Bagaimana terbentuknya Sultan Muhammad al-Fateh yang dikagumi itu?

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;


Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Byzantine untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.


Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Inilah rupa sebaik-baik tentera.

Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad ‘ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara’, tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur’an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur’an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Nukilan asal : Dato Husam Musa, harakahdaily.

Lihatlah betapa besarnya impak sistem pendidikan pada zaman itu sehingga melahirkan seorang Sultan yang begitu hebat, bahkan rakyat dan tentera-tenteranya juga terbaik. Tanamlah dalam jiwa kita, anak cucu kita supaya mahu menjadi seperti Sultan Muhammad bin Murad itu.

Secara adatnya, mustahil untuk kita dan masyarakat kita menjadi sehebat masyarakat di zaman sultan hebat itu. Paling tidak, kita berusaha mengislahkan masyarakat bermula dari diri dan keluarga kita. Contohilah bagaimana Sultan Murad membentuk anaknya Sultan Muhammad dengan memilih sistem pendidikan yang begitu membentuk peribadi ulung. Keikhlasan para guru dalam mendidik dan menerapkan minda positif juga merupakan sumbangan besar.

Sekurang-kurangnya kita bercita-cita mahukan anak-cucu kita kelak dapat hidup di zaman yang sebaik zaman itu, yang syaratnya kita mestilah berjuang ke arah itu.

WaLLHU a’lam.

Kisah Benar Tragedi Memali ( Ustaz Ibrahim Libya )

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.


Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.

Sumber asal oleh : arruhuljadid

BAHAGIAN 2 : Catatan Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud.

Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.

Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ‘syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.

Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:

“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama.

Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?

Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “

SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA BERTAJUK PESANAN TERAKHIR

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….

Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar…………………..

Disedut dari Al-Banjari Online ; TiAdA MaLaM SeInDaH BinTanG, TiAdA KaTa SePerKasA BiCaRA;
Gambar: Google search

