Kita tahu, mati itu boleh datang tiba-tiba…

Apabila datang ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat menangguhnya walau sesaat, mahupun mengawalkannya. Mati itu pasti. Bila, di mana, bagaimana, semua itu dalam ilmu ALLAH, rahsia ALLAH…




إنا لله وإنا إليه راجعون

Giliran kita? WaLLAHu a’lam. Hanya ALLAH yang tahu. Apa yang penting, persediaan kita menghadapinya. Sesungguhnya, cukuplah mati itu sebagai suatu peringatan kepada manusia. Mengingati mati akan melembutkan keegoan diri kita. Mengingati mati membuatkan kita lebih bersedia untuknya.

Pemimpin negara tidak akan menyeleweng jika mereka mengingati mati berserta keimanan kepada ALLAH dan hari akhirat. Pegawai-pegawai kerajaan tidak akan culas dalam kerja buat dan amanah mereka jika menjadikan mati itu sebagai motivasi dalam tugas mereka. Masyarakat akan harmoni jika rata-rata mereka bermuhasabah akan nasib mereka selepas mati. Mat-mat rempit tidak akan merempit sekiranya mereka mengingati mati.

Mengingati mati akan memajukan umat manusia. Sesiapa yang murung kerana kononnya mengingati mati, bukanlah bermakna dia mengingati mati, melainkan dia itu hanya menunggu ‘mamfus’. Berdoalah kita agar dimatikan kelak dalam husnul khatimah.

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة


Advertisements

H1N1 : Penyelesaian secara sekular belum menampakkan kejayaan



KUALA LUMPUR 5 Ogos – Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini hari ini mencatatkan empat lagi kes kematian, kes kematian tertinggi dalam sehari. Sebanyak 16 lagi kes baru turut dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 meningkat kepada 1,476 kes dengan 12 kematian sejak ia mula dikesan di negara ini. Baca lagi…
Lagi berita kematian akibat infleunza H1N1 (nenekku membacanya sebagai sakit babi). Setiap hari ada saja kes kematian dicatat dalam negara, walaupun pelbagai usaha dilakukan. Banyak sudah kampus-kampus IPT dan sekolah-sekolah ditutup sementara untuk mengekang wabak ini dari terus merebak. Hasilnya, kematian tetap berlaku. Memang ajal maut itu sudah ditentukan ALLAH, namun setakat mana usaha manusia menyelesaikan masalah wabak ini menjadi perbahasan.
Langkah pencegahan sudah diwar-warkan kepada umum, daripda ‘batuk beradab’, hingga kepada menjaga kebersihan, hingga kepada simptom-simptom penyakit. Terpulang kepada cakna rakyat dan orang ramai tentangnya. Kesedaran orang ramai terhadap bahayanya virus ini masih ditahap yang rendah. Itu dari pihak orang ramai.
Pihak berkuasa pula, apa tindakannya? Apa yang kementerian kesihatan buat? Adakah kenyataan bahawa wabak ini terkawal hanya untuk menyedapkan hati orang ramai, sedangkan kematian terus meningkat? Apakah Kementerian / kerajaan tiada usaha lain selain menunggu vaksin yang entah wujud atau tidak?
Kalaupun kerajaan sudah dan sedang berusaha keras untuk mencegahnya, kelemahan kerajaan/orang ramai membendungnya sudah tentu menggambarkan musbah ini diluar upaya fikir manusia membendungnya. Tidak akan berhenti wabak ini dari terus menular, tanpa izin dari ALLAH, Tuhan yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Orang-orang beriman tidak akan melihat musibah ini dari sudut fizikal semata-mata. Orang-orang beriman akan turut melihat musibah H1N1 ini dari kacamata iman. Orang-orang yang berpendirian sekular tidak akan melihat bahawa wabak ini adalah bala yang diturunkan ALLAH sebagai peringatan kepada manusia. Sekularis tidak nampak sekalipun lidah mereka mengatakan musibah ini adalah peringatan ALLAH. Namun hati mereka tetap tidak nampak, apatah lagi mencari penyelesaian dari sudut keimanan di samping usaha pencegahan secara fizikal.
Sabda RasuluLLAH SholaLLAHu ‘alaihi wasallam:
“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

