Jika demikian, kau sudah expired, Karpal!

Pakatan Rakyat retak? Itulah modal yang dimainkan oleh media arus BN bagi melaga-lagakan komponen Pakatan Rakyat serta menutup huru-hara yang berlaku dalam umno/BN itu sendiri.

Isu keretakan Pakatan Rakyat dimainkan bermula dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Kemudia Kit Siang dan Karpal Singh dari DAP memberi reaksi yang negatif dan memberi amaran tentang punca kegagalan BA dahulu. Sikap Karpal Singh yang dilihan ‘anti-Negara Islam’ diselar oleh Musyidul Am PAS, Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau mencabar Karpal supaya melawat Kelantan dan boleh bertemu mana-mana masyarakat bukan Islam di negeri itu untuk mendapatkan maklumat mengenai corak pemerintahan Islam.

Karpal Singh pula menolak tawaran MB Kelantan itu. Kenapa Karpal menolak tawaran tersebut? Bukankah Karpal berlatarkan seorang peguam, mestilah membuktikan kata-katanya dengan hujah yang kukuh mengapa dia menolak ‘Negara Islam’. Dia mesti kemukakan hujah, bukan membabi-buta sahaja menolak cadangan PAS untuk mewujudkan negara Islam dan undang-undang Islam dalam negara. Sepatutnya dia menerima tawaran MB Kelantan, bukan menolaknya jika benar-benar seorang pejuang keadilan.

Jika Karpal tidak ingin melakukan kesalahan, mengapakah dia perlu takut kepada negara Islam dan undang-undang Islam? Malah undang-undang Islam (hudud) hanya membabitkan orang-orang Islam sahaja, tiada kena mengena dengan Karpal dan suku-sakatnya jika mereka tidak mahu menerima hudud! Apakah Karpal mempunyai agenda yang buruk seperti mahu merompak harta rakyat seperti umno/BN, sebab itu dia takut dengan hudud dan Negara Islam?

Bukankah dia juga tahu bahawa negara Islam juga memperjuangkan sama seperti yang DAP perjuangkan iaitu keadilan, keamanan, banteras rasuah, pentadbiran yang cekap dan sebagainya, malah Negara Islam mampu membawa negara ke arah yang lebih baik daripada apa yang DAP mahukan itu? Atau, Karpal sudah tua dan keras hatinya untuk bertoleransi dengan Islam, tidak seperti pemimpin muda seperti Guan Eng-yang mahu menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh? Jika demikian, kau sudah expired, Karpal!

KUALA LUMPUR 7 April – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menolak jemputan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melawat Kelantan ekoran kenyataannya agar Pas tidak memasang angan-angan untuk menjadi tunjang Pakatan Rakyat. – Utusan.

Umno/BN menyerang PAS Kelantan dalam PRU12 umpana "perang salib" Bush, Amerika Syarikat terhadap negara Islam – kata Ku Li

Kekalahan teruk BN Kelantan dalam PRU12 tempohari diulas oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), seorang veteran Umno, dan juga Ahli Parlimen Gua Musang. Katanya serangan Umno/BN terhadap Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaikan serangan George W Bush Amerika Syarikat ke atas sebuah negara Islam – seperti perang salib, menyebabkan rakyat menolak Umno/BN.

Berikut adalah petikan dari akhbar web Malaysiakini.com:

Ku Li juga menyifatkan strategi kempen Umno untuk merampas Kelantan seumpama “perang salib” terhadap PAS dan gayanya seakan-akan peperangan presiden Amerik Syarikat, George Bush terhadap negara Islam.

“Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

“Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.”

Kenyataan Ku Li yang membandingkan Umno/BN seperti George W Bush – Amerika Syarikat, bagaikan menggambarkan begitulah cara serangan Pak Lah – BN ke atas Kerajaan Islam Kelantan yang dianggap sebagai sebuah negara Islam. Bermakna keangkuhan Pak Lah – BN dalam cubaan menakluk Kelantan sama seperti keangkuhan G.W. Bush dalam usaha menakluk negara Islam.

