereta ketika kami menuju Pusat islam untuk menunaikan solat Asar.
“Agaknya balik kut…”
“Kamu buat apa setiap kali balik?” Dr Hazizan tersenyum.
“Kalau balik, memang ada ja kerja-kerjanya… termasuk ziarah datuk, nenek dan moyang”
“Oooo… atuk dan nenek sakit ke?”
“Biasalah, orang tua-tua. Moyang saya pula umur dah lebih 100 tahun Dr.”
==================================================
Lepas Asar, aku pulang ke hostel. Baru saja log in laptop aku, emak call.
“tok nek dah tak da…”
“innaliLLAH…” jawabku spontan.
“baliklah… ambik adik fizi sama…”
“bila lagi tok nek meninggal?”
“baru tadi…”
“ayah dah tau?”
“ayah tak tau lagi. Hang call bagitau ayah. ayah pi KL pagi tadi…”
=================================================
Aku cepat-cepat berkemas mahu pulang. Aku memberitahu Dr Hazizan, esok aku bercuti. Aku call Abg Najib yang aku tak jadi hadir liqa’ malam ni. Aku beritahu Zulfirdaus, tak dapat hadir usrahnya esok. Aku kena balik.
Sambil drive, terkenang-kenang juga Tok Nek yang aku selalu berbual dengannya. Adik adik aku suka bergurau dengannya. Anak cucu-cicitnya suka dengan celotehnya. Senyuman tak pernah lekang. “Tok Nek comel…” ujar salah seorang adikku ketika melihat Tok Nek tersenyum.
Tok Nek yang aku selalu ziarah, sudah pergi dijemput-Nya. Tok Nek meneruskan perjalanannya mendahului kita.
Dua tiga hari lepas, roomateku, Azwadi kehilangan datuknya, yang meninggal kerana sakit tua.
Tok Nek aku keadaannya tidak sakit. Tetapi kontraknya untuk hidup di dunia sudah pun ditamatkan. 100 tahun lebih, bermakna dia pernah hidup di zaman Khalifah Turki Uthmaniyyah. Hari ini, Tok Nek sudah kembali ke rahmatuLLAH.
Ya ALLAH, ampuni dosa-dosa Tok Nek seluruhnya. Kasihanilah dia.
Al-Fatihah…

Perutusan Eidul Fitri 1430


Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1430
Oleh: Penulis Blog Ini
بسم الله الرحمن الرحيم
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر

الله أكبر كبيرا , والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mentadbir sekalian ‘alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad RasulaLLAH ShollaLLAHU ‘alaihi wasallam.
Hai sekalian pembaca blog ini,
Aku menyeru diriku dan kalian semua agar bertaqwa kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa. Hanya orang-orang bertaqwa sahajalah yang sebenar-benarnya berjaya di sisi ALLAH. Pada hari ini, kita bertakbir dan bertahmid kepada ALLAH, Tuhan Rabbul Jalil, selepas kejayaan menyempurnakan sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Mudah-mudahan dengan lengkapnya Ramadhan lalu, kita berjaya mencapai tahap taqwa yang tinggi, lebih tinggi daripada Ramadhan tahun-tahun lalu.
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر
Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. Ramadhan 1430 tidak akan kembali menemui kita sampai bila-bila. Beruntunglah orang-orang yang memenuhinya dengan amal soleh dan ikhlas kerana ALLAH. Rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan Ramadhan lalu dengan amalan-amalan yang buruk dan dimurkai ALLAH. Hari ini, Eidul Fitri, adalah hari anugerah ALLAH kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, yang begitu tekun mendambakan ketaqwaan kepada ALLAH. Orang-orang berimanlah yang selayaknya menyambut hari penuh barakah ini, manakala pelaku-pelaku maksiat dan kederhakaan kepada ALLAH dalam bulan Ramadhan, sepatutnya berasa malu untuk bersama-sama menyambut Eidul Fitri.
Sidang pembaca sekalian,
Namun apa yang kita dapat lihat hari ini, golongan yang munafiqlah yang kelihatan sungguh seronok menyambut hari mulia ini, dengan sambutan yang mewah, rancak serta penuh kegembiraan. Walhal sebenarnya mereka tidak langsung dipelawa oleh ALLAH untuk meraikannya. Sebulan berpuasa adalah ibadah. Demikian pula Eidul Fitri juga adalah hari ibadah. Sambutan yang melampau dan penuh aktiviti yang melalaikan sebenarnya mencemarkan Eidul Fitri, menghina hari mulia yang ALLAH hadiahkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر
Suasana pada hari ini memperlihatkan kepada kita, betapa runtuhnya akhlak masyarakat, terutamanya muda-mudi dalam negara kita. Paling menyedihkan, muda-mudai itu adalah anak-anak muda Islam. Akhlak mereka bagaikan mereka tidak beragama Islam. Lihat sahaja bagaimana mudah sekali mereka dilalaikan dengan hiburan-hiburan yang melampau. Tambahan pula pada hari raya ini, semakin galaklah mereka berhibur tanpa batasan dan terjebak dalam gejala mungkar. Imam mereka adalah artis-artis. Dorongan mereka adalah syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia. Mereka jauh daripada cahaya ALLAH.
Jesteru itu, siapakah yang boleh menyelamatkan mereka daripada terus hanyut ditelan arus mungkar? Hanya ALLAH sahaja yang memberi hidayah petunjuk-Nya. Namun, apakah pula sumbangan kita untuk menjernihkan semula kekotoran yang membusuk dalam sasyarakat kita? Cukupkah peranan mendidik anak muda ini diserahkan kepada ibu bapa semata-mata? Apakah pula guru-guru sahaja yang perlu dipertanggung-jawabkan? Mampukah masyarakat sekeliling bersama-sama membaiki keadaan ini? Tidak lain tidak bukan, semuanya perlu terlibat. Pembaikan dari peringkat keluarga, hinggalah ke peringkat nasional perlu dititik beratkan.
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر
Pihak kerajaan sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam mendidik akhlak muda-mudi. Kuasa kerajaan adalah lebih meluas dan mampu melakukannya. Kerajaan mempunyai infrastruktur dan isntrumen-instrumen yang besar dan pelbagai untuk memacu rakyat ke arah berakhlak mulia. Akan tetapi, kerajaan kita pada hari ini bagaikan tidak berbuat apa-apa. Usaha kerajaan untuk kebaikan umat Islam hanyalah sebagai topeng dan kosmetik sahaja. Tidak bersungguh-sungguh melaksanakannya. Lihatlah, berapa banyakkan program mendidik jiwa muda-mudai berbanding program-program yang mengkhayalkan? Ketahuilah, program-program khayal yang tidak dihalang oleh kerajaan adalah virus dan pandemik yang akan memusnahkan masa depan umat Islam.
Sidang pembaca yang dihormati,
Sebagai rakyat jelata, kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kelak tentang kuasa yang diberikan kepada kita untuk memilih pemimpin untuk mentadbir kerajaan. Apakah kita menyangka kita akan terlepas daripada kemurkaan ALLAH, sekiranya kita memilih pmimpin yang meluluskan program-program maksiat dan melalaikan? Apakah kita tidak akan ditanya kenapa kita memenangkan pemimpin yang hanya tahu menerima rasuah, menyalahguna kuasa dan pecah amanah? Ketahuilah, jika hari ini kita tidakberubah, kita akan menyesal suatu hari nanti. Jika kita berdegil, ALLAH akan tunjukkan akibat kejahilan kita memilih pemimpin. Kita mungkin akan menyaksikan sendiri betapa runtuhnya negara kita, rosaknya anak-anak kita sendiri, cucu-cicit kita dan sebagainya.
Sebelum terlambat, ambillah peluang pada hari raya Edul fitri ini untuk bermuhasabah dan melakukan perubahan. Hari ini jiwa kita insyaALLAH kembali kepada fitrah setelah sebulan kita mengasuhnya. Maka ambillah peluang ini. Jangan biarkan syaitan-syaitan yang terlepas dari belengu itu kembali menguasai kita.
Sekian sahaja perutusan Eidul Fitri pada kali ini. Segala yang baik, ambillah pengajaran darinya. Kelemahan-kelemahan pula jadikanlah iktibar. Tegurlah sekiranya ada kesilapan. Mohon ampun dan maaf , zahir dan batin. SALAM EIDUL FITRI.
WaLLAHU a’lam.

