Umno hanya nyamuk yang mengganggu arus gerakan Islam!




Mereka ini hanya memandang Pas hanya sekadar parti politik, yakni setaraf dengan Umno, MCA, MIC, DAP, PKR dan lain-lain. Mereka tidak nampak Pas sebagai sebuah Gerakan Islam yang berusaha menyelamatkan aqidah, akhlak, fikrah dan siyasah mereka yang dirosakkan musuh-musuh Islam untuk melawan arus kebangkitan Islam di seluruh dunia. Oleh sebab mereka masih sukar untuk beriman bahawa Islam adalah agama yang bergerak secara politik dan dinamik, maka mana-mana pertubuhan gerakan Islam yang mengambil langkah berpolitik, mereka akan menganggap itu hanya parti politik yang boleh disepak-terajang sama seperti parti-parti lain.
Pas adalah Parti Islam, yang mendukung tanggungjawab sebagai satu-satunya gerakan Islam di Malaysia yang merupakan rangkaian kepada gerakan Islam sedunia, yang lahir selepas kejatuhan sistem pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniyyah yang berpusat di Turki. Gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah ini menjadi tempat umat Islam seluruh dunia bergantung selpas jatuhnya penaung mereka – yakni sistem pemerintahan Islam Turki Uthmaniyyah. Gerakan Islam sedunia ini berperanan menyelamat, membela dan menyatukan umat Islam dari sudut aqidah, fikrah, akhlak, ukhuwwah dan sebagainya, bagi merealisasikan tertegak semula sistem pemerintahan Islam yang dirobek-robek oleh musuh-musuh Islam.

Maka, dengan itu tanggungjawab Pas adalah besar. Setakat Parti Melayu Umno, hanyalah nyamuk-nyamuk yang mengganggu arus gerakan Islam yang sedang bangkit dalam negara kita. Lawan Pas sebenarnya bukanlah Umno, tetapi musuh-musuh Islam seperti Freemason dan Zionisme serta ideologi-ideologi kuffar yang lain yang merosakkan umat. Umno hanyalah diperalat oleh musuh Islam samada mereka di dalam Umno itu sedar atau pun tidak. Musuh tidak menyerang dengan berdepan. Mereka menyerang menggunakan alat mereka yang terdiri daripada bangsa tempatan bagi menentang kebangkitan Islam di sesebuah negara.
Lihat bagaimana Khalifah Islam Turki jatuh kerana Mustafa Kamal Attarturk, seorang Turki.

Sistem pemerintahan Islam di Libya runtuh, kerana musuh berjaya memperalat bangsa Arab di Libya. Di Afghanistan, Hamid Karzai dan Pakatan Utara diperalat musuh untuk menjatuhkan pemerintahan Taliban. Arab Syiah diperaralat musuh untuk menjatuhkan pemerintahan Saddam. Tanpa memperalat bangsa tempatan, musuh sukar untuk menjatuhkan sesebuah negara atau sesebuah gerakan. Begitu juga di Malaysia, Umno dianuti oleh sebilangan besar bangsa Melayu diperalat oleh musuh untuk menentang gerakan Islam di Malaysia yang setakat ini didominasi oleh bangsa Melayu. Percayalah jika orang-orang Cina yang mendominasi Pas, musuh utama Pas bukan lagi Umno. Umno akan menyusut dengan sendiri, Perkasa akan berkubur. Yang akan muncul adalah parti-parti rasis Cina yang akan menentang gerakan Islam dalam negara kita.
Bukan hanya Pas sahaja yang terpaksa berdepan dengan karenah nyamuk-nyamuk ini, malah gerakan-gerakan Islam seluruh dunia terpaksa berdepan dengan nyamuk-nyamuk yang berkuasa di negara masing-masing. Di Palestin, Hamas terpaksa berdepan Fatah – dari bangsa sendiri, walaupun musuh sebenarnya adalah Zionis. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin terpaksa berdepan dengan halangan kerajaan Mesir sendiri. Gerakan-gerakan Islam seluruh dunia boleh dikatakan sedang berjuang, sedang berdepan dengan sepak terajang kaum sendiri yang tidak memahami hakikat sebenar perjuangan Gerakan Islam.
ALLAH dan Rasul menjanjikan Islam akan menang pada akhirnya. Islam akan berada ditempatnya yang tinggi. Islam akan membebaskan segala kecelaruan manusia. Islam akan membawa keamana dan keadilan kepada manusia seluruh dunia akhirnya. Suatu ketika dahulu, orang hampir-hampir berputus asa selpas era kejatuhan khalifah. Umat Islam memang benar-benar menjadi buih, seolah-olah tidak dapat lagi menjadi kuat. Segalanya terpaksa bergantung kepada ehsan musuh. Tetapi hari ini cahaya kemenangan Islam mula terbit dengan wujudnya gerakan-gerakan Islam, walaupun permulaanya ini diperlahankan oleh agen-agen musuh dari kalangan bangsa sendiri. Namun tidak mengapa, ia menjadi rencah kepada kita untuk terus berjuang dan ALLAH menjanjikan ganjaran yang besar – syahid ataupun kemenangan.
Jika beginilah pandangan dan fikrah kita, maka kita tidak akan mudah berputus asa dalam berjuang mengenepikan Umno yang bertaraf nyamuk sahaja. Besar sangatkah Umno untuk kita meninggalkan perjuangan kita? Besar sangatkah Umno untuk kita bergabung dengan mereka? Ketahuilah, Umno bukan Melayu, Melayu bukan Umno, tetapi Umno hanyalah parti politik semata-mata.

