Sembang: Sibuk dan menyibuk

“Kita sentiasa sibuk. Jadi beruntunglah orang yang bijak mengurus kesibukannya,” si abang menasihati adiknya.

“Tak semua orang sibuk. Ada juga orang yang punyai masa lapang,” si adik seperti biasa, suka memanjangkan perbincangan dengan idea yang berlawanan.
“Ya betul. Tapi kita kena sibukkan diri…” si abang menambah.
“bukankah kita disuruh beringat ketika waktu lapang sebelum tiba waktu sibuk? Kenapa perlu sibukkan diri? Kita mesti manfaatkan masa lapang,” si adik memintas idea abangnya.
Si abang tersenyum.
“Ya, nak manfaatkan masa lapang, kita kena sibukkan diri,” si abang menjawab. Si adik diam seketika untuk mendengar penjelasan abangnya.
“Setiap masa, kita akan sibuk. Sama ada kita ini sibuk buat baik, atau sibuk buat benda jahat. Sama-ada kita sibuk berbuat ibadat, ataupun kita sibuk berbuat maksiat”
Si adik terus mendengar.
“Jika kita rasa ada kelapangan, maka sibukkanlah diri kita dengan perkara ibadat, kerana jika tidak, pasti kita akan disibukkan dengan perkara maksiat sama ada kita sedar ataupun tidak,” si abang berceramah panjang lebar.
“bagaimana pula ada orang yang tak buat ibadat, tak buat juga maksiat… duduk saja je… orang ni tak sibuk kan?” si adik cuba mencuit abangnya.
“orang itu sibuk juga” si abang tersenyum.
“kenapa?”
“sibuk duduk saja,” jawab si abang disusuli dengan ketawa kecil mereka berdua.