Sembang raya di hujung Ramadhan

AlhamduliLLAH… ALLAH masih bagi lagi kesempatan untuk hidup lagi dalam hari yang ke-26 Ramadhan ni. Hujung-hujung Ramadhan macam ni, orang-orang kita sibuk dengan persiapan raya. Yang ada di kampus, asyik teringat kampung, teringat rumah, teringat mak ayah, datuk nenek… (Hari-hari lain nampaknya kurang ingat kut… :D). Macam-macam status YM dapat di baca. Semuanya menghala ke RAYA…
Lupakah kita kepada Ramadhan? Saki baki Ramadhan yang tinggal, tenggelam dek ghairah sambut raya? Mudah-mudahan tidak. Mudah-mudahan niat kita balik awal ke kampung halaman dengan niat untuk berpuasa bersama-sama dengan keluarga, solat tarawih bersama-sama, dan berqiamullayl bersama-sama dengan keluarga di akhir-akhir Ramadhan ini. Jika demikian yang kita lakukan, alangkah bermaknanya hari EidulFitri kita bersama keluarga tahun ini.
Bukanlah namanya raya, kita terjebak dalam aktiviti terpekik terlolong menyanyikan lagu-lagu yang entah apa-apa. Kononnya sambut raya. Padahal menghina hari mulia itu. Hari Eidul Fitri adalah hari ibadah, hari anugerah ALLAH kepada hamba-Nya yang mukmin, yang bertaqwa, yang berjaya dalam Ramadhannya.
Sapa-sapa yang dah nak balik tu, baliklah dengan elok. Yang naik bas, jangan membiarkan bas meninggalkan anda. Kalau anda tertinggal bas, tak mengapa…mungkin anda akan sampai dulu. Yang memandu kereta, hati-hati di jalan raya. Yang naik flight, nasihatkan pilot suruh bawak elok-elok. Yang tak balik, jangan bersedih. Hari raya adalah hari bergembira kerana kejayaan sebulan berpuasa.
Kepada semua pembaca, pengkritik, pengcopy, pen-tidak-suka blog ini dan sebagainya, minta ampun mintak maaf banyak-banyak. Sekiranya ada luahan dan coretan yang memungkinkan anda tidak bersetuju, atau tidak berpuas hati, itu hanyalah secebis perbezaan pendapat antara kita. Salah dan silap sama-sama maafkan.
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI 1430.

09-09-09

Jika rasa entry ini membazir masa anda, berhentilah sebelum habis mebacanya.
09-09-09

