Syaaban dah sekarang ni… ke dah lupa?

Hai sekalian sahabat,
Kita dikejutkan dengan isu H1N1…
Kita ajak bersama anti-ISA…
Kita disibukkan dengan tugasan-tugasan yang bertimbun…
Tapi janganlah kiranya aku dan kalian lupa, kita sedang berada di bulan Syaaban. Dah nak masuk Ramadhan.
Jangan lupa berdoa seperti yang Nabi S.A.W ajarkan;

ALLAHU AKBAR!

USM Tangguh Kuliah di Kampus Kejuruteraan


اللهم عافنا فى بدننا
اللهم عافنا فى سمعنا
اللهم عافنا فى بصرنا

اللهم إنا نعوذبك من جهد البلاء
اللهم إنا نرجوا رحمتك ونخشى عذابك
إن عذابك الجد بالكفار والملحق

Walaupun belum ada kes selesema H1N1 disahkan berlaku, Universiti Sains Malaysia (USM) memutuskan untuk menangguhkan kuliah pengajian Kejuruteraan di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal Pulau Pinang selama tujuh hari mulai hari ini memandangkan terdapat lebih 20 kes pelajar demam yang dikatakan ada kaitan dengan Influenza Light Illness (ILI).

Hanya aktiviti akademik dan kuliah ditangguhkan yang akan dijadualkan semula nanti. Manakala aktiviti lain akan berjalan seperti biasa kerana langkah ini hanyalah untuk berjaga-jaga semata-mata di samping untuk membolehkan pihak Universiti dan Jabatan Kesihatan Daerah melakukan tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini.

Hal ini dibuat melalui pemantauan Jabatan Kesihatan Daerah Seberang Prai yang telah menasihatkan agar USM berbuat demikian sebagai langkah berjaga-jaga. Notis, pemberitahuan dan maklumat berkaitan telah dikeluarkan kepada semua pelajar. Walau bagaimanapun hanya pelajar yang sihat sepenuhnya dan disahkan tidak demam akan dibenarkan meninggalkan kampus. USM melakukan apa sahaja yang boleh untuk membantu para pelajar meninggalkan kampus termasuk menyediakan pengangkutan dan menghubungi keluarga pelajar.

Pelajar-pelajar perlu melalui saringan yang dilakukan di kampus oleh Jabatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Sejahtera USM. Mereka yang didapati demam akan diletakkan di dalam kampus dengan menyediakan kemudahan yang perlu bagi memastikan ianya dapat dipantau secara berterusan termasuk makan dan minum mereka.

Pihak media boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa dengan menghubungi Encik Mohd Mahizan Mahamud di talian 012-4161636, En. Izam Fairus Kamaruddin di talian 0174770070, Marziana Mohamed Alias di talian 0124622892 dan Rosni Hassan di talian 0134385628 atau Bilik Gerakan BHEPP di talian 04-5995735.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
“Memastikan Kelestarian Hari Esok”

TIMBALAN PENDAFTAR
Pejabat Perhubungan Awam

Sumber: Universiti Sains Malaysia

Amanat PM untuk kita…

Najib mahu mahasiswa halusi isu, guna kewarasan intelektual saring maklumat


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak mahu mahasiswa berpegang teguh kepada prinsip kejujuran intelektual dalam menilai serta menghalusi isu dan menggunakan kewarasan dalam menyaring maklumat agar tidak menjadi pembudaya fitnah dan omongan jahat.


Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, namun tidak ada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan.




Saya ingin melihat kepemimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur supaya pemikiran mahasiswa akan terus menjadi input besar kepada kejayaan negara,” katanya ketika menutup Konvensyen Kepemimpinan Mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.


Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kelab Dewan Amal Islam Hadhari (Damai) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dipimpin pengerusi baru, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.


Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku pengasas Damai; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.



Najib berpesan supaya mahasiswa tidak syok sendiri dengan program dianjurkan sebaliknya memastikan ia relevan dengan zaman bagi menunjangi kepemimpinannya iaitu mementingkan keperluan belia sebagai klien.