(HR: Ibnu Majah)
ALLAH memberi peringatan kepada manusia yang lalai dengan mengirimkan tenteranya yang halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Virus H1N1 adalah salah satu daripada tentera-tentera ALLAH. Sama juga seperti gelombang tsunami yang memusnahkan Acheh dua-tiga tahun lalu. Tsunami juga adalah tentera ALLAH, yang diutus untuk memberi peringatan kepada manusia yang saban hari semakin bongkak dan takabur, enggan menurut titah perintah ALLAH.
Degilnya manusia untuk mengakui hakikat peringatan ini dapat dilihat dalam negara kita sendiri. Apakah seruan kerajaan kepada rakyat supaya kita semua kembali bermuhasabah diri? Apakah konsep 1Malaysia ini tidak terlintas untuk tunduk memohon pertolongan ALLAH? Harapkan kementerian kesihatan, menterinya bukan Islam. Sepatutnya Yang Dipertuan Agong atau Perdana Menteri selaku ketua negara, tunduk kepada ALLAH, mohon pertolongan ALLAH dengan rasa rendah diri supaya ALLAH menyelamatkan kita rakyat Malaysia dari terus dibaham wabak bahaya itu.
Kengganan membuktikan keangkuhan. Tugas memohon pertolongan ALLAH ini bukan hanya tugas ulamak, usataz-ustaz, syeikh-syeikh, wali-wali. Tugas semua manusia. ALLAH mahu manusia sujud kepada-Nya. Orang-orang kafir sudah tentu tidak akan sujud. Akan tetapi, keengganan umat Islam untuk sujud kepada ALLAH, mengakui kesilapan dan memohon ampun adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Pemimpin umat Islam sendiri tidak mahu sujud. Sujud dalam erti kata akur bahawa ALLAH sedang memberi tazkirah. ALLAH mahu pemimpin terlebih dahulu sujud kepada-Nya. Rakyat insyaALLAH akan turut sujud bersama pemimpin mereka.
Berbeza dengan pemimpin yang beriman dan dekat kepada ALLAH, mereka akan menyeru rakyat supaya berhati-hati dengan bala ALLAH.

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.
Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Baca lagi…
Firman ALLAH dalam surah ar-Ra’du, ayat 11:
Apabila ALLAH mengehendaki keburukan kepada sesuatu kaum, maka tiada siapa pun dapat menolaknya. Orang-orang beriman sangat peka terhadap perkara ini. Mereka amat takut kalau-kalau disebabkan mereka tidak memberi teguran atau mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat sekeliling, bala ALLAH akan menimpa, dan tiada siapa yang dapat menyelamatkannya, melainkan ALLAH sahaja yang Maha Berkuasa.
Orang yang berfikrah sekular?
“Oh… kita perlu menutup kampus-kampus dan sekolah-sekolah untuk elak h1N1 merebak”

“Keadaan masih terkawal. Harap rakyat dapat bersabar. Beli topeng penutup hidung banyak-banyak…”

“”Selepas menerima rawatan, pesakit hendaklah berada di rumah dan mengurangkan pergaulan serta menjaga kebersihan diri,”
Mungkin inilah contoh-contoh cara orang sekular berfikir dan mengeluarkan kenyataan.
Itu peringkat pimpinan negara. Bagaimana pula di peringkat yang lebih rendah. Peringkat kampus, sekolah dan jabatan-jabatan yang lain? Siapakah yang menjadi pengikut sekularis dalam membaca amaran ALLAH ini?
Di peringkat kampus, selain Pusat Islam, Persatuan-persatuan Islam dan kelab-kelab beroreintasikan Islam menganjurkan solat hajat, bacaan yasin dan doa memohon pertolongan ALLAH, ada atau tidak jabatan-jabatan lain, individu-individu berpengaruh yang lain cakna perkara ini? Atau pemikiran sekular telah membahagi-bahagi tugas ini – yang Pusat Islam dan seumpamanya sahaja perlu memohon pertolongan ALLAH sedangkan yang lain tidak perlu?
Semoga kita dijauhkan daripada orang-orang sekular, dihindari daripada pemikiran sekular sepertimana kita mohon dihindari dari wabak H1N1. Hindarilah daripada melakukan perkara yang ditegah oleh ALLAH. Hentikan daripada melakukan maksiat dan dosa-dosa. Mohonlah pertolongan ALLAH. Mohonlah keampunan ALLAH. Jangan kita angkuh dan takabur dengan usaha kita. ALLAH sahaja yang Maha Berkuasa.
WaLLAHU a’lam.