RTM terbitkan segmen khas untuk penulis blog setiap Ahad

Kementerian Penerangan akan mewujudkan satu segmen khas berita setiap Ahad bagi membolehkan penulis blog atau ’bloggers’ memberikan pendapat mengenai pelbagai isu secara langsung menerusi televisyen.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata program itu selama 20 minit itu akan bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.
Beliau berkata, keputusan berkenaan bukan saja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.
“Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh ’bloggers’.
“Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini, hari ini.
Ahmad Shabery berkata, keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekali gus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa juga keadaan.
Mengulas mengenai pemilihan ’bloggers’ untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan.
Sumber: KLpos.Com
Aku bukan blogger. Jangan jemput aku masuk TV sudah , hehehhe…

"BN diikat tangan ke belakang semasa PRU12"

Petikan dari Berita Harian 3 April 2008:

Muhammad berkata, antara faktor kemerosotan sokongan terhadap BN ialah dakyah pembangkang yang disebarkan menerusi blog dan laman berita antikerajaan serta pengedaran cakera padat video (VCD) kononnya pihak berkuasa bertindak melampau ketika merobohkan sebuah kuil Hindu dua hari sebelum hari mengundi.

Katanya, pembohongan pembangkang itu dilakukan secara berterusan menerusi internet sehingga ramai pengundi terpengaruh dan membenci kerajaan.

“Ia sudah jadi pilihan raya maya, bukan pilihan raya realiti. BN tewas dalam pilihan raya maya. Tak adil berlawan cara ini, seolah-olah BN diikat tangan ke belakang,” katanya yang mengakui pembangkang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mempengaruhi pengundi. – Berita Harian Online

Siapa pulak yang ikat siapa? Andai kata BN memang diikat satu daripada berpuluh-puluh sesungut (anggap BN mamcam sotong kurita),maka RTM1, RTM2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Utusan Melayu, Berita Harian, NST dan banyak lagi sesungut BN yang masih boleh diguna untuk membelit musuh-musuhnya.

Dan, internet, tiada siapa yang menyekatnya. Kalaupun boleh sekat, hanya kerajaan saja boleh sekat. Tidak wajar tuduh bahawa BN diikat tangan ke belakang. Cakap saja tak ada kepakaran. Ataupun BN sudah selesa dengan sesungut-sesungut nya yang lain. Tambahan pula sesungut-sesunggut besar yang lain seperti Polis, SPR dan Badan Kehakiman.

Andaikata BN Menang besar PRU12 lalu, pasti akan terpapar kenyataan “Berita-berita blog ditolak rakyat“, “Rakyat menolak usaha bloggers fitnah BN“, “kempen pembangkang di internet tidak mendapat sambutan” dan sebagainya. Lucu sekali apabila kalah, mereka mengatakan BN diikat tangan ke belakang!

Apa bezanya filem "Fitna’ Belanda dengan filem ‘Akhirat’ Malaysia?

Kontroversi video klip 15 minit ‘Fitna’ telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.

Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut ‘menghasilkan’ filem-filem yang secara tidak langsung ‘mempersendakan’ agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba ‘merosakkan’ fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.


Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat ‘kejam’ menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.
Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang ‘cool’ dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: ‘I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

“Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

“Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang ‘mempersendakan’ agama kelak,” kata Faisal dalam blognya.
Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak ‘selesa’ ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

“Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan,” katanya.

Lalu di samping ‘mengutuk’ filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa ‘merenung diri’ melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira ‘berbahaya’ dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

Jagalah solat anda!

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): ”Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Solat adalah perbezaan antara Muslim dengan non-Muslim. Islam dan kafir. Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia telah merosakkan agamanya. Rosak agama dalam dirinya, bererti dia telah membuka ruang dalam dirinya untuk terpengaruh dengan bisikan iblis, melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Orang yang meninggalkan solat, diragui keislamannya! Solat adalah WAJIB walau di mana kita berada. Walau apa pun keadaan kita. Selagi memenuhi syarat wajib solat, maka kita WAJIB bersolat. Solat adalah penghubung seorang hamba kepada Tuhannya.

Solat adalah kekuatan umat Islam. Semakin banyak solatnya, semakin hampir dia kepada ALLAH. Solat yang dimaksudkan adalah solat yang khusyuk dan ikhlas kepada ALLAH. Lihat sahaja Sultan Salahuddin al-Ayubi (Saladin). Tenteranya yang tidak bangun solat sunat pada waktu malam, tidak diizinkannya berperang di barisan hadapan. Hanya orang-orang yang bersolat dan berqiamullail berada di barisan hadapan, seterusnya berjaya memenangi peperangan itu.

Ayuh, bicara tentang solat tidak akan selesai huraiannya kerana pengertian solat itu sangat luas kepada kehidupan manusia, samada dari segi agama, sains, politik, dan sebagainya. Oleh itu, jangan kita abaikan solat.