hai orang-orang yang prejudis…

Mukhtamar ke-56 dah selesai.
Perjuangan al-marhum Ustaz Hassan Syukri juga sudah selesai… (Al-Fatihah).
Yang tinggal adalah melaksanakan setiap usul yang diluluskan.
Ada orang Umno tanya, apa sudah jadi dengan Pas, menggadaikan prinsip dan dasar parti sehingga sanggup bersekongkol dengan orang kafir, dan membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.
Apa sudah jadi dengan Pas?
Pas telah membuat transformasi dalam fiqh siyasah, dan tahaluf siyasi yang bakal menjadi suatu paradigma baru politik dalam negara kita khasnya.
Orang-orang Umno fahamkah apa itu fiqh siyasah dan tahaluf siyasi? Kalau tak faham, buang masa sahaja cerita panjang-panjang. Lebih baik kalah berhujah dengan ahli-ahli ilmu daripada bertegang leher dengan orang-orang Umno dalam jahil dalam bab ilmu.
Kalau mahu faham, orang-orang Umno kena ikuti muktamar-muktamar Pas sebelum-sebelum ini. Ikuti ucapan dasar, halatuju, dan perbahasannya dengan minda yang terbuka sebelum mengkritik. Cuba selami dan fahami agenda-agenda muktamar, bukan dengan minda prejudis. Anda akan faham insyaALLAH, apa yang Pas perjuangkan. Cara begitu lebih baik jika anda mahu benar-benar faham ‘apa sudah jadi dengan Pas’. Bukan dengan cara menghadam ulasan singkat dan dangkal pemimpin-pemimpin Umno.
Begitu juga orang-orang Parti Islam, kami memahami apa agenda perjuangan Umno, kerana antara kami juga ada yang mengikuti Perhimpunan Agong Umno dalam kaca TV, secara langsung, dan diulang siar dalam berita-berita arus perdana. Kami dapat tahu apa yang Umno perjuangkan, lalu kami menolak Umno.
Anda orang-orang Umno tidak menolak perjuangan Pas melainkan hanya kerana emosi, semangat perkauman yang menebal, tidak mendapat maklumat secara terus melainkan ulasan atas ulasan semata-mata dan anda prejudis terhadap perjuangan Islam.
Kagum rasanya apabila melihat semula rentetan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, ratusan, mungkin ribuan orang-orang bukan Islam mendengar kalimah-kalimah ALLAH yang dibacakan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam ucapan-ucapan mereka. Orang-orang bukan Islam mendengar dan mengetahui akan kebenaran Islam, yang selama ini mereka tidak pernah mendengarnya. Bukankah itu adalah satu langkah permulaan yang baik dalam keadaan masyarakat majmuk di negara kita?
Orang-orang prejudis tidak melihatnya sebagai peluang dakwah kepada bukan Islam. Pas sebagai Parti Islam, mahu menyatupadukan ummah pelbagai bangsa dan keturunan di bawah satu payung, yakni Islam. Berbeza dengan orang-orang yang prejudis terhadap Islam, mereka mungkin hanya berfikir secara terhad dalam bab kesatuan ummah ini, lalu timbullah konsep 1Malaysia.
Hidayah adalah milik ALLAH. Kita hanya diseru berusaha menyampaikan ayat-ayat ALLAH kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Soal beriman atau tidak, bukan kerja kita. Mereka yang bukan Islam bebas memilih agama dan kepercayaan mereka tanpa dipaksa menganut Islam. Kita hanya menyampaikan hakikat kebenaran Islam. Tiada paksaan untuk mereka memeluk Islam. Lalu penubuhan DHPP adalah satu usaha murni ke arah merealisasikan tuntutan dakwah. Bagi orang-orang prejudis terhadap Islam, tidak hairanlah mereka akan mengatakan bahawa ‘Apa sudah jadi dengan Pas’ atau dalam ungkapan lain ‘Pas sudah lari dari prinsip perjuangan’.

Nak menang? Tengoklah sekeliling kita…

Note: Tak tau nak bagi tajuk apa…

Pilihanraya kecil Hulu Selangor dah berlalu. ‘Kekalahan’ sekutu kita dalam ‘perang’ kecil itu memberi isyarat bahawa gerak kerja kita sememangnya perlu dipertingkatkan lagi. Dalam keadaan ‘perang’ reda begini, para ahli gerakan, para pejuang kebenaran dan para daei mestilah kembali membina kekuatan sebelum tiba ‘peperangan’ seterusnya.