Rentetan peristiwa Israk dan Mikraj – setakat mana kita tahu dan hayati?

27 Rejab lagi...

Umat Islam yang sedar, pasti akan teringatkan peristiwa bersejarah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad RasuluLLAH S.A.W, yang merupakan mukjizat besar selepas al-Quran. Membaca dan memahami peristiwa ini hendaklah berserta dengan iman dan keyakinan yang teguh bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas RasuluLLAH dengan izin ALLAH S.W.T.

Selepas mukjizat al-Quran, Israk dan Mikraj mempunyai roh tersendiri yang mampu memberi kekuatan kepada orang-orang beriman jika mereka menguasai dan menghayatinya. Israk dan Mikraj suatu ketika dahulu memberi kekuatan dan inspirasi kepada RasuluLLAH untuk terus berdakwah dan berjuang menegakkan kalimah ALLAH dikala baginda mengalami dua persitiwa sedih iaitu kewafatan Isteri tercinta dan bapa saudara yang banyak membela baginda daripada ancaman kafir Quraisy. Israk dan Mikraj memberi suatu lonjakan kekentalan jiwa yang membantu nabi menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi dalam perjuangan. Maka kita pula selaku penyambung tugas dakwah dan perjuangan baginda, wajar menghayatinya sebagai pedoman dan penyuntik semangat dalam gerakerja kita.

Sejauh manakah kita fahami dan hayati mukjizat besar ini dalam kehidupan kita? Ataupun setakat manakah pengetahuan kita tentang Israk dan Mikraj? Apakah rentetan-rentetan peristiwa yang terdapat dalam perjalanan suci RasuluLLAH itu sehingga beberapa pusat penyeledikan di Barat mengagumi peristiwa ini?

Mari kita refresh sama-sama….

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

RasuluLLAH S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada RasuluLLAH S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu RasuluLLAH S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), RasuluLLAH telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana RasuluLLAH akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda RasuluLLAH S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Ifrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

– Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. RasuluLLAH S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “FisabiliLLAH” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

– Tempat yang berbau harum. RasuluLLAH S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

– Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu RasuluLLAH: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

– Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

– Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

– Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

– Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

– Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

– Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

– Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

– Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

– Seorang perempuan bongkok tiga menahan RasuluLLAH untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, RasuluLLAH turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

RasuluLLAH S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: RasuluLLAH S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada RasuluLLAH S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan ALLAH pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitulah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. RasuluLLAH dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. RasuluLLAH S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda RasuluLLAH S. A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. RasuluLLAH S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda RasuluLLAH sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan ALLAH S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara ALLAH dan Muhammad, Rasul-Nya:

ALLAH S.W.T : Ya Muhammad. RasuluLLAH : Labbaika. ALLAH S.W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. RasuluLLAH : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, RasuluLLAH S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh RasuluLLAH S. A. W. merayu kepada ALLAH S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya ALLAH perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

RasuluLLAH S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan ALLAH Subhanahu Wataala. ALLAH Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman ALLAH S. W. T. :

“Maha Suci ALLAH yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

WaLLAu a’lam..

Rujukan:
1) Israk Mikraj: Falsafah dan latar belakangnya – Syeikh Najmuddin Al-Ghaithiy
2) Jam’ul Fawa-id
3) Ustaz Azhar Idrus – http://www.ustazazhar.com

Jangan jadi bodoh apabila masuk USM Apex

Berehat seketika dari entry politik.

Dua minggu sudah berlalu siswa-siswi baru mendaftar masuk ke USM selaku siswa-siswi tahun pertama. Belum terlambat kiranya kita ucapkan tahniah dan selamat datang kepada mereka. Mereka adalah ambilan pertama sejak USM dinobatkan sebagai universiti Apex. Mereka inilah siswa-siswi tahun pertama USM Apex.

Selamat datang. Walaupun blog ini pasti tidak dikenali mereka, tetapi ucapan selamat datang dan tahniah ini boleh disampaikan melalui senior-senior yang terbaca entry ini.