Isu ayaq kecik saja… sabaq laa


Entry kali ini, ambo nok guno Bahasa Kedah 😀
Isu ayaq naik harga di Kedah dan Penang. Fokus kat Kedah lah dulu. Harga ayaq naik. Bila ditanya kenapa harga naik? Bukankah PR selalu kritik kerajaan BN apabila naikkan harga barang, harga minyak, tarif letrik, kadar tol dan sebagainya? Mai dapat kuasa memerintah, PR pun gatai naikkan harga ayaq pulak? Bila ditanya kenapa naik harga, dijawabnya salah kerajaan dulu. Aisheh… kerajaan dulu pulak salah? MB dah bagi penjelasan. berapa kerat orang dengar pun tak tau. Media arus Umno/BN memang pandai letak perencah nak bagi panas.
Pimpinan tak pantas jawab isu ini. Penerangan kepada rakyat agak perlahan. Blogger-blogger pro-PR pun masih bingung nak pikir ayat macamana nak jelaskan kepada rakyat pasal isu ayaq ni. Bagi data, bagi statistik, dedahkan kepincangan pengurusan dulu memang boleh, tapi bukan semua rakyat iQ segenius MB. Bukan semua rakyat wala’ kepada MB seperti ahli-ahli PAS wala’ kepada Pesuruhjaya PAS. Masing-masing akan tanya ”awat harga ayaq naik”. masing-masing akan kata “kami dah tolak BN, kami takmau apa2 lagi alasan nak penaik harga ayaq”. lebih kurang macam tu lah agaknya. Depa bukan tau apa yang kerajaan negeri terpaksa tanggung. Depa hanya tak mau harga ayaq atau apa-apa harga naik selepas depa pakat ramai-ramai tolak BN. Takpalah… kita tunggu pimpinan negeri jawab dan bagi penjelasan. Depa bukan tak reti kehendak rakyat. Kita rakyat bersabaqlah.
Yang rakyat ni pulak melatah tak tentu kalu. Tak semua. yang pro- Umno/BN memang sah protes punya. Dah kerja depa memperlekeh apa yang PR buat. Itu biasa, sama macam PAS hentam apa yang BN buat. rasional ke tak rasional, itu kerja sesiapa yang jadi pembangkang. 😀
Yang herannya, ada dalam kalngan ahli dan penyokong PAS pon melath jugak. Sampai duk kata “kalau penaik harga ayaq jugak, baik tak payah undi PAS. sama saja dengan BN”… “kalau tak turun harga ayaq, kita pakat pejatuh laaa kerajaan PAS Kedah ni…biaq depa sedaq sikit”… “tu baru 3-4 tahun pegang negeri… dua tiga thun lagi apa pulak yg depa nak penaik”…
Baru naik harga ayaq sikit saja dah melatah, nak jatuhkan kerajaan negeri pulak tu. Nak sokong Umno/BN semula pulak kah? Kita tolak Umno/Bn bukan sebab harga barang naik saja. Kita tolak Umno/Bn sebab banyak karenah birikrasi dalam pentadbiran, banyak amalan rasuah, sistem keewangan yang tak telus, tidak serius tangani gejala sosial dalam masyarakat, tidak efektif dalam mencegah jenayah, menyusahkan kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barang, petani merungut harga padi tak naik-naik walaupon harga beras naik, sistem pendidikan semakin caca merba dan macam-macm lagi. Sebab tu kita semua tolak BN. Kita ganti dengan PAS sekejap test market. Kalau OK, kita kekalkan. Kalau teruknya lebih daripda Umno/BN baru kita tumbangkan, naikkan parti lain, bukan Umno/BN, bukan PAS/PR. Kita nak yang lebih baik.
Masa PR mula-mula menang, MB umum cukai tanah turun hingga hampir 70%. Lega… kemudian umum pulak harga padi naik… petani lega walaupun naik tak banyak mana. Kemudian umum tolak urusan bawah meja (rasuah), umum pembinaan kampus baru Insaniah (pendidikan), umum pemindahan projek petroleum di Yan ke tengah laut (selamatkan tanah sawah penduduk), dan macam-macam lagi. Tu baru 3-4 tahun. Tak ka lega rakyat Kedah. Alih-alih umum harga ayaq naik sikit saja, pakat nak lari pi sokong Umno/BN balik? Marah harga ayaq naik sikit, nak tukaq balik kepada sistem pemerintahan yang ada rasuah, kronisme, karenah birokrasi, penindasan, dan macam-macam lagi? Letih lah kita kalau macam ni punya mentaliti.
Kita kenai sapa Ustaz Azizan MB kita tu. Dia pon kalau bulih nak bagi ayaq free kat kita semua. Mungkin takdak rezeki kita lagi masa ni. Baru 4 tahun memerintah, kalau nak banding dgn kerajaan sebelum ni dah lebih 50 tahun memerintah. Kalau nak compare pon, compare laa 50 tahun dgn 50 tahun. Harap kita rakyat kedah dapat bersabaq. Kan sabaq tu sebahagian adripada iman. Sabaq tu indah. ALLAH berama-sama dengan orang-orang yang banyak bersabaq.
Poster SADA: naik 2 sen saja…
WaLLAHU a’lam

Ramadhan tiba penghujungnya, kita bagaimana?

Orang-orang beriman menangisi pemergian Ramadhan. 10 malam terakhir Ramadhan dipenuhi dengan ibadah, memohon keaampunan, merintih dan merayu kepada ALLAH. Eidul fitri akan disambut dengan sederhana dan penuh keimanan.
Manakala orang-orang fasiq tidak berasa apa-apa dengan pemergian Ramadhan. Biasa-biasa aja. Habis puasa, maka raya. Kadang-kadang terasa lega kerana hampir bebas dari berlapar dan solat terawih. Sama sahaja keadaan mereka dalam bulan Ramadhan atau luar Ramadhan.
Orang-orang munafiq pula gembira dengan berlalunya Ramadhan. Sebulan Ramadhan bagaikan penjara. Hari Raya adalah hari untuk bersuka-ria serta melepaskan rindu dendam dengan pesta-pesta yang lupa akan Tuhannya.
Di mana kita?
Adakah target kita dalam bulan Ramadhan tercapai? Ya ALLAH… ampuni dosa dan kelalaian aku sepanjang Ramadhan.
Orang-orang yang berpuasa bersungguh-sungguh dengan penuh keimanan serta mendirikan solat pada malamnya, sesungguhnya mereka mendapat rahmat dan keampunan ALLAH.
Mudah-mudahan segala amalan kita diterima ALLAH.
Selamt Hari Raya Eidul Fitri 1431.
Mohon ampun dan maaf daripada sekalian pembaca.
WaLLAHU a’lam.

