Nik Aziz lebih alim dari saya – Muhyiddin





Malas dah rasanya kita nak komen benda alah ni. Bukan sekali dua pemimpin Umno/BN ulang benda yang sama.
“PAS guna agama untuk kepentingan politik”
Dah berapa kali tok guru tanya depa, kalau tak guna agama, nak guna apa? Depa tak jawab. Sebaliknya depa kata lagi,
“Nik Aziz guna agama untuk politik”
Jawab la dulu, kalau tak guna agama untuk politik, kita nak guna apa? Guna duit ka? Rasuah politik ka? Nak guna apa ni… Lord Reid punya ajaran kaa?
Salah ka guna agama untuk politik? Nabi dulu berpolitik guna apa kalau bukan agama? Kalau berpolitik tanpa guna agama, lingkup laa. Macam Umno/BN, berpolitik tanpa agama lah tu sampai rasuah kiri kanan, salah guna kuasa, rampas kuasa, dan macam-macam lagi. Baling-baling kerusi, politik cantas mencantas, cah keting… semua tu sebab politik tanpa agama laa. Takkan tak reti lagi?
Begitu juga ulasan politik dalam blog-blog, tak kira lah pihak Umno/BN ke, PR ke… kalau tanpa panduan agama, habis semua orang yang tak sehaluan dikutuk dan dimaki. Kritik , membantah , berbeza pendapat tak sama dengan maki hamun, mencarut-carut. Orang yang tidak bepandukan agama, memisahkan politik dari agama, adalah sesat lagi menyesatkan.
Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya.”

Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu, melawan pulak. Malikul…malikul… (pinjam bahasa Tukar Tiub)
p/s: Belum terlambat untuk ucapan Salam Eidul Adha… baru perasan, takda entry untuk Eidul Adha. Semoga ibadah qurban kita diterima ALLAH…

Advertisements

Mujur tak suruh tarik balik doa….




Kalau TGNA dan rakyat Kelantan dah pun berdoa, macamana mau tarik balik doa? Jangan takut wahai PM jika anda benar. TGNA tiada jentera kerajaan yang besar-besar untuk lawan kezaliman Umno/BN. TGNA tiada senjata canggih untuk membela diri dan rakyat Kelantan daripada serangan Umno/BN. Namun sebagai orang beriman, doa adalah senjata yang tinggal untuk berdepan dengan musuh-musuh ALLAH dan orang-orang yang zalim. Jika Najib bukan musuh ALLAH, bukan juga orang zalim, janganlah takut dengan doa Tok Guru…

Ruginya bayar gaji hakim mahkamah tinggi…

Sistem perundangan Malaysia, mungkin dunia amnya, adalah tidak mampu memberi keadilan sepenuhnya kepada rakyat. Sistem perundangan yang dicedok daripada perundangan Barat adalah menzalimi rakyat secara halus.
Gambar Hiasan
Mengapa perlu ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Syariah, mahkamah itu dan ini, sedangkan mahkamah itu boleh membatal atau menangguh keputusan mahkamah ini, keputusan mahkamah rendah boleh dibatal oleh mahkamah tinggi, keputusan mahkamah tinggi boleh pula ‘diganggu’ oleh mahkamah rayuan dan sebagainya?
Sudah namanya Mahkamah Tinggi, keputusannya masih boleh dipertikai atau disabotaj? Apakah keputusan mahkamah tinggi itu tidak muktamad? Semua orang sudah maklumi, tetapi sengaja kita ungkit kembali, bahawa inilah ketidak-adilan yang berlaku selagi sistem perundangan berteraskan Islam yang syumul tidak diamalkan.
Sistem perundangan bersifat menindas begini hanyalah menguntungkan golongan kaya, berpangkat besar, berdarah raja dan berduit emas. Sedangkan golongan miskin, papa kedana, kais pagi makan malam, kelas bawahan dan seumpamanya tidak terbela di bawah sistem rekaan manusia ini. Mengapa demikian dikatakan menindas?
Bayangkan seorang pesalah yang kaya raya, berstatus anak bangsawan pula, diputuskan bersalah oleh mahkamah tinggi. Dengan kekayaan yang dimiliki, dia boleh membawa kesnya ke mahkamah rayuan untuk dirayu dan dibicara semula. Syarikat guaman, peguam, semua boleh dibayar cash, apa perlu risau. Untung-untung, peguamnya bagus, kesnya selesai, dia dibebaskan.
Sedang pesalah yang miskin, selesai saja keputusan dibaca, dia bersalah, maka dia adalah bersalah dan terpaksa menerima hukuman. Hendak ke mahkamah rayuan, tiada fulus. Mrengkoklah dia dalam penjara jika itu hukumannya. Berdarah punggungnya disebat jika sebat adalah hukuman kesalahannya. Dia memang bersalah. Patut dihukum. Tetapi pesalah yang kaya jga bersalah, tetapi kebarangkalian untuk terlepas hukuman ada.
Jadi, di mana keadilan? Kenapa tidak hanya satu sahaja institusi kehakiman yang memberikan keputusan muktamad? Apa guna membayar gaji hakim-hakim mahkamah tinggi, sedangkan keputusan penghakiman mereka boleh ditangguh, dibatal oleh hakim mahkamah lain (rayuan)? Tidakkah ini pembaziran wang rakyat? Belum lagi masuk bab salah guna kuasa kehakiman, campurtangan politik dan sebagainya.
Hakikatnya, itulah sistem perundangan yang kerajaan Malaysia beriman kepadanya. Jika anda rasa, itulah keadilan, sokonglah. Jika ia adalah kezaliman, maka tanggungjawab kita bersama untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimana? Sendiri mau pikir laa…
p/s: Kota Seputeh nak jadi macam Perak ke?