Katanya, pemimpin mahasiswa bukan saja perlu memenuhi ilmu di dada, tetapi juga melengkapkan diri dengan pelbagai bahasa, tugas dan kemahiran kerana masyarakat kini berada pada zaman penguasaan minda adalah penentuan kecemerlangan sesebuah negara.


Berikutan itu, beliau menyifatkan usaha Damai mengadakan konvensyen itu sebagai bertepatan dalam usaha mengupas pengertian dan kepentingan kepemimpinan untuk mencari pemimpin masa depan yang berwibawa.


“Dalam hal ini, jaminan saya bagi pihak kerajaan, kita akan menyokong sepenuhnya sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpin baru, yang dilatih mengikut asas kepemimpinan dan bersandarkan landasan yang betul.


“Kita mahu mahasiswa mengikut landasan yang tepat dan tidak terbabas dari jalan sewajarnya. Tindakan yang tidak menguntungkan hendaklah dielakkan kerana ini mungkin akan mencemarkan gerakan mahasiswa sendiri,” katanya.


Perdana Menteri seterusnya yakin penubuhan Kelab Damai itu adalah satu pendekatan mulia yang mampu menyediakan wadah dalam melahirkan bakal pemimpin masa depan.


Bahkan, katanya, cara membimbing pemimpin adalah selaras dengan kaedah anjuran Rasulullah SAW yang menitikberatkan tarbiah dan disiplin dalam membentuk pengikutnya seperti ketika Baginda membimbing sahabatnya termasuk Usamah, Muaz dan Mus’ab.


Beliau berkata, kaedah itu perlu menjadi teras kepada usaha Kelab Damai kerana perjalanan hidup mahasiswa masih panjang.


Ada beza antara berpendidikan, berpengetahuan dan memiliki kebijaksanaan. Masa dan pengalaman akan mematangkan mahasiswa dalam menempuh realiti kehidupan di luar nanti.


“Sarjana sekarang bercakap mengenai dua istilah iaitu `kegraduatan’ (graduateness) dan bukan graduan.


“Graduan mungkin menitikberatkan label atau `credential’ tetapi `kegraduatan’ itu mementingkan intipati `attribute’ atau sifat graduan itu dan meritnya. Maka kita mahu graduan bukan hanya berkebolehan dan berkemahiran memenuhi pasaran kerja, tetapi sedar dan turut serta dalam usaha memaju bangsa, agama dan negara,” katanya.


Najib berkata, konsep kepemimpinan yang wujud dalam Islam bersifat bersepadu iaitu menekankan keseimbangan antara roh dan jasad.


Malah, katanya, kestabilan di antara perkembangan spiritual dan pembangunan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat menjadi intipati kepada ajaran agama.

Sumber:Berita Harian Online


Terima kasih PM atas nasihat dan amanat itu. Tahniah kerana sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada Islam. Dato Seri sudah beberapa kali menyelitkan ‘Islam’ dalam ucapan, harapannya Dato Seri akan benar-benar mendapat hidayah.

Konspirasi Kematian Michael Jackson (?)

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tu. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain
Dialihbahasa oleh http://beautifulnar a.com

Ziarah orang sakit : Satu catatan hujung minggu…

Hujung minggu lalu, aku menziarahi seorang nenek tua yang sedang uzur. Nenek tua itu berjiran dgn pondok kecil nenek dan moyangku. Tok Chah – panggilan mesra nenek tua yang uzur tersebut. Sedang aku membasuh kereta, ayahku yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja memberitahuku tentang keadaan Tok Chah yang sedang uzur teruk. Sudah hampir nazak. Aku segera bergegas ke sana, mengambil masa hampir 30 minit menaiki seekor binatang tunggangan bernama Kancil.