Sultan Abdul Hamid II: Tegas sekalipun di saat kejatuhan

Kerajaan Othmaniyyah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah. Nama kerajaan othmaniyyah diambil sempena nama Sultan Othman ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp, yang merupakan seorang ketua kabilah Kabi di Asia Tenggara. Meraka telah beroleh suatu kejayaan yang tidak dapat dicapai oleh kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah, kemuncak kejayaan itu ialah penaklukan kota Konstentinopal oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibukota kerajaan Othmaniyyah dengan nama barunya Istanbul. Kemuncak kegemilangan Kerajaan Othmaniyyah boleh dilihat sejak dari pemerintahan Sultan Urkhan I (1326-1359) yang merupakan satu nilai kemajuaan yang dapat dibanggakan. 
Kerajaan Othmaniyah selama pemerintaannya dalam lingkungan 600 tahun itu mempunyai sultan seramai 36 orang dan dalam setiap pentadbiran yang dijalankan di zaman kerajaan ini juga mengalami situasi yang berbeza mengikut tahap kewibawaan sultan tersebut. Sultan Abdul Hamid II merupakan salah seorang sultan yang berwibawa di zaman kerajaan Othmaniyyah. Beliau telah banyak membuat pembaharuan-pembaharuan samaada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial, walaupun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II kerajaan Othamaniyyah semakin berada diambang keruntuhan dan banyak peperangan yang berlaku.  [Dipetik dari  : Blog Jannatunnaim]
Khalifah Abdul Hamid ke-2 dilahirkan pada hari Rabu, 21/9/1842.  Nama penuh beliau adalah Abdul Hamid Khan ke-2 bin Abdul Majeed Khan.  Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majeed (dari isteri kedua).  Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun.  Khalifah Abdul Hamid boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Farsi.  Beliau juga mengkaji beberapa buku tentang kesusasteraan dan puisi.  Apabila ayahnya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak lama sebagai Khalifah. Beliau dipaksa turun dari tahta dan kemudiannya dibunih oleh musuh politik kerajaan Uthmaniyyah.  Beliau diganti oleh Sultan Murad, anak lelakinya, tetapi beliau juga diturunkan dari tahta dalam jangkamasa yang pendek kerana didapati tidak berkemampuan memerintah. 
Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai’ah oleh umat Islam.  Beliau berusia 34 tahun ketika itu.  Khalifah Abdul Hamid menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. 
Peribadi Khalifah Abdul Hamid (lihat gambar) telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang.  Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti.  Khalifah Abdul Hamid sendiri meluahkan perasaannya tentang perkara ini di dalam tulisan dan puisinya.  Ini adalah satu contoh puisi beliau yang ditulis tangan (gambar tidak disertakan), yang diambil dari buku ,”Bapaku Abdul Hamid,” yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha. 
Terjemahan puisi tersebut adalah seperti berikut: 
Tuhanku, aku tahu kaulah al-Aziz…dan tiada yang selainMu yang   
Kaulah Satu-Satunya, dan tiada yang lain   
Ya Allah, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini   
Ya Allah, bantulah aku dalam saat-saat yang kritikal ini
Masalah pertama yang dihadapi beliau adalah Midhat Pasha.  Midhat Pasha terlibat secara sulit dalam pakatan menjatuhkan bapa saudara Khalifah Abdul Hamid.  Apabila Khalifah Abdul Hamid menjadi Khalifah, beliau telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri kerana Midhat sangat popular ketikat itu dan Khalifah Abdul Hamid perlukan ‘insuran’ untuk terus memegang kepimpinan. Midhat Pasha bijak menjalankan tugasnya tetapi beliau terlalu mengikut pandangannya sendiri sahaja. Midhat Pasha juga disokong oleh satu aliran yang kuat dari Majlis Syura (Parlimen).  Dengan bantuan dari golongan ini, Midhat Pasha berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia.  Khalifah Abdul Hamid tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kemungkinan akan dijatuhkan sekiranya cuba bertindak.  Kekalahan peperangan tersebut bagaimanapun, cuba dipertanggung-jawabkan ke atas Khalifah Abdul Hamid oleh penyokong-penyokong Midhat itu. Bagaimanapun, setelah sesuai masanya, Khalifah Abdul Hamid telah berjaya menggunakan perselisihan antara beliau dengan Midhat Pasha untuk membuang Midhat ke Eropah.  Rakyat dan para pemerhati politik menyokong penuh tindakan berani dan bijak Khalifah Islam ini. 
Kemudian Khalifah Abdul Hamid mengalihkan perhatian beliau kepada musuh-musuh luar Kerajaan Islam.  Beliau telah menjangkakan Revolusi Komunis di Rusia dan menyedari bahawa itu akan menguatkan Rusia dan menjadikannya lebih merbahaya. Pada ketika itu, Balkan merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam dan sedang menghadapi tekanan dari Rusia dan Austria. Khalifah Abdul Hamid cuma menyedarkan negara-negara Balkan ini akan bahaya yang akan mereka hadapi.  Beliau hampir berjaya mencapai persetujuan dengan negara-negara ini.  Tetapi ketika saat-saat akhir pemeteraian perjanjian tersebut, 4 negara Balkan telah belot dan membuat perjanjian lain mengenepikan Kerajaan Islam Uthmaniyyah atas pengaruh Rusia dan Austria. 
Khalifah Abdul Hamid sedar bahawa konspirasi untuk menghancurkan Negara Islam adalah lebih hebat daripada yang diketahui umum.  Konspirasi ini terdapat dari dalaman dan luaran.  Ketika beliau merasa lega kerana berjaya membuang Midhat Pasha dan pengikut-pengikutnya, beliau berhadapan pula dengan Awni Pasha, juga Ketua Jemaah Menteri yang juga merupakan seorang pemimpin angkatan tentera.  Kemudiaannya, Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu bahawa Awni Pasha menerima wang dan hadiah dari pihak England dan juga tentang peranannya dalam menjatuhkan Abdul Aziz. 