Mungkin gelaran USM Apex ini tidak begitu difahami sepenuhnya oleh siswa-siswi baru dan menganggapnya sebagai “biasa” saja. Bagi siswa-siswi lama, gelaran Apex mungkin menjadi kebanggaan kerana pengiktirafan yang begitu tinggi kepada USM, walaupun hakikat Apex itu belum difahami.

Persoalan Apex atau tidak, itu bukan soal yang perlu kita beri fokus kerana ilmu ALLAH luas. Di mana sahaja boleh kita ambil jika kena caranya. Terpilihnya anda melangkah ke USM Apex ini adalah anugerah ALLAH kepada anda semua. Barangsiapa yang bersyukur, maka ALLAH akan tambah lagi anugerah-anugerah yang kita sendiri tidak jangka. Tapi awas, jika anda kufur kepada anugerah yang ALLAH kurniakan ini, kufur dengan erti kata membantah setiap perintah-Nya, berawaslah! Azab ALLAH sangat dahsyat sifatnya.

Sememangnya anda seorang yang pandai dan hebat, lantaran itu anda ditempatkan oleh ALLAH di USM Apex ini. Bukan mudah, hanya orang-orang pandai sahaja diterima masuk universiti, malah khabarnya hendak masuk USM Apex ini ada peperiksaan MunSYi. Anda berjaya diterima masuk, dan telah berjaya mendaftar, serta telah 2 minggu memulakan pengajian. Tahniah.

Namun sepandai-pandai anda, belum tentu anda seorang yang cerdik dan bijak. Belum tentu tahap kepandaian anda dalam bidang akademik, sukan dan pelbagai aktiviti menjadikan anda bijak. Anda tidak diiktiraf cerdik dan bijak sekiranya kepandaian anda membuatkan anda menjadi sombong dan degil terhadap ALLAH, Tuhan yang menempatkan anda di USM Apex ini. Walau sepandai mana pun anda, dengan keputusan peperiksaan SPM 21A, Matrikulasi 4.0, dapat pula masuk USM Apex, tidak cerdiklah anda sekiranya anda memilih penghujung hidup anda di azab oleh ALLAH dalam Neraka.

Tidak cerdik bererti bodoh. Maka orang-orang yang membantah perintah ALLAH, dia adalah orang yang bodoh, sekalipun dia pandai. Sekalipun dia adalah siswa-siswi Usm Apex. Sekalipun dia adalah pensyarah USM Apex. Pandai tetapi bodoh.

Bodoh dalam bahasa Arab bermaksud jahil. Apakah perkataan “jahil” itu lebih mulia daripada perkataan “bodoh”? Jahiliyyah, berasal dari perkataan jahala, yajhalu, jahil selalunya digunakan kepada masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya konsep jahiliyyah ini akan berterusan sehingga hari kiamat. Pengertian jahiliyyan bukan sekadar memberi maksud sesuatu bangsa itu tidak bertamadun, bahkan jahiliyyah itu bersangkutan dengan ideologi pemikiran manusia yang sesat dan lari dari panduan ALLAH.

Lihatlah Araba jahiliyyah. Mereka bukan tidak pandai. Orang-orang Saba’ misalnya, mempunyai teknologi pembinaan Empangan Maarib. Kabilah-kabilah Arab, bijak berniaga dan berdagang. Mereka punya jutawan, sasterawan, pakar astronomi, panglima-panglima perang dan sebagainya. Mereka ini hebat dan pandai, tetapi ALLAH tidak mengiktiraf mereka. Mereka digelar jahil. Mereka diberi gelaran “bodoh” dek kerana ideologi, pemikiran dan fahaman mereka jauh dari panduan-Nya.

Maka apakah anda siswa-siswi Apex tidak terlepas dari dianggap bodoh oleh ALLAH sekiranya anda menjauhi setiap perintah ALLAH dan mendekati setiap larangan-Nya? Menjadi lumrah, bahawasanya orang-orang bodoh akan saling bersama-sama dengan orang-orang bodoh juga. Tidak akan selamanya bodoh bagi orang-orang yang bersama-sama dengan orang-orang cerdik. Marilah bersama-sama orang-orang cerdik, yakni orang-orang yang baik dan sering melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.