Mahsyar dipenuhi keringat ahli maksiat

Apabila seluruh manusia serentak dibangkitkan dari alam kubur, dipadang mahsyar yg luas, masing-masing dalam keadaan semulajadi, seperti bayi yg baru lahir tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan tubuh dan juga kehormatan masing2 terdedah kepada pandangan umum, lelaki dan wanita bercampur aduk bersesak-sesak.
Siti Saodah isteri Nabi ketika mendengar peristiwa dahsyat suasana manusia dibangkitkan di bumi mahsyar, lantas beliau bertanya kpd Nabi SAW : “Ya Rasullulah, tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi mahsyar dalam keadaan telanjang bulat tanpa pakaian?” Jawap Rasullullah s.a.w : “Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghadapi hari mahsyar itu, manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing”. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah didlm surah ‘Abasa ayat 37 : Yang bermaksud :
Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yg cukup menyibukkannya
Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan “Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dgn hari yg seluruh aurat kita terdedah, walaupun terdedah namun manusia tidak ambil peduli lagi kerana manusia ketika itu dibangkitkan dibumi mahsyar dgn berbagai cara, ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik kebawah dan kakinya diatas”.
Abu Hurairah berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah s.a.w perpidato dihadapan para sahabat dengan sabdanya yg bermaksud: ““Bahawa manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia sebaik sahaja dibangkitkan dibumi mahsyar sudah tersedia kenderaan untuk mereka sementara sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki, sementara yg satu kumpulan lagi manusia berjalan dengan mukanya tertunggang ke tanah.
Seorang dari sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w “Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ketanah?” Maka Nabi s.a.w menjawab :
Allah SWT yg berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yg berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah”.
Mereka yg mendapat naungan itu diantaranya ialah golongan Al-Muqarrabun iaitu orang yg diperdekatkan dengan Allah SWT. Sifat-sifat golongan ini tidak lain ialah mereka yg semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi Allah SWT. Damping dalam erti kata sentiasa patuh serta taat suruhan Allah dengan melakukan apa-apa jua perintahNya yg disampaikan oleh para rasul dizaman mereka serta menjauhkan dan meninggalkan setiap perkara yg dibenci oleh Allah dari perkara maksiat yg keji dan mungkar sama ada dalam soal aqidah dan juga syariah.
Seterusnya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yg dijemput oleh Allah SWT utk bernaung dibawah Arasy Allah sebaliknya ada pula golongan manusia yg terus didera terdedah dgn kepanasan matahari di atas ubun-ubun. Mereka yg didera dgn kepanasan itu hancur luluh oleh panahan cahaya matahari yg amat dahsyat dan dileburkan pula oleh kepanasan hati mereka sendiri yg mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan kelalaian mereka semasa hidup didunia dahulu.
Dalam kepanasan yg amat dahsyat itu manusia berhimpit-himpit dan bertolak-tolak kerana mereka berada dalam satu padang yg luas tetapi tetap sempit dan berhimpit-himpit. Dalam suasana demikian tiba-tiba Allah SWT dedahkan segala buruk mereka yg telah dicatit dalam satu rekod kejahatan dihimpun dalam system rakaman Allah yg tidak tercicir walau sedikitpun, maka alangkah tebal muka mereka kerana menaggung malu yg tidak terhingga.
