Hukuman mati tidak digeruni

Perogol tidak gerun hukuman mati

JOHOR BAHRU 3 Ogos – Cadangan supaya kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan perlu diambil berbanding menggubal undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, penglibatan pelbagai pihak dengan tidak hanya mereka yang dekat dengan institusi pendidikan sahaja, amat diperlukan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Kita ambil contoh kes pengedaran dadah. Walaupun sudah dinyatakan bahawa edar dadah boleh dihukum gantung, masih ramai yang melakukan kesalahan itu.

“Begitu juga dengan kes ini. Kalau sudah penjenayah, mereka tiada perasaan takut malah merasakan diri mereka kebal dengan pelbagai hukuman yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Selangkah Ke Universiti di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

Cadangan itu dibuat berikutan semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah sejak kebelakangan ini.

Mohd. Puad menambah, penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut hanya memikirkan kepentingan sendiri tanpa menghiraukan kesan buruk kepada mereka dan mangsa.

“Mereka ini fikir tentang keuntungan untuk diri sendiri sahaja. Kalau mereka rasa nak buat jenayah, di mana-mana pun mereka akan lakukan,” katanya.

Mengenai program Selangkah ke Universiti itu, Mohd. Puad berkata, program sebegini harus diteruskan dengan melibatkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat.

Kebanyakan manusia itu degil dan keras kepala. Tidak mahu tunduk kepada perintah Tuhannya. Setelah pelbagai undang-undang diperkenal, hukuman diperkeras, masih juga gagal menyekat nafsu buas dan kebinatangan manusia, apakah ada lagi sistem pencegahan yang lebih berkesan? Macam-macam cara manusia fikir dengan akal-kepala (kepala otak) untuk mencegah jenayah ini, ia tetap gagal. Walhal ALLAH sudah beri solusi yang tegas dan berkesan, seperti yang terkandung dalam al-Quran, mengapa manusia tidak mahu mencuba?

Pelbagai alasan dan dalih diucapkan kerana menolak bentuk penyelesaian yang ALLAH tetapkan. ALLAH yang mencipta manusia, maka ALLAH Maha mengetahui segala kekurangan manusia. ALLAH Maha mengetahui apakah penyelesaian setiap masalah manusia. Lalu manusia yang mempunyai otak hanya sebesar ‘tupperware’ sahaja berlagak seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH? Hei manusia yang berlagak, musnahkanlah lagakmu dan ego mu. Tunduklah kepada hukum ALLAH.

Hukuman mati yang dicadangkan oleh Karpal, disambut dingin oleh menteri. Menteri itu dengan selamba sahaja menidakkan potensi hukuman mati itu dalam mengurangkan kes jenayah rogol kanak-kanak ini. Beliau kaitkan dengan hukuman mati pengedar dadah, yang tidak juga dapat menghentikan pengedaran dadah. Samada menteri ini benar-benar mempunyai kaedah yang lebih baik, ataupun beliau hanya memiliki sifat menolak apa sahaja cadangan dari pihak pembangkang tidaklah dapat dipastikan.

Hukuman-hukuman yang ada dalam sistem perundangan negara kita tidak berbentuk pencegahan umum. Hanya berasaskan hukuman kepada pesalah semata-mata, sekalipun seberat hukuman mati. Sebab itulah tiada pengedar-pengedar dadah yang berasa gerun dengan hukuman mati. Yang gerun hanyalah mereka yang sudah disabitkan bersalah serta dijatuhi hukuman mati. Berbeza dengan hukuman dalam Islam, seringan-ringan hukuman hukuman dalam Islam, pasti ada elemen pencegahan umum. Hukuman potong tangan jika disabitkan bersalah mencuri, hendaklah dibuat secara terbuka untuk tontonan umum. Hukuman sebat, depan khalayak. Begitu juga hukuman mati, juga depan khalayak. Barulah orang ramai, atau bakal-bakal penjenayah berasa gerun untuk melakukannya.