Susunan nombor yang nampak cantik. Ramai orang yang cuba melakukan sesuatu pada tarikh yang tersusun cantik nombornya, 09 September 2009 atau 09-09-09. USM ada Konvokesyen Komemoratifnya pada 09-09-09 (Ulangtahun ke 40 [1969-2009]). MUFORS ada aktivitinya pada 09-09-09. Apple pun ada eventnya. Anda pula?
09-09-09 hanya mainan nombor yang tiada apa-apa kelebihan. 09 September 2009 bukanlah hari kebesaran apa-apa. Tiada apa-apa ibadah khusus disunatkan pada tarikh ini, melainkan jika dibaca menggunakan kalendar Hijrah, ia bernilai dengan ketinggian nilai Ramadhan.Barangsiapa yang taksub dengan nombor 09-09-09, dia melakukan kesilapan besar dalam hidupnya. 09-09-09 bukanlah tarikh keramat untuk dipuja-puja.
“Habis, kenapa ditulis juga entry 09-09-09 ini?”
Aku tersenyum dengan pertanyaan aku sendiri. Susah juga hendak menjawab soalan diri sendiri. Bukan kerana 09 September adalah ulangtahun tarikh kelahiranku, kerana aku tidak pernah cakna pun dengan tarikh lahir aku sendiri, melainkan adik-adik dan beberapa orang sahabat sahaja pernah berSMS ucap selamat kepadaku. Ketika itu baru aku sedar yang aku semakin berumur. Jika tidak, aku terus leka dengan dunia…dunia… Biarlah Sultan negeriku, Sultan Kedah dan mantan PM Tun Abdullah mengambil manfaat pada ulangtahun hari lahirku ini.. uhukk… terbatuk pulak…
“Habis?”
Sebenarnya, 09-09-09 ini adalah tarikh Jubli Perak hidupku atas muka bumi ALLAH. Jubli Perak bererti sudah genap suku abad aku dihantar ke dunia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Kombinasi 09-09-09 yang menjadigenapkan suku abad usiaku menggatalkan tanganku untuk menaip entry ini. Bukan senang. Orang lain pun ada menyambut hari lahir 09-09-09. Tapi mungkin sahaja ulang tahun ke 21 atau 22, 23, 24, 26, 27, dan sebagainya. Sedikit sahaja yang nombornya berkombinasi cantik. Bagi yang menyambut ulang tahun ke-50, itu jubli emas namanya. Hidup setengah abad.
“Jadi, taksub dengan kombinasi nombor jugalah ni?”
Opss… bukan. Tujuan sebenar adalah untuk mengetuk hatiku sendiri dan hati sesiapa sahaja yang mahu ambil pengajaran. 09-09-09 ini adalah tanda bahawa sudah 25 tahun aku hidup dan dilantik menjadi khalifah di muka bumi. Jawatan yang besar ini diberi kepada semua manusia, termasuk diriku.
Selama 25 tahun aku menikmati elaun-elaun jawatan khalifah ini, apa tugas yang aku telah buat, dan apa pula tugas yang aku abaikan? ALLAH beri elaun khas mata,kepala,akal,kaki,tangan dan seluruh anggota badan, segalanya percuma. ALLAH beri aku elaun seumur hidup oksigen percuma, tenaga, sistem keimunan, sistem aliran darah yang baik, sistem pencernaan yang canggih. ALLAH memberi aku elaun aku ayah dan ibu yang baik, adik beradik yang baik, sahabat-sahabat yang baik. Banyak lagi elaun-elaun yang ALLAH beri kepada aku dan kita semua, kerana kita dilantik-Nya menjadi khalifah di bumi.
Firman ALLAH:
“Jika sekiranya kamu ingin menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan terhitung” surah Ibrahim:34
Dengan elaun sebegitu besar, apakah yang telah aku laksanakan akan tanggungjawabku selama 25 tahun ini? Apakah aku hanya memakan gaji buta? Oh ALLAH… ampuni dosa-dosa dan kealpaan aku, dan juga ampuni orang-orang yang turut mendoakan kemapunan untukku.
Renunglah dan muhasabahlah wahai aku dan orang-orang yang mahu bermuhasabah. Jika hari ini aku menyambut “Jubli Perak”, mungkinkah kelak aku akan dapat menyambut pula “jubli emas”?
“Jubli emas, kombinasinya 09-09-34 … dah tak cantik”
Abaikan kombinasi. Persoalannya, apakah aku akan sampai ke usia itu? Berapakah subsidi umur yang ALLAH akan beri? Atau ketika itu aku hanya tinggal dalam kenangan beberapa orang manusia?
Sesungguhnya, selama suku abad hidupku ini, mission aku sebagai khalifah masih tidak berjaya. Aku masih perlu bermuhasabah dan berusaha membaiki diri untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi. Hidup ini bukan untuk aku mencuba jaya, atau try and error. Hidup ini adalah timeline yang akan terus berjalan hingga tamat, tanpa boleh berpatah balik. Setiap kesalahan, dosa, alpa dan leka, adalah sejarah hidup yang tidak akan terpadam. Ia tetap menjadi sejarah, yang kita pernah lakukannya. Bab mohon ampun, minta maaf,diampunkan dan dimaafkan, itu cerita lain. Yang pastinya, ia tetap menjadi sejarah.
Maka, aku menyeru diriku dan kalian supaya hindari dosa dan kesalahan, samada kepada ALLAH, atau sesama manusia, kerana ia tetap menjadi sejarah. Ia tetap tercetak dalam lembaran timeline hidup, yang tidak boleh dipadam. Elakkan perintah ALLAH dilakukan secara ‘try and error’. Lakukanlah dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh berasaskan ilmu yang sahih, dengan harapan diterima oleh ALLAH.
Seseorang yang berbuat dosa, perbuatan dosanya itu tercatat sebagai sejarah, yang dia pernah melakukan dosa. Tidak akan terpadam perbuatannya. Dosa itu insyaALLAH akan diampun ALLAH dengan bertaubatnya orang itu, tetapi, sejarah dia pernah buat perkara dosa adalah tidak terpadam. Sebab itulah, sebaik-baik orang berdosa adalah orang yang bertaubat.
“adakah dengan berlalunya suku abad kehidupan,dan memulakan suku abad ke dua, akan ada perubahan-perubahan tertentu?”
