Saya seorang polis yang cerdik…


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berang dengan kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun – Aminulrasyid Amzah, berkata beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.
“Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.
“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, – termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.
Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.
Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.
“Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.
“Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Inikah alasan paling kukuh untuk menghalalkan polis menembak mati budak 15 tahun Amirulrasyhid itu?
1) Awal-awal kata budak itu penjenayah/penyamun
2) Keadaan kereta mencurigakan
3) cuba merempuh polis
4) memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah
5) tidak berhenti walaupu diminta
6) kenderaan boleh dianggap senjata jika tidak berhenti apabila disuruh
So, bolehlah tembak…(?)
Nyawa manusia begitu murahkah encik ketua polis?
Orang bukan bicara pasal perlu atau tidak polis mengawal keselamatan rakyat. Tapi orang sedang persoalkan keadilan terhadap mangsa dan keluarga mangsa. Kalau kena dekat anak sendiri amacam, tan sri?
Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabarlah, jika anda tidak mendapat keadilan di dunia ini, anda pasti akan mendapat keadilan di hadapan ALLAH kelak. Pada masa itu, anda dakwalah mereka seekor demi seekor, yang merobek-robek keadilan semasa di dunia. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Nak menang? Tengoklah sekeliling kita…

Note: Tak tau nak bagi tajuk apa…

Pilihanraya kecil Hulu Selangor dah berlalu. ‘Kekalahan’ sekutu kita dalam ‘perang’ kecil itu memberi isyarat bahawa gerak kerja kita sememangnya perlu dipertingkatkan lagi. Dalam keadaan ‘perang’ reda begini, para ahli gerakan, para pejuang kebenaran dan para daei mestilah kembali membina kekuatan sebelum tiba ‘peperangan’ seterusnya.