Sampai di sana, aku lihat keadaan Tok Chah, nenek tua yang aku agak berumur antara 70-80 begitu uzur sekali. Dia sudah tidak dapat berkata-kata lagi. Terbayang aku kira-kira setahun-dua lalu, Tok Chah inilah yang selalu menziarahi nenek dan moyangku yang berjiran dengannya. Dialah kawan moyangku – yang usianya mungkin sudah menjangkau lebih 100 tahun – yang aku panggil Tok Nek.

Baiknya keluarga Tok Chah itu kepada nenek dan moyangku di pondok kecil itu membuatkan aku dan keluargaku seharusnya membalas jasa mereka. Bukan senang kedua-dua nenek dan moyangku yang umur warga emas itu dapat survive jika jiran-jiran sekeliling tidak baik. AlhamduliLLAH, Tok Chah antara yang menjadi jiran yang baik ketika sihatnya. Itulah yang diajar oleh RasuluLLAH S.A.W, barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka muliakanlah jirannya. Berbuat baiklah kepada jirannya. Mempunyai jiran yang baik adalah nikmat dan anugerah yang besar yang dikurniakan ALLAH. Bersyukurlah jika kita punyai jiran yang baik hati dan suka membantu. Jika tidak baik dan tidak suka membantu pun, bersyukurlah mempunyai jiran yang tidak berbuat jahat dan onar terhadap kita dan keluarga kita.

Setelah pulang dari berziarah, hanset berbunyi. Oh, ayah call…

“Dah pergi tengok?”
“Dah…”
“Macam mana?”
“Depa duk mandikan…”
“Mati dah ka?”
“Dak… tolong mandikan saja. Hidup lagi…”

Merenung keadaan Tok Chah yang uzur itu, terfikir juga bahawasanya, dia juga pernah melalui zaman mudanya. Dia pernah muda dan kuat seperti anaknya yang selalu mengurusnya, dia juga pernah muda remaja seperti aku, seperti kita. Mungkin dia juga akan teringat-ingat kembali zaman mudanya yang penuh dengan segala macam keinginan, kemahuan, kecerdasan, kecergasan dan sebagainya.

Melihat warga emas seusia itu, kita dapat bermuhasabah diri bahawasanya, jika dipanjangkan umur, kita juga akan mengalami keadaan yang sama. Itulah lumrah alam dan sunnatuLLAH. Kita tidak akan muda selama-lamanya. Renungilah, dan cubalah bayangkan diri kita berkeadaan begitu kelak. Tidak berdaya untuk melakukan apa-apa, melainkan kita akan menyesali kekosongan masa muda kita sekiranya masa muda kita diabai dan dileka. Ramai antara kita lupa akan masa tua kita kelak. Ramai yang berusaha bersungguh-sungguh mencari kesenangan duniawi, kononnya untuk hidup senang ketika tua. Mencarum sana sini, melabur sana-sini, cari kekayaan semahu-mahunya, yang kaya semakin mahu kaya, yang makan gaji berusaha menaikkan kadar pencennya kelak. Tidak salah, tetapi jika sampai terabai masa depan di akhirat, maka rugilah. Perlu kita ingat, masa tua nanti, segala kekayaan tidak berguna seperti yang diimpikan semasa muda. Masa tua semua keinginan yang menggunung semasa muda mengendur. Harta kekayaan tidak akan selamanya memberi kesenangan.

Renungilah, kulit-kulit kita yang cantik dan licin kelak akan mengendur dan berkedut. Gigi yang kuat dan bersih akan bertukar menjadi sintetik. Tiada teknologi canggih yang dapat mengembalikan sifat asal gigi kita. Rambut yang hitam, lurus dan lembut akan gugur dan memutih. Tiada sebarang syampu yang boleh mengelokkannya lagi. Mata kita yang gunaka untuk melihat dunia ini akan kabur dan malap. Tiada cermin mata yang berupaya meneranginya. Pendengaran akan menjadi lemah.