Sebagai panduan kepada diriku dan anda semua sahabat-sahabat, antara ciri-ciri orang-orang yang bodoh kerana sengaja memilih neraka di akhirat kelak ialah:

1) Golongan yang tidak menunaikan solat Fardhu 5 waktu
2) Golongan yang kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak
3) Golongan yang suka dan tidak malu-malu mendedahkan aurat kepada khalayak
4) Golongan yang suka bercouple tanpa ikatan nikah yang sah
5) Golongan yang suka pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
6) Golongan yang ada kesedaran Islami tetapi cuba mengelak untuk menjadi baik
7) Golongan yang redha dengan semua jenis pelanggaran perintah ALLAH

Semua ciri di atas adalah gambaran tentang beberapa golongan bodoh yang terdapat di USM Apex. Mereka pandai, tetapi di sisi Islam, mereka ini bodoh. Jahil. Maka jauhilah mereka. Jika anda punya kekuatan, selamatkanlah mereka daripada terus menjadi bodoh. Kasihan mereka.

Sebagai cara menjaga diri anda daripada terjebak dalam ciri-ciri orang bodoh, berikut adalah saranan yang boleh diikuti:

1) Selalulah ke masjid/Pusat Islam untuk solat fardhu secara berjamaah
2) Selalulah bergaul dengan orang-orang yang baik dan cerdik pada pandangan Islam
3) Selalulah ikuti majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di Pusat Islam
4) Sertailah usrah-usrah yang dianjurkan bagi mengukuhkan ukhuwwah sesama Islam
5) Hindari sifat malas dalam perkara kebaikan
6) Bangunlah dihujung-hujung malam berqiamullayl dan berdoa supaya kita semua dihindari daripada sifat-sifat kebodohan yang merugikan kita.

Akhir sekali, sekali lagi tahniah kerana berjaya mengaji di USM Apex ini. Tahniah kerana anda seorang yang pandai, dan teruslah berusaha menjadi orang-orang yang cerdik dan bijak seiring dengan kepandaian anda.

WaLLAHu a’lam.

=========================
Kata-kata pemimpin:

“Saya telah mengirim surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, ‘kenapa Umno tolak Islam? “Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam. Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam,”

-TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Hindarilah UMNO, kembalilah kepada Islam!

Sembang pasal politik lagi…

Masih pasal Umno.

Umno baru saja dapat saf kepimpinan baru. Pelbagai reaksi lapisan masyarakat terhadap kepimpinan baru Umno ini. Bagi juak-juak pengampu, biasalah, mereka akan memuja-muji kepimpinan baru ini. Bagi yang meluat dengan Umno, pelbagai reaksi negatif pula diutarakan. Walaubagaimanapun, identiti rasuah dalam Umno tidak dapat dipadamkan. Malah juak-juak pengampu juga tidak dapat menafikan betapa parahnya penyakit Umno ini. Sehinggalah sampai kepada pemimpin pun, dilantik dari kalangan perasuah. Inilah akibatnya, apabila fahaman nasionalisme dianuti oleh mereka.

Fahaman kebangsaan, nasionalisme dan sekularisme yang menjadi ideologi Umno ini akan terus merosakkan Umno. Fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam ini akan bertindak seperti virus HIV yang membawa penyakit AIDS (yang berupa rasuah, salahguna kuasa, menindas, rasis, dll). Penganut-penganut fahaman sesat ini akan hilang daya tahan terhadap penyakit-penyakit aqidah, akhlak dan sosial. Sifat amanah, bijaksana, teguh pendirian dan seumpamanya akan dimamah oleh fahaman sesat yang didokongi mereka ini.

Apa ada pada Melayu? Apa untungnya membicarakan ketuanan Melayu, kerana ketuanan Melayu akan membuatkan bangsa-bangsa lain tertindas dan iri hati. Orang lain akan menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati. Maka akan wujudkah keharmonian dalam bermasyarakat? Kerana itulah sehingga hari ini, perpaduan kaum yang diwar-warkan hanya gimik semata-mata. Perpaduan Umno,MCA,MIC dalam BN hanya satu perhubungan rapuh yang akan berkecai bila-bila masa.