Awni Pasha membawa Kerajaan Uthmaniyyah ke dalam peperangan Bosnia walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Abdul Hamid.  Abdul Hamid mengetahui sekiranya peperangan tercetus, Rusia, England, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan Perancis akan menyerang Kerajaan Islam dan mengambil Bosnia.  Awni memberikan maklumat palsu kepada Khalifah Abdul Hamid tentang kekuatan tentera Islam di Bosnia.  Dia berkata terdapat 200,000 tentera Islam di sana sedangkan apabila Khalifah Abdul Hamid mendapatkan maklumat dari pemimpin-pemimpin tentera yang lain, hanya terdapat 30,000 tentera Islam di Bosnia, berhadapan dengan lebih 300,000 tentera kafir. Bagaimanapun umum menyukai Awni pada ketika itu dan sekiranya Khalifah Abdul Hamid cuba memecatnya, kestabilan dalam negara akan terancam.  Kuasa-kuasa kafir Barat, apabila menyedari mereka berhadapan dengan lawan yang kecil bilangannya telah menyerang Bosnia dengan bantuan empat negara Balkan (Romania, Montenegro, Serbia dan Austria-Hungary).  Akibat dari peperangan ini, Bosnia dan Greece telah dirampas dari Kerajaan Islam.  Setelah kekalahan tersebut, barulah Khalifah Abdul Hamid boleh mendapatkan sokongan umum dalam memecat Awni. Mahkamah mendapati Awni bersalah kerana konspirasi menjatuh kerajaan dan membantu kuasa asing seperti England. 
Kejatuhan ‘Orang Sakit Eropah’ kelihatan seperti tidak dapat dielakkan lagi.  Semua pihak bersekongkol menjatuhkannya, termasuklah pihak Yahudi.  Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat Khalifah Abdul Hamid dengan tawaran: 
1) Membayar SEMUA hutang Kerajaan Islam Uthmaniyyah  
2) Membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Isslam Uthmaniyyah  
3) 35 Juta Lira Emas tanpa interest untuk membantu perkembangan Negara Islam Uthmaniyyah
Sebagai Pertukaran Kepada: 
1)Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mereka mahu “melawat tempat-tempat suci”
2) Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul-Maqdis
Khalifah Abdul Hamid enggan berjumpa mereka sekalipun, apalagi menerima tawaran merreka.  Beliau mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang berbunyi, 
“Beritahu Yahudi-yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.  Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku.  Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam.” – (di manakah pemimpin seperti ini hari ini? 
Khalifah Abdul Hamid juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali datang untuk berjumpa dengan beliau lagi. Dengan terlibatnya Yahudi dan Zionis di dalam konspirasi ini, maka lengkaplah ‘peserta-peserta’nya.  Kewangan Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.  Mereka sanggup memberikan apa sahaja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam wujub di muka bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah ‘Negara Yahudi’ di bumi Palestin. 
Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan mempengaruhi Khalifah Abdul Hamid.  Pada akhir tahun yang sama, 1901, pengasas gerakan Zionis. Theodor Hertzl (lihat gambar), melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan Khalifah Abdul Hamid.  Khalifah Abdul Hamid enggan bertemu Hertzl dan mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya, 
Nasihatkan Dr. Hertzl supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk Ummah Islam seluruhnya.  Ummah Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran!  Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini (‘penjualan Palestin’) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup.” – (ini pendirian Khalifah di saat-saat kehancuran, bagaimanakah tindakannya sekiranya Khilafah Islam masih kuat ketika itu?  Ya Allah, berikan kami peluang menyaksikannya atau berikan kami Syahid dalam usaha mendapatkannya, Amin –
Dengan kegagalan ini, Yahudi mendapatkan bantuan British untuk mencapai impian mereka. Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk menhancurkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Tetapi perkataan JIHAD masih tetap ditakuti, masih membuatkan seluruh Eropah bergegar. Eropah masih takutkan ‘Orang Sakit Eropah’.  Maka British mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang paling penting, ‘Pecah dan Perintah’.  British mula menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti ‘Turki Muda’ dan ‘Arab Muda’. Apabila ‘Turki Muda’ menjadi berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh, membiarkan ‘Turki Muda’ ini meneruskan usaha mereka.  ‘Turki Muda’ memulakan aliran Kebangsaan dan Perjudis di kalangan penduduk bangsa turki di dalam Negara Islam.  Kesannya, bangsa Arab, Amenia, Kurdish dan lain-lain (Melayu? – jauh selepas itu)  juga mahukan aliran kebangsaan mereka sendiri.  Mereka mula merasakan semangat sebagai sebahagian dari bangsa mereka, tidak lagi sebagai Umat Islam dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam. 
Kemudiannya, ketika Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyyah.  Mereka kemudiannya ‘bebas’ dari Khilafah Islam dan dijajah oleh British dan Perancis yang belot ke atas mereka. 
Khalifah Abdul Hamid tidak melupakan pembangunan Negaranya.  Beliau membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada rakyat. Tentera Uthmaniyyah bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh (‘Orang Sakit Eropah’?).  Artileri Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan yang paling kuat di dunia.  Tentera Lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat selepas British dan Perancis. Banyak industri seperti persenjataan, penenunan dan sebagainya dimulakan. Sistem jalanraya diperbaharui dan pelabuhan-pelabuhan dibesarkan. Sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai leebih 1300 suratkhabar dan majalah. 