Parti Islam sememangnya memerlukan kader-kader yang cekal, gigih dan ikhlas berjuang bagi mengislamisasikan masyarakat, suasana serta sistem-sistem yang ada dalam negara. Sasaran yang begitu besar dan sukar itu tidak akan dapat direalisasi jika kita sendiri tidak memulakannya. Kitalah yang perlu menjadi kader-kader itu. Kitalah yang mesti menjadi daei itu.
Selaku daei dan ahli gerakan Islam, kita perlu memahami bahawa selangkah kita mengintima’ diri dalam perjuangan, maka seribu mehnah dan tribulasi akan mengarah kepada kita. Kesusahah, kesukaran, penentangan, ugutan, ketakutan, kemalasan, dan sebagainya akan terus datang sebagai ujian demi ujian bagi menapis tahap kelasakan zahir, mental, akal dan keimanan kita. Semakin tinggi darjah keimanan dan ketaqwaan seseorang, semakin tinggi pula tahap ujian yang bakal ditempuhinya. Ujian tidak akan terhenti walaupun seseorang itu sudah mencapai tahap keimanan yang tinggi. Bahkah ia akan menghadapi pula ujian yang lebih besar. Markah dan kualifikasi terhadap amalan, keimanan, kesabaran dan keikhlasannya akan diperoleh pada hari yang telah dijanjikan kepada kita semua.
Siri ujian yang kita akan hadapi adalah dari pelbagai rupa dan keadaan. Antaranya adalah tentangan dari luar, konflik dalaman, persepsi negatif masyarakat, karenah ahli gerakan yang pelbagai, konflik dengan rakan sekutu dan sebagainya. Parti Islam pasti sedang dan akan berdepan semua perkara ini. Kebijaksanaan pimpinan mengatur strategi, kepatuhan dan wala’ ahli terhadap pimpinan, keikhlasan setiap kader-kader dakwah akan menentukan mobilisasi gerakan Islam yang dipelopori oleh Parti Islam mengharungi segala ujian, mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.
Dalam menjalani kehidupan sebagai daei, kita tidak akan terlepas daripada berdepan dengan pelbagai rupabentuk manusia di sekeliling kita. Ada yang berbentuk ‘pengipas’, ada yang menjadi ‘penampar’, ada yang cuba menjadi ‘ubat’, ada pula yang tidak mahu menjadi apa-apa. Maka para daei dan ahli gerakan Islam mestilah berdepan jenis-jenis manusia ini dengan penuh kesabaran.
Jika berdepan dengan golongan pengampu, maka bersabarlah dengan sikap mereka. Jika berdepan pula dengan golongan yang suka mengkritik, bersabarlah dengan kritikan mereka dan jadilah orang yang bijaksana dalam menerima kritikan. Jika bertemu dengan golongan yang jenis ‘ubat’, yakni orang yang sentiasa menasihati, yang menyokong kebenaran dan seumpamanya, hendaklah kita bersabar bagi menjaga hatinya agar dia tidak terbeban dengan sikap kita. Jika bertemu dengan si dungu yang keras kepala, biarkan dia dengan kepalanya yang keras, tetapi jika bertemu si dungu yang lembut hatinya, jangan pula ditinggalkan dia. Bimbangilah golongan cerdik yang berkepentingan, kerana yang kita dambakan adalah golongan cerdik yang ikhlas berjuang kerana ALLAH dan Rasul-Nya.
Sikap diri sendiri seseorang ahli gerakan Islam mestilah berbeza dengan golongan yang menentang Islam itu sendiri, samada golongan yang menentang Islam itu adalah ulama-us-su~’ (ulama jahat), pemimpin sekular, orang-orang Islam yang hasad, orang-orang munafiq, golongan kuffar, puak-puak rasis dan seangkatan dengannya. Akhlak Islamiyyah perlu kita hadam dan amalkan dalam kehidupan kita sebagai pejuang agama ALLAH.
Pasca PRU12 memperlihatkan kepada kita betapa ramainya berpusing meninggalkan parti pemerintah, menyertai parti yang belum memerintah. Tidak kurang juga yang mendaftar sebagai ahli parti Islam. Kemasukan mereka yang berfikrah lawan, pasti mewujudkan pertembungan budaya berfikir dan akhlak dalam jemaah. Mereka ini perlu dididik dan ditarbiyah dengan akhlak Islamiyyah yang syumul. Mereka perlu difahamkan dengan kefahaman jemaah dan gerakan Islam. Kita perlu bersabar dalam mentarbiyah mereka kerana sebahagian daripada mereka datang dari ‘tarbiyah’ songsang parti lama mereka.
Tarbiyah memerlukan masa yang panjang, kesungguhan dan keikhlasan. Mentarbiyah mereka adalah satu bentuk ujian dan tamrin kepada kita disamping kita juga terus-menerus mentarbiyah ahli sedia ada serta diri kita sendiri. Daei perlulah mengutamakan dakwah dan tarbiyah. Maka seseorang daei tidak wajar mengutamakan perut sendiri.
Kita mahu menang sebagaimana kemenangan Rasul semasa Fathu Makkah. Kita mahu berjaya sebagaimana Al-Fateh di Constantinople. Kemenangan yang sememangnya menang, yang tidak dipertikai dan tidak mudah digoyah. Kemenangan yang tidak masak, akan mendatangkan masalah dan fitnah kepada kita kembali. Ramuan untuk kemenangan yang gemilang adalah tarbiyah yang sempurna, yang melahirkan pemimpin yang baik, kader-kader yang baik serta ahli-ahli yang baik.
Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik ahli akan menjadikan Parti Islam digeruni lawan, dihormati dan disegani rakan-rakan sekutu. Namun ada yang mengatakan semua ini adalah idealistik. Ya, memang idealistik semata-mata. Inilah satu-satunya perkara idealistik yang telah pun direalisasikan oleh RasuluLLAH S.A.W, Sultan Muhammad al-Fateh dan nama-nama besar di zaman mereka.
Kita juga mahukan keadaan sedemikian. Namun kita perlu sedar, pada awal gerakan Islam RasuluLLAH tidaklah idealistik sebagaimana waktu Fathul Makkah. RasuluLLAH menghadapi ujian, mehnah dan tribulasi yang sangat dahsyat. Baginda dimaki, dicerca, diugut bunuh, dikhianati, difitnah dan sebagainya. Walau dahsyat ujian ketika awal perjuangannya, baginda tidak terus menggembeling kader-kadernya ketika itu untuk melakukan ‘Fathu Makkah’, walhal baginda boleh sahaja mendoakan agar ALLAH berikan kejayaan ketika itu -boleh tercatat dalam sejarah Fathu Makkah tanpa perlu berhijrah ke Madinah. Tetapi tidak begitu. RasuluLLAH memulakan dakwah baginda dengan ketidak-idealan, merencana dakwah sehinggalah membentuk kader-kader yang terbaik, lalu ALLAH mengizinkan Fathu Makkah.
Bagaimana jika Fathu Makkah berlaku tanpa perlu melalui kesukaran dakwah, tanpa melalui peristiwa hijrah, tanpa melalui perang badar-uhud-khandak, tanpa melalui perjanjian hudaibiyah, tanpa melalui persitiwa bi’ru ma’unah, tanpa menghadapi orang-orang munafiq dan Yahudi, dan sebagainya? Ya, kesemua susah-payah onak duri perjuangan RasuluLLAH adalah tarbiyah kepada baginda dan para sahabat sebelum diberikan kemenangan yang sebenar-benarnya masak.
Dengan itu, marilah kita renung tulisan yang terpusing-pusing isi pentingnya ini. Apa yang baik ambillah pengajaran darinya. Abaikan jika tulisan ini buruk isi kandungannya, kerana kelemahan penulis mengolahnya. Mudah-mudahan sedikit catatan ini diberi ganjaran oleh ALLAH.
WaLLAHU a’lam.