Kita lihat fahaman Zionisme. Zionisme adalah satu fahaman sekularisme, nasionalisme dan rasis. Golongan Zionisme ini boleh juga diterjemah perjuangan mereka kepada “Ketuanan Yahudi”. Ya, Zionis adalah pertubuhan yang mahu melihat Ketuanan Yahudi terjaga dalam politik dunia. Lihatlah siapa yang menjadi korban kepada Ketuanan Yahudi ini? Fahaman sesat mereka telah membutakan hati mereka terhadap sifat perikemanusiaan. Barah fahaman sesat ini mematikan sifat kasih sayang kepada manusia lain yang bukan Yahudi.

Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu juga sedang dan akan terus menindas. Ada pihak yang akan marah apabila mengatakan Ketuanan Melayu Umno sama dengan Ketuanan Yahudi Zionis. Ya, ketuanan Melayu Umno lebih baik dari Zionisme. Lebih mulia dari zionisme. Tetapi perbezaan Umno dengan Zionis hanyalah sedikit. Disebabkan Zionis itu dari kalangan Yahudi, gerakan penindasan mereka lebih cerdik dan berkesan, manakala Umno pula dari kalangan Melayu yang lemah minda dan kurang cerdas. Sebab itu kezaliman Umno masih tidak mencapai tahap kejahatan Zionis. Tetapi, falsafahnya sama. Menindas, dan menzalimi. Yahudi membenarkan riba jika riba itu melibatkan orang bukan Yahudi, tetapi bagi mereka haram riba sesama Yahudi. Itu langkah penindasan yang bijak. Manakala Umno, semua sapu. Tidak bijak sebab dengan orang Melayu sendiri pun tertindas.

Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini, agenda ketuanan Melayu masih tidak sunyi diperkatakan. Sudah berpuluh tahun, ketuanan Melayu menjadi rukun dalam PAU. Apabila menjadi rukun, maka PAU tidak sah jika idak menyebut agenda ketuanan Melayu. Ditambah pula sunat muakkad menjulang keris tanda membela ketuanan Melayu. Entah bagaimana mereka berfikir. Mentaliti dulu, kini selamanya masih tidak berubah walaupun arus dunia sudah jauh meninggalkan mereka.

Dalam era kebangkitan Islam diserata dunia, masih ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menjadi penghalang dan penentang kepada kebangkitan Islam. Kerana tidak faham dan jiwa yang dilemahkan virus sekularisme dan nasionalisme, umat Melayu Umno terbabit dalam percaturan musuh Islam untuk menghalang kebangkitan Islam. Kita umat Islam, ketuanan Islam adalah yang kita mahukan. Ketuanan Islam bebas dari fahaman rasis, bebas nasionalis, bebas sekularis, bebas dari penindasan dan segala kebaikan terhimpun dalam Islam. Semua pihak terbela.

Umat manusia seluruhnya mengakui kesempurnaan Islam dan kemuliaan Islam. Jika kita menolak Islam, jika kita ragu-ragu dengan Islam, jika kita menbenci Islam, bermakna kita membenci kemuliaan. Kita menafi hak diri kita untuk memperoleh kesempurnaan Islam. Tiada orang yang menolak kemuliaan, melainkan orang-orang yang dihina oleh ALLAH. Maka marilah kita sama-sama jauhkan diri daripada mendapat penghinaan dari ALLAH. Tidak akan sekali-kali hina sekiranya kita dimuliakan oleh ALLAH, sekalipun seluruh manusia menghina kita. Dan sekali-kali tidak akan mulia kepada sesiapa yang dihina oleh ALLAH, sekalipun seluruh manusia menjulangnya!

WaLLAHU a’lam

Sesal dahulu sangat berguna, sesal kemudian padanlah muka!

ويقولون متى هذا الوعد إن كنتم صادقين

Maksudnya: “Dan mereka (orang-orang kafir) bertanya (memerli) : bilakah hari (kiamat) yang dijanjikan (akan tiba), jika kamu orang-orang yang benar?

Dalam ayat di atas, orang-orang Musyrik mempermainkan dakwah RasuluLLAH. Mereka bersikap degil dan enggan mempercayai ketibaan Hari Kiamat seperti yang dijanjikan ALLAH.