Pada suatu ketika kelihatan seperti ‘Orang Sakit Eropah’ akan bangkit semula, tetapi kuasa-kuasa Barat tidak mungkin membiarkan kesatuan Ummah ini berterusan.  Penduduk minoriti bukan Islam di dalam Kerajaan Islam digunakan oleh mereka untuk mencetuskan ketidaksatabilan dan kekecohan. Barat sentiasa mahu campur-tangan dalam urusan dalaman Kerajaan Islam atas alasan ‘membela minorit Kristian’.  Mereka juga memulakan kempen pendakyahan Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja (buktinya ada di depan mata kita). Matlamat utama mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam yang sebenar dan melibatkan mereka dengan tabiat sosial dan pemikiran yang tidak Islamik.  Media-media cetak juga ditubuhkan untuk tujuan yang sama (kini dikenali sebagai URTV dan sebagainya), meracuni pemikiran umat Islam dan mengembangkan idea-idea songsang di kalangan mereka. Barat juga menyusahkan Kerajaan Islam dengan menggunakan penduduk minoriti.  Mereka menggalakkan dan membiayai revolusi Armenia menentang Kerajaan Islam.  England membantu puak Druze tang sesat manakala Perancis menolong ‘Maronites’ di Lebanon dan kedua pihat ini terlibat dalam peperangan yang terpaksa diselesaikan oleh tentera Islam. Pada satu ketika tentera Islam terpaksa menenangkan umat Islam di Damsyik dari membunuh seluruh penduduk Kristian. Era tersebut penuh dengan konspirasi dari pelbagai arah yang dirancang oleh Barat dan terpaksa dihadapi oleh Khalifah Abdul Hamid dan lain-lain umat Islam yang masih jelas pendirian mereka. 
Adalah penting juga untuk kita lihat kedudukan kewangan Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu.  Ketika Khalifah Abdul Hamid dilantik sebagai Khalifah, hutang Kerajaan Islam adalah 2.528 Juta Lira Emas Uthmaniyyah.  Ketika beliau dijatuhkan, hutang tersebut hanya tinggal 106 Juta Lira.  Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya.  ‘Turki Muda’ yang berkuasa selepas itu ‘berjaya’ menaikkan hutang Turki sebanyak 1300%.  Melihatkan kejayaan Khalifah Abdul Hamid membayar hutang-hutang tersebut, jangan disangka beliau tidak membangunkan negara.  Beliau membina talian-talian Fax di antara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki.  Kemudian beliau menghubungkannya ke talian Fax Iran dan India.  Beliau berjaya mendapatkan balik kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana kemudahan yang disediakan itu mendapat sambutan hangat terutamanya oleh para jemaah haji. 
Khalifah Abdul Hamid menyedari bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu.  Khalifah Abdul Hamid menyedari bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat cuba memecah-belahkan Negara Islam dan kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan.  Kesatuan Ummah diperlukan. Beliau mula menyedarkan ummah tentang konsep Khalifah Uthmaniyyah sebagai pemimpin seluruh dunia Islam (ramai yang telah lupa ketika itu).  Umat Islam di India berjaya difahamkan dan ini menimbulkan masalah kepada British.  Kesan yang sama berjaya diwujudkan dengan umat Islam Rusia dan di selatan USSR. Rusia juga merasa tertekan. Pada ketika itu, Khalifah Abdul Hamid, menurut catatan hariannya, merasa tertekan.  Beliau memulakan kerjasama dengan Jerman tetapi kemudian sedar bahawa Jerman juga mahukan sebahagian dari Negara Islam.  Beliau merasakan ‘Perang Besar’ semakin hampir dan pihak yang berperang inginkan bahagian-bahagian Negara Islam. 
Khalifah Abdul Hamid memerlukan sesuatu yang besar, yang kuat, sesuatu yang dapat membangkitkan Kesatuan Ummah di hati-hati umat Islam sedunia.  Antara lain, usaha beliau adalah pembinaan Jalan Keretapi Hijaz (1900).  Jalan Keretapi berkenaan adalah dari Damsyik ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan.  Ia menjadi simbol Kesatuan Islam.  Setiap umat Islam yang pergi menunaikan haji merasai bagaimana Khalifah berusaha menyatukan mereka.  Ia juga berfungsi sebagai cara yang pantas menghantar unit-unit tentera. (Akan tetapi, usaha murni ini dimusnahkah oleh pejuang-pejuang Arab yang berfahaman nasionalis – yang mendapat tunjuk ajar Barat ketika projek mega ini baru sempurna Fasa pertamanya. Pejuang-pejuang nasionalis Arab ini memusnahkan usaha murni khalifah untuk menyatukan ummah dengan cara perang gerila)  
Khalifah Abdul Hamid juga berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah di selatan Rusia, India, Pakistan dan Afrika.  Beliau mula menjemput ulama’-ulama’ Islam dari Indonesia, Afrika dan India ke Negara Islam Uthmaniyyah.  Beliau juga memulakan program pembinaan masjid dan institusi-instutsi Islam di serata dunia Islam. 
 Kuasa-kuasa Barat pula telah bertindak menghimpit dunia Islam. Tunisia melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyah pada 1877.  Perancis menduduki Tunisia pada 1881 (lihat taktik mereka).  Britain menduduki Mesir pada 1882.  Belanda menduduki Indonesia.  Rusia menduduki Asia tengah.  Britain menguatkan kedudukannya di India dan Sudan (juga Tanah Melayu). 
Akhirnya, pada hari Selasa, 27 April 1909, 240 ahli Senat Kerajaan Uthmaniyyah bersetuju atas tekanan kuat ‘Turki Muda Kebangsaan’ untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hamid.  Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah menulis fatwa menyingkiran tersebut. Pihak Senat meluluskannya.  Terjemahan Fatwa tersebut adalah seperti berikut:  
 