Hancur luluh manusia dengan kepanasan matahari, kepuasan hati menanggung malu yg tak terperi. Peluh mengalir dari tubuh manusia sehingga bumi mahsyar dilanda banjir peluh yg berbau hanyir dan bumi mahsyar menjadi lecah. Banjir peluh dan airmata menengelami manusia tetapi menurut kadar dosa masing-masing. Ada yg sampai ke paras lutut, paras pinggang, paras hidung dan tidak kurang juga yg karam di dalam lautan peluh dan air mata.
Di dunia ini pun kita akan temui adanya makhluk yg diciptakan oleh Allah berjalan dgn perut iaitu ular walaupun ular tidak memiliki kaki tetapi ada kalanya ia berlari sangat pantas sehingga sukar hendak ditangkap walaupun yg mengejar itu ialah manusia yg mempunyai kaki. Kata Imam Al-Ghazali, sesungguhnya manusia sering mengingkari sesuatu yg tidak pernah disaksikannya, oleh itu mereka akan mempersoal bagaimana manusia berjalan dgn mukanya ke bumi. Sekiranya makhluk ular itu tidak wujud didunia ini, tiba-tiba ada orang berkata bahawa dikampungnya ada makhluk berjalan dgn perutnya, ketika itu tentulah orang akan mencemuh dan mustahil mereka boleh menerima kebenaran berita itu.
Wal hasil alam akhirat adalah suatu alam yg diluar jangkauan manusia, sekalipun dia pernah mendengar tentang kehidupan di mahsyar, namun setelah dia sendiri berada disana, kenyataan sebenarnya tidak dapat diukur dengan logik akal. Betapa dahsyatnya alam mahsyar tidak terbayang oleh manusia walaupun dengan ilmu yg dimiliki.
Bumi mahsyar yg keluasannya tidak terukur oleh jangkauan manusia, walaupun luas dataran mahsyar tidak terhingga, namun tidak ada kawasan yg kosong melainkan penuh sesak dengan manusia dan jin. Seseunguhnya makhluk Allah terdiri dari manusia dan jin sejak Nabi Adam hingga kiamat jumlahnya juga tidak terhitung, apatah lagi ia dibangkitkan serentak.
Dalam suasana kelam-kabut dan hiruk-pikuk, tiba-tiba Allah SWT menerbitkan semula matahari dengan kepanasan luarbiasa, berlipatganda berbanding kepanasan matahari yg pernah dinikmati manusia di dunia. Bukan sekadar kepanasan berlipatganda tetapi Allah SWT turunkan matahari serendah-rendahnya di atas kepala manusia kira-kira ukuran dua busar panah. Ketika itu tidak ada pohon untuk berlindung dari panas matahari yg berada di atas kepala kecuali bayang Arasy. Arasy itu disebut juga sebagai kursi atau singahsana. Sebesar manakah Arasy itu maka sebesar itulah bayang redup yg bernaung dibawah naungan Arasy itu.
Di dunia, keringat mengalir adalah kesan bekerja kuat, malah dalam melaksanakan ibadah seperti ibadah haji. Lihatlah ketika umat Islam melakukan ibadah haji dalam cuaca panas dan bersesak-sesak di bumi Makkah dan Arafah. Demi keimanan dan ketaatan terhadap perintah Allah, maka orang-orang yg beriman sanggup menghabiskan wang ringgit bersusah payah mengerjakan ibadat haji. Sudah pasti keringat yg mengalir dan pengorbanannya itu tidak percuma disisi Allah.
Orang2 yg berjuang mendaulatkan agama Islam di bumi ini sudah pasti mengalirkan keringat disamping membelanjakan wang ringgit yg banyak. Berjihad siang dan malam atas urusan jamaah Islam bagi memenangkan cita-cita Islam yg suci agar hukum Allah tertegak dimuka bumi. Pasti mereka mendapat penghargaan Allah.
Bagi mereka yg telah mengalirkan keringat melakukan ketaatan terhadap perintah Allah SWT, maka di bumi mahsyar mereka tidak lagi mengalirkan keringat seolah-olah mereka telah kekeringan keringat didunia diatas usaha yg diredhai Allah. Segala kepayahan yg dilakukan atas nama keimanan dan ketaatan kesemuanya akan jadi sebab mereka aman dari bahaya tengelam dalam lautan peluh dan air mata di dataran mahsyar kelak.