Kerajaan timbang beri lesen kepada pengedar dadah

KUALA SELUT 6 Mei – Kerajaan Bonggol mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan operasi pengedaran dadah secara berkala bagi mengelak berleluasanya aktiviti pengdaran dadah secara haram di negara ini.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Dr. Awe Atok berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pengedaran dadah secara haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pengedaran dadah) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah dadah yang di bawa masuk ke dalam negara).
“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pengedaran dadah pelbagai jenis memandangkan permintaan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awe Atok berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti pengedaran dadah, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Awe Atok mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. – Agensi Bermama

Sembang: Cerita Biru dan Hijau

Lama tak merapu kat blog ni…
al-maklumlah, macam-macam komitmen kebelakangan ini…
Kerja-kerja di makmal fizikal dan review paper ni pun dah buat sel-sel kepala otak bangun dari tidor… donia…donia…
Hari ni takda isu penting yang nak digoreng. Bukan takda isu, tapi takda idea nak ulas… agaknya akibat asyik duk baca pasal carbon nanotube kot… Cuma nak sembang merapu sikit dalam entry kali ni.
Pagi-pagi lagi aku masuk bengkel school bahan, ambik sampel yang dicalcine semalaman. Kemudian ku timbang dan masukkan dalam plastik. Sebelum tu sudah 3 sampel yang dah dicalcine.
Sementara menunggu laptop on, aku membelek-belek setiap sampel berbentuk serbuk itu. Hmm… 3 sampel berwarna sama. satu sampel sahaja agak berbeza warnanya. Satu hijau kekuning-kuningan. Satu lagi biru keputin-putihan. Lalu aku terfikir, aishh… betul ka itu sebutan warna bagi sample-sample tu? Yellowish green? Blueish white? Teal blue? Green-green yellow?
Haa sudah… takkan nak bubuh nama-nama pelik tu dalam thesis nanti. Kalau kata green, nanti disalah faham green macam daun kayu pulak, walhal warna sample itu tidak begitu. Yellowish gree pun macam tak sesuai. Kalau biru pula, nanti orang pikir biru macam bendera dacing. Biru muda? nanti orang kata biru bendera PKR pulak. Bukan begitu warnanya…
Laptop sudah pun ready. Maka aku mendapat idea, guna wikipedia, cari info nama warna sampel-sampel. Cari punya cari , klik sana-sini akhirnya sampai ke sini juga…:
Green in Islam

…. Green is considered the traditional color of Islam. This is for several reasons. In the Quran, sura Al-Insan, believers in God in Paradise wear fine green silk. Also, Al-Khidr (“The Green One”), is a Qur’anic figure who met and traveled with Moses. The flag of Hamas, as well as the flag of Iran, is green, symbolizing their Islamist ideology…. baca lagi…

kemudian klik lagi satu link…:
Blue in Judaism

….In the Torah, the Israelites were commanded to put fringes, tzitzit, on the corners of their garments, and to weave within these fringes a “twisted thread of blue (tekhelet).”[2] The oral law requires that this blue thread be made from a dye extracted from a sea creature known as the hilazon. Maimonides claimed that this blue was the color of “the clear noonday sky”; Rashi, the color of the evening sky…. baca lagi…

