Orang Melayu tak bangga dengan baju Melayu



Sekali kita baca berita ni, kononnya kita boleh berbanggalah, bahawa orang luar dapat menerima budaya (pakaian) tradisi kita. 65 angkasawan luar negara pakai baju melayu. Tapi yang pengantin melayu pulak bangga dengan style Barat. Jadi, tak apa yang nak dibanggakan dengan baju Melayu tu, jika orang Melayu sendiri tak bangga.
Mana PERKASA?

Pemuda Islam dan Pemuda Melayu bantah saman ekor

Tahniah Pemuda Parti Islam dan Pemuda Parti Umno. Macam ni laa baru bela rakyat. Satu pemulaan yang bagus, berlumba-lumba bantu rakyat.
Di bawah adalah video sidang media Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, 4 Ogos 2010:
Dan ini pula berita tentang Dewan Pemuda Pas mengenai saman ekor.

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.
Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negaraa akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.
“DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
“Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit,” katanya lagi.
Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.
DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.
“Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini,” katanya.
Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua’ kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

Hukuman mati tidak digeruni

Perogol tidak gerun hukuman mati

JOHOR BAHRU 3 Ogos – Cadangan supaya kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan perlu diambil berbanding menggubal undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, penglibatan pelbagai pihak dengan tidak hanya mereka yang dekat dengan institusi pendidikan sahaja, amat diperlukan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Kita ambil contoh kes pengedaran dadah. Walaupun sudah dinyatakan bahawa edar dadah boleh dihukum gantung, masih ramai yang melakukan kesalahan itu.

“Begitu juga dengan kes ini. Kalau sudah penjenayah, mereka tiada perasaan takut malah merasakan diri mereka kebal dengan pelbagai hukuman yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Selangkah Ke Universiti di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

Cadangan itu dibuat berikutan semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah sejak kebelakangan ini.

Mohd. Puad menambah, penjenayah yang melakukan kesalahan tersebut hanya memikirkan kepentingan sendiri tanpa menghiraukan kesan buruk kepada mereka dan mangsa.

“Mereka ini fikir tentang keuntungan untuk diri sendiri sahaja. Kalau mereka rasa nak buat jenayah, di mana-mana pun mereka akan lakukan,” katanya.

Mengenai program Selangkah ke Universiti itu, Mohd. Puad berkata, program sebegini harus diteruskan dengan melibatkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat.

Kebanyakan manusia itu degil dan keras kepala. Tidak mahu tunduk kepada perintah Tuhannya. Setelah pelbagai undang-undang diperkenal, hukuman diperkeras, masih juga gagal menyekat nafsu buas dan kebinatangan manusia, apakah ada lagi sistem pencegahan yang lebih berkesan? Macam-macam cara manusia fikir dengan akal-kepala (kepala otak) untuk mencegah jenayah ini, ia tetap gagal. Walhal ALLAH sudah beri solusi yang tegas dan berkesan, seperti yang terkandung dalam al-Quran, mengapa manusia tidak mahu mencuba?

Pelbagai alasan dan dalih diucapkan kerana menolak bentuk penyelesaian yang ALLAH tetapkan. ALLAH yang mencipta manusia, maka ALLAH Maha mengetahui segala kekurangan manusia. ALLAH Maha mengetahui apakah penyelesaian setiap masalah manusia. Lalu manusia yang mempunyai otak hanya sebesar ‘tupperware’ sahaja berlagak seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH? Hei manusia yang berlagak, musnahkanlah lagakmu dan ego mu. Tunduklah kepada hukum ALLAH.

Hukuman mati yang dicadangkan oleh Karpal, disambut dingin oleh menteri. Menteri itu dengan selamba sahaja menidakkan potensi hukuman mati itu dalam mengurangkan kes jenayah rogol kanak-kanak ini. Beliau kaitkan dengan hukuman mati pengedar dadah, yang tidak juga dapat menghentikan pengedaran dadah. Samada menteri ini benar-benar mempunyai kaedah yang lebih baik, ataupun beliau hanya memiliki sifat menolak apa sahaja cadangan dari pihak pembangkang tidaklah dapat dipastikan.

Hukuman-hukuman yang ada dalam sistem perundangan negara kita tidak berbentuk pencegahan umum. Hanya berasaskan hukuman kepada pesalah semata-mata, sekalipun seberat hukuman mati. Sebab itulah tiada pengedar-pengedar dadah yang berasa gerun dengan hukuman mati. Yang gerun hanyalah mereka yang sudah disabitkan bersalah serta dijatuhi hukuman mati. Berbeza dengan hukuman dalam Islam, seringan-ringan hukuman hukuman dalam Islam, pasti ada elemen pencegahan umum. Hukuman potong tangan jika disabitkan bersalah mencuri, hendaklah dibuat secara terbuka untuk tontonan umum. Hukuman sebat, depan khalayak. Begitu juga hukuman mati, juga depan khalayak. Barulah orang ramai, atau bakal-bakal penjenayah berasa gerun untuk melakukannya.