Manusia perlu yakin dengan hukuman yang ALLAH sudah gazetkan. Laksanakan, maka ALLAH-lah yang akan mencegahnya. Manusia tidak akan mampu buat apa-apa, sekalipun berjela-jela senarai hukuman, jenayah-jenayah sosial dalam negara tidak akan berkurang sekiranya ALLAH tidak mengizinkan-Nya. ALLAH pasti membiarkan , manusia yang berotak kecil tetapi berlagak pandai terkial-kial mencari penyelesaian sendiri, sedangkan ketetapan ALLAH yang Maha Bijaksana dan Maha Adil tidak diendahkan.

Kerajaan timbang beri lesen kepada pengedar dadah

KUALA SELUT 6 Mei – Kerajaan Bonggol mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan operasi pengedaran dadah secara berkala bagi mengelak berleluasanya aktiviti pengdaran dadah secara haram di negara ini.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Dr. Awe Atok berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pengedaran dadah secara haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pengedaran dadah) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah dadah yang di bawa masuk ke dalam negara).
“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pengedaran dadah pelbagai jenis memandangkan permintaan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awe Atok berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti pengedaran dadah, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Awe Atok mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. – Agensi Bermama

Negaraku mahukan ‘insuran’ mereka…??

Amerika Syarikat adalah sebuah negara penjajah, yang telah menghancurkan Afghanistan dan Iraq. Negara itu juga sedang berusaha menceroboh Iran dengan alasan yang hampir sama. Umum mengetahui, Israel adalah sekutu rapat Amerika. Samada Amerika itu anak emas Israel, atau Israel itu anak emas Amerika, kedua-duanya adalah bagaikan isi dengan kuku.
Sesiapa yang bersama mereka akan ‘selamat’. Sesiapa menentang, akan ‘merana’. Api dihiasi supaya nampak seperti air, air dikelirukan agar nampak seperti api. Propaganda mereka telah menguasai dunia. Yang patuh kepada mereka akan mendapat ‘syurga’, yang derhaka akan mendapat ‘neraka’. Itulah janji mereka.
Maka negaraku Malaysia, berusaha mendapatkan insuran dari mereka. Negaraku cuba mendapatkan ‘perlindungan mereka’. Negaraku bekerja keras mahukan ‘syurga’ mereka…


Memanda-memanda Menteri negaraku gembira bila bertemu mereka. Jika tidak dapat berjumpa, terasa bagaikan satu penghinaan, atau rendah martabatnya. Jika dapat berjumpa, alangkah gembiranya. Jika dapat bersalam pula… tentu 3 hari tangan tidak akan dibasuh kerana mengenangkan pernah bersalam dengan ‘pemimpin dunia’. Bekas tangan yang membunuh puluhan ribu nyawa umat, alangkah bangganya dapat bersalam dengannya!

Medula Oblongata Brehem Ali

Apabila bercakap hanya pakai medula oblongata…


YB Brehem tido ko sapa dop napok gapo-gapo perubahan di Kelate? Menurut ilmu nujum Pak Belalang, kalu YB Brehem dop napok, itu tandanya anak luar nikah… Napok dop YB? Napok dop perubehe di Kelate?! Heiiiiy gere ambo kalu ore lagu nih….

Amanat PM untuk kita…

Najib mahu mahasiswa halusi isu, guna kewarasan intelektual saring maklumat


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak mahu mahasiswa berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai serta menghalusi isu dan menggunakan kewarasan dalam menyaring maklumat agar tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat.


Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, namun tidak ada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan.




Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara,” katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.


Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.


Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengasas Damai; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.



Najib berpesan supaya mahasiswa tidak syok sendiri dengan program dianjurkan sebaliknya memastikan ia relevan dengan zaman bagi menunjangi kepemimpinannya iaitu mementingkan keperluan belia sebagai klien.


Katanya, pemimpin mahasiswa bukan saja perlu memenuhi ilmu di dada, tetapi juga melengkapkan diri dengan pelbagai bahasa, tugas dan kemahiran kerana masyarakat kini berada pada zaman penguasaan minda adalah penentuan kecemerlangan sesebuah negara.


Berikutan itu, beliau menyifatkan usaha Damai mengadakan konvensyen itu sebagai bertepatan dalam usaha mengupas pengertian dan kepentingan kepemimpinan untuk mencari pemimpin masa depan yang berwibawa.