Parti Islam sememangnya memerlukan kader-kader yang cekal, gigih dan ikhlas berjuang bagi mengislamisasikan masyarakat, suasana serta sistem-sistem yang ada dalam negara. Sasaran yang begitu besar dan sukar itu tidak akan dapat direalisasi jika kita sendiri tidak memulakannya. Kitalah yang perlu menjadi kader-kader itu. Kitalah yang mesti menjadi daei itu.
Selaku daei dan ahli gerakan Islam, kita perlu memahami bahawa selangkah kita mengintima’ diri dalam perjuangan, maka seribu mehnah dan tribulasi akan mengarah kepada kita. Kesusahah, kesukaran, penentangan, ugutan, ketakutan, kemalasan, dan sebagainya akan terus datang sebagai ujian demi ujian bagi menapis tahap kelasakan zahir, mental, akal dan keimanan kita. Semakin tinggi darjah keimanan dan ketaqwaan seseorang, semakin tinggi pula tahap ujian yang bakal ditempuhinya. Ujian tidak akan terhenti walaupun seseorang itu sudah mencapai tahap keimanan yang tinggi. Bahkah ia akan menghadapi pula ujian yang lebih besar. Markah dan kualifikasi terhadap amalan, keimanan, kesabaran dan keikhlasannya akan diperoleh pada hari yang telah dijanjikan kepada kita semua.
Siri ujian yang kita akan hadapi adalah dari pelbagai rupa dan keadaan. Antaranya adalah tentangan dari luar, konflik dalaman, persepsi negatif masyarakat, karenah ahli gerakan yang pelbagai, konflik dengan rakan sekutu dan sebagainya. Parti Islam pasti sedang dan akan berdepan semua perkara ini. Kebijaksanaan pimpinan mengatur strategi, kepatuhan dan wala’ ahli terhadap pimpinan, keikhlasan setiap kader-kader dakwah akan menentukan mobilisasi gerakan Islam yang dipelopori oleh Parti Islam mengharungi segala ujian, mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.
Dalam menjalani kehidupan sebagai daei, kita tidak akan terlepas daripada berdepan dengan pelbagai rupabentuk manusia di sekeliling kita. Ada yang berbentuk ‘pengipas’, ada yang menjadi ‘penampar’, ada yang cuba menjadi ‘ubat’, ada pula yang tidak mahu menjadi apa-apa. Maka para daei dan ahli gerakan Islam mestilah berdepan jenis-jenis manusia ini dengan penuh kesabaran.
Jika berdepan dengan golongan pengampu, maka bersabarlah dengan sikap mereka. Jika berdepan pula dengan golongan yang suka mengkritik, bersabarlah dengan kritikan mereka dan jadilah orang yang bijaksana dalam menerima kritikan. Jika bertemu dengan golongan yang jenis ‘ubat’, yakni orang yang sentiasa menasihati, yang menyokong kebenaran dan seumpamanya, hendaklah kita bersabar bagi menjaga hatinya agar dia tidak terbeban dengan sikap kita. Jika bertemu dengan si dungu yang keras kepala, biarkan dia dengan kepalanya yang keras, tetapi jika bertemu si dungu yang lembut hatinya, jangan pula ditinggalkan dia. Bimbangilah golongan cerdik yang berkepentingan, kerana yang kita dambakan adalah golongan cerdik yang ikhlas berjuang kerana ALLAH dan Rasul-Nya.
Sikap diri sendiri seseorang ahli gerakan Islam mestilah berbeza dengan golongan yang menentang Islam itu sendiri, samada golongan yang menentang Islam itu adalah ulama-us-su~’ (ulama jahat), pemimpin sekular, orang-orang Islam yang hasad, orang-orang munafiq, golongan kuffar, puak-puak rasis dan seangkatan dengannya. Akhlak Islamiyyah perlu kita hadam dan amalkan dalam kehidupan kita sebagai pejuang agama ALLAH.
Pasca PRU12 memperlihatkan kepada kita betapa ramainya berpusing meninggalkan parti pemerintah, menyertai parti yang belum memerintah. Tidak kurang juga yang mendaftar sebagai ahli parti Islam. Kemasukan mereka yang berfikrah lawan, pasti mewujudkan pertembungan budaya berfikir dan akhlak dalam jemaah. Mereka ini perlu dididik dan ditarbiyah dengan akhlak Islamiyyah yang syumul. Mereka perlu difahamkan dengan kefahaman jemaah dan gerakan Islam. Kita perlu bersabar dalam mentarbiyah mereka kerana sebahagian daripada mereka datang dari ‘tarbiyah’ songsang parti lama mereka.
Tarbiyah memerlukan masa yang panjang, kesungguhan dan keikhlasan. Mentarbiyah mereka adalah satu bentuk ujian dan tamrin kepada kita disamping kita juga terus-menerus mentarbiyah ahli sedia ada serta diri kita sendiri. Daei perlulah mengutamakan dakwah dan tarbiyah. Maka seseorang daei tidak wajar mengutamakan perut sendiri.
Kita mahu menang sebagaimana kemenangan Rasul semasa Fathu Makkah. Kita mahu berjaya sebagaimana Al-Fateh di Constantinople. Kemenangan yang sememangnya menang, yang tidak dipertikai dan tidak mudah digoyah. Kemenangan yang tidak masak, akan mendatangkan masalah dan fitnah kepada kita kembali. Ramuan untuk kemenangan yang gemilang adalah tarbiyah yang sempurna, yang melahirkan pemimpin yang baik, kader-kader yang baik serta ahli-ahli yang baik.
Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik ahli akan menjadikan Parti Islam digeruni lawan, dihormati dan disegani rakan-rakan sekutu. Namun ada yang mengatakan semua ini adalah idealistik. Ya, memang idealistik semata-mata. Inilah satu-satunya perkara idealistik yang telah pun direalisasikan oleh RasuluLLAH S.A.W, Sultan Muhammad al-Fateh dan nama-nama besar di zaman mereka.
Kita juga mahukan keadaan sedemikian. Namun kita perlu sedar, pada awal gerakan Islam RasuluLLAH tidaklah idealistik sebagaimana waktu Fathul Makkah. RasuluLLAH menghadapi ujian, mehnah dan tribulasi yang sangat dahsyat. Baginda dimaki, dicerca, diugut bunuh, dikhianati, difitnah dan sebagainya. Walau dahsyat ujian ketika awal perjuangannya, baginda tidak terus menggembeling kader-kadernya ketika itu untuk melakukan ‘Fathu Makkah’, walhal baginda boleh sahaja mendoakan agar ALLAH berikan kejayaan ketika itu -boleh tercatat dalam sejarah Fathu Makkah tanpa perlu berhijrah ke Madinah. Tetapi tidak begitu. RasuluLLAH memulakan dakwah baginda dengan ketidak-idealan, merencana dakwah sehinggalah membentuk kader-kader yang terbaik, lalu ALLAH mengizinkan Fathu Makkah.
Bagaimana jika Fathu Makkah berlaku tanpa perlu melalui kesukaran dakwah, tanpa melalui peristiwa hijrah, tanpa melalui perang badar-uhud-khandak, tanpa melalui perjanjian hudaibiyah, tanpa melalui persitiwa bi’ru ma’unah, tanpa menghadapi orang-orang munafiq dan Yahudi, dan sebagainya? Ya, kesemua susah-payah onak duri perjuangan RasuluLLAH adalah tarbiyah kepada baginda dan para sahabat sebelum diberikan kemenangan yang sebenar-benarnya masak.
Dengan itu, marilah kita renung tulisan yang terpusing-pusing isi pentingnya ini. Apa yang baik ambillah pengajaran darinya. Abaikan jika tulisan ini buruk isi kandungannya, kerana kelemahan penulis mengolahnya. Mudah-mudahan sedikit catatan ini diberi ganjaran oleh ALLAH.
WaLLAHU a’lam.