“Sekiranya pemimpin umat Islam mengambil isu-isu agama yang penting dari buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang Negara dan terlibat dengan perjanjian yang bertentangan dengan Hukum Islam, membunuh, menangkap, membuang negeri, rakyat tanpa apa-apa sebab, maka berjanjilah untuk tidak melakukannya lagi dan masih kelakukannya untuk memeritkan keadaan umat Islam di seluruh dunia Islam maka pemimpin ini hendaklah disingkirkan dari jawatannya.  Sekiranya penyingkirannya akan membawa keadaan yang lebih baik daripada beliau terus kekal, maka beliau mempunyai pilihan samada meletakkan jawatan ataupun disingkirkan dari jawatan” 
–Sheikhul Islam Muhammad Dia’ Aldin Afandi
Fatwa ini sangat aneh dan sesiapapun boleh melihat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya tidak berkaitan dengan perbuatan dan tindakan Khalifah Abdul Hamid langsung. Selepas itu Ketua Jemaah Menteri, Tawfiq Pasha telah diminta menyampai keputusan itu kepada Khalifah Abdul Hamid.  Beliau enggan.  Maka mereka menghantar sekumpulan 4 orang; Aref Hikmat, Aram Afandi (bangsa Armenia), As’ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi).  Ketika memasuki pejabat beliau, mereka melihat beliau sedang berdiri dengan tenang.  Aref Hikmat membacakan Fatwa tersebut kepadanya, kemudian As’ad Tobatani mara dan berkata, “Ummah ini telah menyingkirkan kau dari jawatan Khalifah.”  Khalifah Abdul Hamid berkata dengan kemarahan, “Ummah ini telah menyingkirkanku dari jawatanku, tidak mengapa…tetapi kenapa kamu membawa Yahudi ke dalam Pejabat Khalifah?” dan beliau menuding ke arah Qrasow.  Jelas sekali Yahudi membalas dendam atas penolakan Khalifah Abdul Hamid untuk menjual Palestin kepada mereka dan mereka mahu menunjukkan bahawa mereka terlibat menjatuhkannya.  Satu cabaran kepada maruah Khalifah Abdul Hamid dan cabaran kepada maruah Ummah ini, saya dan anda. 
Setelah penyingkirannya, ramai penulis-penulis yang menyerang beliau dari sudut rasmi dan peribadi.  Salah seorang dari mereka adalah John Haslib, bukunya “The Red Sultan” menjadi terkenal dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa termasuk bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku bahasa Turki “iki me vrin perde arkasi – yazan : nafiz tansu” oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian dari propaganda yang cuba menunjukkan bahawa ‘Turki Muda’ telah menyelamatkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah daripada kehancuran.  Sebuah lagi oleh penulis Arab-Kristian yang terkenal, Georgy Zaydan, “Stories of the Islamic History – The Ottoman Revolution.”  Kesemua buku-buku ini adalah penipuan-penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh Islam.  Buku-buku ini menggambarkan Khalifah Abdul Hamid sebagai seorang yang tenggelam dalam kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan juga seorang pemerintah yang zalim ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyatnya.  Penipuan-penipuan ini tidak mungkin tertegak kerana kebenaran akan sentiasa terbukti.  
  