“Dalam hal ini, jaminan saya bagi pihak kerajaan, kita akan menyokong sepenuhnya sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpin baru, yang dilatih mengikut asas kepemimpinan dan bersandarkan landasan yang betul.


“Kita mahu mahasiswa mengikut landasan yang tepat dan tidak terbabas dari jalan sewajarnya. Tindakan yang tidak menguntungkan hendaklah dielakkan kerana ini mungkin akan mencemarkan gerakan mahasiswa sendiri,” katanya.


Perdana Menteri seterusnya yakin penubuhan Kelab Damai itu adalah satu pendekatan mulia yang mampu menyediakan wadah dalam melahirkan bakal pemimpin masa depan.


Bahkan, katanya, cara membimbing pemimpin adalah selaras dengan kaedah anjuran Rasulullah SAW yang menitikberatkan tarbiah dan disiplin dalam membentuk pengikutnya seperti ketika Baginda membimbing sahabatnya termasuk Usamah, Muaz dan Mus’ab.


Beliau berkata, kaedah itu perlu menjadi teras kepada usaha Kelab Damai kerana perjalanan hidup mahasiswa masih panjang.


Ada beza antara berpendidikan, berpengetahuan dan memiliki kebijaksanaan. Masa dan pengalaman akan mematangkan mahasiswa dalam menempuh realiti kehidupan di luar nanti.


“Sarjana sekarang bercakap mengenai dua istilah iaitu `kegraduatan’ (graduateness) dan bukan graduan.


“Graduan mungkin menitikberatkan label atau `credential’ tetapi `kegraduatan’ itu mementingkan intipati `attribute’ atau sifat graduan itu dan meritnya. Maka kita mahu graduan bukan hanya berkebolehan dan berkemahiran memenuhi pasaran kerja, tetapi sedar dan turut serta dalam usaha memaju bangsa, agama dan negara,” katanya.


Najib berkata, konsep kepemimpinan yang wujud dalam Islam bersifat bersepadu iaitu menekankan keseimbangan antara roh dan jasad.


Malah, katanya, kestabilan di antara perkembangan spiritual dan pembangunan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat menjadi intipati kepada ajaran agama.

Sumber:Berita Harian Online


Terima kasih PM atas nasihat dan amanat itu. Tahniah kerana sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada Islam. Dato Seri sudah beberapa kali menyelitkan ‘Islam’ dalam ucapan, harapannya Dato Seri akan benar-benar mendapat hidayah.

Influenza DAP di Kedah

Entry membersihkan sawang-sawang di blog ini….

Dua tiga hari ni, depa (kuncu-kuncu Umno/BN) duk khenyieh saja dalam TV, duk ulas isu Parti Islam – DAP. Sudah beberapa kali negara kita dihangatkan dengan isu babi, kali ini di Kedah, isu babi lagi timbul. Dah la kes Influenza A H1N1, atau nama merdunya, selsema babi ni semakin meningkat, DAP ni masih suka mempertahankan setiap isu melibatkan babi. Siap umum keluar dari Pakatan lagi tuh. Nampaknya Influenza DAP muncul di Kedah. Negeri-negeri lain, sila pakai topeng. 🙂

Ada orang kata keadaan DAP di Kedah sama dengan keadaan Parti Islam di Pulau Pinang. Masing-masing dakwa dianaktiri. Bezanya, DAP di Kedah begitu mudah melatah dan terus membuat keputusan keluar dari Pakatan. Parti Islam di Pulau Pinang masih setia dengan Pakatan Rakyat di negeri itu sekali pun banyak isu yang tidak sehaluan dengan mereka. Mereka memahami konsep berjamaah, mematuhi setiap keputusan yang dipersetujui diperingkat pusat. DAP Pusat belum membuat apa-apa keputusan. Setakat ini sekadar mengatakan DAP Kedah ada alasan kukuh untuk keluar Pakatan.