Manusia perlu yakin dengan hukuman yang ALLAH sudah gazetkan. Laksanakan, maka ALLAH-lah yang akan mencegahnya. Manusia tidak akan mampu buat apa-apa, sekalipun berjela-jela senarai hukuman, jenayah-jenayah sosial dalam negara tidak akan berkurang sekiranya ALLAH tidak mengizinkan-Nya. ALLAH pasti membiarkan , manusia yang berotak kecil tetapi berlagak pandai terkial-kial mencari penyelesaian sendiri, sedangkan ketetapan ALLAH yang Maha Bijaksana dan Maha Adil tidak diendahkan.

Umno nak rampas Kedah!

Haa… jaga-jaga orang Kedah semua. Parti Melayu Umno mau rampas Kedah.
Tuanku Sultan Abdul Halim tak murka ke?
Bagaimana Parti Islam mahu membantu Tuanku Sultan mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah daripada dirampas Parti Melayu Umno itu?





Umno hanya nyamuk yang mengganggu arus gerakan Islam!




Mereka ini hanya memandang Pas hanya sekadar parti politik, yakni setaraf dengan Umno, MCA, MIC, DAP, PKR dan lain-lain. Mereka tidak nampak Pas sebagai sebuah Gerakan Islam yang berusaha menyelamatkan aqidah, akhlak, fikrah dan siyasah mereka yang dirosakkan musuh-musuh Islam untuk melawan arus kebangkitan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab mereka masih sukar untuk beriman bahawa Islam adalah agama yang bergerak secara politik dan dinamik, maka mana-mana pertubuhan gerakan Islam yang mengambil langkah berpolitik, mereka akan menganggap itu hanya parti politik yang boleh disepak-terajang sama seperti parti-parti lain.
Pas adalah Parti Islam, yang mendukung tanggungjawab sebagai satu-satunya gerakan Islam di Malaysia yang merupakan rangkaian kepada gerakan Islam sedunia, yang lahir selepas kejatuhan sistem pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniyyah yang berpusat di Turki. Gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah ini menjadi tempat umat Islam seluruh dunia bergantung selpas jatuhnya penaung mereka – yakni sistem pemerintahan Islam Turki Uthmaniyyah. Gerakan Islam sedunia ini berperanan menyelamat, membela dan menyatukan umat Islam dari sudut aqidah, fikrah, akhlak, ukhuwwah dan sebagainya, bagi merealisasikan tertegak semula sistem pemerintahan Islam yang dirobek-robek oleh musuh-musuh Islam.

Maka, dengan itu tanggungjawab Pas adalah besar. Setakat Parti Melayu Umno, hanyalah nyamuk-nyamuk yang mengganggu arus gerakan Islam yang sedang bangkit dalam negara kita. Lawan Pas sebenarnya bukanlah Umno, tetapi musuh-musuh Islam seperti Freemason dan Zionisme serta ideologi-ideologi kuffar yang lain yang merosakkan umat. Umno hanyalah diperalat oleh musuh Islam samada mereka di dalam Umno itu sedar atau pun tidak. Musuh tidak menyerang dengan berdepan. Mereka menyerang menggunakan alat mereka yang terdiri daripada bangsa tempatan bagi menentang kebangkitan Islam di sesebuah negara.
Lihat bagaimana Khalifah Islam Turki jatuh kerana Mustafa Kamal Attarturk, seorang Turki.

Sistem pemerintahan Islam di Libya runtuh, kerana musuh berjaya memperalat bangsa Arab di Libya. Di Afghanistan, Hamid Karzai dan Pakatan Utara diperalat musuh untuk menjatuhkan pemerintahan Taliban. Arab Syiah diperaralat musuh untuk menjatuhkan pemerintahan Saddam. Tanpa memperalat bangsa tempatan, musuh sukar untuk menjatuhkan sesebuah negara atau sesebuah gerakan. Begitu juga di Malaysia, Umno dianuti oleh sebilangan besar bangsa Melayu diperalat oleh musuh untuk menentang gerakan Islam di Malaysia yang setakat ini didominasi oleh bangsa Melayu. Percayalah jika orang-orang Cina yang mendominasi Pas, musuh utama Pas bukan lagi Umno. Umno akan menyusut dengan sendiri, Perkasa akan berkubur. Yang akan muncul adalah parti-parti rasis Cina yang akan menentang gerakan Islam dalam negara kita.
Bukan hanya Pas sahaja yang terpaksa berdepan dengan karenah nyamuk-nyamuk ini, malah gerakan-gerakan Islam seluruh dunia terpaksa berdepan dengan nyamuk-nyamuk yang berkuasa di negara masing-masing. Di Palestin, Hamas terpaksa berdepan Fatah – dari bangsa sendiri, walaupun musuh sebenarnya adalah Zionis. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin terpaksa berdepan dengan halangan kerajaan Mesir sendiri. Gerakan-gerakan Islam seluruh dunia boleh dikatakan sedang berjuang, sedang berdepan dengan sepak terajang kaum sendiri yang tidak memahami hakikat sebenar perjuangan Gerakan Islam.
ALLAH dan Rasul menjanjikan Islam akan menang pada akhirnya. Islam akan berada ditempatnya yang tinggi. Islam akan membebaskan segala kecelaruan manusia. Islam akan membawa keamana dan keadilan kepada manusia seluruh dunia akhirnya. Suatu ketika dahulu, orang hampir-hampir berputus asa selpas era kejatuhan khalifah. Umat Islam memang benar-benar menjadi buih, seolah-olah tidak dapat lagi menjadi kuat. Segalanya terpaksa bergantung kepada ehsan musuh. Tetapi hari ini cahaya kemenangan Islam mula terbit dengan wujudnya gerakan-gerakan Islam, walaupun permulaanya ini diperlahankan oleh agen-agen musuh dari kalangan bangsa sendiri. Namun tidak mengapa, ia menjadi rencah kepada kita untuk terus berjuang dan ALLAH menjanjikan ganjaran yang besar – syahid ataupun kemenangan.
Jika beginilah pandangan dan fikrah kita, maka kita tidak akan mudah berputus asa dalam berjuang mengenepikan Umno yang bertaraf nyamuk sahaja. Besar sangatkah Umno untuk kita meninggalkan perjuangan kita? Besar sangatkah Umno untuk kita bergabung dengan mereka? Ketahuilah, Umno bukan Melayu, Melayu bukan Umno, tetapi Umno hanyalah parti politik semata-mata.