Wahh… ke situ pulak warna sample aku.
Terfikir pulak, ada orang suka warna hijau, ada juga orang suka warna biru. Tak jadi masalah. warna-warna tu semua adalah ciptaan ALLAH, untuk kita hayati dan akhirnya membawa kepada mengakui kehebatan ALLAH.
Tapi, apabila sesuatu warna itu menjadi simbol kepada seseuatu organisasi besar, pasti adan makna tersirat disebalik kenapa warna itu dipilih. Kenapa hijau itu disinonimkan dengan Islam? Ya, banyak perkara yang kita tahu mengenai firman-firman ALLAH dalam al-Quran mengenai kaitan dengan warna hijau.
Biru? Menurut wikipedia, biru adalah warna kegemaran dan simbol kepada Judaism, Yahudi dan Israel. Lihatlah warna biru pada bendera Israel. Mesti tiada hijau. habya biru dan putih. Lihat warna bendera Amerika, pasti ada biru, tiada hijau. Perkaitan antara Amerika dan Israel, siapa mahu sangkal? Bendera Britain, merah dan biru. Siapa dapat katakan Britain tiada hubungan dengan Israel?
Lihat pula filem-filem Hollywood. Kebanyakannya kebiruan, terutama filem-filem hasil karya James Cameroon, pengarah filem genius anak didik Freemason-Illuminati, yang tugasnya menyerang minda umat manusia melalui filem-filem office of the box. terbaru Avatar. kenapa imaginasi yang diterapkan kepada penonton bahawa makhluk seperti kera berwarna biru itu adalah hero, bukan ‘spesies’ manusia? Kenapa biru?
…Speaking of blue, one of the primary colors of the Order of the Eastern Star is the color blue and this color is literally painted all over Avatar. The color represents the first three degrees of Freemasonry, known as the blue degrees and also signifies the ruling bloodline. This color is clearly seen throughout Cameron’s work, whether as a writer, director or producer….. baca sini (Avatar: Second Mega Plot)
…. The symbolism around the All-Seeing Eye, Pentagram, and the color Blue are obviously a reference to Sirius. As Above, So Below. According to Wikipedia, Sirius has an apparent magnitude of 1.46 and is considered as the brightest star in the night sky, nearly twice as second brightest star, Canopus, and can be seen from nearly every inhabited region of the Earth’s surface, and is described by several researchers as “sea blue.” with several traditions describing it as the blue star. The Pentagram is often interpreted as a cross in many cultures, such as Greece, Rome and Babylon; similar to how the cross is revered in the Christian faith. This cross is also found within the Order of the Eastern Star symbol as well as the pentagon, and crown symbols. Could this be the message? Baca di sini kalau rajin….
Haa… macam tu kaa relation warna biru dengan Israel, Freemason dan Illuminati? Tu sikit saja baru.
Hmm… Facebook pon biru… apa maknanya?
Dan… bendera negara kita yang kita kata negara Islam, apa pasal takda warna hijau? Akibat dijajah kaa? Eh.. Pakistan, Afghanistan, Libya, dll … pun pernah dijajah, tapi benderanya ada juga sikit warna hijau.
Menurut pendedahan Dato Seri Anwar, APCO ada campurtangan dalam agenda 1Malaysia. Israel juga pernah pakai 1Israel. Parti apa yang pakai warna biru? Ada kaitan ke?
Ops… jauh pulak perginya. Warna sampel pun tak boleh nak tentukan, merepek pulak. Setakat tu saja merapu pagi-pagi ni. Saja nak release stress-strain sikit. Jangan ambil hati laa yer… Kalau ada baju biru, jangan bakar pulak. Entry ini hanya sembang-sembang sahaja. Guna akal yang waras dalam setiap tindakan, berpandukan petunjuk yang benar, insyaALLAH, kita akan berada dipihak yang benar.
WaLLAHU a’lam…

Dasar pendidikan sekular melahirkan pejuang-pejuang jahil…

Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, Nabi SAW menyuruh Saidina Ali menulis BismiLLAHi Ar-Rahmani Ar-Rahim, maka kata Suhail bin Amru yang merupakan wakil Quraisy berkata, “Berhenti! ALLAH aku tahu, tetapi aku tidak kenal “Ar-Rahman Ar-Rahim”. “Tulislah BismiKaLLAHumma”. Maka baginda RasuluLLAH menyuruh Saidina Ali menulis BismiLaLLAHUmma.