Tidak perlu untuk dihuraikan seterusnya ayat tersebut, kerana aku bukanlah ahlinya. Tetapi sedikit pengajaran yang kita boleh ambil adalah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Apa maksud dan kaitannya dengan ayat di atas?

Dalam ayat di atas, orang-orang kafir mempersenda dakwah Nabi S.A.W dan menganggap berita akan tibanya hari kiamat adalah cerita yang direka-reka. Padahal, mereka sendiri yakin bahawa RasuluLLAH tidak pernah sekali-kali berbohong, dan tidak akan berbohong sampai bila-bila. Walaupun begitu, mereka tetap enggan mempercayai sesuatu yang mereka tidak nampak dengan mata kepala mereka. Mereka seolah-olah mencabar RasuluLLAH untuk meminta ALLAH menyegerakan hari kiamat tersebut. Mereka mempersendakan tentang azab-azab yang dijanjikan kepada mereka jika mereka tidak beriman.

Orang-orang beriman, para sahabat RasuluLLAH juga tidak pernah sedetik pun untuk tidak mempercayai RasuluLLAH. Keadaannya kelihatan sama dengan orang-orang kafir tersebut, yakni tidak nampak kejadian hari kiamat itu dengan mata kepala mereka. Tetapi mereka yakin bahawa janji ALLAH itu benar. Lalu mereka beriman bahawa hari kiamat pasti akan tiba. Jauh di sudut hati mereka, ingin juga mereka tahu kebenaran hari kiamat itu dengan mata kepala mereka, kerana itu naluri biasa manusia – ingin tahu. Namun berita kedahsyatan hari kiamat yang diketahui dari lidah Rasul membuatkan mereka gerun. Berbekalkan keimanan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, orang-orang beriman tetap percaya bahawa hari kiamat pasti tiba.

Dua kategori di atas, antara orang-orang beriman dan orang-orang kafir, kedua-duanya pasti akan dipertontonkan kedahsyatan hari kiamat atau hari akhirat yang penuh dengan segala macam kesukaran yang tidak pernah diduga akal fikiran. Ketika itu pastilah kedua-dua golongan tersebut akan terdetik dalam hati mereka bahawa janji ALLAH itu benar! Kali ini keyakinan mereka melebihi 1000% bahawa hari itulah yang dijanjikan kepada mereka, dan hari itulah yang mereka bertanya ketika di dunia dahulu.

Bezanya, orang-orang kafir yakin dalam keadaan mereka sudah tidak boleh berpatah balik. Merekalah watak-watak yang menerima azab pada hari itu. Suatu ketika dahulu mereka menafikan ketibaan hari itu, nah sekarang merekalah yang diazab, tanpa dapat mereka berpatah balik. Keyakinan yang melebihi 1000% itu tidak langsung dapat membantu mereka keluar dari azab.

Lain pula halnya orang-orang yang beriman, mereka juga yakin melebihi 1000% pada hari itu. Terdetik dalam hati mereka bahawa janji ALLAH dan Rasul-Nya adalah benar. Beruntunglah mereka kerana meyakininya sejak di dunia lagi. Mereka tidak menjadi watak-watak yang diazab seperti yang pernah didengar daripada ayat-ayat ALLAH semasa di dunia. Walaupun keyakinan mereka sama, hakikatnya adalah berbeza sekali.

Lihat pula contoh dua beradik perempuan yang dinasihati oleh ibu bapanya supaya jangan keluar rumah pada waktu malam kerana bimbang diculik atau dicabul oleh penjenayah. Si kakak berasa sudah dewasa dan tidak perlu takut dengan perinagatn ibu bapanya, manakala si adiknya pula begitu taat kepada ibu bapanya. Si kakak tentu berpendirian bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan kerana dia sudah besar panjang. Maka cakap-cakap ibu bapanya dipandang remeh. Keyakinan kepada nasihat ibu bapanya dipudarkan oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan.

Si adik pula yakin, jika dia keluar waktu malam, pasti dia akan kena. Dia ingin tahu kebenaran nasihat ibunya, kerana sifat ingin tahu itu normal. Tetapi dia tidak mahu dirinya yang menjadi mangsa kepada kebenaran disebalik nasihat ibunya. Lalu apabila si kakak yang degil ini keluar juga pada waktu malam, takdirnya terjadilah seperti yang ditakutkan oleh ibu bapanya.