PAS bakal kalah PRU-13

Itulah kata-kata permulaan Prof Abu Hassan HabuLLAH dalam pembentangannya dalam program Inkues Pilihanraya Ahad lalu di Markas Air Kuning, Perak. PAS bakal kalah teruk PRU-13, kerana Pemuda lemah. DPP Perak khasnya lemah. Tiada strategi tuntas, tiada think tank yang ganas, lemah pelbagai sudut promosi, kurang tokoh-tokoh untuk diketengahkan…

Prof Abu Hassan sedang mengkritik (baca: muhasabah)
DPP Perak secara terang-terang

… lihatlah ada juga benarnya. DPP Perak masih “membincangkan” perlu atau tidak Tadrib Askari dalam Pemuda. Bolehkah tadrib askari lahirkan strategi yg bagus, tokoh yang berkaliber, think tank yang licik dalam menghadapi kemelut politik masa ini?


Najib sedang ‘membangkang’ tadrib askari
… yang bagusnya, tiada peserta yang melenting ketika mendengar kritikan demi kritikan dalam pembentangan Prof itu. DPP Perak mengambil langkah yang baik bagi menyedarkan para pemuda, bahawa perjalanan mereka masih jauh. Perjalanan kita masih jauh…
Habis cerita dua hari lalu… cerita dua tiga hari ni simpan dulu.

Sembang: Lepas RFC, HPA buka Radix Pizza pulak…

Pada suatu masa dahulu, ketika kami sedang meratah ayam di RFC selepas kami pulang dari aktiviti memancing, seorang mak cik yang membawa banyak barang-barang HPA yang dibelinya menyapa kami.
“Hang pa mai mana?” tanya mak cik tu.
“Saja, depa ni baru habih periksa. mai makan-makan angin…” jawab seorang kawan.
“Ooo… hang pa tak mau try pizza ka? HPA pun dah buka restoran Pizza..” mak cik tersebut mempromote Radix Pizza. Entah-entah dia ni ada kena mengena dengan tokey Radix kot. Tiba-tiba saja mai promote. :D.
“Kat mana mak cik” tanya seorang kawan sambil mulutnya sedang mengunyah ayam goreng herba.
“Dekat-dekat ni saja…”
Kami semua tersengih saja. Maklumlah sudah kenyang makan ayam. Sebut la pizza ke apa ke… dah tak mau dah.



Lagenda Heights, Sungai Petani.

p/s: Sungai Petani saja ka lubuk HPA…

Wanita Pertama…

WANITA PERTAMA IRAN

WANITA PERTAMA AMERIKA
(FIRST LADY)

Ini pulak, bini Presiden Obama

WANITA PERTAMA INDONESIA
(IBU NEGARA)

CUBA TEKA, YANG MANA WANITA PERTAMA MALAYSIA?

Yang ini?

atau yang di bawah ini?


"Nik Aziz terlibat rasuah, SPRM mesti siasat" – TG Anuar Sapian

GEMPAR! Nik Aziz dan menantunya terlibat rasuah! SPRM mesti bertindak pantas menyiasat kedua-dua beranak itu demi kepentingan rakyat Kelantan.

TG Nik Aziz mengurus persepsi umum dengan membatalkan niatnya untuk menunaikan haji. Persepsi adalah maklumat kata Dr Abu Hassan. Mengelak fitnah yang bakal dimainkan UMNO, lebih baik daripada terkial-kial menjawab isu itu kelak. Walaubagaimanapun, sudah menjadi sunnah fitnah, betul atau tak betul, fitnah tetap akan terus dimainkan, kerana kekuatan media milik mereka… Mudah-mudahan ALLAH membantu dan memelihara Tok Guru, menantu, kerajaan negeri dan rakyat daripada fitnah ini.
WaLLAHu a’lam…