Naskhah buat bakal pimpinan…

Menjadi pemimpin, adalah lumrah dan menjadi kitaran dalam hidup. Ada kala kita menjadi pemimpin, ada ketikanya pula kita menjadi ahli bawahan.

Orang yang dilantik menjadi pemimpin harus ingat bahawa, ALLAH sedang mengujinya dengan amanah. Jika dapat dipikul dan dilaksanakan haknya sebagai seorang pemimpin, maka dia berjaya dalam ujian tersebut. Amanah bukanlah barang yang boleh dibuat seronok-seronok, kerana kelak akan dipersoalkan. Amanah memimpin itu tidak pula boleh suka-suka hati ditolak, ketika tiada orang lain yang boleh melaksanakannya. Kamu akan ditanya pula kenapa kamu menolaknya.

Perlu diingat, sesiapa yang dipilih menjadi pemimpin bukan bermakna dirinya semua tahu. Seseorang dipilih menjadi pemimpin pada zaman ini mungkin hanya kerana kelebihan tertentu saja. Jadi, mereka perlu tawaduk dan merendah diri dalam semua tindakan. Mereka perlu menjadikan kecemerlangan pimpinan terdahulu sebagai panduan, mengambil kepincangan lalu sebagai peringatan agar tidak terjerumus ke dalam lubang yang sama.

Janganlah takut dan gundah-gulana apabila dilantik menjadi pemimpin. Sesungguhnya yakinlah bahawa ALLAH akan membantu sesiapa sahaja yang dipilih-Nya serta memohon pertolongan-Nya. ALLAH tidak memberati seseorang itu dengan sesuatu yang dia tidak mampu menanggungnya. Yakinlah dengan pertolongan ALLAH.

Jangan pula berlebihan melobi untuk merebut jawatan. Sesungguhnya jika manusia itu tahu akan beratnya amanah pemimpin itu, nescaya mereka akan lari dari pada merebutnya.

Hebatnya peribadi seseorang pemimpin itu adalah menolak ketika ramai orang merebut sesuatu jawatan, dan menawar diri serta tidak lari ketika ramai mengelak darinya.

Selamat Ber……………………..

WaLLHU a’lam…

Taat, Wala’ dan Disiplin dalam gerakan Islam


Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman ALLAH, maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan ALLAH, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)”. (an-Nisa : 59)

RasuluLLAH telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu RasuluLLAH bersabda:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama ALLAH tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah (atau jemaah dalam jemaah) yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam jemaah.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam jemaah, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman ALLAH, maksudnya:

“Sesungguhnya wali kamu ialah ALLAH, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’”

(al Maidah : 55)

Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah

Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah ALLAH dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada ALLAH dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan ALLAH dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.

Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada ALLAH dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hukum tertinggi bagi Harakah Islamiah, samada dalam konteks kampus (jemaah Islam kampus), atau di luar kampus (Parti Islam).

b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.

Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin
Firman ALLAH, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya.”
(ali Imran : 200)
Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:
1. Tatatertib dan kelakuan diri

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik

3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan

4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan
Harakah Islamiah (geralan Islam) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:
1. Taat kepada hukum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah
2. Patuh kepada perlembagaan Jemaah serta aturan dan peraturannya
3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah
4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya

yang boleh
5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah
6. Beramal dengan akhlak Islam
7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah

Rujukan:
1) Arkanul-bai’ah
2) TG Haji Abdul Hadi Awang

Ramadhan : belajarlah berlapang dada…

Ramadhan bulan barakah, bulan digandakan ganjaran setiap amalan, dibelengu segala iblis dan syaitan, bulan yang awalnya rahmah (kasih sayang), pertengahannya maghfirah (kemampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Ramadhan sudah beberapa hari berlalu. Barangsiapa yang sudah bersungguh-sungguh merebut tawaran ALLAH pada hari-hari yang sudah berlalu, maka beruntunglah dia. Dan barangsiapa yang lalai dan leka, sesungguhnya hari-hari yang berlalu itu sudah tidak akan kembali kepadanya. Jika saat ini tersedar kita daripada kelalaian itu, maka Ramadhan masih di fasa awalnya – rahmah. Masih kita punyai peluang untuk merebut segala tawaran-Nya. Muhasabahlah diri di awal Ramadhan sebelum terlambat, sebelum Ramadhan terus berlalu meninggalkan kita.
Dalam sibuk mengerjakan ibadah, wajar kita meletakkan sasaran yang jelas untuk diri kita. Apa sasaran ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menggapai status hamba yang bertaqwa, selari dengan firman ALLAH;
“Hai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu akan berpuasa sebagaimana telah difardhukan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu beroleh taqwa
[al-Baqarah:183]
Sasaran ibadah kita adalah taqwa. Baik apa jua ibadah yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, biarlah sasarannya taqwa. Solat kita, fokuskan untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Puasa kita, biarah menepati piawaian puasa orang-orang yang bertaqwa. Sedekah kita, zakat kita, bacaan al-quran kita, dan seumpamanya, biarlah menjurus ke arah taqwa. Bukan sekadar ikut-ikut orang, bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan saja-saja isi masa lapang.
Aktiviti amal Islami, amal jamaei dan amal ijtimaei juga adalah ibadah. Aktiviti dakwah, tarbiyyah, pengkaderan dan sebagainya yang disusun oleh jemaah, adalah ibadah. Maka sekalian usaha menjayakannya menjadi ibadah jua. Hatta bermesyuarat, berdiskusi, menyusun atur program, merancang startegi, untuk melaksanakannya bukanlah kerja sia-sia di sisi ALLAH.
Malang sekali bagi golongan yang berfikiran sempit, khususnya dalam kalangan ahli jemaah yang menganggap bermesyuarat itu membuang masa, merancang sesuatu usaha tarbiyyah adalah sia-sia. Dalam bulan barakah inilah sepatutnya kita mohon ALLAH mudahkan usaha dakwah kita, rahmati gerakerja kita, gandai ganjaran ke atas kita, dan rahmati setiap keputusan mesyuarat kita agar tindakan perlaksanaannya dipandu cahaya-Nya.
Perjuangan menggapai status taqwa dalam bulan Ramadhan bukan sahaja ditumpukan kepada solat tarawih, tadarus al-quran, sedekah dan seumpamanya, bahkah status taqwa itu perlu meliputi juga usaha mengikis sifat mazmumah dalam diri. Tentu kita tahu sifat keji dan buruk dalam diri kita. Jika tidak nampak, jadikan sahabat karib kita sebagai cermin untuk kita menilik kekejian diri kita yang kita tidak nampak. Malang sekali jika kita menganggap kita sudah bebas dari sifat-sifat buruk, sedangkan orang lain dapat melihatnya.
Sikap berlapang dada adalah sifat terpuji yang harus kita bina terutama dalam akhlak berjamaah dan bersaudara sesama kita. Ukurlah darjah kelapangan dada kita. Jika rendah bacaan meternya, baiki lagi. Dalam berjamaah, pasti ada ketika kelakuan sahabat seperjuangan kita menyebabkan kita tidak berpuas hati atau marah kepadanya. Tegurlah dia dengan penuh hikmah dan berlapang dada. Jika hati kita terluka, jangan kita melukai saudara kita pula. Bersabarlah. Kesilapan-kesilapan kecil, maafkanlah. Usah ada sikap mudah merajuk atau memprotes tidak tentu hala. Dia tidak sempurna, kita juga tidak sempurna. Berlapang dadalah kepada kelemahan sahabat kita sebagaimana kita mahu dia juga berlapang dada dengan kelemahan kita. Jika kita merasakan hati kita sangat sensitif, mudah terluka dengan tindak tanduk manusia, maka beringatlah, kita juga memiliki lidah yang sangat tajam yang boleh melukai hati orang lain.
Begitu juga kadang-kadang keputusan mesyuarat tidak selari dengan pandangan dan kehendak kita. Berlapang dadalah dan terimalah keputusan mesyuarat itu serta laksanakan dengan penuh komitmen. Boleh jadi ada hikmah disebalik keputusan jemaah yang kita tidak nampak, atau barangkali pendangan kita masih tidak sesuai dilaksanakan pada saat ini yang kita tidak tahu. Sebaik-baiknya kita beristighfar jika cadangan kita diterima, mudah-mudahan ia terhindar daripada kemudharatan jika dilaksanakan. Bersyukur jika idea kita ditolak kerana mungkin idea yang kita anggap bagus itu tersembunyi di dalamnya mudharat yang besar.
Moga-moga Ramadhan ini dapat mempertingkatkan taqwa kita, orang-rang yang mengintima’ diri dalam perjuangan Islam. Mudah-mudahan darjat ketaqwaan kita memberi impak yang baik dalam berjamaah.
WaLLAHu a’lam…

Kisah Benar Tragedi Memali ( Ustaz Ibrahim Libya )

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.


Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.

Sumber asal oleh : arruhuljadid

BAHAGIAN 2 : Catatan Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud.

Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.

Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ‘syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.

Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:

“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama.

Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?

Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “

SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA BERTAJUK PESANAN TERAKHIR

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….

Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar…………………..

Disedut dari Al-Banjari Online ; TiAdA MaLaM SeInDaH BinTanG, TiAdA KaTa SePerKasA BiCaRA;
Gambar: Google search

Serang Gaza 21 jam sehari… Zionis tak tahu letih ke?

Henti serangan tiga jam sehari – Zionis


BAITULMAQDIS 7 Jan. – Israel hari ini cuba menunjukkan ‘keprihatinannya’ dengan mengumumkan untuk menghentikan serangan ke atas Genting Gaza selama tiga jam setiap hari.
Jurucakap tentera berkata, serangan akan dihentikan dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia) setiap hari.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Ehud Olmert memberitahu akan membenarkan koridor kemanusiaan dibuka di Gaza.

“Bagi mencegah berlakunya krisis kemanusiaan di sana, Olmert memutuskan supaya koridor kemanusiaan dibuka di wilayah berkenaan.

“Ini termasuk pembukaan kawasan untuk jangkamasa yang terhad bagi membolehkan penduduk menerima bantuan dan bekalanan makanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan ke atas Gaza. Tindakan itu dilihat sebagai usaha Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ia masih ‘prihatin’ kepada kesengsaraan penduduk Palestin.

Sumber: Utusan Online


Pengganas Israel mengganas selama 21 jam sehari! 21 jam Rakyat Palestin diganyang oleh rejim pengganas. 3 jam sahaja masa untuk rakyat Palestin menarik nafas untuk kembali menderita selepas itu. 21 jam juga Hamas terpaksa bertarung mempertahankan Gaza dan rakyat Palestin. 21 jam Gaza diselubungi muntah-muntah kereta kebal dan senjata api.

Zionis guna 21 jam sehari untuk meratah rakyat Palestin. Kita pula, berapa jam sehari kita tidur? Berapa jam pula kita berdoa untuk rakyat Palestin? Berapa jam sehari kita berfikir dan bermuhasabah mengenai keadaan yang berlaku di Palestin?

Nyatalah, musuh-musuh Islam tidak akan berasa letih untuk memusnahkan Islam dan umatnya. Tapi kita semua masih …… (sambung sendiri ayat ni…).

Isu Palestin: Jangan hanya sekadar emosi

Tentera pengganas Israel terus menghirup darah rakyat Palestin. Rakyat Palestin menderita. Mereka seperti bejuang bersendirian melawan pengganas bacul itu. Hamas, sebuah jemaah gerakan Islam di Palestin, berjuang untuk membela Islam dan umatnya di Palestin. Walaupun dengan persenjataan yang tidak secanggih pengganas Israel, mereka tetap terus berjuang untuk menguburkan pengganas yang menceroboh negara mereka.

Umat Islam lain di seluruh dunia hanya dapat melihat dan menonton berita kematian rakyat Palestin saban hari, namun tidak dapat berbuat apa-apa. Para pemimpin negara umat Islam pula seakan membisu. Rakan-rakan negara Arab juga bagai lembu kenyang seperti membiarkan Israel meratah Palestin. Umat Islam kini sudah seperti buih-buih di lautan. Tidak terdaya melakukan apa-apa.

Sering pula kita mendengar perkataan BOIKOT barangan Israel, Amerika, Belanda dan sebagainya setiap kali isu-isu melibatkan penghinaan kepada Islam dan kekejaman terhadap umat Islam. Hari ini, isu “boikot” bergema lagi. Namun kesannya tidaklah seberapa kepada musuh-musuh Islam tersebut, kerana ekonomi mereka disokong oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi dan sekutunya. Jika pun kerugian berbilion-bilion, mereka akan dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi. Jadi mereka tidak hairan mengapa Belanda berulang-kali menyiarkan karikatur menghina Nabi, sekalipun setiap kali siaran, umat Islam melompat membantah, mengutuk dan memboikot mereka.

Kenapa? Salah satunya seperti yang dikatakan tadi, ekonomi mereka di sokong. Keduanya, pemboikotan yang dilakukan hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Apabila isu sejuk, pemboikotan pun sejuk. Umat Islam hanya melompat kerana emosinya sahaja. Sama seperti isu Palestin. Cuba kita renung, selama kita hidup di muka bumi ini, sudah berapa kali kita mendengar berita mengenai pembunuhan umat Islam Palestin oleh tentera pengganas Israel? Dan berapa kali pula umat Islam seluruh dunia berdemonstrasi mengutuk dan memboikot barangan musuh-musuh Islam? Apabila isu tersebut senyap, umat Islam kembali seperti asal – leka dan lalai – padahal walaupun isu ‘senyap’, musuh-musush terus menyusun strategi untuk menghancurkan Islam. Manakala umat Islam yang mudah beremosi, akan melompat lagi!