Opss… sekali lagi aku tidak menyangka aku akan bertanya begini terhadap diriku. Soalan ini tiba-tiba muncul ketika aku sedang menaip. Ehem…
25 tahun bukanlah usia yang muda. Jubli perak hidup di dunia ini bukanlah suatu terma yang baik untuk diguna-pakai. istilah Jubli perak ini digunapakai apabila dinisbahkan kepada satu abad, atau seratus tahun. Jika kita nisbahkan hidup kita dengan 100 tahun, tentulah usia 25 tahun ini adalah usia yang masih muda. Sedangkan kita sendiri tidak tahu sampai bilakah usia kita, dan tentunya umat akhir zaman ini rata-ratanya 60-70 tahun sahaja hidup. Lebih umur, adalah bonus ALLAH berikan sebagai peluang-peluang terakhir membaiki diri.
Berbalik kepada perubahan-perubahan untuk suku abad kedua. Andaikata umur aku ditakdirkan setakat usia 60 tahun, maka aku masih mempunyai 35 tahun untuk meneruskan agenda khalifah muka bumi ini. Masih berpeluang aku menyambut jubli emas walaupun kombinasi nombornya tidak secantik 09-09-09. Andaikata umurku setakat 50 tahun sahaja, masyaALLAH, jubli emasku adalah hari terakhirku menerima elaun-elaun sebagai khalifah.
Andai pula jubli perak ini adalah hari terakhirku memikul amanah khalifah di muka bumi, maka tiadalah suku abad kedua untukku membaiki pencapaian pengabdianku kepada Rabbul Jalil. 25 tahun hidupku akan hanya meninggalkan sedikit memori kepada beberapa kerat manusia. Aku hanya akan menjadi kenangan kepada kaum keluargaku dan sahabat-sahabatku selama mana mereka mengingatiku. Tiada yang aku harapkan daripada mereka ketika itu melainkan doa mereka memohon ampun untukku.
Selama 25 tahun, sedar tidak sedar, aku bagaikan tiada amal jariyah, yakni amalan yang membolehkan aku terus menerus mendapat ganjaran sekalipun setelah aku tiada. Apabila matinya anak Ada, terputus segala amalan, melainkan tiga perkara. Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan. Sedekah jariyah? Aku pun tidak tahu samada aku pernah melakukannya atau pun tidak. Ilmu yang bermanfaat? Aku bukanlah alim ulama. Ilmu yang aku ada hanyalah sedikit. Maka sedikit pula aku sampaikan kepada orang lain akan ilmu ku dek kerana kelemahan diriku. Entah aku akan disoal mengenainya atau pun tidak. Namun aku harap, sedikit ilmu-ilmu yang ada tercatat dalam blog ini dapat dimanfaatkan. Mudah-mudahan aku mendapat sedikit ganjaran berterusan di sana. Anak soleh yang mendoakan? Sehingga aku menulis entry ini, aku belum berkahwin.
Jadi amalan apa yang aku akan bawa bersama sebagai bekalan untuk menghadap Ilahi bila-bila masa sahaja? Umur 25 tahun bukanlah jaminan yang aku mempunyai banyak lagi masa. tengok sahaja ustaz Asri Rabbani. Meninggal dia ketika usia 40 tahun. Bukan sahaja kita semua tidak sangka, malah dia sendiri tidak menyangka dia akan mati sebegitu cepat. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Jika umur Ustaz Asri dijadikan ukuran, maka tempoh hidupku hanya tinggal 15 tahun sahaja lagi. 15 tahun tidak lama.
“Ya syeikh… 09-09-09 ni kombinasi nombor untuk ingati hari lahir ke hari mati?”
Sesungguhnya, orang-orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati, dan bersiap sedia untuknya. Aku ingin menjadi bijak. Namun aku tidak tahu caranya, melainkan apa yang aku telah lakukan ini. Manusia rata-ratanya takut untuk membiacarakan tentang mati, dan kematian. Manusia percaya yang dirinya akan mati, di mana-mana saja, pada bila-bila masa. Akan tetapi mereka seakan-akan kurang yakin dengan kematian dan menyangka mereka akan hidup lama, tidak akan mati. Percaya tetapi kurang yakin. Sehinggalah tiba waktunya, ketika itu sudah terlambat untuk bermuhasabah membaiki diri.
Dan 09-09-09 yang menggenapkan usia 25 tahun ini membuatkan aku terfikir, sejak akil baligh, hingga hari ini, berapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Berapa banyak pula amalan sebagai bekalan untuk menghadap-Nya. Berapa banyak pula taubat dan istighfar aku. Aku mohon kalian semua sahabat-sahabat yang mulia, ingatilah aku dalam doa kalian, agar ALLAH turut mengampun dosaku disamping dosa-dosa kalian.
Oh ALLAH… ampuni dosa aku, dan ampuni dosa orang-orang yang mohon ampun untukku. Ya ALLAH, terimalah taubat dan ampunilah orang-orang yang mengatakan ‘Ya ALLAH, ampunilah Muhammad Helmi (bin Abdul Kudus)’.
“oh ya… berbalik kepada maudhu’. Apa aktiviti special pada hari 09-09-09 ni?”
Aktiviti biasa sahaja. Rutin. Tiada yang special. Mungkin mahu sesuatu yang lebih baik dari hari sebelumnya. 09-09-09 itu cuma nombor sahaja. Tidak mengubah apa-apa schedule. Entry ini sengaja diletakkan banyak “09-09-09”. Kalau orang search 09-09-09, mungkin akan terserempak dengan entry ini. huhu…
“Dah dah… stop kat sini sajalah. Dah mula nak merapu dah la tu…”
Hehe… betul tu. Oklah. Andaikata ada susunan ayat yang tunggang-langgang, yang menyentuh hati atau menggelikan perut, mohon maaf banyak-banyak. Jika anda tidak memahami objektif, tujuan dan isi entry ini, tidak mengapalah. Biarkan ia menjadi tazkirah dan muhasabah kepada diriku sendiri, dan jua orang-orang yang mahu mengambil pengajaran. Mungkin ia tiada nilai pada seseorang, pada masa yang sama, akan ada orang yang menilainya.
WaLLAHU a’lam…
Selamat Berpuasa, Selamat menggandakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan ini.