Hina Islam: Umat Islam masih terus tidur?

Kenali musuh anda !!!
Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!
Satu persatu episod penghinaan terhadap Islam, agama terbesar di dunia, yang diiktiraf kebenarannya oleh dunia, tidak kira Muslim atau non-Muslim, sengaja dicetuskan.
Setiap penghinaan ke atas RasuluLLAH, adalah penghinaan ke atas Islam. Penghinaan ke atas al-Quran, adalah penghinaan ke atas Islam. Namun, berapa ramai umat Islam yang sedar? berapa ramai pula dalam kalangan yang sedar itu benar-benar sedar? berapa ramai golongan yang benar-benar sedar itu bertindak?
Nyata, umat yang disebut-sebut RasuluLLAH, majoritinya tidak peduli kepada Islam. Mereka seolah-olah tidak berasa apa-apa dengan penghinaan ke atas Islam. Usahkan mahu diajak berperang bagi mengajar golongan yang menghina Islam, hendak boikot barangan negara yang menjadi sarang penghina Islam pun umat Islam seperti tidak kisah!
Boikot! Apa guna boikot kalau ada lagi orang lain yang membeli barangan itu?
Sebelum ini, Arab Saudi telah memboikot barangan Denmark kerana karikatur menghina Nabi S.A.W. Kerajaan Denmark kerugian lebih 10 juta USD. Itu baru satu negara. Kalau semua negara umat Islam bersatu, memboikot, pasti muflis negara-negara itu. Negara-negara Barat, pelanggan-pelanggan barangan mereka lebih 75% adalah dari negara-negara umat Islam. Malangnya, Umat Islam tidak begitu pendiriannya apabila berdepan dengan penghinaan ini.
Filem ‘Fitna’ , menghina al-Quran. Menjadi WAJIB bagi umat Islam untuk tidak menontonnya sebagai tanda sayangkan Islam dan boikot filem tersebut. Dan, semua barangan negara Belanda WAJIB diboikot!! Mungkin ramai yang mahu boikot, tetapi tidak tahu yang mana satu barang Belanda? Maka pihak berwajib perlu tampil untuk mengepalai tindakan boikot ini, dan Kerajaan Malaysia sendiri, mesti sekat terus barangan Belanda daripada memasuki Negara kita. Jika pemboikotan juga tidak berkesan, langkah pemutusan hubungan diplomatik perlu diambil oleh semua negara umat Islam.
Umat Islam dilihat tiada kuasa
Inilah hasil yang dapat dituai oleh golongan musuh Islam selepas kejayaan mereka menjatuhkan sistem khilafah Islamiyyah. Setelah berjaya melemahkan umat Islam dengan kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyyah Turki, mereka mengatur langkah demi langkah merosakkan pemikiran umat Islam sedikit demi sedikit. Dan hasilnya, hari ini kita dapat lihat, betapa teruk sekalipun Islam dihina, kita dapat lihat respon majoriti umat Islam, Malah respon kita sendiri.
Apa respon kita?
Sekadar berkata “Cis, celaka kau Belanda!” atau, “Pergi jahanam Geert Wilder!”
Atau kita join mana-mana demonstrasi mengutuk si penghina yang biadap itu?
Atau, kita sekadar berkata “Nate kapir nih…”, tapi kita still bulih duduk rileks. Hanya ‘panas’ sekejap saja, lepas tu macam tak ada apa-apa dah?
Atau sekadar menulis blog macam aku ini?
Atau kita hanya menunggu kedatangan imam Mahdi, dengan itu kita rela lepak-lepak saja?
Atau kita hanya membiarkan gerakan-gerakan Islam saja yang bergerak membantu islam, sedangkan kita hanya jadi penonton?
Ah… itu saja yang kita mampu buat?? Bagaimana kita hendak jawab dihadapan ALLAH nanti?

Litar Sepang: PAS pun dah join F1?

Pendatang baru dalam Formula 1?

Bwahaha… tak sempat lari, dah terkantoi….

Kemenangan BA dalam PRU12: Bulan turut mengambang dalam Litar Formula 1

Gambar-gambar ini diambil dari blog http://no2umno.blogspot.com

Tahun Melawat Kedah 2008, harap ubah sikit

Tahun Melawat Kedah 2008 di rancang oleh kerajaan Kedah semasa pemerintahan BN dahulu era Mahadzir Khalid. Kini Tahun Melawat Kedah diteruskan oleh Ust Azizan selaku MB baru Kedah. Seeloknya, acara dan penampilannya harus ada perbezaan. Harap-harap begitulah. Kalaupun tidak ‘Islamik’ sepenuhnya kerana baru memerintah, sekurang-kurangnya elemen tidak sihat dikurangkan.
Imej pemerintahan Islam harus diketengahkan. Bezakan dari pemerintahan Mahadzir Khalid. Tahun Melawat Kedah mestilah memberi imej Islamik kepada pengunjung Kedah. Jika tidak, sama sajalah Ust Azizan dengan Mahadzir Khalid.
Antara langkah awal yang boleh dilakukan ialah, tukar imej iklan Tahun Melawat Kedah, supaya nampak Islamik. Lihat saja website http://www.visitkedah.com.my yang mempromosi Tahun Melawat Kedah. Tiada ciri-ciri Islamik, melainkan gambar Masjid Zahir sahaja. Pun begitu, wajah wanita tidak menutup Aurat lebih menonjol!
Lihat gambar-gambar yang di ambil dari web tersebut.
Tarian ini tidak mencerminkan Islamik. Budaya dan Islam, yang mana perlu diutama?
Wajah gadis ini lebih tertonjol dalam Melawat Kedah. Melawat Kedah itu adalah melawat gadis ini?

Harap webmaster web ini ambil kira sensitiviti ini. Sekurang-kurangnya, pakaikan tudung kepada dia. Bagi nampak sikit imej pemerintahan Islam. Bezakan pemerintahan Islam dari sekular. Ini bukan lagi zaman Mahadzir Khalid!