Lebih malang lagi, majoriti umat Islam tidak mengambil tahu isu Palestin. Hanya menonton TV mengenai pembunuhan di Palestin sekadar memenuhi masa lapang. “Ah.. perang itu di mana-mana saja”. Mungkin itu yang bermain difikirannya. Tidak memandang isu Palestin ini adalah isu umat Islam akhir zaman. ALLAH mahu menguji kita umat Islam, sejauh mana kesungguhan kita membela Islam. Sebahagian besar umat Islam, terutama muda-mudi leka dengan dunia mereka. Kononnya hidup ini kenalah ‘enjoy’ pada waktu muda. Mahasiswa Islam pula leka dengan dunia kampusnya. Cubalah turun padang dan bertemu para remaja, tanyakanlah mereka mengenai isu Palestin, apakah rupa bentuk jawapan mereka? Atau juga tanya diri sendiri. Mengapa Israel menyerang Palestin? Atau kenapa Israel menyerang kumpulan Hamas di Gaza, sedangkan tidak menyerang kumpulan Fatah di Tebing Barat? Kenapa jiran-jiran Arab sekitar Palestin berdiam diri?

Umat Islam yang sedar mengenai isu Palestin majoritinya hangat-hangat tahi ayam sahaja, memboikot barangan musuh Islam manakala umat Islam yang leka, lebih-lebih lagi jauh dari pemboikotan tersebut. Menyedihkan, mereka seperti tiada kesedaran, ataupun tiada maklumat mengenainya (?). Atau juga tiada barangan alternatif dari umat Islam untuk menggantikan produk-produk Israel dan Amerika? Sebenarnya sudah banyak barangan buatan Muslim di pasaran. Tetapi umat Islam tidak mengendahkan. Kononnya tidak ‘standard’ (?). Jika umat Islam tidak menyokong produk Muslim, bagaimana produk Muslim akan berkembang menjadi alternatif – dan selepas itu akan menjayakan setiap pemboikotan terhadap musuh-musuh Islam?

Umat Islam wajib bangkit menentang kezaliman Israel, sekutu dan tali barutnya. Bangkit bukan sekadar emosi. Bangkit dengan tarbiyah, kefahaman dan kesedaran bahawa tidak sekali-kali akan redha Yahudi dan Kristian kepada umat Islam, sehingga kita mengikuti millah mereka (agama dan doktrin mereka). Isu Palestin bukan hanya isu politik dunia. Bukan hanya isu kemanusiaan. Bukan jua hanya isu ketidak stabilan serantau. Tetapi Palestin adalah isu umat. Islam. Iraq adalah isu umat Islam. Chechnya adalah isu umat Islam. Isu yang sebenarnya kita boleh katakan bahawa musuh-musuh Islam sudah melancarkan perang terhadap umat Islam.

Pengisytiharan perang terhadap umat Islam dibuat secara senyap dan terancang agar umat Islam terus lena. Biar muda-mudinya leka dan terus leka. Biar para pemimpinnya terus meloba dan melobi kekayaan. Biar umat Islam tidak bangun melawan. Jika diisytihar perang, secara terang-terangan, musuh-musuh Islam akan berdepan dengan suatu penentangan yang dahsyat. Mereka takut kemunculan semula Panglima Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, Syeikh Umar Mukhtar dan sebagainya. Ayuh, jika kita tidak mampu bersama Hamas berdepan pengganas Israel, kita gerakkan dakwah dan jemaah di tempat kita, menyedarkan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, seterusnya umat Islam. Kita munculkan semula watak-watak yang digeruni kuffar.

Sahabat-sahabat sekalian, di manakah kita?

Kata Ustaz Nik Abduh dalam blognya: Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.
==

Ucapan Khalil Ismail al-Haya Ketua Whip HAMAS [Kuala Lumpur 14 Mei 2006]:

“Umat Islam di Malaysia, KAMI mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin. Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini… “

==

Ucapan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Syeikh Mahdi Akef:

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.” baca ucapan penuh…
==

” Andai diumpama ISLAM seperti sebuah bangunan usang, yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka..Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…”

~as-syahid Hasan Al-Banna~
==

Petikan Ucapan Syeikh Ahmad Yassin :

Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian . Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur .Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam .Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini . Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin , sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya . Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara ,lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka .Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka .” baca ucapan penuh…
==

Ucapan Abdel Aziz Rantissi , pendokong Hamas:

“Saya menyeru anda semua agar tenang, seandainya Rantissi, al-Zahhar, Ismail Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan ? tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti).”
===

Usahlah kita terus menjadi buih-buih di lautan… marilah kita menjadi ombak tsunami.

ALLAHU AKBAR!

MISI SEBENAR ISRAEL KE ATAS GAZA

Operasi pertama Israel ke atas Gaza hanya mengambil masa 3 minit dan 40 saat. 60 pesawat F-16 Israel mengebom 50 bangunan di Gaza, membunuh beratus orang Palestin dan beribu yang lain turut tercedera.

Beberapa jam selepas operasi kejam itu, Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dan menteri luarnya, Tzipi Livni mengadakan sidang akhbar di Tel Aviv. Dia dengan angkuhnya berkata “Operasi ini akan mengambil masa yang panjang, setiap dari kita perlu bersabar supaya kita dapat menyelesaikan misi ini dengan jayanya..”