23 ribu sokong Dato Zaid… kalah, tidak tumbang.

PRK Hulu Selangor dah abis. BN menang. Calon 3 in 1 Kamal Alan Nathan menang. Dato Zaid tak menang. Bukan kerana tak ada sokongan. 23,272 orang mengundi Dato Zaid. Bermakna kemenangan BN tidak besar walaupun 24,997 orang lagi mengundi Kamal Alan Nathan. 23 ribu dan 24 ribu, bagi kerusi parlimen, bezanya taklah besar. Seribu lebih saja majoriti. Oleh sebab demokrasi negara kita memilih suara majoriti, lebih satu undi pun di kira menang. Menang dan kalah dalam sistem demokrasi negara kita bukan memberi maksud yang kalah sudah tumbang, yang menang terjulang tinggi. Tajuk berita “PKR Tumbang”, entah dari sorat khabar mana, memang editornya tak cerdik dan cuba memperbodoh orang ramai. Kalah kerana kurang sedikit jumlah undian berbanding yang menang. 23 ribu masih sokong, bagaimana dikatakan tumbang? Bukan tumbang, cuma kalah. Ikut kata-kata cooling down dan penyedap hati yang biasa didengar, “bukan kalah, cuma tak menang”.
Tak mengapa. Wahai 24 ribu pengundi BN, skarang anda sudah berjaya mengirim Kamal Alan Nathan masuk ke parlimen. Wahai penduduk Hulu Selangor. Biar Kamal Alan Nathan rehat sekejap. Biar dia raikan kegembiraan bersama Najib and Co. Selepas itu, tuntutlah janji-janji yang mereka tabur. Jangan biar mereka tangguh. Mintak segera. Jika tangguh, janji itu akan dikitar semula pada PRU13 nanti. Jangan biar begitu. Tuntutlah, dan anda akan nampak betapa hidung mancungnya pemimpin BN yang menabur janji itu. Berdolak-dalik dengan pelbagai alasan kelas bawahan memang menjadi kebiasaan. Asalkan dapat mengelak…
PR pula? Masih dirundung kecewa? Tidak mengapa bersedih sekejap. bermuhasabah dan menginsafi kelemahan diri. Kekalahan yang sudah dijangka, tidaklah menyakitkan sangat. Paling penting, perjuangan mesti diteruskan. Alasan untu menutup kelemahan perlu dikurangkan. Jangan dibiasakan, mual orang mahu mendengarnya. 23 ribu masih dibelakang anda. PRU 13 ada dihadapan kita.