Selepas Khalifah Abdul Hamid, muncullah beberapa pemimpin yang lemah.  Mereka tidak mampu memerintah dan hilang kuasa mereka dengan mudah.  Seperti yang dijangkakan oleh Khalifah Abdul Hamid, Peperangan Dunia Pertama meletus dan Bumi Islam Kerajaan Uthmaniyyah dipecahkan.  Orang-orang Arab bangkit menentang Khalifah di Hijaz dengan bantuan Bristish dan Perancis untuk ‘bebas’ dibawah penjajahan ‘penolong-penolong’ mereka.  Bumi Islam Palestin diserahkan kepada Yahudi.  Kalaulah mereka mendengar nasihat Khalifah Abdul Hamid….
‘Turki Muda Kebangsaan’ mengambil-alih kuasa dan Mustafa Kamal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada 1924.  Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Islam yang bersatu sejak zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, hilang.  Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat. 
Hari ini, Ummah ini kembali dibangkitkan dari kehancuran peperangan Arab-Israel 1967 (akibat taksub dengan Nasionalisme -bukan berperang atas nama Islam), dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Chechnya, Peperangan Kashmir, Peperangan Moro, Peperangan Afghanistan, Penaklukan ke atas Iraq, dan Pembantaian ke atas Gaza oleh Zionis.  Ummah ini mula sedar bahawa tanpa Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa Islam, tiga kuasa negara Arab tewas di tangan negara haram Israel yang kecil dalam masa enam hari dalam perang Arab-Israel 1967, secara serentak. Tanpa kesatuan mereka menjadi hidangan musuh, tanpa Jihad mereka terus dalam kehinaan.  Setelah puluhan tahun, azan kembali berkumandang di Turki dalam bahasa Arab, walaupun sementara. 
Kami mohon agar pembaca-pembaca Islam membacakan al-Fatihah untuk roh Khalifah Abdul Hamid dan semua umat Islam yang menjual jiwa mereka demi keagungan seluruh Ummah ini. Semoga dengan ini anda kembali jelas dan yakin dengan perjuangan ini dan hilanglah segala salah-faham dan kesangsian tentang kenyataan ini. Bodohlah bagi umat Islam yang masih bebal dengan semangat nasionalisme. Bodohlah pendokong semangat Nasionalisme – kebangsaan.
 