Apa yang dikatakan Ehud Olmert itu memang benar. Sehingga semalam, selepas 6 hari operasi dijalankan, Israel terus membedil Gaza termasuk masjid, pejabat PBB dan bangunan parlimen. Biarpun tindakan kejam Israel itu telah dikecam negara luar, namun Israel tetap angkuh kerana mereka tahu, dunia tidak mampu berbuat apa-apa pada mereka.

Nah! Persoalan yang bermain dalam kepala kita pada waktu ini, apakah misi sebenar Israel kali ini sepertimana yang diungkapkan oleh Ehud Olmert itu dan kenapa ianya perlu mengambil masa yang panjang? Biarpun Ehud Olmert tidak menjelaskan tujuan misi kali ini secara jelas, namun banyak pihak sudah dapat membacanya.

Jika ada yang menyatakan tujuan misi Israel kali ini adalah untuk menghancurkan Hamas, itu adalah anggapan yang tidak benar. Kenapa? Jawapannya mudah sekali. Biarpun kali ini Israel berjaya membunuh pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan Hamas tidak akan berkubur dari bumi Palestin.

Sejak dulu lagi Israel telah berjaya membunuh ramai pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan itu tidak pernah mengaku kalah dan mereka terus berjaya mentadbir Semenanjung Gaza serta menggugat pengaruh Fatah di Palestin. Maka, misi untuk menghancurkan Hamas adalah misi yang amat tidak realistik sekali.

Misi Israel kali ini lebih berkait-rapat dengan tarikh pilihanraya Israel pada Februari depan yang kian hampir. Serangan ke atas Gaza akan membantu parti Kadima dan Labor mengalahkan parti Likud yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu. Dalam laporan sebelum ini, parti Likud pimpinan Netanyahu dikatakan sedang mendahului pemilihan di Israel.

Bila Ehud Olmert mengadakan sidang akhbar bersama Livni dan Barak selepas operasi ke atas Gaza dimulakan, semakin jelas misi kali ini adalah untuk mengetengahkan calon yang bakal bersaing dengan Netanyahu. Imej Livni dan Barak yang digambarkan begitu ‘lembut’ ke atas Palestin oleh Netanyahu sebelum ini tentunya akan terhakis di mata rakyat Israel. Ehud Olmert ingin membuktikan kepada rakyat Israel yang mereka juga boleh bertindak ganas ke atas Palestin.

Misi Israel ke atas Gaza kali ini juga adalah untuk menampilkan kekuatan askar mereka. Selepas misi mereka di Lubnan pada 2006 yang lalu, imej dan kredibiliti tentera Israel mula tercalar. Kemampuan pertahanannya mula dipertikaikan. Mahu atau tidak mahu, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan reputasi tentera mereka di mata dunia. Kejayaan mereka membedil 50 kawasan Gaza dalam masa 3 minit tentunya mengembalikan reputasi pertahanan dan askar Israel di mata dunia.

Akhir sekali, misi Israel kali ini adalah untuk memastikan boneka mereka, Presiden Mahmoud Abbas akan terus kekal berkuasa di Palestin. Sebelum ini, Hamas dan Fatah masih gagal mencapai kata sepakat mengenai siapakah yang bakal menggantikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang akan tamat tempoh pada 9 Januari 2009. Israel tentunya tidak mahu calon Hamas dipilih sebagai Presiden Palestin. Dengan serangan ini, boneka mereka, Mahmoud Abbas akan kekal berkuasa dan keupayaan Hamas untuk menggerakkan penyokongnya menumbangkan Abbas akan dapat disekat.

Ada yang menyatakan, serangan Israel kali ini adalah berkaitan dengan serangan roket Hamas. Pada saya, alasan ini bukanlah objektif utama serangan Israel ke atas Gaza. Jika mereka mahu, sudah lama mereka boleh membalas serangan dari Hamas kerana keupayaan roket buatan sendiri Hamas langsung tidak setanding dengan keupayaan pertahanan Israel yang memiliki sistem penangkis peluru berpandu yang serba canggih dan lengkap.

Dalam tempoh 6 bulan terakhir ini, kita dapat menyaksikan bagaimana kabinet Israel mengadakan begitu banyak pertemuan dengan pemimpin Arab dan Mahmoud Abbas setelah gencatan senjata berjaya dimerterai. Tentunya, Israel menggunakan kesempatan itu untuk merancang strategi yang paling berkesan bagi memastikan mereka dapat terus berkuasa di bumi Palestine. Perkara ini sudahpun didedahkan dalam beberapa siri laporan Al-Jazeera sebelum ini.

Jika anda berada di pihak Palestin, mustahil anda tidak akan bertindakbalas ke atas kekejaman Israel dan sekutunya yang telah bertindak menutup pintu sempadan, menyekat bantuan antarabangsa dan memotong bekalan tenaga di sepanjang tempoh genjatan senjata dipersetujui.

Jika Israel benar-benar ikhlas mahu mengembalikan kestabilan di rantau itu, mereka tentunya tidak akan menggunakan kekerasan kerana mereka sudah sedia maklum, keganasan hanya akan dibalas dengan keganasan.

http://nuraflah.blogspot.com