Bisnes orang politik yang menguntungkan…

Baru je dua-tiga hari Dr Halili lompat, ada pulak mamat PKR di Kelantan lompat masuk Umno. Nak jugak tersenarai sebagai pelompat-pelompat yang ‘berjasa’ kepada Umno dikala pilihanraya. Skripnya seperti biasa, hilang kepercayaan kepada Anwar. Oleh kerana dia berada di Kelantan, tambah sorang lagi orang dia hilang percaya, iaitu TG Nik Aziz.
Tak percaya kat Tok Guru. Lebih percaya dia kepada Najib 1Malaysia.
Tapi rasanya percaturannya melompat tidak kena masa. Memang tak cerdik dia ni. Lompatan yang berlaku di Kelantan buat masa ini tak berapa laku. Bayarannya agak murah, berbanding sesiapa yang berada di Hulu Selangor, melompat. Harga pasaran untuk melompat adalah tinggi. Begitu juga di Kedah, nilai komersial adun-adun yang nak melompat adalah tinggi. Mamat ini sepatutnya tunggu mana-mana pilihanraya kecil di Kelantan, baru laa lompat. Mahal sikit harganya. Tak pandai bisnes kut dia ni.
Lompatan terlalu awal ni boleh memalukan diri kelak. Kalau-kalau berlaku pilihanraya kecil di Kelantan, terpaksa dia berlakon ‘lompat’ sekali lagi masuk Umno. Masa tu orang dah tau. Kan malu nanti. Patut sekarang ni rileks dulu. Jangan lompat lagi. Tunggu harga tinggi untuk buat lompatan. Apa laaa… malu kompeni saja.
Suasana politik sekarang ni, lompat-melompat mula menjadi kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Memang menguntungkan. Lagi hangat sesuatu lompatan tu, lagi tebal duit masuk.
Satu lagi cara menambah pendapatan, khas untuk ahli Umno, just cuba saja jadi calon bebas setiap kali pilihanraya kecil. Nasib tak baik kena pecat. Untung-untung dapat habuan untuk tarik diri. Ini bisnes. Kena berani tanggung risiko.
Nak kaya lagi, kena tanggung risiko lagi besar. Jadi macam Saipol Bukari. Mengaku kena liwat ke, kena rogol ke dengan Anwar. Yang ni boleh bawak untung besar. Boleh jadi superstar kalau bernasib baik. Risiko malu seumur hidup tu kenalah berani tanggung. Asalkan dapat duit, kena laknat pun apa kisah.
Banyak lagi cara menambah pendapatan melalui haru-biru politik dalam negara. Buat kajian sikit, boleh saja tahu bagaimana mahu terjun ke alam duit ratus-ratus ribu.
Last sekali, habis semua hancur dan tunggang-langgang. Dari pemimpin sampai rakyat bawahan rosak akhlak dan moral. Generasi depan akan mewarisi negara yang haru-biru. Tahniah bisnesman-bisnesman politik!

Arak itu HARAM: Umno kata Zaid, Pakatan kata mantan-mantan PM…


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim – dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak – kerana perkara tersebut “melampau batas” dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai “tiada kelas”, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia – kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi – terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.


“Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

Haaa… tuuu diaa… awat nii… baru kami tauu….
Semua mantan PM pernah minum arak… tak sempat nak kena sebat. Sorang saja lagi masih ada. Boleh test hukum sebat nih! Mujur Pak Lah tak minum arak…
Opss…
Mai renung sikit:
Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa RasulALLAH S.A.W telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya
riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas
Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .
-Bagaimana pula menjadi Perdana Menteri yang meminum arak?
-Bagaimana dengan sumber pendapatan negara yang dikutip dari cukai arak?
-Kita ada saham kat mana?
Ya ALLAH… ampuni dosa kami. Tolonglah hindari kami dari tempias-tempias dosa akibat arak dan janganlah biarkan kaki arak menjadi pemimpin kami….

Bongkar: Blogger Pakatan Rakyat sungguh licik ubahsuai gambar

Bloggers pro-Umno/BN sedang galak membuktikan Dato Zaid Ibrahim kaki botol, peminum arak tegar. Usaha mereka benar-benar berhasil apabila menemui sekeping gambar calon PKR Hulu Selangor itu sedang memegang botol arak.
Lihatlah, ini gambarnya:
Tiba-tiba, sekeping gambar dari blog pro-Pakatan Rakyat pula cuba mengubahsuai gambar tersebut, membuang gambar botol pada tangan Dato Zaid. Begini jadinya:
Nampaknya, blogger Pakatan lebih advance dalam edit mengedit gambar. blogger BN kalah pusingan ini. Tengok gambar di bawah pulak. Mungkin ini gambar dari blogger Pakatan, yang sudah di-edit. Asal gambarnya mungkin Dato Zaid sedang memegang botol arak sambil berbual dgn TG Nik Aziz. Pandai sungguh blogger Pakatan, sampai gambar asalnya tak berani disiarkan…
Dah takda modal.

Kalau Bebas, kenapa perlu sokong Umno/BN?