Tulis sikit…

Datang jenguk USM kejap. Terjumpalah line internet. Bagaikan semut mendapat gula, aku mendapat internet…terus jari jemari ku menggeletar atas setiap satu kunci pada keyboard.

Sebulan di rumah, banyak pulak aktiviti. Bermusafir, tereksiden, menyulam padi, ulang alik ke Gerik tengok kereta yg eksiden, kenduri kendara… banyak lg. Duduk saja pun banyak juga. Gejala futur mula melanda. Lepas kereta yang rosak akibat eksiden tu siap dibaiki, dapatlah aku datang ke USM ni.

Berita-berita mukhtamar PAS pula aku dapat update dr SMS adikku saja yang jauh berada di Gambang.

Sentuh sikit pasal mukhtamar, ayah aku selalu sebut Ust Nasharuddin akan terus pegang Timbalan Presiden. Aku pun rasa macam tu juga, tapi kadang-kadang berbelah abgi juga dengan calon-calon yang bertanding jawatan yang sama.

Seorang kawanku menghantar mesej kepadaku selepas Ust Nasha diumumkan menang, katanya

“Habisla,,pas akan berpadu dgn umno lepas ni”.

aku menjawab sinis : hang ni terpengaruh dgn media umno kut…

dia tak puas hati : “entahlaa..bukan masalah terpengaruh dgn akhbar depa. aku duk baca blog lain jugak. aku takut lepas ni pas jd lebik autokratik. jawatan tertentu ekslusif utk golngan tertentu. tu yg aku nampak…kalau mcm ni aku tawar hati la dgn pas…”

tu antara dialog SMS aku dgn kawan aku.
siapa dia, tak payah bgtau la.

Hm… memang menjadi jugak jarum ulamak vs profesional ni…

Apa-apa pun penjelasan dan kefahaman terhadap isu ini mesti di selesaikan dengan cepat sebelum ia terus menjadi kusut. Persepsi rakyat biasa tidak sama dengan persepsi ahli atau pimpinan. Orang biasa mungkin akan tersalah tafsir, dan ditambah pula mainan media lawan.

WaLLAHU A’lam.