Rasionalisasi tu binatang apa?

Harga minyak, gas dan gula akan naik lepas tengah malam ini, berikutan rasionalisasi subsidi secara berperingkat.

Rasionalisasi tu apa menatang? Orang kampung tahu kah haiwan apa rasionalisasi tu? bunyi macam best.

Kerajaan Umno/BN memandang rendah keupayaan rakyat berfikir. Kerajaan menganggap rakyat bodoh. Kerajaan Umno/BN anggap rakyat akan akur, takjub, kagum dengan term rasionalisasi subsidi untuk menghalalisasi kenaikan harga minyak, gas dan gula. Esok akan keluar pula macam-macam alasan untuk memperbodohkan rakyat yang malas berfikir.

“Jangan makan gula banyak sangat… jaga kesihatan”

“Jangan minum petrol untuk kesihatan”

“Naiklah basikal untuk kesihatan”

“kerajaan jamin tidak mansuhkan subsidi, cuma terpaksa kurangkan sedikit demi sedikit”

“rakyat perlu berdikari”

“petrol kita masih lebih murah berbanding negara-negara maju”

Subsidi untuk rakyat dirasionalisasikan. Elaun (subsidi) untuk menteri buat tak tau jaa. Nak naik lg ada. Ingat rakyat Malaysia ni kaya macam pak menteri kaaa??

Stadium itu tempat rakyat Kelantan bersolat hajat…


Fiesta Kelantan 2010 dirancang hebat. Persiapan untuk siaran langsung juga dibuat. Stadium Sultan Muhammad IV akan dipenuhi rakyat Kelantan. Agenda bersama kerajaan negeri dan kerajaan pusat dikatakan akan memenuhi jadual program tersebut. PM akan hadir bagi acara perasmian.
Namun pada sebelah petangnya….
KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.
Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Akibatnya, pada sebelah malamnya, hujan turun dengan lebat, disertai ribut. Balckout pula mngkelamkan acara malam itu. PM lari pulang, meninggalkan Dato Pa untuk merasmikan Feista itu.
KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.
Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.
Ada orang kata, itulah balasan tidak menghormati tuan rumah. Ada yang mengatakan itu balasan kepada mereka yang mempermainkan ulama.
Stadium yang sama sebelum-sebelumnya pernah dipenuhi rakyat Kelantan menunaikan solat-solat hajat memohon pertolongan ALLAH. Padang stadium itu jugalah tempat rakyat Kelantan merayu dan merintih di hadapan ALLAH, agar ALLAH memelihara negeri ini. Mereka memohon supaya ALLAH menyelamatkan negeri mereka daripada pengkhianatan demi pengkhianatan tangan-tangan jahat, di stadium itulah.
Maka sejarah mencatatkan, stadium itu menghalau pengkhianat rakyat Kelantan pulang, tanpa sempat merasmikan Pesta tersebut! Dan pada masa yang sama, si stadium itu jugalah orang yang bersubahat dengan pengkhianat rakyat Kelantan dimalukan, dengan hanya merasmikan majlis menggunakan Loud Hailer kerana bekalan elektrik terputus. Bilangan pengunjung pula sangat memalukan bagi majlis yang dirancang gilang gemilang…
Habis… mereka mengenepikan tuan rumah. Tuan rumah bersabar, dan hanya memboikot majlis mereka. Tuan rumah masih baik hati membiarkan mereka dengan majlis mereka tanpa niat membatal dan menghalau mereka keluar. Namun ALLAH tidak membiarkan hamba-hambanNya terus dipermainkan.