YB Zahrain, YB Zul Nordin dah jadi wakil rakyat bebas.
Sama dengan YB-YB lompat dari PKR menjadi bebas.
Bebas… Tapi menyokong Umno/BN.
Siap nak kempen untuk Umno/BN di Hulu Selangor.
Di mana prinsip perjuangan mereka sebelum ini?
Bukankah sewaktu mereka menggerakkan PKR dulu, kepincangan dan kebobrokan Umno/BN di
londeh habis-habisan? Tidak ada perkara baik pada Umno/BN. Rakyat tumpang gembira ketika mereka menang dalam pilihanraya, yang menggambarkan berjayanya mereka menumbangkan gergasi yang membusuk sampai ke usus itu. Mereka dijualng sebagai wira rakyat, di bawah panji-panji PKR-Pakatan Rakyat.
Hari ini mereka melompat. Ada yang dipecat. Isytihar jadi bebas. Alasannya, tidak sebulu dengan PKR. Alasannya sudah tidak tahan dengan karenah politik pempimpin PKR. Alasannya PKR tidak banyak membantu rakyat. Tambah perisa lagi, alasannya hilang kepercayaan kepada Dato Seri Anwar.
Terbaru, Dr Halili, bendahari PKR Hulu Selangor, turut melompat keluar PKR, dan masuk Umno.
Ya… mereka bebas menyatakan pendirian mereka. ‘Hak asasi manusia’ untuk lompat sana-sini. Kita tahu, PKR adalah parti yang masih muda. Baru kurang lebih 11 tahun. Kalau manusia, baru darjah lima. Balighnya pun belum. Jadi tak dapat dinafikan ada sedikit kepincangan sana sini. Semua itu perlu diperbaiki dari masa ke masa. PKR adalah parti yang menerima ahlinya secara pukal, tanpa tapisan, baik dari kalangan pimpinan ataupun ahli bawahan. Tak kira yang ada kepentingan ataupun yang ikhlas berjuang. Semuanya masuk dalam bakul PKR.
PKR cekal menempuh dugaan demi dugaan dalam politik. Susah payah diharungi oleh parti mentah dalam berdepan dengan parti tua yang membusuk ke usus. Ujian kesusahan dapat diharungi. PKR menang besar dalam PRU-12. Namun benarlah kata orang, ujian kesenangan lebih mencabar. Ujian selepas kemenangan adalah tapisan yang menampakkan belang-belang manusia.
Ya… setiap alasan mereka sama. Tidak setuju dengan pimpinan PKR. Hilang kepercayaan terhadap dato Seri Anwar. PKR tidak buat kerja untuk rakyat-asyik berpolitik sahaja! Jika itu alasannya, ok, silalah keluar. jadilah YB-YB bebas. Bebas bekerja untuk rakyat. bebas dan tak perlu tunduk kepada arahan-arahan parti PKR. Buatlah kerja untuk kesejahteraan rakyat, sekiranya prinsip perjuangan anda masih utuh dan tidak goyah. mungkin PKR sahaja yang membantut prinsip mereka. Fine… anda boleh keluar.
Tapi, yang menjadi masalah dan menghairankan, mereka tidak bebas sepenuhnya. Sanggup pula menghina maruah dan harga diri dengan tunduk pula kepada Umno/BN. Mudah-mudah saja memberi sokongan kepada BN. Mahu pula berkempen untuk Umno/BN! bebaskah mereka? Bukankah Umno/BN dulu jijik bagi mereka? Kali ini sanggup menjilat dan menghirup semula ludah dan kahak mereka?Jika Umno/BN busuk ke usus, PKR pula caca merba, jadi tak payahlah sokong mana-mana. Jadilah YB bebas yang sebenar-benar bebas dan kita mahu tengok setakat mana keBebasan itu memberi manfaat kepada rakyat.
Kita lihat setiap kalu ada YB lompat, mesti isytihar jadi Bebas. Dan menyokong Umno/BN… bukan menyokong sahaja, mahu berkempen pula untuk kemenangan Umno/BN.
Nyatalah perjuangan mereka sebelum ini bukanlah perjuangan ikhlas mahu membela rakyat. Tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi. Tidak dipilih menjadi calon, digugur daripada senarai Exco, hilang kepercayaan dan macam-macam lagi, tidak lain tidak bukan hanyalah alasan yang diskripkan oleh pihak tertentu.
Apa-apa pun, yakinlah bahawa inilah pembersihan selepas mengaut secara pukal. Membeli sebakul limau nampak banyak. Murah pula. Tapi balik rumah, yang buruk dan busuk kita buang juga.
Sampai bila PKR ini akan menjalani proses pembersihan? Masih ada lagikah biawak-biawak hidup di dalamnya? Masih adakah berudu yang mula berevolusi dan mahu melompat?
WaLLAHu a’lam…
p/s: Apakah ‘Bebas’ bermakna bebas menyokong parti mana yang disukai? Jika begitu tentu parti yang bagi duit sangat disukai… 🙂