Isu nama ALLAH hari ini semakin dipanaskan dengan demonstrasi-demonstrasi dan ada sampai bakar-bakar gereja. Pemimpin pula ada yang bermain tarik tali, tidak secara serius menangani gejala yang berbahaya ini. Apa bahaya nya? Ya, bahaya kerana ini isu agama. Mahukah isu ini menjadi meruncing kepada perbalahan agama, dan terus membakar menjadi seperti peristiwa menyayat hadi di Ambon suatu masa dahulu?
Umat Islam diajar supaya bersikap wasathiyyah. Bersederhana dalam tindakan. Kita juga diajar menggunakan akal fikiran yang waras berpandukan al-Quran dan Sunnah. Bukan menggunakan nafsu dan emosi. Nafsu dan emosi mudah dimanipulasi dan akan mengakibatkan kekeruhan dalam masyarakat 1Malaysia. Kita diajar supaya tidak menjadi ekstrim sehingga membakar rumah-rumah ibadat penganut agama lain. Hatta dalam perang sekalipun, sesiapa yang berada dalam rumah ibadat, tidak boleh diganggu.
Penggunaan nama “ALLAH” oleh Kristian tidak pun menjadi isu di negara-negara lain. Hanya orang Melayu sahaja yang melompat. Kenapa Melayu tergedik-gedik melompat jika orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH? Orang Melayu bimbang aqidah umat Islam Melayu tergugat, menjadi keliru jika tuhan orang Kristian juga dipanggil ALLAH? Bimbang penggunaan nama ALLAH disalahgunakan?
Orang Islam tidak akan keliru jika mereka mempunyai aqidah yang matap, ilmu tauhid yang kukuh dalam jiwa mereka, hatta apa jua isu yang mengelirukan, tidak akan menyebabkan mereka keliru, kerana mereka berilmu. Mereka telah sebati dengan ilmu tauhid, ilmu aqidah yang benar. Jika Orang Melayu bimbang ia mengelirukan umat Melayu Islam, bermakna umat Melayu Islam tidak berilmu, aqidah longgar, mudah keliru, tidak kukuh pendirian. Jika demikian perihal jahilnya umat Melayu, selama 52 tahun mencapai kemerdekaan, apakah yang pemimpin Melayu lakukan untuk mengukuhkan aqidah umat Islam Melayu? Di manakah dalam sistem pendidikan negara yang membantu anak-anak Melayu Islam mengenali ALLAH, agar mereka tidak keliru siapa “ALLAH” pada masa depan?
Kebimbangan bahawa penggunaan nama ‘ALLAH’ oleh bukan Islam akan mengelirukan umat Islam keturunan Melayu, adalah salah pemimpin umat Melayu keturunan Islam itu sendiri. malah, menjadi jelek kepada umat dunia, umat Islam Melayu terlompat-lompat berdemostrasi mempertahankan nama “ALLAH”, sedangkan di negara-negara umat Isam yang lain tiada masalah, bahkan umat Islam Melayu tidak pula sensitif dengan isu murtad, isu penyalahgunaan kuasa pemimpin, isu moral anak-anak muda Islam, dan pelbagai lagi isu umat.
Dari segi penelitian kita, isu nama “ALLAH” adalah satu percubaan saraf politik yang cuba menjadi serampang dua-tiga mata. Kalau isu perkauman bagaikan semakin tumpul untuk dijadikan senjata memporak-peranda, mereka cuba menggunakan isu agama. Para mufti pula tidak memainkan peranan sepatutnya ke arah menjaga keharmonian masyarakat. Isu ini mungkin cuba dibesar-besarkan oleh pihak tertentu, bagi menutup isu-isu lain seperti isu kenaikan harga gula, isu kerajaan Perancis mahu siasat komisen pembelian kapal selam (?), isu kehilangan enjin jet, isu-isu penyelewengan, dan macam-macam lagi.
Lihatlah, orang-orang Kristian bawahan, Kristian kampung, Kristian kecil-kecilan, tidak tahu menahu pun bahawa agama mereka telah pun dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH sebagai tuhan mereka oleh mahkamah Malaysia jika tidak dibesarkan. Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara muzakarah antara ilmuan Islam dan pemuka-pemuka Kristian.
