Proteslah elok-elok, jangan buat malu sudah!

Protes rancang turun ke jalan raya – Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak menolak kemungkinan akan mengajak rakyat ke turun ke jalan raya ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.

Ya, Proteslah! Protes sampai turun. Ajak rakyat turun protes dengan cara yang baik. Jangan ulang tragedi Protes yang lalu, konsert yang memalukan! Biar Parti Islam yang lead. Biar orang berfikrah Islam yang anjur. Jangan malukan Pakatan, jangan malukan Parti Islam.

Rasionalisasi tu binatang apa?

Harga minyak, gas dan gula akan naik lepas tengah malam ini, berikutan rasionalisasi subsidi secara berperingkat.

Rasionalisasi tu apa menatang? Orang kampung tahu kah haiwan apa rasionalisasi tu? bunyi macam best.

Kerajaan Umno/BN memandang rendah keupayaan rakyat berfikir. Kerajaan menganggap rakyat bodoh. Kerajaan Umno/BN anggap rakyat akan akur, takjub, kagum dengan term rasionalisasi subsidi untuk menghalalisasi kenaikan harga minyak, gas dan gula. Esok akan keluar pula macam-macam alasan untuk memperbodohkan rakyat yang malas berfikir.

“Jangan makan gula banyak sangat… jaga kesihatan”

“Jangan minum petrol untuk kesihatan”

“Naiklah basikal untuk kesihatan”

“kerajaan jamin tidak mansuhkan subsidi, cuma terpaksa kurangkan sedikit demi sedikit”

“rakyat perlu berdikari”

“petrol kita masih lebih murah berbanding negara-negara maju”

Subsidi untuk rakyat dirasionalisasikan. Elaun (subsidi) untuk menteri buat tak tau jaa. Nak naik lg ada. Ingat rakyat Malaysia ni kaya macam pak menteri kaaa??

PAS, PKR dan UMNO bergabung bantah Israel?

Maafkan saya. Saya tersilap tafsir bendera dalam gambar di bawah…

Bilakah PAS, PKR, UMNO, DAP, MCA, MIC akan turut bergabung dalam demonstrasi membantah serangan Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza seperti ini? Bendera nampak hampir sama dah… tapi sayang, rakyat Malaysia masih rendah tahap sensitiviti terhadap pencabulan hak asasi manusia ini.
Gambar di atas adalah dari Turki, rakyat Turki sudah pun membanjiri bandaraya bagi memprotes, ketika mana rakyat kita masih di depan televisyen sambil berkata “ish… ish.. ish…”.

PROTES diprotes?

Malang sekali apabila rakyat datang dari jauh untuk memprotes kenaikan harga minyak – yang dirasakan lebih gamat, lebih besar daripada gelombang BERSIH tempohari, akhirnya kecewa dengan cara protes yang ditunjukkan.
Tidak sepatutnya berlaku, protes bertukar menjadi pesta, protes menjadi expo! Kecewa dengan keadaan itu, ramai peserta memprotes perhimpunan tersebut sehingga kehadiran hanya antara 2% hingga 5% daripada sasaran – 1 juta.
Banyak sebab yang menyebabkan keGAGALan protes ini yang patut dibuat post mortem. Akibatnya juga adalah mustahak untuk diteliti. Imej Pakatan Rakyat pasti tercalar dengan apa yang berlaku. Imej ini adalah imej 5 kerajaan pakatan rakyat. Rakyat akan menilai prestasi dan kualiti Pakatan Rakyat antara sebelum dan selepas menang besar dalam PRU12 lalu.
Imej BERSIH akan mewakili imej Pakatan rakyat selaku pembangkang sebelum PRU12, manakala imej PROTES pula menjadi imej Pakatan Rakyat yang sudah menjadi kerajaan kepada 5 buah negeri. Maka kelihatanlah seperti kualiti memobilisasi suara rakyat merosot setelah menjadi kerajaan. Kemungkinan ini akan melunurkan kepercayaan rakyat untuk mengamanahkan seluruh negara kepada Pakatan Rakyat.
Tambahan pula, dalam protes harga minyak tersebut dilaung-laungkan nama-nama pemimpin besar yang akan hadir, namun sebaliknya hanya wakil yang dihantar berucap. Bukan salah pemimpin itu, tetapi adalah kelemahan penganjur yang sangat ketara. Tak perlu diulas. Menjual nama-nama pemimpin begitu semata-mata untuk meraih kehadiran yang besar adalah sangat tidak beretika dan akan memudarkan semangat rakyat dalam anjuran demonstrasi dan protes seterusnya.