Sepatutnya DAP Kedah bersabar dulu dan berbincang cara elok dengan Kerajaan Negeri. Ingat, Kedah bukannya di bawah Umno/BN. Kerajaan negeri sekarang sama-sama Pakatan rakyat. Boleh di bawa berbincang dan berunding. Cuba fahami penjelasan yang dikemukakan daripada bersikap selfish yang berbau perkauman. DAP ni bukannya tak tahu, kemelut yang mereka cetuskan di negeri ini akan menjadi isu durian runtuh kepada media arus BN, tambahan pula sebagai penyuntik semangat jentera BN di Manek Urai.

Media dah semakin galak memaparkan kemelut di setiap negeri kerajaan pakatan rakyat. Ingat, mungkin ada ramai yang akan terpengaruh dengan propaganda ini. Walaupun di negeri BN juga wujud kemelut, media diam seolah-olah negeri-negeri yang dijajah BN itu stabil dan harmoni. Tengok saja kerajaan haram BN Perak. Nampak macam stabil, MB haram-nya merasmikan itu dan ini, bertepuk gembira dalam majlis-majlis macam tak ada apa-apa. Putar belit media macam ni akan beri impak. BN sudah lama memerintah. Lama juga mencengkam jabatan-jabatan kerajaan, media dan sebagainya.

Pegalaman mencantas kawan dan lawan sudah sebati. Merosot populariti pada PRU12 tidak akan membuatkan mereka terus lemah. Dia akan bangkit semula walau apa cara sekalipun. Mereka tentu punya strategis specialis, pakar perang saraf, dan macam-macam lagi yang diberi elaun khas bagi memikirkan langkah untuk survival politik mereka. Setiap isu, tongkat, talian hayat, keris, perkauman, ekonomi, pembangunan, media… semuanya akan dimanipulasi. Cara baik atau tidak itu bukan halangan mereka. Etika atau tidak sudah terpadm dari kamus perjuangan BN. Yang penting PRU13, semua negeri Pakatan Rakyat akan dijajah kembali.

Pakatan rakyat mesti bekerja lebih keras untuk memutuskan setiap talian hayat yang BN cuba berpaut. Raksasa BN walaupun sudah cacat, ia tetap raksasa. Isu DAP Kedah bagai memberi suntikan stimulan kepada raksasa yang sakit itu. Isu di Selangor, di Pulau Pinang… kita sendiri nampak manipulasi media mereka. Bukan isu yang direka, tetapi dicetus oleh kalangan Pakatan Rakyat sendiri. Media hanya ambil kesempatan membesar-besarkan dan memberi gambaran buruk. Itu saja sudah cukup. Sekiranya berita-berita buruk sebegini walaupun impaknya kecil, tetapi disampaikan kepada rakyat secara constant sehingga PRU13, bayangkan kemungkinan BN akan kembali berkuasa (?)

Untuk mencapai kemenangan, bukan sahaja kita perlu bekerja keras melakukan perkara-perkara memenangi hati rakyat, bahkan pada masa yang sama tugas kita juga melemaskan Umno/BN. Sebar perkara baik, pada masa yang sama lemaskan perkara mungkar.

Datuk Shah rukh Khan : Kerajaan sudah tidak waras!

Berita menggemparkan : Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka

“Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam….” Baca lagi..

Akhir-akhir ini kita lihat gelaran Darjah dan pingat kebesaran (yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya) seolah-olah sesuatu yang murah dan mudah didapati oleh sesiapa sahaja. Hanya dengan alasan mengharumkan nama negara, gelaran Datuk terus dipalit kepada individu-individu terbabit.


Mudah bukan? Lee Chong Wei, sekali pun tudak memenangi emas di Olimpik Beijing, dapat gelaran Datuk. Tak kiralah taraf apa sekalipun, yang penting gelarannya adalah Datuk. Jurulaihnya juga mendapat Datuk. Nicol David, pemain Squash nombor satu dunia juga mendapat Datuk.