Nama “ALLAH”, telah pun dijelaskan oleh media-media dan kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin Islam, bahawa tidak menjadi kesalahan umat bukan Islam, terutama umat agama Samawi seperti Kristian, kerana memang sejak dahulu kala lagi, mereka sudah menggunakan kalimah ‘ALLAH’ sebagai tuhan mereka. Cuma aqidah mereka terhadap ALLAH itu berbeza. Bagi mereka ALLAH ada dua, tiga atau banyak. Tetapi kita umat Islam meyakini ALLAH itu Maha Esa. Lalu bagaimanakah umat Islam akan keliru jika aqidah tauhid mereka ditanam kukuh?
Sesetengah orang bimbang, jika orang Kristian menggunakan nama ALLAH, akan menyebabkan umat Islam keliru, dan hal ini menjadikan aqidah umat Islam tergugat. Bukankah pada masa yang sama, umat Kristian juga akan terdedah kepada isi kandung al-Quran, sekiranya mereka ingin melihat apakah beza ALLAH mereka dengan ALLAH yang kita imani? Tidakkah hal ini membuka ruang terpancarnya nur Islam di dalam hati mereka?
Akan tetapi, orang akan bertanya, tak kiralah siapa yang bersalah, hakikatnya aqidah umat Islam yang longgar pada hari ini, sesuaikah kita berlapang dada membiarkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ yang pasti memberi kekeliruan? Realiti hari ini, aqidah umat sudah rapuh dan mudah keliru, patutkah kita membiarkan umat Kristian menggunakan kalimah ALLAH?
Kejahilan umat Islam Melayu terhadap agama sendiri, melahirkan umat yang emosi tak bertempat. Timbul pejuang-pejuang jahil membakar gereja, mencerca agama lain, memaki hamun penganut agama lain… tidak menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi dan kebijaksanaan dalam berdepan isu. Sampai bila generasi umat islam jahil ini akan terus menjadi jahil? Dasar pendidikan jahiliyyah dan sekular tidak menjadikan umat Islam cerdik dan bijak.
Jahil, tapi menyangka diri telah menjadi pejuang agama
(gambar Hiasan: Gereja yang dibakar)
ALLAH adalah Rabb dan Ilah. Tuhan yang mentadbir, mendidik dan yang menjadi pusat pengibadatan hamba-hamba-Nya. Orang bukan Islam memiliki tahuhid Rubbubiyyah. Kita diajar mentauhidkan ALLAH dengan Rubbubiyyah, Ulihiyyah, dan Asma was-Sifat. Biarlah mereka menggunakan nama ALLAH sebagai tuhan mereka, kerana sememangnya ALLAH adalah Tuhan sekalian alam. Jika mereka berniat buruk dan mempunyai agenda jahat disebalik penggunaan nama ALLAH, biarlah ALLAH menggagalkan perancangan tersembunyi mereka itu. Kita menghukum dengan isu zahir, yang kita nampak. Sedangkan niat mereka, hanya ALLAH sahaja yang tahu, maka kita serah kepada ALLAH.
Tak perlulah menjadi pejuang-pejuang jahil. Solat berjemaahnya jarang-jarang, rasuah jadi habuan, perempuan keliling pinggang, halal haram tidak diendahkan, tiba-tiba melompat dalam isu ini. Isu ini isu agama, biarlah ulama yang mendepani, bukan samseng jalanan berlagak pejuang yang ke hadapan. Keadaan ini bukannya akan menjernih keadaan, bahkan akan memburukkan lagi suasana, serta orang akan memandang serong terhadap umat Islam melayu itu sendiri.
Ingatlah, ALLAH memiliki nama-nama yang baik. Nama ALLAH ar-Rahman memberi maksud sifat pemurah ALLAH dicurahkan kepada semua makhluk-Nya, hatta juga kepada orang-orang bukan Islam. Apakah kita pula menghalang umat bukan Islam menggunakan nama ALLAH yang tidak menyekat sifat Pemurah-Nya kepada orang bukan Islam? Jika takut umat Islam keliru, maka gerakkanlah satu sistem pendidikan aqidah yang bersepadu, yang melahirkan umat Islam yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
Sekadar coretan…
WaLLAhu a’lam.
p/s: Jika ada kesilapan, mohon dibetulkan.