Mentari Mungkin Telah Terbenam, 
Tetapi, Insha-Allah, Ia Akan Terbit Kembali

‘Umar al Mukhtar – Lion of The Desert

Posting kali ini, kita singkap kembali perjuangan seorang tokoh Mujahid suatu masa dahulu menentang penjajahan Kuffar ke atas umat Islam. Kisah Lion of The Desert yang difilemkan adalah kisah ‘Umar Mukhtar (Lakonan Anthony Quinn) yang digelar Asadus Shuhra’ (Singa Padang Pasir). 
Umar Mukhtar adalah ‘Hero’ umat Islam, yang sememangnya pernah wujud. Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Bukan cerita The Last Samurai. tetapi Umar Mukhtar sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Siapa Umar Mukhtar?
‘Umar al Mukhtar – Lion of The Desert

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau.

Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.

Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.

Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”

Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.

Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.

Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.

Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.

Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”

Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”

Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.

Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain.

Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’

Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.

Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.

Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.

Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.

`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah.

Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga.

Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.

Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Siapakah pula Umar Mukhtar Abad ini ? Kita menunggu kemunculannya atau cuba menjadi sepertinya?

Wajah-wajah jenazah Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas

Saksikan wajah-wajah jenazah mereka…





Semoga ALLAH mencucuri rahmat-Nya kepada mereka. Gambar dipetik dari
Amatu al-Muntaqim

Posting berkaitan: Tenang sebelum ditembak

Tenang sebelum ditembak

TENGGULUN – Tiga pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera kelihatan tenang ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan, kata satu sumber semalam.
Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca al-Quran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan Pulau Jawa dan dikenali sebagai ‘Alcatraz Indonesia.’
Menurut sumber itu, Mukhlas memberitahunya: “Saya mahu ia berlaku dengan segera (hukuman tembak).

“Saya mahu menemui bidadari.”

Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas, Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata sambil ketawa: “Saya bersedia pada bila-bila masa.”
Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahun berhubung hukuman mati ke atas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin.

Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu.

Mereka dihukum mati ditembak selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan bom di dua buah kelab malam di Kuta, Bali pada Oktober 2002 dengan mengakibatkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong Australia.

Kelmarin, ketiga-tiga mereka dibenarkan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid dalam penjara itu bersama banduan lain.

Imam masjid itu, Hasan Makarim berkata, beliau melihat ketiga-tiga pengebom itu kelihatan tenang tetapi tidak berbual dengannya.

Persediaan untuk menghadapi hukuman mati itu juga sudah dilakukan oleh pihak berkuasa manakala lokasi pengebumian jenazah Mukhlas dan Amrozi turut disediakan di sebelah kubur bapa mereka, Nur Hasyhim di Tenggulun. – Agensi

Surat Wasiat Amrozi

Profile Menteri Besar Kedah

YAB DATO’ SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

ASAL
Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
Dilahirkan pada tahun 1944
Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British

PENDIDIKAN
Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
Maktab Mahmud, Alor Star (1959 – 1965)
Universiti Al-Azhar
University Of Kent, Canterbury

KERJAYA
Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966)
Ketua Jabatan Syariah, UKM
Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina
Pensyarah UIAM (1983-1984, 1986-1995)

PENGALAMAN ANTARABANGSA
Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)
Pembentangan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop – Manila (1983)
Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001)

PENULISAN ANTARABANGSA

Dirasah Hawla At-Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina
Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986
Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory and Corporative Study, terbit Southeast Asian Studies Program