Selamat Jalan Tok Nek… Semoga Ruhmu dicucuri rahmat-Nya…

“Hujung minggu ni kamu balik tak?” tanya Dr Hazizan dalam kereta ketika kami menuju Pusat islam untuk menunaikan solat Asar.
“Agaknya balik kut…”
“Kamu buat apa setiap kali balik?” Dr Hazizan tersenyum.
“Kalau balik, memang ada ja kerja-kerjanya… termasuk ziarah datuk, nenek dan moyang”
“Oooo… atuk dan nenek sakit ke?”
“Biasalah, orang tua-tua. Moyang saya pula umur dah lebih 100 tahun Dr.”
==================================================
Lepas Asar, aku pulang ke hostel. Baru saja log in laptop aku, emak call.
“tok nek dah tak da…”
“innaliLLAH…” jawabku spontan.
“baliklah… ambik adik fizi sama…”
“bila lagi tok nek meninggal?”
“baru tadi…”
“ayah dah tau?”
“ayah tak tau lagi. Hang call bagitau ayah. ayah pi KL pagi tadi…”
=================================================
Aku cepat-cepat berkemas mahu pulang. Aku memberitahu Dr Hazizan, esok aku bercuti. Aku call Abg Najib yang aku tak jadi hadir liqa’ malam ni. Aku beritahu Zulfirdaus, tak dapat hadir usrahnya esok. Aku kena balik.
Sambil drive, terkenang-kenang juga Tok Nek yang aku selalu berbual dengannya. Adik adik aku suka bergurau dengannya. Anak cucu-cicitnya suka dengan celotehnya. Senyuman tak pernah lekang. “Tok Nek comel…” ujar salah seorang adikku ketika melihat Tok Nek tersenyum.
Tok Nek yang aku selalu ziarah, sudah pergi dijemput-Nya. Tok Nek meneruskan perjalanannya mendahului kita.
Dua tiga hari lepas, roomateku, Azwadi kehilangan datuknya, yang meninggal kerana sakit tua.
Tok Nek aku keadaannya tidak sakit. Tetapi kontraknya untuk hidup di dunia sudah pun ditamatkan. 100 tahun lebih, bermakna dia pernah hidup di zaman Khalifah Turki Uthmaniyyah. Hari ini, Tok Nek sudah kembali ke rahmatuLLAH.
Ya ALLAH, ampuni dosa-dosa Tok Nek seluruhnya. Kasihanilah dia.
Al-Fatihah…

Negaraku mahukan ‘insuran’ mereka…??

Amerika Syarikat adalah sebuah negara penjajah, yang telah menghancurkan Afghanistan dan Iraq. Negara itu juga sedang berusaha menceroboh Iran dengan alasan yang hampir sama. Umum mengetahui, Israel adalah sekutu rapat Amerika. Samada Amerika itu anak emas Israel, atau Israel itu anak emas Amerika, kedua-duanya adalah bagaikan isi dengan kuku.
Sesiapa yang bersama mereka akan ‘selamat’. Sesiapa menentang, akan ‘merana’. Api dihiasi supaya nampak seperti air, air dikelirukan agar nampak seperti api. Propaganda mereka telah menguasai dunia. Yang patuh kepada mereka akan mendapat ‘syurga’, yang derhaka akan mendapat ‘neraka’. Itulah janji mereka.
Maka negaraku Malaysia, berusaha mendapatkan insuran dari mereka. Negaraku cuba mendapatkan ‘perlindungan mereka’. Negaraku bekerja keras mahukan ‘syurga’ mereka…


Memanda-memanda Menteri negaraku gembira bila bertemu mereka. Jika tidak dapat berjumpa, terasa bagaikan satu penghinaan, atau rendah martabatnya. Jika dapat berjumpa, alangkah gembiranya. Jika dapat bersalam pula… tentu 3 hari tangan tidak akan dibasuh kerana mengenangkan pernah bersalam dengan ‘pemimpin dunia’. Bekas tangan yang membunuh puluhan ribu nyawa umat, alangkah bangganya dapat bersalam dengannya!