Bahayanya beriman dengan Umno/BN


Harga barang akan terus naik sehingga BN jatuh. Jatuhnya BN, peluang penurunan harga barang cerah. Betulkah?
Asal harga barang naik saja, kerajaan Umno/BN membandingkan harga barangan negara dengan negara-negara maju seperti Britain, USA, Jepun dan sebagainya. Kononnya, harga barangan kita masih lebih rendah berbanding negara-negara tersebut.
Tapi bila mai tang kemajuan teknologi, pembangunan, peratus kemiskinan, dan macam-macam lagi, kerajaan Umno/BN sibuk pula membandingkan negara kita dengan negara-negara kureng maju seperti Myanmar, Vietnam, Timor Leste, Filipina dan sebagainya, kononnya kita lebih bagus. Kerajaan Umno/BN sangat pandai memerintah.
Harga gula naik. Alasan sama. Kerajaan tak mau tanggung subsidi untuk rakyat. Pak-pak menteri tak sedar, elaun yang mereka dapat adalah subsidi dari rakyat dari cukai-cukai. Rakyat bayar subsidi kepada pemimpin. Subsidi keraian, subsidi mensyuarat, subsidi menghadiri dewan rakyat, subsidi ke luar negara, subsidi itu dan ini yang pak-pak menteri makan daripada rakyat.
Mai tang rakyat, Pak menteri nak tarik elaun. Elaun minyak, elaun gula, elaun letrik, macam-macam lagi nak ditarik, sedangkan subsidi kepada pak-pak menteri terus dinaikkan. Orang cadang nak potong subsidi pak menteri RM10 pun ditolak mentah-mentah.
Alasan kerajaan tak mampu nak bagi elaun gula kepada rakyat RM0.20 untuk sekilo gula memang tak boleh diterima. Beli kapal selam yang hanya diguna untuk pameran boleh pula. Belanja untuk tubuh institut-institut kroni yang membazir, boleh pula. Mungkin Tauke gula ni pun kroni. Membantu kroni adalah rukun dan fardhu ain bagi pemimpin BN. Give and take kata orang. Give sekarang, take masa PRU.
Yang malang sekali, orang miskin papa kedana, masih lagi menyokong dan menyayangi Umno/BN. Iktiqadnya hanyalah BN yang mampu memberi kesenangan. Aduh…alangkah bebalnya aqidah umat akibat doktrin penjajahan Umno/BN selama lebih 52 tahun mencengkam bumi Malaysia. Umno/BN bagaikan dewa penyelamat ketika kempen-kempen pilihanraya. Bantuan sana sini mencurah-curah. Barangkali bekalan 1 kilo gula percuma menjelang pilihanraya sudah cukup mengubati penderitaan lima tahun harga gula naik RM0.20. Inilah bahana apabila aqidah tidak jelas. Fikrah tunggang langgang.
Pegangan khurafat ini mesti dipecah dan diruntuhkan. Rezeki bukan datang dari kerajaan. Bukan dari Umno/BN. Bukan dari Pakatan Rakyat, bukan dari sapa-sapa. Rezeki datang dari ALLAH yang Maha Pemberi Rezeki. Rakyat perlu musnahkan sifat mendewa-dewakan Umno/BN, samada secara iktiqad kecil ataupun iktikad besar. Jelas atau tersembunyi.
Jangan takut untuk menjatuhkan Umno/BN. jangan takut menuntut hak sebagai rakyat. hak menikmati elaun dalam negara sendiri. Menteri dapat subsidi, rakyat berhak mendapat elaun. Kita yang lantik mereka bekerja untuk kita.