Insafilah diri kita. Masa usia muda kita inilah kita sangat dituntut bekerja keras mendamba cinta Ilahi dalam setiap gerak eri dan gerak kerja kita. ALLAH sangat bangga dengan pemuda yang hatinya tertambat dengan masjid. Tertambat dengan gerak kerja Islam , amal jamaei dan amal Islami. Usia muda kitalah yang akan ditanya oleh-Nya kelak. Beberapa minggu lagi, umurku akan mencecah suku abad – sekira umurku dipanjangkan. Jika dibandingkan dengan para sahabat nabi, suku abad umurku bagaikan tiada apa-apa. Jika kuda perang itu bandingan kepada hebatnya para sabahat Nabi S.A.W dahulu, maka tiadalah selayaknya aku menyamai mereka sekalipun sekadar habuk-habuk pada kaki kuda perang itu sebagai bandingannya. Namun hidup mesti diteruskan. Perintah ALLAH mesti terus dilaksanakan. Hari-hari mendatang pasti lebih mencabar iman dan taqwa.

Begitulah juga keadaannya dengan menziarahi orang mati. Cubalah renungi jika mayat terbujur kaku itu adalah kita. Bagaimana keadaan kita? Alangkah besarnya pengajaran dari tazkirah maut itu bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran…

WaLLAHU a’lam.

Bukan Islam bertudung… orang Islam kita bagaimana?

Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam , moga mendapat hidayah dan terus peluk Islam.

SPENCER Wall,seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber’eksperimen’ tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. “Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja …” ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling.

Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, ‘ingin belajar dari pengalaman..’ Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,”Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!” Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. “Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh…”

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya ‘menjadi seorang Muslimah’ mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. “Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan,” ungkap Wall. “Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ‘ tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..’ menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO..” sambungnya.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat A SWT memberikan hidayah Islam padanya.

WaLLAHU a’lam..

Dari : Dr Badrul Amin

PM Turki di depan lagi… mana PM 1Malaysia?

PM Turki bertindak lagi. Selepas Presiden Israel, kali ini lantang pula mengkritik China dalam isu Xinjiang.


Baca di sini:
Turkey PM told to retract Xinjiang ‘genocide’ claim

Rakyat Islam Xinjiang ditindas oleh kuffar. Mana PM 1Malaysia. Lantangkan suara membela umat Islam di sana, sebagaimana ‘bagusnya’ ucapanmu di Ijtimak Tabligh tempohari. Ayuh!!

Tekanan terhadap umat Islam di Xinjiang, PM mesti jelaskan

Perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China, sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan. Dalam hal ini, sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggesa Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak yang baru saja mengadakan lawatannya ke China, menjelaskan secara terperinci situasi ummat Islam yang berada di Wilayah Xinjiang, khususnya di kawasan Urumqi. Pada masa yang sama beliau diminta untuk memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada.

Dengan memahami pihak berkuasa komunis China mengawal ketat semua sumber berita di negara berkenaan, agensi media asing melaporkan pertelingkahan kaum telah dicetuskan oleh puak pemisah Islam Uighur bersenjatakan pisau dan kayu belantan sehingga membabitkan sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh dan kira-kira hampir 1,000 orang tercedera. Malah, pihak polis China juga sedang menjalankan operasi menangkap secara besar-besaran suspek rusuhan sekitar 1,500 orang, kebanyakannya kaum Uighur yang dikatatan menjadi punca rusuhan berlaku.

Selaras dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke China pada bulan Jun lalu dengan maksud memperluaskan hubungan Malaysia-China, menyambung tradisi yang pernah dilakukan oleh Allahyraham Tun Abdul Razak sebelum ini, Dato Seri Najib bertanggungjawab memberikan penjelasan di Parlimen jika boleh, rusuhan yang telah membunuh dan mencederakan umat Islam di Xinjiang yang mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia. Konsep “One Malaysia” Dato Seri Najib yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia tidak akan menjadi realiti dan hanya retorik politik sahaja jika beliau tidak dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Xinjiang pada masa kini.