Hijau Kuning the legend…

Abaikan sekejap cerita biru dan hijau. Kita jeling sikit dengan berita Hijau Kuning… Final Piala FA. Kedah vs Nogori. Maaflah orang Nogori. Den bias Kedah sikit entry ni. Bukan asobiyyah. Hehehe….
KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah meramalkan skuad “Hijau Kuning” mampu menjulang Piala FA apabila menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.
Beliau, yang kini membimbing skuad bawah 21 tahun kebangsaan atau Harimau Muda A pada liga di Slovakia, berkata, walaupun Kedah dibarisi ramai pemain muda, ia bukan penghalang.
“Pemain muda ini sebenarnya mempunyai pengalaman bermain di peringkat yang lebih tinggi berbanding lawan, seperti Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta beberapa perlawanan akhir,” katanya semalam. Baca lagi…
Ok… itu ramalan bekas Jurulatih Kedah, Azraai Khor, yang pernah membimbing pasukan Hijau Kuning hingga digelar Juara Treble berganda. Pasukan Kedah pernah dianggap hanya bergantung kepada kehebatan ayam-ayam tambatan import. Selepas FAM tak benarkan semua pasukan menggunakan khidmat pemain import, prestasi Kedah dilihat merosot seolah-olah membenarkan anggapan-anggapan sebelumnya. Sehinggakan prestasi permulaan pengurusan dan jurulatih baru turut dipertikai sesetengah pihak. Dan, kemaraan ke perlawanan akhir malam esok membuktikan anggapan-anggapan tersebut meleset. Menang atau kalah, pastinya Kedah akan terus diwaspadai oleh pasukan-pasukan lawan sebagai lagenda juara treble berganda (caishh… pandai-pandai label sendiri).
Ok… siap satu bab mengipas pasukan Kenari. Masuk pulak bab ramalan. Ramalan sana, ramalan sini. Seseorang hanya boleh meramal, dan tidak mampu menjamin sesuatu yang belum berlaku itu akan berlaku. Biasalah, kita semua manusia yang lemah. Ramal tiada masalah. Cuma beriman dengan ramalan sahaja yang sebenarnya bermasalah. Bunyi saja ramalan yang menyebelahi pasukan sendiri, mula lah syok dan rasa macam confirm menang. Apatah lagi kalau ramalan itu diutarakan oleh figure yang pernah ‘berjaya’ dalam ramalannya. Awas… ketika itu iblis akan mencucuk jarumnya yang boleh mencarikkan aqidah kita. Statement ini hanya sekadar peringatan. Rasanya peminat dan penyokong pasukan Kedah ke, N9 ke… takda lah sampai beriman dengan ramalan.
Oh ya… sape agaknya akan menang? Tanya orang Kedah, mesti depa nak Kedah memang. Ramalan pon musti hala ka menang. tanya orang nogori, mesti nak jang monang. Ramalan pun nogori laa yang monang jo… atas kertas nampak macam ___________. atas padang kita tunggu tengok jaa.
Settle bab ramalan. Kita intai pula bab cakap besar. Haa… yang ni ramai yang tak mampu control. Bila dah fanatik terlebih, cakap-cakap besar kedengaran. Lebih malang, bukan setakat cakap besar kelebihan sendiri, tetapi turut merendah-rendah pihak lain. Walaupun sekadar nak bagi motivasi kepada pemain, tapi awas. You are being watched! Sombong, angkuh, berlagak…. semua tu memang tak best dipandang. Tak kira pemain, coach, pengurus pasukan, presiden atau penyokong, elaklah dari beramal dengan sifat-sifat mazmumah tu. Sesuai dengan pembawaan kerajaan negeri yang diperintah oleh Ustaz, presiden KFA pun Ustaz, dalam pemain pun ada ‘ustaz’, insyaALLAH, pasukan Kenari tetap akan merendah diri sekalipun berjaya terbang tinggi.
Takat tu laa dulu. Kita tengok saja laa…. nak main tak reti. Ambo takat jadi coach bulih laa… hehehe. Bola-bola jugak. Yang pi stadium tu ingat-ingat ALLAH selalu. Takut stadium runtuh, tak dan buat apa… Solat maghrib dan isya jangan tersengaja lupa pulak. Solat jama’ boleh ke? Tujuan tengok bola…?? haaa… pi tanya ustaz Azhar Idrus…. 😀

Ini Presiden bola Kedah
bawah ni Presiden bola Nogori…

WaLLAHu a’lam…