Oklah, jika alasan mereka harumkan nama negara, dalam bidang sukan. Tetapi yang lebih aneh, Shah Rukh Khan yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba saja akan mendapat gelaran Datuk esok (rujuk UtusanOnline), kerana alasannya mengharumkan nama Melaka. Ahhh… apa semua ini? Pelakon hindustan yang rosak akhlak itu diberi pengiktirafan oleh Melaka, padahal jasa mengharumkan nama Melaka adalah tidak boleh diterima langsung. Promosi apa kepada Melaka? Just datang berlakon saja. Penonton filem takkan fikir di mana penggambaran dibuat. Yang ditumpu adalah jalan cerita dan lakonannya. Jika Shah Rukh Khan dapat gelaran Datuk, maka penerbit filem tersebut juga perlu diberi Datuk kerana membawa pelakon itu berlakon di Melaka (?).

Sedangkan kita lihat, pak-pak menteri yang sudah lama berjuang untuk kemajuan negara, juga mendapat Datuk, Datuk Seri, Tan-tan Sri dan seumpamanya. Tiba-tiba Shah Rukh Khan itu disama-tarafkan dengan pak-pak menteri dalam negara kita. Aduhai, jatuh martabat negara. Menterinya sama taraf dengan pelakon hindustan, dari India.

Kita lihat, MB Kedah, Ust Azizan, sudah beberapa pilihanraya berjuang, baru-baru ini sahaja dapat gelaran Datuk. Lihat pula YB Salahuddin Ayub, sudah bertahun-tahun berjuang untuk menegakkan keadilan dalam negara, masih tiada gelaran Datuk. Itu dua contoh. Ramai lagi yang sepatutnya lebih berhak dapat gelaran tersebut, tidak dapat. Bukanlah gelaran itu yang dicari oleh mereka-mereka ini, tetapi nak beri contoh sahaja bahawa kerajaan amnya, dan Melaka khususnya, sudah tidak waras dalam berfikir dalam hal ini.

Shah Rukh Khan adalah pelakon yang rosak akhlak, lagi merokkan akhlak orang lain. Tiadalah berhak sedikit pun untuk diiktiraf oleh sesiapa yang waras, lebih-lebih lagi umat Islam. pengiktirafan oleh kerajaan umat Islam terhadap pelakon rosak akhlak itu adalah sanga mengkhianati amanah terhadap umat Islam!

———————————-

Respon lain : http://daulatpang5.blogspot.com

Bangangnya Kerajaan Negeri Melaka

Kerajaan Negeri Melaka sudah nyanyuk agaknya apabila menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM)kepada Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan yang melayakkan beliau bergelar Datuk sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, yang bukan anak kelahiran Melaka ini iaitu Tun Mohd. Khalil Yaakob ke 70, esok.

Apa sudah jadi ni..!!! di mana akal waras mereka yang mencadangkan pangkat Datuk ini kepada pelakon ini. Apa jasa yang telah dibuat oleh pelakon ini hingga kerajaan negeri semacam mabok kepayang memberi anugerah ini.

Beliau bukannya rakyat Malaysia. Sedarlah diri sikit, ramai lagi mereka-mereka yang tersangat berhak dan layak untuk terima anugerah ini bagi mengenang jasa mereka kepada tanah air tercinta ini. Seakan Kerajaan Melaka sudah tiada orang dalam senarainya untuk menerima darjah kemuliaan ini.

Pendek benar fikiran mereka yang mencadang dan meluluskannya. Kita jangan lupa, pelakon inilah yang dengan menggunakan filemnya banyak merosakkan akhlak dan fikiran anak-anak muda tidak kira lelaki dan perempuan untuk lari dari rumah meninggalkan ibu & bapa, adik beradik juga keluarga demi cinta suci mereka konon, dengan menurut pasangan masing-masing ke mana sahaja mahupun lautan api sanggup direnangi.

Kerana terpengaruh dengan filem pelakon inilah ramai anak-anak Melayu murtad dari agamanya dengan berkahwin dengan pasangan non muslim mengikut adat istiadat agama lain. Hinggakan Mufti Perak Datuk Harussani pernah menyarankan agar filem-filem hindustan ini diharamkan dari ditayang di kaca-kaca TV bagi membendung gejala Murtad yang melanda negara.

Justeru itu apa yang Kerajaan Melaka banggakan sangat dengan Shah Rukh Khan ini ??? Jangan marah jika rakyat menganggap tindakan ini sebagai tindakan bangang lagi zalim kepada penerima yang sepatutnya layak tetapi tidak menerimanya. Wallahualam