Ketika itu kedua-dua beradik itu yakin bahawa nasihat ibu bapa mereka benar. Bezanya, si adik dapat melihat kebenaran nasihat ibu bapanya dengan jelas, manakala si kakak juga jelas melihat kebenaran itu tetapi dialah yang menjadi watak mangsa kepada kejadian itu. Pada waktu itu, walaupun kebenaran sudah diyakini, tetapi apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Kita pandang pula kepada kehidupan seharian kita. Sebagai seorang Muslim, kita pernah mendengar tazkirah, kuliyah, ceramah dan sebagainya mengenai perlunya kita membuat kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan. Jika baik kita berbuat, balasannya baik. Sekiranya buruk amalan kita, nescaya buruk kelak kita akan tanggung. Baik buruk pembalasan yang akan kita terima nanti, kita tidak nampak hari ini. Hanya iman dan hati nurani yang bersih akan merasainya. Nampak, tidak sekali-kali kerana itu adalah perkara ghaib.

Terpulang kepada kita untuk berbuat baik atau bersikap buruk. Suatu hari nanti kita akan benar-benar yakin dengan janji ALLAH ini. Hari ini kita memandang enteng kepada orang yang menasihati kita, memandang rendah orang yang memberi peringatan kita, atau mencemuh orang yang menegur kesalahan kita, tidak mengapa. Tunggulah suatu hari nanti, kita dan orang yang menegur kita itu akan sama-sama melihat kebenaran janji ALLAH itu. Bezanya dia akan melihat bahawa apa yang dinasihatinya itu benar, manakala kita juga yakin apa yang ditegurinya itu benar. Tetapi waktu itu kita sudah tidak boleh berpatah balik untuk memohon maaf kepadanya dan tidak pula boleh berpatah balik ke dunia untuk menurut tegurannya. Na’uzubiLLAH.

Maka bagaimana kita? adakah kita yakin dengan janji ALLAH dalam setiap amalan kita? Jika orang menegur tentang aurat kita yang sengaja kita dedahkan, apa reaksi kita? Jika orang menegur kita bahawa konsert kugiran yang kita anjurkan itu menempah murka ALLAH, apa pendirian kita? Orang melaung-laungkan bahawa rasuah itu haram dan akibatnya neraka, bagaimana keyakinan kita? Orang menyeru kepada gerakan Islam, kita pula menyertai angkatan penentangnya, bagaimanakah nasib kita kelak?

Segalanya kita jawab sendiri berdasarkan iman kita. Janganlah kita menyesali sesuatu yang tidak kita akan dapat kembali. Sesal dahulu sangat berguna, sesal kemudian baru padan muka. Wal’iyazubiLLAH.

AstaghfiruLLAH, mudah-mudahan kita berada di bawah naungan rahmat dan hidayah dari ALLAH.

Wasiat Al-Banna : Elakkan bercakap nyaring

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari ALLAH (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir’aun.

Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid

Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, ALLAH s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. ” [Al-‘Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit ‘ujub dan sum’ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu’alam..

Jangan keraskan suara di depan guru

Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh ALLAH s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi RasuluLLAH, – merekalah orang-orang yang telah dibersihkan ALLAH hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
“Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “[Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda RasuluLLAH s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, “Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi.

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal agama, mereka itu penggalas amanah RasuluLLAH s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa

Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha / Uh”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Isra’: 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan ALLAH s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda RasuluLLAH s.a.w bersabda:-

Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.” dan sabda baginda lagi; “Keredhaan ALLAH itu terletak di atas keredhaan ALLAH s.w.t.

Sesetengah pihak melihat keredhaan ALLAH itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, “Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi – Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu.”

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (ALLAH s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, AUKU dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari ALLAH (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat), dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka ALLAH S.W.T tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu ALLAH dalam pemerintahan mereka.

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi,” kata baginda.

Ya RasuluLLAH, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya anak tunggal mereka.”

Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah RasuluLLAH, kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu,” demikian baginda memutuskan.

Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan ALLAH di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.” [Al-An’aam:74]

Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

“Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi ALLAH, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.” [Surah at-Taubah: 113 – 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna.